Pages

30 April 2010

majlis makan amal


post kali ini biar gambar yang berbicara :)



majlis makan amal
Talian Hayat Gaza Palestine



only 4 crew


urusetia yang sentiasa buzy



unit jualan



key chain SH



wif my bro and hero, faiz



still cool tapi hakikatnya berdebar2 tu
inshaAllah kullu khair


shotul harakah diganti dengan shoutul furqan



alf mabruuk to shoutul furqan

antum ruhun jadidah tarsi fi jasadil ummah (HAB)


antara tetamu2 yang hadir


santapan dari meja 66
cikgu-cikgu sriq memang best!!



ucapan dari wakil haluan palestin terengganu - En Jamil Muda



ucapan dari Tuan Noorazman - wakil haluan palastin malaysia






persembahan al-quds dari brother muaz n brother hafiz



bacaan qunut nazilah n doa rabithah oleh saudara mohd faiz zaki



sesi bergambar bersama bro muaz n hafiz



ummi, my grand ma & athirah



bersama raihanah & izzati



wallahua'lam



29 April 2010

perhimpunan perdana palestin






Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian


Perhimpunan Perdana PALESTIN

Tarikh : 8 Mei 2010

Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam

Masa: 7.00 mlm hingga 11.30 mlm


Aktiviti Menarik

- Persembahan Nasyid & Sketsa

- Tayangan Video Air Mata Palestin

- Ucapan Wakil-wakil NGO


- Ucapan Wakil dari Palestin


- Penyampaian Sumbangan



Tetamu Jemputan

- Syeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin

- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air



Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda

Kutipan dana akan turut diadakan

Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium


Anjuran

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)

* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)


* Jemaah Islah Malaysia (JIM)

* Palestinian Center of Excellence (PACE)


* Aqsa Syarif


* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)


* Pertubuhan Mawaddah Malaysia


* Viva Palestina Malaysia (VPM)


* Nasyeed.com


* Mu'adz.com




Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami :


Office & Correspondence Address:

Lifeline 4 Gaza

c/o Biro HALUAN Palestin

16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana

40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


http://www.lifeline 4gaza.org


603 7846 4146

info@lifeline4gaza. org


http://syawwal.blogspot.com/




24 April 2010

life line 4 gaza


Majlis Makan Amal Talian Hayat
GAZA PALESTINE


Tema :

Menerobos Tembok Kematian

Anjuran :

HALUAN Palestin
HALUAN Terengganu
Dengan kerjasama
HALUAN Malaysia


Tarikh / masa :

30 April 2010 ( Jumaat )

8.15 - 11.00 malam


Tempat :

Primula Beach Resort,`
Jalan Persinggahan,
20400 Kuala Terengganu



haluan palestin akan menyertai konvoi kemanusiaan talian hayat untuk gaza 4 yang dianjurkan oleh yayasan hak asasi kemanusiaan, kebebasan dan bantuan kemanusiaan turki ( IHH Turki ). IHH turki menyasarkan untuk membawa bantuan kemanusiaan dengan 20 buah kapal yang akan melalui jalan laut gaza dan usaha murni ini akan disertai oleh beberapa NGO antarabangsa termasuk dari malaysia.

majlis makan malam amal talian hayat gaza palestin merupakan sebuah program anjuran bersama haluan pelestin dan haluan terengganu dalam mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada penduduk gaza yang telah terpenjara untuk sekian lamanya.

program tersebut akan diisi dengan persembahan multimedia isu palestin dan persembahan nasyid .


aturcara program :

8.15 malam : ketibaan tetamu dan hadirin

8.45 malam :

-majlis dimulakan

-bacaan al-quran
-ucapan aluan pengerusi haluan palestin terengganu ( en jamil )
-ucapan aluan presiden haluan ( dr haji abdullah sudin )
-ucapan pengerusi haluan palestin ( tn haji noorazman )
-jamuan dan persembahan nasyid

11.oo malam : majlis bersurai


22 April 2010

s.r.i.q

date : 20/4/10

time : 2.30 - 4.00 ptg

venue : sek ren ibn qayyim, kuala terengganu

participance : all students and teachers sriq



puteri2 yang sabar menunggu :)



pengisian oleh pak cik jamil







khusyuk mendengar



sriq ni pn macam kat ghazzah dah.
menjadi kewajipan kita untuk menolong sriq..hehe


permasalahan palestin sentiasa
di hati ummah



untukmu jiwa2 kami..
untukmu darah kami..



putera2 yang bersemangat



derma palestine



alhamdulillah, jumlah kutipan daripada anak2 sriq, Allah izin dpt seribu..

jazakumullahu khairan jaza'



"membantu rakyat palestin sudah menjadi kewajipan (bukan lagi sedeqah)"
- Dr Yusuf Qardhawi -






21 April 2010

himega 2010




IMPORTANT EVENTS:

1. 23 April 2010: Final Touch untuk fasi dan urusetia HiMEGA’ 2010
Tempat: Kolej Za’ba UKM Bangi.

2. 24-26 April 2010: HiMEGA (Kehadiran peserta-peserta HiMEGA)
Tempat: Kolej Za’ba UKM Bangi.


The Objective HiMEGA (Hijrah Menara Gading):
Objektif

1. To share and strengthen the bond between HALUANSISWA, veteran HALUAN and HiMEGA participants in:
i. ibrah and experience and sharing by the veterans.
ii. emphasizing on precise orientation of Da'wah in IPT.

2. To give an ample view to participants on the challenging life as a University Student and how to cope with it.

3. To boost up participants soft skill in handling life challenge.

4. To expose and share educational modules such as academic management, vision and dream in life and holistic success.

1. Menegarkan jaringan hati dan berkongsi pengalaman antara HALUANSISWA, veteran HALUAN dan peserta HiMEGA menerusi;
i. perkongsian pengalaman dan ibrah oleh veteran.
ii. penekanan orientasi Dakwah yang tepat terutamanya di IPT.

2. Untuk memberi gambaran lengkap mengenai cabaran hidup sebagai seorang pelajar universiti dan bagaimana mengatasinya.

3. Untuk meningkatkan soft skill para peserta dalam mengendalikan cabaran hidup.

4. Untuk mendedahkan dan berkongsi dengan peserta beberapa modul cabaran akademik seperti modul pengurusan pembelajaran, tujuan dan impian dalam hidup, dan kecemerlangan holistic.


PARTICIPANCE:
Penyertaan

All SPM’09 students are qualified to join HiMEGA.
Semua bekas pelajar SPM’09 dialu-alukan untuk menyertai HiMEGA.


Jazakumullahu khairan katsira..


19 April 2010

kenapa jordan??


Dipetik dari http://ms.langitilahi.com


Jom baca.

Tanah Syam yang diberkati

Kelebihan yang tidak dapat disangkal lagi untuk Jordan adalah, bumi ini merupakan bumi para Anbiya. Malah, inilah dia tanah Isra’ Rasulullah SAW. Allah SWT memberkati persekitarannya.

Allah SWT berfirman: “Maha suci Allah yang menggerakkan hamba-Nya daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya untuk meneranginya dengan ayat-ayat Kami…” Surah Al-Israa’ ayat 1.

Kedudukan Jordan yang berada di tengah-tengah, antara Palestin, Mesir, Arab Saudi, Syria, Turki dan sebagainya membuatkan pelajar-pelajarnya mempunyai peluang mengembara yang tinggi dan mudah.

Pergi umrah hanya RM500 dan melaksanakan haji hanya sekitar RM2500 jika bergerak dari sini.

Tanah Jordan ini juga dipenuhi dengan makam para sahabat, tempat-tempat bersejarah seperti Petra, makam ashabul kahfi, medan peperangan Yarmouk, medan peperangan Mu’tah dan Laut Mati, tempat-tempat yang cantik seperti Wadi Ram, Wadi Mujib, Aqaba dan banyak lagi.

Keadaan di Jordan juga kondusif dan selesa.

Organisasi di dalam kehidupan pelajar Jordan.

Kehidupan pelajar melayu di Jordan merupakan kehidupan yang mempunyai kesatuan yang kuat, dan organisasi pelajar-pelajarnya selaras bergerak dalam keadaan yang sangat harmonis dan kemas.

Semua pelajar dinaungi oleh Kedutaan Malaysia, kemudian di bawah kedutaan wujud Malaysian Student Department(MSD) yang menguruskan keadaan pelajar di seluruh Jordan. Di bawah MSD, terdapat satu organisasi dari kalangan pelajar yang mengurus laraskan semua organisasi yang wujud di Jordan. Organisasi itu bernama MPPMJ(Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan)

Di bawah MPPMJ, terdapat empat persatuan zon mengikut daerah tempat tinggal pelajar melayu di Jordan, bersama persatuan-persatuan Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN). Persatuan Zon(PZ) yang dikatakan adalah Persatuan Mahasiswa Irbid(PERMAI) yang terletak di Irbid, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah(PERMATA) di Mu’tah, Persatuan Penuntut Malaysia Amman(PPMA) di Amman dan juga Persatuan Pelajar Malaysia Al-Bayt(PRISMA) di Mafraq.


p/s : ust sofy tak hantar lagi borang jordan ke kpt ni..

rabbuna yusahhil inshaAllah..arju dua' minkum jamiaan..

15 April 2010

jadual exam


imtihan semester 2

sesi 2010/2011

jamiah darul iman malaysia ( kusza )


20/4 - tafsir

22/4 - english

24/4 - hadis

25/4- keusahawanan

27/4- hafazan al-quran

28/4 - methodologi ilmu kalam

29/4- kepercayaan masyarakat melayu

3/5 - aqidah


~khususan untk teman2 di udm~

kak as
kak wani
kak ja
kak zu
kak anis
kak nisah
kak imani
kak syidah
ruqayyah
amalina
afifah
afaf
fiza

&
kullu min usul A&B



ahlan


Seminar Baitul Muslim :

Menyingkap pembinaan ummah

melalui rumah tangga yang diredhai Allah



COOMING SOON..

dijemput kepada semua untuk hadir ke

konsert Shoutul Harakah


( Life Line 4 Gaza )

14 April 2010

ghazzah









sumber : berita harian online


12 April 2010

ghuzwah mu'tah

Jamadilawal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu’tah disebuah lembah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8 hijriah disebabkan oleh pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada Raja Busra.

Maka tentera Muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu’tah yang mana Rasulullah SAW tidak turut serta dalam peperangan ini.

Sesungguhnya Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir. Selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja Dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan.

Sebelum para tentera Muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah SAW telah member arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja’far bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja’far telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah dari kalangan mereka untuk memimpin. Rasulullah juga mengigatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya menyeru kepada penduduk Mu’tah agar beriman dan apabila seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan.

Sebaik sahaja mereka tiba di Mu’tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan tentera Islam yang mana dengan segera panglima perang musuh, Hercules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurabbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, juzam, qain dan bahar.

Apabila mereka mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera Muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma’an selama dua malam.

Ramai di kalangan mereka yang mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah SAW mengenai perkara ini andai ada rukhsah untuk tidak berperang. Tetapi Abdullah bin Rawahah terus bangun menyatakan kepada mereka bahawa keluarnya Muslimin ke Mu’tah untuk memburu kemenangan ataupun Syahid dengan menjaga agama dan bukannya berperang kerana bilangan atau beradu kekuatan.

Hebatnya penyair Rasulullah SAW ini memotivasikan pasukannya.

Peperangan meletus sebelum masuk ke kawasan Mu’tah lagi yang mana kedua-dua pihak bermati-matian di dalam mencari kemenangan.

Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam, tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja’far bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan al-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah.

Peperangan diteruskan. Dua sahabat utama telah syahid. Perjuangan terletak di tangan Abdullah bin Rawahah. Tetapi beliau juga gugur syahid, di medan Mu’tah yang penuh sejarah.

Kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain.


dipetik dari kitab Ar Raheq Al Makhtum (The Sealed Nectar)



11 April 2010

catatan kehidupan



apakah yang saya cari??

Bakal terlepas peluang kenduri kendara kahwin adik beradik.

Bakal tercampak sunyi di negeri orang.

Bakal membiarkan umi ayah sunyi sepi di kampung.

Bakal berpisah yang mungkin bertanda mati!!

Besar sekali harga sebuah perjalanan kembara ilmu yang bakal dilakar ini.



soalan tentang hal ini saya fikir sehadam-hadamnya. pengajian islam bukan tiada di negeri sendiri. mengapa saya mengambil keputusan untuk mengembara jauh? apakah yang saya cari? salji? glamour? naik kapal terbang? siar gambar raya di surat khabar ramadhan demi ramadhan? apa yang saya cari??

sesungguhnya saya tidak pernah mengizinkan diri untuk menjadi biasa2. saya ciptaan Allah. Dia yang Maha Bijaksana lagi Sempurna. mustahil Allah menciptakan saya biasa2 untuk saja2 bagi tujuan yang ala kadar semata. saya yakin saya makhluk Allah yang ISTIMEWA, dan kembara ke bumi anbiya', ke dataran syam ini adalah untuk mencari KEISTIMEWAAN itu..




Tetamu di Dataran Syam ini

Harus Gagah seperti Abu Ubaidah

Tanah yang gersang disuburkan

Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan


Di celah pohon zaitun yang rendang

Bersemadi syuhada pahlawan Islam

Menanti dan terus menanti

Hadirnya barisan waris perjuangan


Medan ini medan yang susah dan payah

Sesudah medan Mu’tah di puncak sana

Dan penghuninya juga harus gagah

Segagah Kota Karak perakam sejarah


Di sinilah kau akan membinana jiwamu

Jiwa pembela maruah agama

Berbekalkan ilmu berpandukan iman

Islam pasti akan kau merdekakan


Ketibaanmu adik-adikku

Kusambut dengan seribu pengharapan

Agar kau menjadi insane berilmu

Dan pembela nasib agamamu


Hatimu perlu cekal dan tabah

Sesabar tiga Sahabat Rasulullah

Jiwamu perlu subur dengan iman

Sesubur Dataran Syam bertuah


Kita diajar cintakan kematian

Bagai musuh kita cinta kehidupan

Maka di Bumi Israk ini tempatnya

Kau mengenal jihad dan perjuangan


Tetamu Dataran Syam engkaulah harapan

Untuk Ummah melihat masa depan

Sebagai ulama sebagai pejuang

Islam pasti kau akan merdekakan

Selamat datang Tetamu Dataran Syam!!


“ Rinduku pada bau pohon tin

Tangis jiwa meratap kenangan

Sirna janjiku pada Rabbul ‘Aalamin

Sirih pulang ke gagang perjuangan. “



Rindu Bau Pohon Tin, by Abu Saif


pesan ust aman : enti buktikan belajar di jordan lebih baik dari belajar di UDM!!

balasku : insyaAllah, uhawil2 :)