Pages

27 May 2010

nafar ke medan juang


وما كان المؤمنون لينفروا كافة فلو لا نفر

من كل فرقة منهم طائفة

ليتفقهوا فى الدين

ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون


" tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukminin itu pergi semuanya

(ke medan perang). mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan

di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka

tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada

kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka

itu dapat berjaga-jaga"


(al - Taubah : 122 )


22 May 2010

bahagia


حتى تكون اسعد الناس

kebahagiaan ada pada diri anda



apakah anda benar-benar inginkan suatu kebahagiaan?
jangan jauh-jauh mencarinya, kebahagiaan itu ada pada diri anda sendiri.
kebahagiaan ada dalam pemikiranmu yang indah,
dalam khayalmu yang indah, dalam keinginanmu yang optimis,
dan pada hatimu yang cemerlang yang penuh dengan kebaikan.

kebahagiaan adalah wewangian yang tidak dapat disemburkan kepada orang-orang
di sekelilingmu,
tanpa wewangian itu melekat di badanmu beberapa titis.

sebahagian besar manusia meyakini bahawa kesenangan itu akan lenyap, namun mereka menyakini bahawa setiap kesedihan itu akan abadi.
mereka itu meyakini hilangnya kesenangan namun mereka tidak
meyakini hilangnya kesedihan.

sebahagian di antara kita seperti seekor ikan yang buta,
ia menyangka bahawa ia berada di dalam gelas kecil, namun ia berada
di dalam lautan yang luas.
kita diciptakan di alam keimanan, lalu kita meletakkan diri di atas bola,
dengan keadaan takut, bermusuhan dan sedih.

- DR 'Aidh Abdullah Al-Qarni-


jadilah kamu orang yang paling bahagia inshaAllah :)




i was tagged by afeefah

salam alaik buat semua..

alhamdulillah, setelah fikir2 ape nak post dalam blog ni, tiba2 dapat message dari my twin, afeefah saalihah..this is my first time i was tagged by my friend same wif afeefaah..jazakillah ukhti..


3 names in your message inbox
- kak zu aka al-kahfi
- kak ngah
- syamila misr


your main ringtone
- palestin (
لن نعترف باسرائيل )


what you did at 12 last night?
- same, i was blogging n chat with my friends


who was the last person you went with? where?
- my brother, faiz
- at home, he study at ktd


the colour of t-shirt you are wearing now
- red


the last thing you did
- teach bm n imla' to my little bro, adi because tomorrow he exm


3 of your everyday favourite items
- handphone
- laptop
- cute bag


the colour of your bedroom
- peach


how much money in your wallet now?
- a few, just rm 20


how's life?
- alhamdulillah. sweet memories in my life


your favourite song
- maarikana n ummi ( versi arabic )


what will you do next weekend?
- going ijtima'


when was the last time you see your mom?
- yesterday.

where is she now?
- at kl


when was the last time you talk to your parents?
- yesterday


who is the last person talked to you last night?
- athirah, adi n my grand ma


the last suprise you got
- present from my students ( teacher's day at sriq )


last thing you borrowed from your friend
- books


who is your bf/ gf/ husband/ wife?
- Allahu a'lam


what do you feel right now?
- miss my parents
- miss my school n studetns
- miss my urdun


wanna share with who?
- same, already share


who know your secret?
- Allah Al-Khaliq
- my mom n dad
- my best friend


they keep your secret?
- inshaAllah


are you angry with someone?
- no


what do you order at McD?
- boycott mcd, kfc, n so on


the last time you feel so sad?
- at now (said my little bro )


i wanna tag?
- nobody..hehe..



wallahu a'lam



14 May 2010

barnamij


Alhamdulillah Allah izin cuti kali ni akan terisi dengan program2 yang membangkitkan syu'ur untuk kita terus menerus bergerak di atas jalan Dakwah n Tarbiyyah inshaAllah


antara program yang terdekat :


1- eid muallim fi Sriq ( 16 mei )

2- RESS 2010 ( 21, 22, 23 mei )

3- KAHFI ( 4, 5, 6 jun )

4- kem anak soleh

5- tamrin ipt



kata Hasan Al-Banna - alwaajibat aksar minal auqot



my status :

- dalam proses nak siapkan soalan imtihan akhlak n bahasa arab..minggu ni kene submit..moga dipermudahkan inshaAllah.

- persiapan untuk hari guru

- bertungkus lumus untuk ceriakan kelas 3 an-nur



laporan

SHAH ALAM, 8 Mei – Hampir 10,000 orang telah hadir dalam Perhimpunan Perdana Palestin yang dianjurkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) bersama-sama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Global Peace Mission, Muslim Care dan Viva Palestina Malaysia (VPM).


Pengarah projek LL4G, Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin


Perhimpunan dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengarah projek LL4G, Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin. Beliau menjelaskan objektif program LifeLi

ne4Gaza iaitu mempertahankan bumi Al Quds dari penjajah Zionis, memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan Konvoi Menerobos Tembok Kematian di Gaza, solidariti NGO-NGO dan rakyat yang prihatin dengan Palestin, dan menjadikan Majlis Kemuncak Projek Pengumpulan Dana untuk Konvoi LifeLine4Gaza . Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti LifeLine4Gaza yang dibuat sebelum ini antaranya ialah siri pengumpulan dana dari aktiviti-aktiviti yang dibuat sejak 2 bulan lalu seperti konsert nasyid amal, jamuan makan malam, ceramah-ceramah Palestin di masjid-masjid dan di surau-surau di seluruh negara.


Presiden Haluan Malaysia, Dr Abdullah Sudin Bin Abd. Rahman


Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin Bin Abd. Rahman. Di dalam ucapan ringkas tersebut beliau menegaskan bahawa usaha membawa Palestin ini ada hubungkaitnya dengan permasalahan aqidah ummah Islam. Setiap daripada ummat Islam perlu merasai dan prihatin terhadap isu Palestin.


Encik Tuan Mokhtar Hani, Timbalan Datuk Bandar, Bandaraya Shah Alam.


Perhimpunan ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg Datuk Mazelan bin Md Noor diwakili oleh Encik Tuan Mokhtar Hani, Timbalan Datuk bandar, Bandaraya Shah Alam. Beliau menjelaskan kesungguhan dan keazaman yang ditunjukkan oleh gabungan puluhan NGO tempatan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam ini boleh menjadi contoh kepada rakyat Malaysia betapa kita boleh bersatu untuk Palestin dan mengetepikan perbezaan politik dan fahaman peribadi demi bersama-sama dengan rakyat Palestin.

Setiausaha Agung Jamaah Islah Malaysia (JIM), Tuan Haji Nahar b Mohd Nor


Naib Pengerusi Muslim Care, Encik Zulkifli bin Mohd Nani


Sesudah majlis perasmian, majlis bermula dengan pidato dari wakil-wakil NGO Jamaah Islah Malaysia(JIM) Tuan Haji Nahar b Mohd Nor, Setiausaha Agung Jamaah Islah Malaysia(JIM), Encik Zulkifli bin Mohd Nani, Naib Pengerusi Muslim Care merangkap Ahli Majlis MBSA diselangseli dengan persembahan multimedia dan nasyid oleh In-Heart, Muadz, Raihan dan Shoutul Harakah.


in-heart

Bro Muadz

Raihan

Shoutul Harokah


Turut berucap adalah Syeikh Ziyad Al-Qishawi, Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin dan Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Saudara Hussain Oruc. Mereka berdua menyampaikan salam perjuangan dan terima kasih tidak terhingga dari rakyat Palestin kerana sanggup memberikan sumbangan dan doa di atas mala petaka yang dikenakan ke atas mereka selama ini.


Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Ziyad Al-Qishawi


Untuk rekod, krisis kemanusiaan selama ini di Palestin membangkit rasa kebersamaan kepada rakyat dan NGO prihatin negara ini yang menggerakkan konvoi Lifeline4Gaza – Break The Siege ataupun Talian Hayat Untuk Gaza – Menerobos Tembok Kematian. Bagi menjayakan misi menghantar bantuan ke Gaza ini, mereka akan menyertai usaha konvoi antarabangsa yang diketuai oleh sebuah NGO dari Negara Turki iaitu Foundation for Human Rights & Freedoms & Humanitarian Relief (Insan Hak ve Hurriyetleri – atau lebih dikenali sebagai I.H.H.) bersama-sama NGO-NGO antarabangsa yang lain seperti Free Gaza Movement dan European Campaign to End the Siege on Gaza (ECESG).


Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Saudara Hussain Oruc


Kini, IHH dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan NGO-NGO antarabangsa dari lebih 17 buah negara lain telah memulakan usaha untuk melaksanakan konvoi talian hayat Gaza yang ke-empat iaitu Lifeline4Gaza. Satu usaha besar-besaran iaitu satu konvoi yang akan merentasi Laut Mediterranean bermula dari Istanbul, Cyprus dan akhirnya terus ke Gaza mengikut jalan laut. Konvoi ini akan membawa lebih daripada 9 buah kapal dan bot.

Kempen ini diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Erdogan. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Bantuan tersebut akan dibawa terus ke Gaza dengan menggunakan hubungan diplomatik kerajaan Turki yang memang mempunyai Perjanjian Keselamatan dengan rejim Israel semenjak peperangan dunia yang ke-dua lagi. Mengikut butiran perjanjian tersebut, Israel tidak boleh mengganggu kapal-kapal daripada Turki.

Kemuncak majlis ialah penyerahan cek NGO-NGO kepada Naib Presiden IHH. HALUAN Malaysia telah menyumbangkan RM800 ribu ringgit, JIM menyumbangkan RM200 ribu ringgit di samping sumbangan cek oleh Muslim Care dan lain-lain NGO. Pada malam itu juga Dr. Abdullah Sudin bin Abd. Rahman telah melancarkan kad sumbangan RM10 ringgit sebulan untuk diedarkan kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin.


Muslimat turut bersama


Sebelum majlis berakhir, resolusi membantu perjuangan Palestin telah dibacakan oleh pimpinan Pemuda dan Mahasiswa yang prihatin diketuai oleh Saudara Anaqi bin Salleh, Presiden Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) dan Saudara Abdullah Omar bin Ahmad Fuad, Presiden Karisma-JIM. Rayuan ringkas kutipan yang penuh semangat dikendalikan oleh Dr. Azizan Ahmad, Naib Presiden 3 HALUAN. Alhamdulillah, jumlah kutipan semasa Perhimpunan Perdana Palestin ialah RM123,869.00. Sebelum bersurai majlis dibacakan dengan doa penutup oleh Ustaz Daniel Salehi, pengajar Sek Menengah Ibnu Khaldun.


Kepimpinan HALUANSiswa & KARISMA-JIM


Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang prihatin. Namun jumlah yang dikutip itu masih perlu ditingkatkan lagi bagi menjayakan projek LL4G ini. Sumbangan derma bagi menjayakan bantuan ini boleh disalurkan terus melalui akaun khusus untuk projek Lifeline4Gaza seperti berikut:

Nama akaun : “ TABUNG PALESTIN HALUAN ”
Nombor akaun: 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad


sumber : Haluan Siswa



11 May 2010

permohonan

PUTRAJAYA: Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Morocco perlu menghantar permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

KPT berkata, tarikh tutup permohonan bagi pengajian di Jordan ialah 15 Mei ini, Mesir (31 Mei) dan Morocco pada 15 Jun ini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, KPT berkata borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah itu boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Pengajian Tinggi di http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php.

Permohonan ke negara Timur Tengah itu mula dibuka pada 11 Mac lalu bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan diploma.

Bagi pengajian bidang perubatan, universiti yang terlibat di Mesir ialah Universiti Ain Shams, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Al-Azhar, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq manakala di Jordan pula ialah Jordan University dan Jordan University of Science and Technology.

Bagi pengajian bidang pergigian di Mesir pula melibatkan Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain Shams, Universiti Al-Azhar dan Universiti Tanta manakala di Jordan pula ialah Jordan University dan Jordan University of Science and Technology.

Pengajian Islam pula adalah di Universiti Al-Azhar di Mesir, Universiti Mu'tah, Universiti Al-Bayt, Universiti Yarmouk dan Jordan University di Jordan.

Manakala bidang pengajian sama ditawarkan di Universiti Al-Khadi Ayyad, Universiti El-Hassan Sani, Universiti Muhammad Abdillah, Universiti Muhammad Al-Awwal, Universiti Muhammad El-Khamis/Muhammad V dan Universiti Qurayiwiyen di Morocco. - BERNAMA


sumber : mStar online


p/s : rabbuna yusahhil inshaAllah




05 May 2010

perhimpunan perdana palestin


ayuh sambutlah seruan menerobos tembok kematian!!