Pages

19 June 2010

sanah helwa

inspirasi hatiku :)


eid '09. tema oren colour


selamat hari lahir yg ke-49 ayah


hari lahir ayah pada kali ni jatuh pada hari khamis, 17 jun. time tu saya masih berada di angullia beach resort. ada program dsana. ayah pula berada di kem anak soleh di kuala berang. kami berpisah.

saya mula berfikir macamane nak celebrate birthday ayah.

...

saya kira di kem anak soleh, urusetia dan fasi bersiap-siap untuk post mortem, sempat lagi ni. saya terus mencapai hp..

afifah : salam mudah, esok birthday ayah saya. tolong wishkan kt sane ye.. hehe..

mahmudah : esok ke?

afifah : aah

mahmudah : ok2

...

tepat pukul 12, saya pun send mesage to my dad

afifah :
sanah helwa ya jamil. selamat hari lahir ayah. semoga pertambahan umur mengalir
bersama-sama keberkatan dalam diri. luv u fillah. jazakallah ala kulli haal.Barakallahu fik.
dari anak2 mu : afifah, faiz, afiq, athirah & adi.

ayah :
salam kpd anak2 yg sgt ayah kasihi. Ayah bertuah krn dikurniakan anak2 yang boleh
memahami. terima kasih atas segalanya. Hari lahir kali ni diraikan di tapak kem oleh urusetia dan fasi dgn puluhan cahaya lilin sbb b/out, menggamit memori terhadap anak2 tersayang. I love u all :)


jazakumullahu khairan jaza' to all faci n urusetia..


Barakallahu fikum :)



17 June 2010

kusza - udm - unisza





Pertukaran nama universiti

Universiti Darul Iman Malaysia kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin berkuatkuasa pada 14 Mei 2010. Ini adalah berikutan dengan pewartaan Perintah Universiti Darul Iman Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010 [P.U.(A)148/2010] pada 13 Mei 2010.

Universiti sebelum ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Darul Iman Malaysia (Pemerbadanan) 2006 [P.U.(A)208/2006]. Yang di-Pertuan Agong telah berkenan meluluskan Perintah Universiti Darul Iman Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010 pada 13 April 2010 yang kemudiannya telah diwartakan pada 13 Mei 2010.

Sehubungan dengan itu, Universiti Darul Iman Malaysia yang ditubuhkan di bawah Perintah Universiti Darul Iman (Pemerbadanan) 2006 [P.U. (A) 208/2006] hendaklah, dari 14 Mei 2010, dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin.


Sejarah UDM


Sebelum UDM ditubuhkan secara rasmi ianya hanyalah sebuah kolej milikan penuh kerajaan negeri Terengganu yang disebut sebagai Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Kolej ini ditubuhkan dan diperbadankan melalui Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil 3 1981). Enakmen ini telah diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 22 Ogos 1981. Sejarah KUSZA bermula pada 27 Januari 1982 dengan pengambilan pelajarnya sebanyak 40 orang. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin di Batu Buruk,Kuala Terengganu. Mulai tahun 1981 hingga 1983,KUSZA telah menyewa bangunan Hajjah Wok di Jalan Hiliran di Pulau Kambing.Peletakan batu asas kampus tetap di Gong Badak dirasmikan oleh Duli Yang Maha MUlia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktaffi Billal Shah pada 17 mac 1981 di atas tapak tanah berkeluasan 144 hektar. Bermula Januari 1983 bermulalah KUSZA sebagai institusi pengajian tinggi di Terengganu. Pada bulan Jun 1982, KUSZA mula menawarkan Program Diploma Pengajian Islam. Seramai 26 orang calon pertama Diploma Pengajian Islam (Syariah) ini berjaya menamatkan pengajian mereka dan telah menerima Diploma masing-masing daripada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu di dalam Konvokesyen yang pertama. Program-program yang ditawarkan di KUSZA adalah pada peringkat diploma dan sijil.Kini program pengajian di institusi itu sudah bertambah dan saya sudah lupa apakah program pengajian yang lain di sana selain pengajian Islam. Lulusan KUSZA berpeluang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah memandangkan institusi ini telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai kolej agama terbaik.


KUSZA bertukar menjadi UDM

Pada tahun 2005,setelah Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Terengganu daripada PAS,usul pembubaran KUSZA dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Terengganu. Akhirnya usul tersebut berjaya diluluskan oleh DUN walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang. Ketika usul ini diluluskan,Menteri Besar Terengganu pada ketika itu dato Seri Idris Jusoh yang juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUSZA ketika itu menyatakan bahawa kerajaan negeri mahu menjimatkan kira-kira RM80 juta setahun bagi kos pembiayaan operasi KUSZA.KUSZA ditubuhkan ketika Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar menjadi Menteri Besar Terengganu dengan matlamat untuk melaksanakan pendidikan Islam yang lebih sistematik,melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta serta pembangunan masyarakat selaras Islam terutama dalam kalangan rakyat negeri Terengganu. Pada 1 Januari 2006 KUSZA diserahkan kepada kerajaan pusat dan dinaiktaraf menjadi sebuah institusi pengajian tinggi awam(IPTA) dengan gelaran Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Pihak pemerintah negeri ketika itu mendakwa konsep ini mengikut University of East London yang menaiktaraf sebuah kolej kepada sebuah universiti.


p/s : saya pelajar kusza n udm. unisza belum lagi :)

- doakan saya teman2 moga dipermudahkan segalanya inshaAllah..


sumber :

- udm website
-kalammindamuiz.blogspot


13 June 2010

ahlan ya rejab


اللهم باركنا في رجب وشعبان وبلغنا في رمضان

DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."