Pages

26 October 2010

exam dan exam


jom sama-sama baca dan ambik ibrah..

by : hilal asyraf


Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.

Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal (peperiksaan pertama) bagi maddah (pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.

Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.

Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!”

Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?

Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.

Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.

“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”

Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”

Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.

Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.

Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”

Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”

Pelajar itu diam.

Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Dan tiada siapa lagi yang bersuara.

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh.

Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau studi pun tidak sungguh-sungguh.

Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal studi sungguh-sungguh bukan? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh-sungguh?

Fahamkah kamu maksud ayat ini:

“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159.


Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’?

Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini?

Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu (dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal? Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak. Tidak dan tidak.

Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga.


p/s : sekarang saya pun dalam mood imtihan.. inshaAllah minggu ni ada 2 exam, manahij mufassirin dan madkhal..doakan saya moga dipermudahkan segalanya inshaAllah.


perantau


Aku seorang perantau,
Merantau di tanah gersang,
Merantau demi mencari diriku,
Yang masih belum muncul,
Merantau demi mengenali diriku,
Yang belum ku kenali,
Merantau demi menimba ilmu,
Yang menjadi pedoman buat ku
di dunia & akhirat
Merantau demi mengoleksi pengalaman
Yang amat berharga

Aku kini merantau,
Nun jauh di seberang lautan,
Meninggalkan tanah air tercinta,
Meninggalkan keluarga tersayang,
Meninggalkan rakan taulan,
Meninggalkan jejak-jejak zulmat,
Meninggalkan titik-titik hitam,
Entah bila kan ku pulang,
Kepulanganku jangan ditunggu,

Aku seorang perantau,
Keindahan tanah air masih terbayang,
Kebahagian keluarga masih terkenang,
Keriangan gelak tawa rakan taulan masih teringat,

Aku di perantauan,
Kerinduan pada tanah air terpendam,
Selangkah demi selangkah kerinduan membesar,
Hatiku sayu, resah & gelisah
Berada dirantau ini,
Namun, apakan daya,
Taqdir telah menentukan,
Ku terima dengan redho,
Ada hikmah di sebalik kejadian,

Aku kini merantau,
Ku masih mencari-cari erti kehidupan,
Siapakah diriku ini???
Untuk apa aku hidup???
Sedikit demi sedikit jawapannya muncul,
Muncul dari ilmu,
Muncul dari pengalaman,
Pengalaman yang amat berharga,
Tidak ternilai oleh harta dunia,
Banyak ilmu & pengalaman telah ku dapati,
Pelbagai ragam manusia,
Pelbagai rupa ciptaan-Nya,
Telah ku temui,
Subhanallah,
Maha suci Tuhan yang maha kuasa,

Aku seorang perantau,
Aku berada diperantauan,
Wahai Tuhanku,
Selamatkanlah hidupku di sini,
Wahai ummiku,
Maafkanlah kesilapanku,
Doakanlah anakmu ini,
Wahai ayahku,
Halalkan pemberian hasil keringatmu,
Doakanlah anakmu ini,
Wahai pendidik-pendidikku,
Halalkan ilmu yang kau curahkan,
Doakanlah anak didikmu ini,
Wahai saudara-saudariku,
Janganlah lupakanku,
Doakanlah saudaramu ini,
Wahai rakan taulanku,
Maafkan segala salah silap ku,
Doakan taulanmu ini,

Aku Seorang Perantau…..


by : Ibn Omar Al-Talbi, Sana'a, Yaman


25 October 2010

ziarah sahabat

alhamdulillah Allah izin tercapai juga hajat untuk ziarah 3 sahabat Rasulullah di Mazar minggu lepas..


galeri ziarah para sahabat


makam sahabat di mazar


kami berlapan




seerah jaafar thayyar / jaafar zul al-janahain



di makam jaafar abi thalib





makam zaid harithah







ke makam abdullah rawahah


abdullah rawahah, penyair Rasulullah saw


antara syair beliau


peristiwa ma'rakah mu'tah :

Jamadilawal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu’tah disebuah lembah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8 hijriah disebabkan oleh pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada Raja Busra.

Maka tentera Muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu’tah yang mana Rasulullah SAW tidak turut serta dalam peperangan ini.

Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam, tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja’far bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan al-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah.

Peperangan diteruskan. Dua sahabat utama telah syahid. Perjuangan terletak di tangan Abdullah bin Rawahah. Tetapi beliau juga gugur syahid, di medan Mu’tah yang penuh sejarah.

Kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain.


wallahua'lam..



03 October 2010

ujian itu tarbiyyah


semasa saya berada di jordan, umi ada kirimkan barang pada Dr luqman dengan Dr fadhli..masa tu diorang masih di malaysia lagi..


3 minggu lepas..

dan hampir 3 minggu barang tu ada pada diorang, di irbid.. tak sempat nak hantar pada saya lagi di mu'tah ni kerana kekangan masa..


hari khamis..

dan Allah izin minggu lepas, sahabat saya fatimah nak ke irbid untuk ambil barang kiriman dari mak dia.. dan saya mengambil peluang minta tolong luqman kirimkan barang pada fatimah.. alhamdulillah semalam barang saya dah ada di mu'tah..


hari sabtu..

fatimah tak sempat hantar barang tu pada saya semalam, dia berjanji untuk hantar barang tu di bayt imtiyaz pagi esok (ahad).. la ba's sebab saya bersyukur sangat2 barang tu dah ada di mu'tah..


hari ahad..

lepas balik dari karak tadi, dalam pukul 5 petang, saya terus ke bayt imtiyaz untuk ambil barang..

saya : kak aisyah, ada nampak tak barang fifah kat sini?

kak aisyah : tak nampak pulak, cuba tanya diorang dalam bilik tu..

saya : korang ada nampak tak barang dalam plastik purple kat luar?

atin, insyi, timah : tak de la pulak.. cuba try tnya bilik sebelah.

saya : ada tak kak fatimah bagi barang pagi tadi?

ijah : ada2, ada kat luar..

kami pun pi cari kat luar, cari2 tak jumpa.. pastu baru ijah teringat yang diorang baru je buang sampah tadi.. kebetulan barang2 saya tu sebelah dengan sampah2 tu, betul2 depan pintu.. ya Allah, sah dah barang saya kene buang..

tong sampah tu depan rumah tu je, saya pun terus cari barang2 tu dalam tong sampah.. hasilnya, tak ade, tak ade sampah pun dalam tu..lori dah angkut.. ya Allah..

sedih memang sedih, ada kawan yang simpati, 'Afifah ajak pi tempat longgokan sampah di belakang masjid syuhada'.. saya terus kata ok dan tak putus2 berdoa moga ditemukan dengan barang2 saya tu..

sampai di sana, kosong, semua sampah dah tak ada.. dah la kene cakap ammi dengan pak cik arab tu, terlalu sukar rasanya.. dipendekkan cerita, ammu tu kata sampah yang dekat kawasan tu tak buang dekat sini, buang on the way nak ke amman.. masyaAllah.. kak aisyah dengan ifah tenangkan saya, kata mereka mungkin Allah nak bagi lebih baik ni, ada hikmah, banyakkan berdoa, jangan sedih2.. jawab saya inshaAllah..

barang2 saya yang hilang tu 3 pasang kasut polo, hp sony, 7 pasang stokin plus dengan barang2 kawan saya, ada ubat, telekung, baju..

inshaAllah saya terima ujian Allah ni dengan sabar, sahabat2 Rasulullah lagi hebat Allah uji.. moga2 Allah gantikan dengan yang lebih baik.. doakan saya.. call umi, umi pesan sabar, banyakkan berdoa.. sedih memang sedih, tapi ujian Allah ini adalah tarbiyyah bagi saya :)