Pages

15 February 2011

Untukmu Rasulullah




syafaatkan kami ya Rasulullah.

Salam Maulidur Rasul (",)



Nafas Baru 1


SYAKWA

Dunia gelap dan gelita
Yang kuasa hanya patung dan berhala
Buatan tangan sipenyembahnya
Daripada kayu dan batu

Filsafat Yunani tak berpengaruh lagi
Hukum Rumawi telah bangkrap dan rugi
Hikmat benua China telah padam lena

Tetapi bahu Muslimin kuat
Telah membungkar kejahilan di seluruh jagat
Telah memancarkan sinar baru, Tauhid dan Ijtihad

Diwaktu itu
Kebun kebun alam telah kehilangan nyanyi
Dan kembang tidak lagi menyebarkan harumnya
Kalau ada angin menderu, hanyalah pancaroba
Kalau suara terdengar hanyalah suara dan guruh tuhur

Sampai datang utusan Allah di negeri Mekah itu
Dia adalah ummi - telah mengajar isi bumi
Akan erti kehidupan langit
Dia telah menunjukkan pada isi alam
Apa ertinya fana’ dalam menuju yang baqa

Maka kamilah yang harum dalam kebun itu
Kami hapuskan tanda kegelapan malam
Dengan sinar cahaya subuh
Sehingga Iman kami telah laksana kegilaan dan
orang yang asyik
Kami hadapi seluruh kemanusiaan, dengan Nur Mu
Dalam saat yang singkat, alam melonjak
Untuk mengenal Kebenaran, Cahaya dan Keindahan

Dunia dikala itu telah penuh oleh berbagai bangsa dan kerajaan
Lalu kami kibarkan bendera Tauhid
Kami kumpulkan segala anak manusia dan turunannya
Dalam satu ikatan perjanjian;
Percaya akan diKau, mentauhidkan Engkau
Kami perbaiki yang rosak, kami tegakkan yang condong
Kami pun berjuang di darat dan di laut
Menggetar suara azan kami ditempat-tempat penyembahan di Eropah
Berbekas sujud kening kami dipasir Sahara Afrika
Kami tidak takut pada Kaisar, atau kekuasaan adikara
Atau kemarahan raja-raja
Kami perdengarkan kepada alam, seluruhnya
Kalimat Tauhid

Namun kini
Tidak ada lagi kekayaan kami yang tinggal, Ya Rabbi
Kecuali satu, iaitu kemiskinan
Tidak ada lagi kekuatan kami yang tinggal, Ya Rabbi
Kecuali satu, iaitu kelemahan;

Padahal jika Muslim tidak ada lagi di dunia
Dunia itu sendiri pun akan sirna
Kami memohon Baqa didunia ini
Kerana ingin Fana, dalam cinta akan diKau

Kesetiaan Siddiq, keadilan Umar dan musyhaf Othman
Taqwa Ali dan kejujuran Salman
Keindahan suara Bilal di dalam azan
Semuanya masih tetap kami simpan
Di dalam keteguhan Iman dan penyerahan yang bulat

Bangunkanlah kami kembali Ya Rabbi
Bagai suara genta yang pertama kali
Terangilah hati siasyik ini dengan hembusan Iman
Bakar habis cintakan dunia
Dengan cetusan api cinta Mu


Nafas Baru 2


JAWABI

Telah kami hamparkan tikar kurnia
Tapi, siapakah yang datang bertanya?
Telah kami rentangkan jalan raya kemuliaan
Tapi, siapakah yang bersegera untuk melaluinya
Sungguh cahayanya telah kami pancarkan bersama kilaunya
Tetapi permata tidak menyambut sari cahaya dirinya
Seakan akan sejemput tanah ini,
Tidak terjadi dari tanah Insaniah yang pertama


Benarkah kamu telah bersedia dizaman baru
Menjadi Abid Allah tentera Muhammad
Dan menjadi permata berlian menyinar cahaya kebenaran

Sedangkan pelupuk mata mu telah berat
Buat menyambut cahaya subuh dengan takbir
Seakan-akan jiwamu turut tidur bersama pelupuknya

Apakah bezanya terang siang dengan gelap malam
Bagi orang yang berdengkur ditengahhari?

Apakah bezanya Ramadhan menjelang
Bagi jiwa yang tidak dimerdekakan

Jika tidak terbentang suasana indah di langit
Maka bulan pun tidaklah sanggup memancarkan keindahannya


Lihatlah Masjid Allah,
Siapa yang meramaikannya
Kalau bukan orang-orang miskin

Kemana menghilangnya alunan Zikir
Kemana perginya Tahmid dan Takbir

Adapun yang kaya mabuk dalam kelalaian dan menolak seruan
Kekuatan semangat tidak ada lagi
Dalam susunan katamu yang telah basi
Ajaran yang diberi tidak lagi menarik hati

Kalaulah tidak ruh Bilal yang masih ada di dalamnya
Azan itu sendiri pun telah kehilangan keindahannya

Masjid mu telah mati kerana kekurangan saf-saf
Mihrab mu terbiar kerana kematian Iman
Mimbarmu berlumut dan menimbulkan jemu


Tatapilah rumahmu
Penuh dengan alat kebanggaan
Dengan pangkat dan gelar-gelar,
Tun, tan sri, dato’ dan lainnya
Namun aku tak berjumpa Muslim didalamnya


Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup!
membangunkan zaman yang baru
Memperbaharu kekuatan Iman
Menyalakan pelita hidayah
Menyebarkan ajaran Khatimul Anbiya
Agar cahaya ini kembali bersinar
Dan permata menyambut serinya


Hai orang yang mengadu
janganlah mengeluh sedih, janganlah menangis sedu,
melihat lengang kebun cahayamu
Kerana pagi telah terhampar bersih
Dan kembang-kembang telah menyebarkan harumnya
kumbang dan lebah telah mulai berdengung mengedar

dimulut kuntum, tak kah kau lihat langit,
alangkah jernihnya, tak kah kau lihat ufuk,
Bukankan Rabbmu pernah menjanjikan
Hari yang baru telah pasti datang
dan mentari akan hadir dengan cahaya gemilang.

Dan pandang pulalah ke bumi
tidakkah engkau lihat satu kaum memetik buah
Banyak pula pohon kurma yang telah tiba masa berbuah
Dan benih-benih yang baru bergerak di pelipis bumi,
Memecahkan sendiri tempurungnya,
Melonjakkan tunas untuk menggapai cahayanya
Setelah disiram dengan kebenaran dan dibajai dengan Iman
Dia akan tumbuh dan subur menyeri alam
dan dunia mendapat nafas baru di bawah naungan cahaya semalam


04 February 2011

fasal thani


inshaAllah ahad ni, 6/2/2011 bermula lah kuliyah bagi fasal thani,
fasal yang ke dua saya di jamiah mu'tah.


inshaAllah fasal ni saya ambik 6 madah~

1) ulum quran

2) aqidah 3

3) ahadis ahkam

4) fiqh muamalat

5) mabadi' tarbiyyah riyadiyah

6) tarbiyyah wathoniah


~hajatkan doa dari kalian semoga dipermudahkan segalanya inshaAllah~



kuliyah syariah, tempatku menimba ilmu~


bersama kak aishah jundullah (2 dari kiri), dah khirrij~