Pages

26 April 2011

HiMEGA '11


[sudahpun melabuhkan tirai. Mabrukkk to all committee Himega]








Nurturing Alim Mujahid bermaksud, "Kearah melahirkan Alim Mujahid".


Alim Mujahid mempunyai 5 ciri :

1. Aqidah yang sejahtera
2. Kefahaman Islam yang jernih
3. Cemerlang Akademik
4. Aktif berdakwah
5. Kerjaya sebagai method dakwah


~ i'm candidate Himega 2006, not 2011 :)

23 April 2011

Usrah Saeedah

Family Day. Cameron Higlands, 2009.

22 April 2011

رفيقة


untukmu sahabatku Mahmudah Ishak,

~berjuanglah dengan tenang. hakikat ketenangan adalah bila hati kita sentiasa terikat denganNya, menyakini bantuanNya, berusaha keranaNya. hakikat kejayaan bukan pada natijah di kertas, tetapi pada usaha keranaNya dan yakin pada rahmatNya. Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya dalam perjuangan ini~


teringatku pada pesanan Abu Hassan Ali An-Nadwi,

"saat kejayaan adalah saat IMAN, dan saat keruntuhan adalah saat hilangnya IMAN. sebagaimana IMAN menciptakan keajaiban dalam jiwa, seperti itu juga IMAN menulis cerita keajaibann di alam nyata. gelora dalam jiwa pun menjelma menjadi prestasi sejarah"



mudah,

* buat yang terbaik untuk sem akhir ni!! usaha semaksima yang mungkin tau. kullu kher inshaAllah. lakukan peCutan semangat~

* berusaha bersungguh-sungguh, natijah kita serah pada Allah. yang ni part paling penting!!

* ingat f0rmula kejayaan kita, HDA + AKA :)

* ku tembakkan d0a dari jauh untukmu inshaAllah~



nota kaki :

- ingat tadi, bende yang kita cakap ni, hanya kita berdua dgn Allah je yang tahu. i pr0mise inshaAllah :)

- sekarang sedang berlangsung himega untuk pelajar lepasan SPM.

Mofaz Qsaiffulah

model : adi fawwaz :)





teringat sekayu waterfall!!


mofaz qsaiffulah a.k.a my bro & hero. i like this picture :)

21 April 2011

Catatan Perjalanan

وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah. Al Baqarah : 216)

teringat suatu ketika dahulu saat liqo' bersama kak sah dan sahabat2 se hQ di musolla farabi,

kita ni kene redha dengan segala keputusan yang datang dari Allah. inshaAllah semua akan ada hikmahnya.

tiba-tiba kak sah tanya saya,

"Afifah, ingat tak peringatan Allah dalam surah al-baqarah, ayat 216 tu?"

"hmm, ayat وعسى tu ke? teka saya"

"ya, betul la tu"

berbalik kepada ayat 216 tu, saya sematkan betul-betul dalam minda saya. saya yakin, Allah lebih mengetahuinya tentang segala-segalanya. yang haqq, yang bathil, yang sirr, yang jahr, semuanya dalam genggaman Allah SWT.


tahun akhir diploma di kusza, saya ada memasang angan-angan untuk belajar di timur tengah. saya pun tak tahu kenapa saya amat berminat untuk mengembara jauh di tanah arab ni.

ingat dulu,

"fa, ape-ape pun nanti kita pergi sama-sama ye belajar di mesir. akak memang nak pergi sangat belajar kat mesir tu, kata kak ain shaa'rani, roomate saya"

"inshaAllah, jika ada rezeki tak ke mana kak ain, jawab saya"


dulu pun jika orang tanya pada saya,

"Afifah nak sambung mana lepas ni?"

"ummi saya terus kata, inshaAllah nak hantar dia ke mesir, biar jadi ustazah"

"ustazah, jadi ustazah ke aku ni. monolog saya"


akhir tahun 2008 kalau tak silap saya, dapat berita yang MOU (perjanjian) antara kusza dan universiti di mesir di batalkan atas sebab-sebab yang tertentu.

saya dan kak ain, "tak ade harapan dah kita ni nak pergi belajar seberang laut."

sebenarnya, hajat saya dari dulu lagi, nak sangat pergi ke syria, tak tau la sebab apa, mungkin terkesan dengan novel 'syabab musafir kasih karangan fatimah syarha' kot.

planinng saya dari dulu,
1) mesir (dah tak dapat)
2) syria (agak susah untuk masuk dan kebanyakan jamiah disana tak diiktiraf, hanya jamiah dimasyq je, tu pun susah nak masuk dan atas nasihat-nasihat ust abu ubaidah al jarrah, saya pun terpaksa membatalkan plan saya untuk ke syria)
3) dan yang terakhir di jordan (agak mustahil untuk saya sampai ke sini sebab kos sara hidup di jordan agak mahal)


saya mula berfikir dan berfikir...


sem akhir diploma, (pertengahan 2009) - semua kawan-kawan yang berhajat untuk apply di jordan semua dah serahkan borang pada ust sofy untuk diproses di kpt.

pada mulanya, saya yang paling bersemangat untuk isi borang tu, dan setelah mendapat tahu bahawa saya tak dapat pinjaman dari yayasan terengganu, maka hancur luluh la perasaan saya ketika itu sebab antara syarat ummi ayah benarkan saya ke jordan salah satunya setelah mendapat pinjaman YT.

maka, saya tak hantar borang saya pada ust sofy.

[dalam fatrah ni, saya banyak mengkaji berapa kos untuk kesana dan etc. dan dalam fatrah ni juga, saya banyak berdiam diri, merajuk mungkin sebab tak dapat kesana]


akhir 2009 - saya diterima untuk futher degree di kusza dalam kos yang sama setelah membuat permohonan untuk second intake. alhamdulillah.

saya belajar dan belajar dan pada masa yang sama masih terfikir apakah masih ada peluang lagi untuk sambung di jordan ni??

dan Allah izin borang kawan-kawan saya yang dihantar untuk diproses ada sedikit masalah yang menyebabkan pihak KPT tidak menerima mereka untuk kemasukan september 2009 di jordan. alhamdulillah juga buat saya yang tak hantar borang lagi.

satu sem degree sudah berlalu, masuk sem yang ke dua, saya mula tidak dapat fokus dengan baik kerana teringatkan dataran syuhada' mungkin :)

akhirnya, setelah berbincang baik-baik dengan umi ayah, dapat 2 conclusion :

1) teruskan pengajian di kusza.
2) pergi jordan


sebelum tu, saya pergi jumpa dengan ust sofy (ust yang uruskan pasal ni)

ust terkejut sebab saya tak hantar lagi borang, sedangkan kawan-kawan yang lain semua dah hantar.

"kata ust, awak ni main-main ke nak pergi jordan? borang tu semua dah ada kt KL, tinggal nak hantar kat KPT je"

"tak pe la ust, saya akan cuba untuk hantar borang tu sendiri, kalau ade rezeki dapat lah saya kesana, jawab saya dengan yakin dan beraninya"

"fikir saya, tiada yang mustahil bagi Allah"


saya isi borang, buat pasport, ulang alik pergi jumpa ust ali mintak ust transletkan transkrip diploma ke dalam bahasa arab dan etc. agak letih dan mencabar!! (semua ini terpahat dalam giga memori saya)

dan dalam fatrah ni ketua jabatan saya, Ust Saiful Bahri banyak membantu dan memberi semangat. (KJ paling baik). jazakallah kher ust. dan tak lupa juga kepada ust naja kerana menolong saya untuk menghantar borang ke kpt. syukran jazilan.

dan selepas tu, saya mengambil keputusan untuk tangguh sem selama 9 bulan bagi menuggu keputusan dari KPT untuk kesana.

dan dalam fatrah tu, saya amat-amat bahagia,
-diberi peluang untuk mengajar di SRIQ tercinta.
-masa banyak dihabiskan dengan family.
-dapat berbakti pada my grandma.


dan pada masa yang sama saya tak lekang dari meminta pada al-khaliq,

antara d0a kegemaran dalam solat hajat saya,
"jika jordan lah yang terbaik untukku, untuk agamaku, untuk dakwah dan tarbiyyahku, maka Engkau permudahkanlah jalan untuk aku kesana ya Allah"

saya tak mintak untuk ke jordan, tapi saya mintak yang terbaik dari Allah. sebelum terlupa, before isi borang tu, saya dah istikharah, dan alhamdulillah Allah bagi petunjuk. saya amat yakin dengan istikharah saya. alhamdulillah.

dipendekkan cerita, akhirnya Allah izin selepas menunggu sekian lama berita dari KPT sendiri, samada dapat pergi ke tak, nama naik ke tak dan sebagainya.


suatu hari di bulan ramadhan al mubarak via ym (akhir 2010),

akhi firdaus : alhamdulillah, semua students kusza yang aply untuk kesini, nama dah naik. so, boleh la buat persiapan untuk kesini.

ukhti afifah azam : akak, bagi nama penuh dan no ic, saya nak cek.

me : ********

ukhti afifah azam : alhamdulillah, nama akak dah naik. kos usuluddin.



alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah. Allah Maha Mendengar!!

keputusan tu saya dapat tau seminggu sebelum saya nak fly.


*******

dan sekarang Allah izin, saya disini, di bumi urdun, di dataran syuhada', di ma'rakah mu'tah, berjiran dengan para sahabat ghuzwah mu'tah, zaid harithah, jaafar thayyar dan abdullah rawahah.


peringatan yang menyuntik atma saya,

ya, memang anak rantau punya kesulitan tu tak sama dengan di tanah air, sekarang ni Allah uji akak dengan kepayahan di sini. Allah dah tunaikan hajat kak pah nak datang sangat jordan. then akak la pulak kena tolong Dia. ini lah yang kita selalu sebut dalam surah Muhammad ayat 7 tu kan? [intansurullaha yansurkum...]

[Doctor Syamila Rosman, Mesir]


memang betul, Allah dah tunaikan hajat saya untuk kesini setelah berbagai-bagai ujian dan cabaran yang hadir silih berganti, akhirnya Allah campakkan saya di dataran syuhada' ini.

lalu, apakah balasan saya kepada DIA yang Maha Baik???

m0ga saya dapat laksanakan mas'uliyyah kabeerah ini dengan sebaik yang mungkin inshaAllah.


akhir kalam,

yakinlah dengan sebenar-benarnya pada Allah. put ur full trust to Allah. ingatlah, tiada yang mustahil bagi Allah SWT!!


ayat-ayat hamasah saya dari Rindu bau pohon tin,

Sesungguhnya saya tidak pernah mengizinkan diri untuk menjadi biasa-biasa. saya ciptaan Allah. Dia yang Maha Bijaksana lagi Sempurna. mustahil Allah menciptakan saya biasa-biasa untuk saja- saja bagi tujuan yang ala kadar semata. saya yakin saya makhluk Allah yang ISTIMEWA, dan kembara ke bumi Anbiya', ke dataran Syam ini adalah untuk mencari keistimewaan itu inshaAllah.


MEDAN INI MEDAN YANG SUSAH DAN PAYAH
SESUSAH MEDAN MU'TAH DI PUNCAK SANA
DAN PENGHUNINYA JUGA HARUS GAGAH
SEGAGAH KOTA KARAK PERAKAM SEJARAH

TETAMU DATARAN SYAM ENGKAULAH HARAPAN
UNTUK UMMAH MELIHAT MASA DEPAN
SEBAGAI ULAMA' SEBAGAI PEJUANG
ISLAM PASTI AKAN KAU MERDEKAKAN


berjiran dengan zaid harithah, jaafar thayyar dan si penyair abdullah rawahah, m0ga-m0ga hamasah mereka sedikit sebanyak mengalir pada saya sebagai tulaab 'ilm dataran syuhada' ini inshaAllah.

ma'rakah mu'tah (hari-hari lalu, pergi dan balik dari jamiah)


Afifah Zaki,
Tetamu Dataran Syuhada',
11.27 am waktu jordan.

Maannajah


sungguh, saya tak lupakan kalian!!


buat kalian yang jauh di bumi unisza sana, ku didikasikan d0a-d0a ini buat kalian~

Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.


Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

[sumber doa dari bl0g A little Khalifatullah]


dan mutiara kata yang selalu saya k0ngsikan dengan kalian,


sama-sama kita tatbiQkan ye!!


selamat menempuh imtihan nihaie buat semua,
especially for my 'komuniti m.khalid',
kak zu, kak wani, kak ja, kak as, kak anis, fiza & kak nisah.
dan semua sahabat2 ex diploma usuluddin tak kira dimana jua antum berada.

akhir kalam,

believe in yourself, inshaAllah u can d0 it!!
d0a + effort & tawakkal semestinya :)

18 April 2011

النجاة



"jangan sesekali kamu belajar untuk peperiksaan. kerana apa yang kamu belajar untuk peperiksaan itu, akan kamu lupakan dengan cepat sekali".

" untuk peperiksaan, aku belajar juga. tetapi bagaimana kamu berkomunikasi dengan pelajaran kamu? apakah kamu berhenti mendalaminya selepas habis peperiksaan?? aku, pada malam peperiksaan akhirku, aku menghabiskan masa di perpustakaan, mendalami pula ilmu an-nafs. hal ini kerana, untuk peperiksaan akhir, aku telah sediakan diri aku sebelum itu lagi".

[Dr Ala' Hilat, Jamiah Yarmouk]


masya-Allah. saya?? malam nihaie baru nak pulun habis-habisan. s0 bad!!



promote Team HS :)


nota kaki :

.190411. [tomorrow] - saya ada imtihan. d0 pray for me :)

17 April 2011

medan ini : nasihat


Matlamat Tarbiyah Kita.

melahirkan muslim yang betul aqidahnya, sahih ibdahnya, baik akhlaknya, terdidik aqal fikiranya, kuat tubuh badanya, mampu bekerja, memberi faedah kepada orang lain, bermujahadah diri, menjaga masa, teratur dalam semua urusan dan sifat-sifat mulia lain yang menggambarkan kesempurnaan syahsiah.

kualiti muslim sebeginilah yang akan sanggup membangunkan masyarakat islam yang dicita-citakan. kualiti inilah yang mampu untuk merelisasikan syariat Allah swt.


keperluan asas untuk menjayakannya :

1-Manhaj yang sahih.

murabbi perlu membawa mad'u akan kepada kitab Al-Quran As sunah Rasulullah saw dan ajaran Islam yang sejati murni dan bersih daripada tokok tambah, sehingga mereka tekun mempelajari dan mengamalkannya. Sesungguhnya manhaj Islam adalah mudah,luas dan lengkap. melalui sirah Rasulullah saw dan para sahabt baginda, murabbi dan Mad'u akan mengetahui cara yang betul untuk mengamalkan Al-Quran dan as-sunnah dalam pelbagai realiti, selok belok dan cabaran.

a)Tarbiyah roh

Dalam pendidikan ruh dan jiwa, IHAB menyarankan agar kita membaca al-quran, mengamalkan wirid harian, melakukan ibadah sunat, berpuasa sunat, berzikir dengan lidah dan hati, mendirikan solah pada waktunya secara berjemaah, terus menerus berbiah untuk berjihad dan memperbaharui taubat.

i)menghidupkan hakikat keimanan kepada Allah SWT.

Beriman kepada Allah SWT adalah keyakinanNya yang bertunjang di hati dan mengarahkan seluruh aqal serta jasad untuk beramal mentaatinya. Iman ini melahirkan ketenangan dan kekutan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk menunaikan amanah Allah swt. Dengan iman seseorang hamba akan menumpukan seluruh hidupnya kepada Allah swt, Ia akan menumpu kepada Allah dalam apa jua suasana. Ia merasai kaya disisi Allah SWT meskipun tiada harta, tiada kaum kerbat dan tiada pengaruh duniawi.

b) menghidupkan hakikat keimanan kepada hari Akhirat

Menghidupkan hakikat keimanan kepada Hari Akhirat yang pasti datang, tiada keraguan padanya dan sentiasa berwaspada. Dengan Iman seseorang hamba akan menjadikan persiapan untuk menghidupkannya. ia menjadikan perjalanan hidup didunianya sesuai degan matlamat akhirat. Ia bijaksana di dalam menentukan keutamaan amalnya demi mementingkan akhirat.

ii)Memelihara bersungguh-sungguh perintah-perintah Allah SWT.

Segala perintah Allah SWT dilaksakan dengan sempurna dan segala larangannya dijauhi sepenuhnya tanpa meringan-ringan dan tanpa melampui batas-batas kemudahan yang diizinkannya.


lots of love,

UMMI
160411
10.05 PM


Alhamdulillah, Allah izin dapat 'surat cinta' dari ummi tersayang. peringatan yang sangat berguna buat diri ini yang selalu alpa dan leka. alhamdulillah. jazakumullahu khairan jaza' ummi & ayah :)

15 April 2011

الوقت


teguran Rasulullah saw dalam hadis yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal r.a,
"setiap hamba di hari kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana, selagi dia belum selesai disoal siasat tentang 4 perkara:

*Umurnya - dimanakah dihabiskan sewaktu hidup?

*Remajanya - bagaimana dia menghadapi ujian ketika itu?

*Hartanya - dari mana diperolehi dan bagaimana membelanjakannya?

*Ilmunya - apakah dia telah berAmal dengannya?


syair Arab ada menyebut,

Masa!!
Kau terlalu pantas
Seminggu dirasa sehari
Sebulan bagaikan seminggu
Tanpa disedari
Tahun ke tahun
Seumur hidup
Dirasa dalam impian!
Hidup berakhir dengan mati
Panjang, pendek
Kesudahannya sama!!

-Allah swt telah meletakkan nilai waktu sebagai pengukur untung atau rugi dalam kehidupan manusia bertepatan dengan firman Allah swt dalam surah Al-Ashr,

dengan meniliti maksud ayat tersebut, fahamlah kita manusia itu semuanya berada dalam kerugian, kecuali mereka yang menepati ciri-ciri ini :

1) orang yang setiap hari bertambah imannya. dengan keimanan dia mengenali Tuhannya. memahami tanggungjawab beribadah dalam hidupnya. juga menyedari matlamat kesudahannya untuk beroleh keredhaan Allah swt.

2) orang yang memanfaatkan waktunya untuk mengerjakan amal soleh. amal soleh merangkumi apa saja perbuatan yang menepati syarak dan dilakukan untuk memperolehi keredhaan Allah swt.

3) orang yang menyeru kepada kebenaran. orang sedemikian beruntung kerana contoh kebaikan yang dipaparkannya dan diikuti oleh orang lain memberinya barakah. dirinya juga beroleh pahala seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut.

4) orang yang saling memperingatkan manusia untuk tetap berada dalam kesabaran. hidup ini yang Allah jadikan sebagai cubaan untuk memastikan siapa yang beramal dengan baik. sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.

akhir kata dari saya,

marilah sama-sama kita mengigati pesanan dari Umar al-Faruq :

"Hisablah dirimu sebelum engkau dihisab Allah, dan timbanglah dirimu sebelum ditimbang Allah, serta bersiap sedialah untuk menghadapi hari peperiksaan yang paling besar iaitu hari kiamat."

[sumber : AAB-UA]


nota kaki :

~15/4/11 - alhamdulillah, dapat berita gembira dari umi melalui skype. fursah as-saeedah mumkin :)

~19/4/11 - imtihan thani tarbiyyah riyadi

~21/4/11 - imtihan thani fiqh muamalat (saya amat gerun!!)

~ masa saya banyak dihabiskan depan lapt0p, sedarlah wahai Afifah!! tanbih untuk diri sendiri supaya lebih menghargai masa!!

14 April 2011

Be a Man


terkesan tak wahai syabab-syabab?? BE A MAN!!


Alhamdulillah, semalam saya dapat d0a ni dari sahabat saya, Afeefah Saalihah. shukran jazeelan.

اللهمَ اجْعَلْنِي عَفِيفَة صَالِحَة وَاجْعَل خَطِيبِي صَالِحًا تَقِيًّا


jom sama-sama amalkan d0a ni :)

07 April 2011

Hati itu


HATI YANG HIDUP

Hati yang mampu
menikmati manisnya IMAN,
indahnya TAQWA dan
luasnya pengampunan Allah swt.

Hati yang terasa lunaknya
peringatan dan nasihat,
lazatnya ilmu dan jernihnya kebenaran.

Hati yang gementar ketika disebutkan Pemiliknya
serta rindukan pertemuan denganNya.


peringatan buat diriku yang lemah ini,

semoga kita sama-sama dapat menjaga hati kita dengan sebaik yang mungkin inshaAllah!!


opsss, sebelum terlupa, minggu depan saya dah start imtihan thani bagi fasal thani,

ulum quran - 11/4/11

tarbiyyah riyadi - 19/4/11

fiqh mualamat - 21/4/11

aqidah 3 - 26/4/11

ahadis ahkam - belum diketahui


sungguh, hidup ini tak lari dari peperiksaan. kita diuji dan terusa diuji. moga Allah permudahkan segala urusan dunia & lebih-lebih lagi urusan Akhirat kita inshaAllah.

pray for me & need ur Dua' ^^




saya TERLALU RINDUKAN mereka. miss u all my mom & sis :)

06 April 2011

Tulaab 'ilm



* Sebelum Subuh ~ Tahajjud,Doa
* Selepas Subuh ~ Wirid
* Selepas Syuruk ~ Tuntut Ilmu,Bukan Tidur
* Selepas Dhuha-Sebelum Zohor ~ Ilmu & Pembelajaran
* Qailullah Walau Sekejap
* Lepas Asar ~ Berdakwah
* Lepas Maghrib ~ Di Masjid
* Lepas Isyak ~ Tuntut Ilmu
* Sebelum Tidur ~ Solat & Muhasabah
* Tidur Awal ~ 5 Jam paling kurang

[ Doktor Solah Al-Khalidi, Ulama' Jordan ]


lalu bagaimana jadual harian kita sebagai penuntut ilmu?

berapa lama masa kita peruntukkan untuk Allah, untuk sahabat-sahabat kita, untuk study kita dan untuk selainnya. berapa lama??

moga kita sama-sama menjadi muslim yang seimbang dari setiap sudut,

J - jasmani
E - emosi
R - rohani
I - intelektual

wallahua'lam.