Pages

24 June 2011

Haramain

~my mom & my dad (belakang) - Hajj 2008~


hari ni, sayyidul ayyam, tiba-tiba teringatkan Haramain.

berbahagialah bagi kalian yang sudah terpilih untuk kesana. moga kalian beroleh haji / umrah yang mabrur inshaAllah. peluang yang amat berharga kan :)


doaku ~ semoga suatu hari nanti daku terpilih juga untuk menjadi Tetamu Allah. Ameen ya Rabb !!


Mahram oh Mahram, agak sukar sekali !!




Hamasah Soifi !!





nota kaki :

~ lupa nak bagitau. soifi ni, saya ambik madah - i'jaz quran, qosos quran & nabatat. doakan moga Allah permudahkan segalanya. moga ilmu ni senang sikit nak masuk =)

21 June 2011

La Tas'aluni




Jangan tanyakan aku tentang hidupku,

Ia adalah sebuah rahsia kehidupan,

Ia adalah anugerah,

Ia adalah ujian,

Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita,

Aku telah menjualnya kepada Allah,

Kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk,

Jalan hidupku adalah al-quran, pedang dan ujian,

Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya,

Para syuhada' telah menyirami jalan ini dengan darah mereka,

Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya !!


20 June 2011

Ayah, bukan Pensyarah !!

~hadiah dari ayah sebelum musafir saya ke sini~



AYAH, BUKAN PENSYARAH

'kamu semua dengar sini. aku mengajar kamu bukan kerana mencari duit. aku bukan berdiri sini sebagai pensyarah. aku adalah bapa, dan kamu anak-anakku. aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah syariah !! jika kamu melaporkan kepada raja sekalipun dan aku dihukum bunuh, ketahuilah bahawa syahidnya aku adalah kebanggaan isteri dan anak-anakku !' Dr Mustafa Abu Zaid bersyarah.

wajah dan janggutnya basah dengan air mata.

saya juga menahan sebak. puas mengelap air mata, kerana saya tahu Dr Mustafa memaksudkan apa yang diperkatakannya.

'kelas tamat untuk hari ini. kamu semua jangan datang ke kelas ini lusa, kecuali setelah kamu tahu apa maksud surah al-Dzaariyat ayat 56 !' beliau terus melangkah keluar dan memberikan salam kepada kami.

Ubudiyyah kepada Allah... itulah butir hikmah yang Syeikh Mustafa Abu Zaid semaikan ke jiwa kami.


[Rindu Bau Pohon Tin - Abu Saif]



Alhamdulillah, fasal lepas saya Allah izin dapat belajar dengan Dr Mustafa, madah hadis ahkam.

kelas first, time Dr masuk, terdetik dalam hati : ooo, ni lah Dr Mustafa yang namanya disebut oleh Ustaza Hasrizal dalam buku tu. boleh tahan jugak ye. pakaian Dr kot dan serban.

masuk kelas terus tanya soalan, agak gerun la jugak. patut lah senior-senior kata depa takut dengan Dr Mustafa sebab Dr suka tanya. nasib baik la, saya pelajar tahun 1, masih sanfurah. kebanyakan Dr masih boleh consider dengan pelajar tahun 1. Alhamdulillah.

part yang lain, time exam thani, saya tersilap faham soalan yang Dr tanya. soalan Dr pasal, كيف يحوي الرجل إلى السجود؟. saya ingatkan tentang سجود السهو إلى الصلاة. perkataan يحوي dan سهو membuatakn saya keliru !!

saya amat yakin dengan jawapan saya tentang sujud sahwi. time dapat result, agak terkedu. rupa-rupanya saya silap faham soalan. akibatnya, saya dapat markah rendah. sungguh tak sangka !! agak sedih.

saya mula tak dapat beri tumpuan sepenuhnya time Dr ajar. fikiran masih melayang-layang pada soalan tadi. alangkah ruginya diri ini !! soalan yang patut dapat skor, jadi tak dapat skor akibat salah faham. tapi ada hikmah jugak, lepas pada peristiwa tu, saya amat berhati-hati baca soalan :)

lepas pada kelas, saya dan kak ain, pergi jumpa Dr. mintak maaf pada Dr, bagitau yang saya silap faham soalan Dr. Dr tanya 'sanah kam?'. 'uula, jawab saya'. Dr mintak kertas, tengok dan simpan. dan Dr suruh buat yang terbaik untuk imtihan nihaie. sebelum tu, Dr tulis di bahagian atas kertas saya, 'sanah uula'. Alhamdulillah, lega sikit dengan pangkat 'tahun pertama'. hehe.

dan untuk final exam, Alhamdulillah saya dapat skor. soalan Dr, bagi saya, tak susah sangat. tapi still risau dengan markah exam 1 & 2 yang dapat rendah. tawakkaltu ala Allah.

dan akhirnya, natijah nihaie alhamdulillah. Allah bantu.

minggu lepas, kebetulan lalu depan bilik Dr dan time tu Dr ada dalam bilik. saya ambik peluang masuk. bagi salam dan cakap, 'syukran Dr ala natijah imtihan'. sambil tersenyum Dr balas, 'mabrukk alaik'. 'kam?' dengan malu-malu, saya jawab pangkat saya dapat berapa. Barakallahu fek ya Dr !! saya bagi salam dan keluar. lega rasa dapat ucap terima kasih dan dapat cakap dengan Dr :)

sebenarnya result saya tak delah tinggi mana, tapi ala kulli haal Alhamdulillah, i'll try the best !!


kesimpulannya : best sangat belajar di Jamiah Mu'tah !! [tak de kene mengena kot]


Subhanallah, peribadi Doktor-Doktor disini amat mengagumkan saya. mereka ibarat ayah-ayah saya !!


lihat saja nasihat Dr Mustafa di atas yang dinukilkan oleh Ustaz Hasrizal, pengalaman beliau belajar disini sekitar tahun 1990 an. dan sekarang tahun 2011, masih tidak berubah figur-figur mereka.

pengalaman yang cukup berharga buat saya, terpilih untuk belajar disini. medan Mu'tah menjadi saksi ya Rabb !!

terima kasih ya Allah atas segala nikmat dan kurniaan dariMu yang tak putus-putus.

19 June 2011

الساعة والساعة

Hanzalah bimbang dirinya menjadi munafiq.


Hanzalah r.a bercerita :

suatu ketika kami berada di dalam satu majlis khutbah Rasulullah saw. hati kami menjadi begitu lembut sehingga mengalirlah air mata meluruti pipi kami menyebabkan kami sedar akan hakikat diri kami. daku meninggalkan Rasulullah saw lalu pulang ke rumah. aku duduk bersama-sama isteri dan anak-anakku sehingga kesan khutnah itu hilang sama sekali daripada ingatanku.

kemudian aku tersentak dan menyedari bahawa aku tidak sebagaimana yang patut aku dalam keadaan yang sebenarnya. lalu aku pun berkata pada diriku, 'wahai hanzalah ! kamu adalah seorang munafik.' daku diterpa dengan rasa dukacita yang amat sangat lantas meninggalkan rumahku sambil mengulangi kata-kata ini dengan rasa dukacita,' hanzalah telah bertukar menjadi munafiq.'

daku kelihatan abu bakar r.a menuju kearahku dan daku pun berkata kepadanya, 'hanzalah telah menjadi munafiq.'

abu bakar r.a pun berkata, subhanallah. apa yang kamu kata? hanzalah tidak akan jadi munafiq. daku pun menjelaskan kepadanya. 'tatkala kita berada bersama-sama Rasulullah, mendengar khutbah-khutbahnya mengenai syurga dan neraka, kita dapat bayangkan bagaimana kedua-duanya benar-benar terlihat dengan mata kepala kita, tetapi setelah kita kembali ke rumah, suasana rumahtangga dan hal ehwal keluarga, kitpun dilupakan daripada Akhirat.

abu bakar r.a pun berkata : 'hal keadaanku pun sama seperti kamu.' kedua-dua dari kami pun pergi berjumpa Rasulullah saw dan daku pun berkata, 'saya telah menjadi munafiq ya Rasulullah saw ! baginda bertanyakan sebabnya, maka daku pun memberitahu baginda apa yang telah daku katakan kepada abu bakar r.a. maka Rasulullah saw pun bersabda : demi zhat yang menguasai jiwaku, jikalau kamu dapat memelihara keghairahan ini setiap waktu sebagaimana ketika kamu bersama denganku, nescayalah para malaikat akan memberi salam ketika kamu berjalan dan ketika kamu tidur. tetapi, wahai hanzalah ! keadaan ini jarang-jarang berlaku !!

kita terpaksa menyempurnakan hal-hal duniawi secara peribadi dan secara umum, dengan hal ini kita tidaklah dapat memikirkan hal-hal Akhirat selama dua puluh empat jam sehari. menurut sabda Rasulullah saw bahawa memikirkan sepenuhnya akan suasana Akhirat adalah suatu yang jarang-jarang dapat diwujudkan. hanyalah malaikat-malaikat yang dapat suasana tersebut. bagi manusia, suasana fikiran Akhirat ini akan berubah-rubah mengikut keadaan dan sekitarnya.

tetapi melalui kisah ini, kita dapat melihat betapa resah dan bimbangnya para sahabat terhadap keadaan iman mereka. hanzalah mengesyaki ciri-ciri nifaq yang mungkin bersemi dihatinya apabila beliau menyedari keadaan fikiran yang berlainan ketika berada di rumah dengan keadaan semasa bersama-sama Rasulullah saw.


lihatlah Iman para sahabat, bimbangnya diri mereka menjadi munafiq. lalu, kita bagaimana??

16 June 2011

16-6-11



Alhamdulillah !! Allah Maha Mendengar, Allah Maha Baik, Allah Maha Pemurah, Allah Maha Pengasih. selayaknya semua sifat-sifat itu bagi Allah, tuhan sekalian alam.

hari ini, 16-6-11, Allah izin genaplah 9 bulan saya bermusafir di Dataran Syam ini. 9 bulan bagi saya, satu tempoh yang cukup lama, tempoh yang matang. memilih untuk berjauhan dengan keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat seperjuangan semata-mata untuk mengutip mutiara dari para ulama' di sini.

ingat dulu, sebelum fly, saya dah plan ape target saya datang mengembara jauh-jauh ni, salah satunya NAK KUASAI BAHASA ARAB.

tapi setelah 9 bulan berlalu, adakah target itu TERCAPAI??

for me, masih belum tercapai !! banyak lagi yang perlu dikuasai.


saya sangat takut dan khuatir, jika peluang yang Allah bagi ni, saya tak dapat gunakan dengan sebaik yang mungkin. saya tak nak musafir saya ke sini sia-sia. peluang untuk saya menimba ilmu di sini inshaAllah berbaki lagi setahun satu fasal.


HELP ME YA RABB !! KUATKAN AKU YA ALLAH !!


اللهم فقهنا في الدين وعلمنا التأويا وهدنا إلى صراط المستقيم. اللهم أمين.



penghargaan buat insan tersayang, Ummi & Ayah,

terima kasih atas segalanya, atas segala pengorbanan kalian mendidik ku mengenal Rabb, memberi didikan Tarbiyyah Islamiyyah, memberi sepenuh kepercayaan untuk kak long belajar di sini, melayani kerenah-kerenah ku dan banyak lagi. selayaknya hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan budi baik kalian.

ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa ku dan kasihinilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku sejak dari kecil lagi. Ameen ya Rabb.

untuk adik-adik, Faiz, Afiq, Acik & Adi - terima kasih kerana memahami, memberi peluang & sanggup berkorban untuk kak long. always miss u all guys !!

15 June 2011

mereka di sana



ALF MABRUKK PADA TEAM PROCAST !!












TAHNIAH PADA TEAM KAHFI~~













LASTLY,,


~hasil dari main masak-masak semalam. terliur tak orang malaysia?? menu : karipap, burger malaysia, kepok lekor & donut. serba boleh kan. amacam Edah??




nota kaki :

~ inshaAllah, 16/9 bersamaan hari ahad, akan ada satu lagi final exam yang tertangguh, special untuk tullab malizi. madah tarbiyyah watoniah. do pray 4 me.

~ inshaAllah jumaat & sabtu, off to Irbid [TI]. then ahad, final exam. Intansurullaha yansurkum !!

الدنيا



ya Allah, letaklah dunia di tanganku, bukan di hatiku !!

09 June 2011

Fursah Saeedah

[hari ini di terengganu. buat warga terengganu, jangan lepaskan peluang keemasan ni]


[Sheikh bersama Ustaz Abu Ubaidah, student Syria]


[sesi temu bual bersama wakil ulama' palestina]



sharing dari Akh Afdholul Rahman yang sama-sama mendengar perkongsian dari Sheikh Abu Bakar Al-Awwidah di Majid Al-Falah, Penang.


MUQADDIMAH

Nama beliau adalah Syeikh Abu Bakar Al-Awawidah. Beliau adalah Penasihat Kanan Ulama' Palestin. Mempunyai 8 orang anak - 5 lelaki 3 perempuan. Matanya buta kerana ditembak dengan laser oleh Yahudi laknatullah. Raut wajahnya seolah-olah menampakkan umurnya begitu tua, tetapi umurnya sekitar 40 hingga 50 tahun baru. Dihukum penjara selama 500 tahun oleh Yahudi laknatullah.

Beliau datang ke Malaysia kali ini ditemani anaknya, Uwais, untuk menjalani rawatan bagi menyembuhkan penglihatan beliau dengan izin Allah.

Beliau singgah memberi perkongsian di Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang, Pulau Pinang pada 8 Jun 2011 selepas Maghrib.


KALAM BELIAU YANG MENYUNTIK SEMANGAT DI JIWA

Syeikh memulakan ucapannya dengan penuh kasih dan mahabbah mengatakan bahawa "Aku mencintai kalian keranaAllah. Bagaimana mungkin aku tidak mencintai kalian sedang kalian adalah orang-orang yang solat, orang yang rukuk, orang yang sujud, orang yang memilih untuk menyembah Allah Taala?"

Syeikh memuji Malaysia kerana Malaysia antara negara Islam yang maju. Sekarang, seluruh dunia memandang kepada Malaysia. Rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan Islam. Dan amal menuju Allah terletak di atas pundak kalian, wahai rakyat Malaysia.

Palestin bukanlah semata-mata untuk rakyat Palestin, tetapi untuk seluruh ummah.


INTRODUKSI : MASJID AQSA YANG DIMULIAKAN

Merupakan qiblat awal daripada dua qiblat ummat Islam.

Masjid Al-Aqsa merupakan salah satu daripada tiga masjid yang agung dalam Islam. Merupakan masjid yang ketiga. Jika sekiranya kita mempertahankan Masjid Al-Haram di Makkah dan Masjid An-Nabawi di Madinah dengan darah kita, dengan harta kita, maka kita wajib juga mempertahankan Masjid Al-Aqsa dengan darah dan harta kita.

Syeikh membacakan hadith Nabi s.a.w.

لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، ومسجد الرسول صلى الله عليه وسلم، ومسجد الأقصى."."

"Janganlah kamu bersusah-susah untuk bermusafir kecuali pada 3 masjid : Masjid Al-Haram, Masjid Rasul s.a.w. dan Masjid Al-Aqsa."

Sambung syeikh:

Palestin adalah bumi yang dimuliakan dengan darah para Nabi seperti Nabi Zakaria a.s. dan di sana terdapat banyak maqam para Nabi. Palestin juga adalah bumi yang dimuliakan dengan para sahabat sebagai contoh Saidina Umar Al-Khattab. Palestin juga adalah bumi yang dimuliakan dengan para pejuang Islam seperti Solahuddin Al-Ayyubi.

Solahuddin Al-Ayubi telah berpesan bahawa Palestin adalah amanah untuk ummat Islam.


APA KEWAJIPAN KITA SEBAGAI MUSLIM TERHADAP BUMI PALESTIN?

Syeikh berkata : Jihad di jalan Allah.

Syeikh membacakan ayat Al-Quran daripada surah Al-Imran ayat 142 yang bermaksud:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

Syeikh membacakan hadis:

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ
“Barang siapa yang mati dan belum berperang dan tidak terlintas dalam dirinya untuk berperang, maka dia mati dalam prilaku orang munafik”.(H.R. Muslim)

Jika sekiranya kita tidak mampu berjihad dengan diri dan nyawa kita, maka berjihadlah dengan harta benda kita.

Sesungguhnya setiap Muslim memiliki senjata yang ampuh. Doa adalah senjata yang tidak dimiliki oleh orang lain kecuali Muslim.


PESANAN WANITA PALESTIN KEPADA WANITA MALAYSIA

Syeikh membawakan pesanan nisa' (wanita) dari Palestin untuk wanita di Malaysia. Pesan mereka:

"Kami telah korbankan diri kami, suami-suami kami dan anak-anak kami, maka apa yang telah kalian korbankan?"

Syeikh membawa contoh seorang wanita yang bernam Fatimah An-Najar yang telah mengebom dirinya bersama tentera Israel.


BEBERAPA BERITA GEMBIRA

1) Revolusi rakyat yang telah berlaku di Mesir, Libya, Tunisia dan beberapa negara Arab lain mempunyai kebaikannya. Pintu Rafah telah dibuka.

2) Pada 15/5/ 2011, penduduk Palestin yang berada di negara jiran seperti Syria, Jordan dan sebagainya mendekati sempadan Palestin untuk memberi tekanan kepada Israel. Jumlah mereka yang asalnya ribuan bertambah menjadi puluh ribuan. Berkumpul setiap hari di sempadan untuk memberi tekanan kepada Israel.

3) Juga setiap hari, ribuan penduduk Palestin akan bergerak dengan bas menuju Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat jemaah di sana sebagai satu usaha untuk mempertahankan masjid Al-Aqsa. Mereka menuju ke sana dengan bas yang bernama 'Al-Bayarik'.

4) HAMAS dan FATAH telah bergabung dan bersatu dalam usaha mempersiapkan Palestin untuk dibebaskan dari cengkaman Israel. Mereka bekerjasama membangunkan sekolah-sekolah, pusat tahfiz, hospital-hospital.


PENUTUP : PEMBINAAN GENERASI PEMUDA SEPERTI MEREKA

Beberapa soalan telah dilontarkan kepada syeikh. Soalan yang terakhir ditanya adalah tentang rahsia pembinaan generasi pemuda seperti pemuda di Palestin yang tidak takutkan Zionis Israel.

Syeikh berkongsi tentang kaedah melahirkan generasi pemuda seperti pemuda-pemuda Palestin.


Kata syeikh: Mereka perlulah ditanam dengan didikan untuk TAKUT semata-mata kepada Allah, bukan kepada yang lain. Diajak untuk menghidupkan masjid. Dididik dengan Al-Quran dan as-sunnah. Dididik untuk beramal seperti qiamullail dan sebagainya. Dididik supaya terbentuk akidah, akhlak dan rasa takut kepada Allah.

Akhirnya akan terbentuklah dalam hati mereka tenaga IMAN !


Wallahu a'lam.

Catatan ringkas.
8 JUN 2011.
Selepas Maghrib.
Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang.





nota kaki :

~ rindu untuk bersama kalian disana join program ni !!

~ Alhamdulillah muaddal saya makin ..... terima kasih atas taqdirmu ya Allah.

~ cuti berbaki 2 hari lagi before masuk fasal soifi. Do pray 4 me teman-teman.


02 June 2011

Ballighna ya Allah




jom kita sama-sama Doa :

" اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان "




hari ni dah masuk 1 rejab, then sya'ban & Ramadhan.

persiapan awal untuk masuk ke Madrasah Ramadhan !! apa persiapan kita??

01 June 2011

العريس والعروس





~ Alhamdulillah. congrats shareeza & husband :) ~


alhamdulillah. setinggi-tinggi rasa kesyukuran kita rafa'kan pada Allah SWT atas segala nikmat yang tak terhitung banyak nya.

dan sekarang bermulanya cuti sekolah, maka banyak lah kenduri kendara di sana sini kan.

"nikah itu adalah sunnahku, maka yang membenci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku" [riwayat ibnu majah]

maka bertitik tolak dari sunnah Rasulullah saw, Alhamdulillah !! cuti ni 2 orang sahabat saya aka my classmate di smik dulu walimah. sha dah lepas, inshaAllah ammar akan menyusul 11 jun ni di syria.


Doa saya untuk kalian,

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في الخير :)

moga-moga baitul muslim yang dibina ini mendapat keredhaan dari Allah Taala inshaAllah. moga Allah kurniakan sakinah, mawaddah wa rahmah buat entum. selamat melayari bahtera rumah tangga !!


next - TURN siapa? mungkinkah NSS, NAA, ASZA, MI, NAMT, NMMA?? just wait & see ^^



nota kaki :

~ hajat nak pergi jugak syria tu, tapi jalan darat tutup. if pergi naik flight, ongkosnya agak mahal sihh. jawapannya, jalan-jalan di mu'tah je la.