Pages

31 October 2012

Quoted

dia semakin matang


tadi, sembang-sembang santai dengan adik saya,
sebelum dia tidur, saya mintak dia share status tentang kehidupan,

...

Makna kehidupan akan tercapai bila mana hakikat kehambaan kepada pencipta didahulukan.
Mudah untuk bermadah tapi bagaimana usaha dikerah?

Kehidupan yang telah direncana hamba hanya redha.

P/s : Teruskan kehidupan dalam erti makna kehambaan bukan keduniaan, saya anda & semua, ayuh kita sedarkan diri mencari erti kehidupan.

Salam Penghambaan.


[Via Bro Faiz]



nota kaki :

- esok, khamis exam tilawah (qiraah)
- jumaat (bengkel takhrij hadis untuk fc)
- sabtu ( seminar darul hadis)
- ahad (exam tilawah kitabah)
- isnin ( exam bahasa arab)



30 October 2012

Korban

[Sekitar Eid Adha 1433]


big family, lu'lu' manthurah + qiblatain.



"korban tanda cinta"


Bila tengok unta, lembu, kambing yang kene korban, 
rasa kesian ada, sedih pun ada,

tapi terdetik dalam hati,
Berbahagialah kalian, balasan kalian adalah 'SYURGA' !


Moga Allah nilai segala-galannya, inshaAllah.


praise be to Allah,
eid yang terakhir di perantauan, inshaAllah :)



Special



[281012] - di makam Sahabat Rasulullah, Jaafar Thayyar.


Mengenang pengalaman berjiran dengan Sahabat Rasulullah pada hari ini, 
memang suatu kenangan terindah.
malah boleh mencetus damai di hati, 
dengan sesekali digigit rasa rindu untuk mengalaminya.

setiap kali ke tempat special ini, hati saya tenang, Alhamdulillah :)
semacam ada aura yang sukar untuk dinukilkan.

tiap-tiap awal fasal saya ke sini, 
sebulan sekali saya ke sini, 
bila ditimpa masalah saya ke tempat ini, 
bila nak exam saya ke tempat ini, 
solat terawih pun pernah di sini, 
semuanya kerana, 

hati ini terasa dekat sangat dengan Rasulullah,

moga-moga hamasah para sahabat agung ini mengalir dalam hati dan diri saya, inshaAllah.


 
teruja jumpa orang senegara :) petang tu kene jadi tukang translet kejap.


Kediamanku dikelilingi manusia hebat ini, 

bertuahnya anak-anak Mu'tah !



p/s : 3 bulan berbaki :((



14 October 2012

Qalb


wadi rum, jordan - mac 2012


Via : Pak Cik Rosdi Baharom.


POTRET HAMBA ALLAH YANG SEWAJIBNYA KITA DICINTAI

POTRET PERTAMA: AIRMATANYA MENITIS


Potret ini telah dirakamkan oleh seorang sahabat yang sangat istimewa, iaitu Abdullah Ibnu Mas’ud R.A :

Abdullah bin Mas'ud r.a meriwayatkan. Katanya :

Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: “Bacakan Al-Quran kepadaku. Aku bertanya: ‘Wahai Rasulullah, adakah aku harus membacakan Al-Quran kepada kamu, sedangkan Al-Quran itu diturunkan kepada kamu! Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku suka mendengarnya dari orang lain. Lantas aku membaca surah An-Nisa' sehinggalah aku sampai pada ayat:

“Yang bermaksud: Dan kami datangkan kamu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka (umatmu)” (Surah An-Nisaa’ (4): ayat 41)

Kemudian aku mengangkatkan kepalaku atau secara tiba-tiba seseorang berada di sampingku menyentuhku (untuk mengambil perhatianku) ketika itu aku mengangkatkan kepala dan aku melihat baginda mengalirkan air matanya” (Hadith diriwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita melihat potret ini dengan teliti. Tugas dan tanggungjawab apakah yang begitu besar dan hebat sehingga bila mengenangkan tanggungjawab ini akan mencairkan hati dan menitiskan air mata?

Tanggungjawab ini ialah tanggungjawab untuk berdiri sebagai saksi di hadapan Allah Rabbul Jalil, di Perhimpunan Agung nanti. Ya, inilah tanggungjawab dakwah. Cairnya hati dan menitisnya air mata adalah kerana beratnya dirasai tanggungjawab dakwah yang dipikul dan diyakini bahawa suatu hari nanti Allah SWT akan bertanya: “Sejauhmanakah telah kita usahakan tanggungjawab ini untuk menjayakannya”

Marilah kita melihat potret ini di mana tergambar cinta yang amat mendalam Baginda Rasulullah SAW kepada Rabb-nya. Kagumilah rasa kasyyah (takut yang tumbuh dari ilmu yang benar mengenai Allah) yang terlihat bila Baginda membayangkan dirinya akan berdepan dengan Rabb-nya. Satu kombinasi yang luar biasa antara cinta dan takut.

Lihatlah cinta dan keprihatinan Baginda kepada seluruh manusia. Begitu mendalam iman Baginda terhadap Al-Qur’an sehingga memadai beberapa ayat sudah cukup untuk mengeluarkan seluruh perasaan cinta, takut dan kebaikan serta keprihatinannya, yang tergambar melalui titisan air mata Baginda SAW. Adakah mungkin seseorang tidak mencintai insan dan hamba Allah SWT yang digambarkan sebagai insan yang menangis ini?

Marilah kita pula melihat diri kita dibandingkan dengan potret di atas. Kita semua tahu bahawa kita sebagai muslim telah dibangunkan sebagai ummah untuk menjadi saksi kebenaran Tauhidullah dan Islam kepada seluruh manusia. Inilah tugas dan tanggungjawab dan inilah objektif hidup kita. Marilah kita muhasabah diri kita. Sejauh manakah kita komited untuk mengajak manusia kepada berubudiyyah hanyasanya kepada Allah SWT dan untuk melaksanakan sistem Allah di muka bumi ini.

Bilakah kita menitiskan airmata memikirkan bahawa kita juga akan berdiri di hadapan Allah SWT, sebagaimana Rasulullah SAW akan berdiri di hadapan Allah SWT, sebagai saksi bagi manusia.

Adakah dengan memikirkan tanggungjawab ini kita akan menitiskan air mata? Kalau kita belum pernah menangis lagi ini bermakna potret Rasulullah yang menitiskan airmatanya belum terpahat dalam hati kita lagi. Hati kita masih tidak memiliki kelembutan dan kehalusan terhadap Allah dan Rasul-Nya. Tanpa kelembutan dan kehalusan hati ini kita tidak mungkin mencapai keindahan akhlak yang dihajati. Kita mungkin sibuk memberi ceramah, bermesyuarat, membaca dan menulis pelbagai buku, tetapi sekiranya kita tidak memiliki cinta dan kasih serta komitmen kepada mengajak manusia berubudiyyah kepada Allah SWT tidak mungkin berbuah hasil yang kita hajati.

Melihat potret ini sewajarnya menyebabkan kita bergetar dan menangis bila memikirkan bahawa kita akan ditanya tentang dakwah ini. Apakah yang akan kita jawab nanti? Kita terlalu sibuk atau apa jua alasan lain.

Saudara-saudari, putera-puteri yang sangat dicintai kerana Allah SWT, marilah kita merenung potret ini dengan hati kita dan marilah kita menangis bersama-sama kerana jauh lagi kita dari cinta kita yang sewajarnya kepada Allah, Rasul-Nya dan dakwah ini. Menangislah sebelum kita menangis di dalam kubur dan di Padang Mahsyar.


Catatan ini diolah dari ceramah almarhum Khurram Murad ‘The Images’. Akan bersambung dengan potret seterusnya, insyaAllah.


. . .


HATI YANG MANA YANG AKAN DIBAWA PULANG??

Seandainya saya ditakdirkan akan tamat kehidupan saya esok dan dalam perjalanan menuju Pencipta dan Penguasa seluruh alam ini, hati yang mana yang akan saya bawa pulang kepada Allah SWT? Hati yang kotor; hati yang rosak; hati yang keras membantu; hati yang mati atau hati yang sejahtera? Hanya saya dan Allah sahaja yang mengetahui keadaan sebenar hati saya
. Saya merasakan bahawa hati saya masih terbelenggu dan dipenjarakan oleh nafsu syahwah. Ilmu yang dimiliki belum mencukupi untuk memerdekakan diri.

Sebenarnya dalam realiti kehidupan mengetahui dengan ilmu sahaja tidak memadai walaupun berilmu itu satu permulaan yang penting. Yang dituntut adalah bermujahadah untuk melaksanakan tuntutan ilmu dan taufiq daripada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk mengamakan ilmu.

Anak-anak yang dikasihi, bermunajatlah kepada Allah sebagai hamba-Nya yang sangat lemah kepada Allah Yang Maha Kuat.

"‘Allahumma Aati Nafsi Taqwaha,
Wa Zakkiha Anta Khairu man Zakkaaha,
Anta waliyyuha wa Maulaha".

"O Allah give my heart its piety
And purify it, for You are the best who can purify it
You are its protector and guardian"


p/s : saya sangat merindukan bulatan gembira disana :) Allah, kuatkan ku untuk sisa-sisa berbaki di dataran syam ini !



05 October 2012

Life.



Team MHS 2012

Terbaik di bawah pimpinan Ust Hussin + Murni :)

[Allah izin kali ni, saya dapat ketua yang agak unik sikit, mungkin agak luar biasa. 
3ala kulli haal, saya senang bekerjasama dengan dia. mubarak ! bukan nak moja, tapi hakikat]


...


bulan september ni Allah uji dengan perkara-perkara di luar jangkaan,

kematian junior kusza
pindah rumah 

sekarang ni, Alhamdulillah saya dah  boleh terima hakikat, takde la stress macam dulu :)

sebab saya yakin dengan kata-kata ni, 


Tulislah perancanganmu dgn sebatang pensil, serahkan pula pemadamnya kpd Allah.
Dan izikanNya memadam bahagian yg tidak sempurna utk digantikan dgn perancangan yg lebih baik, hadiah istimewa dariNya untukmu.

Kehidupan kita selepas ni, sepenuhnya dlm tangan Allah. Dia tau yg terbaik, 
kene yakin Allah lah yg paling kenal kita melebihi ummi ayah kita dan diri kita sendiri. Dia takkan aniaya hambanya.


berlapang dada + berbaik sangka dengan Allah !


[pindah rumah ohh pindah rumah, hati-hati dengan kebaikan orang arab] ^^