Pages

08 December 2012

syita' lagi.


[051212]

dari luar rumah.


dari tingkat atas jami3ah. kabus yang agak tebal kan.



Syita' yang datang kali ini benar-benar menguji hati.

inshaAllah, imtihan thani saya berbaki lagi 2 paper,

tilawah 3 [11/12 & 13/12]
sunan [23/12]

then, continue dengan imtihan nihaie tilawah [16/12] ---> haflah khirrijin [24/12] ---> final exam ---> fly back to malaysia, enshaAllah :)

terus menerus doakan saya untuk sisa-sisa berbaki saya disini.

nahnu ma3akum ya Ghazzah !


08 November 2012

[43 : 67]

Mac 2012 - bersama tetamu dari jepun


yang menimpa saya sekarang bukanlah penyakit. tetapi ia adalah ubat yang menyembuhkan. 
ubat yang menyembuhkan  kegersangan jiwa terhadap keinginan untuk bersahabat
atas tujuan hidup, bukan keperluan hidup. 
apa yang mengikat hati kami adalah rasa mahu berkongsi tujuan hidup.
hidup sebagai hamba, yang saling mengasihi kerana Allah,
bertemu dan berpisah keranaNya, 
bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.
[SCPL]

Sesungguhnya, bersaudara kerana Allah memang indah !


part paling ingat, 
time nak hantar ina balik irbed, 
setiap orang dari kami kena sharing apa-apa sahaja
 tentang jaulah kami selama lima hari tu.
 bermula dengan ayah, nada', ina, saya dan nisah.
turn saya, saya ada share tentang ayat Allah dari surah az-zukhruf itu,
"Close friends, that Day, will be enemies to each other, except for the righteous".
moga kita termasuk di kalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa, inshaAllah.

* memori indah ini akan saya kenang sampai bila-bila, inshaAllah.
* saya rindukan 'mereka' di sana.


doakan, 
satu paper berbaki untuk imtihan awal, sunan (ahad ni).



Cinta

                           
     [mengejar masuk Syurga tanpa hisab]



Seorang penyair Tunis bernama Ahmad Mukhtar Al-Wazi memberikan gambaran kepada jiwa yang beriman seperti kupu-kupu.

Betapa seringnya ia melihat bayangan dirinya yang terpantulkan oleh riak air seakan-akan bagaikan bintang yang berkilauan, sedang permukaan air adalah cakerawalanya. Ia terbang mengelilinginya, menatapinya dan merindukan seandainya dapat hinggap padanya.

Akan tetapi hampir saja ia binasa tenggelam seandainya tidak segera sedar. Itulah gambaran jiwa yang beriman, mustahil membodohi dirinya. Jelas sekali perbedaan antara kesesatan dan petunjuk baginya.

...


# ya Allah, kembalilah hati ini untuk aku mencintaimu.
# adakah diri ini Allah redha??




31 October 2012

Quoted

dia semakin matang


tadi, sembang-sembang santai dengan adik saya,
sebelum dia tidur, saya mintak dia share status tentang kehidupan,

...

Makna kehidupan akan tercapai bila mana hakikat kehambaan kepada pencipta didahulukan.
Mudah untuk bermadah tapi bagaimana usaha dikerah?

Kehidupan yang telah direncana hamba hanya redha.

P/s : Teruskan kehidupan dalam erti makna kehambaan bukan keduniaan, saya anda & semua, ayuh kita sedarkan diri mencari erti kehidupan.

Salam Penghambaan.


[Via Bro Faiz]



nota kaki :

- esok, khamis exam tilawah (qiraah)
- jumaat (bengkel takhrij hadis untuk fc)
- sabtu ( seminar darul hadis)
- ahad (exam tilawah kitabah)
- isnin ( exam bahasa arab)



30 October 2012

Korban

[Sekitar Eid Adha 1433]


big family, lu'lu' manthurah + qiblatain.



"korban tanda cinta"


Bila tengok unta, lembu, kambing yang kene korban, 
rasa kesian ada, sedih pun ada,

tapi terdetik dalam hati,
Berbahagialah kalian, balasan kalian adalah 'SYURGA' !


Moga Allah nilai segala-galannya, inshaAllah.


praise be to Allah,
eid yang terakhir di perantauan, inshaAllah :)



Special



[281012] - di makam Sahabat Rasulullah, Jaafar Thayyar.


Mengenang pengalaman berjiran dengan Sahabat Rasulullah pada hari ini, 
memang suatu kenangan terindah.
malah boleh mencetus damai di hati, 
dengan sesekali digigit rasa rindu untuk mengalaminya.

setiap kali ke tempat special ini, hati saya tenang, Alhamdulillah :)
semacam ada aura yang sukar untuk dinukilkan.

tiap-tiap awal fasal saya ke sini, 
sebulan sekali saya ke sini, 
bila ditimpa masalah saya ke tempat ini, 
bila nak exam saya ke tempat ini, 
solat terawih pun pernah di sini, 
semuanya kerana, 

hati ini terasa dekat sangat dengan Rasulullah,

moga-moga hamasah para sahabat agung ini mengalir dalam hati dan diri saya, inshaAllah.


 
teruja jumpa orang senegara :) petang tu kene jadi tukang translet kejap.


Kediamanku dikelilingi manusia hebat ini, 

bertuahnya anak-anak Mu'tah !



p/s : 3 bulan berbaki :((



14 October 2012

Qalb


wadi rum, jordan - mac 2012


Via : Pak Cik Rosdi Baharom.


POTRET HAMBA ALLAH YANG SEWAJIBNYA KITA DICINTAI

POTRET PERTAMA: AIRMATANYA MENITIS


Potret ini telah dirakamkan oleh seorang sahabat yang sangat istimewa, iaitu Abdullah Ibnu Mas’ud R.A :

Abdullah bin Mas'ud r.a meriwayatkan. Katanya :

Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: “Bacakan Al-Quran kepadaku. Aku bertanya: ‘Wahai Rasulullah, adakah aku harus membacakan Al-Quran kepada kamu, sedangkan Al-Quran itu diturunkan kepada kamu! Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku suka mendengarnya dari orang lain. Lantas aku membaca surah An-Nisa' sehinggalah aku sampai pada ayat:

“Yang bermaksud: Dan kami datangkan kamu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka (umatmu)” (Surah An-Nisaa’ (4): ayat 41)

Kemudian aku mengangkatkan kepalaku atau secara tiba-tiba seseorang berada di sampingku menyentuhku (untuk mengambil perhatianku) ketika itu aku mengangkatkan kepala dan aku melihat baginda mengalirkan air matanya” (Hadith diriwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita melihat potret ini dengan teliti. Tugas dan tanggungjawab apakah yang begitu besar dan hebat sehingga bila mengenangkan tanggungjawab ini akan mencairkan hati dan menitiskan air mata?

Tanggungjawab ini ialah tanggungjawab untuk berdiri sebagai saksi di hadapan Allah Rabbul Jalil, di Perhimpunan Agung nanti. Ya, inilah tanggungjawab dakwah. Cairnya hati dan menitisnya air mata adalah kerana beratnya dirasai tanggungjawab dakwah yang dipikul dan diyakini bahawa suatu hari nanti Allah SWT akan bertanya: “Sejauhmanakah telah kita usahakan tanggungjawab ini untuk menjayakannya”

Marilah kita melihat potret ini di mana tergambar cinta yang amat mendalam Baginda Rasulullah SAW kepada Rabb-nya. Kagumilah rasa kasyyah (takut yang tumbuh dari ilmu yang benar mengenai Allah) yang terlihat bila Baginda membayangkan dirinya akan berdepan dengan Rabb-nya. Satu kombinasi yang luar biasa antara cinta dan takut.

Lihatlah cinta dan keprihatinan Baginda kepada seluruh manusia. Begitu mendalam iman Baginda terhadap Al-Qur’an sehingga memadai beberapa ayat sudah cukup untuk mengeluarkan seluruh perasaan cinta, takut dan kebaikan serta keprihatinannya, yang tergambar melalui titisan air mata Baginda SAW. Adakah mungkin seseorang tidak mencintai insan dan hamba Allah SWT yang digambarkan sebagai insan yang menangis ini?

Marilah kita pula melihat diri kita dibandingkan dengan potret di atas. Kita semua tahu bahawa kita sebagai muslim telah dibangunkan sebagai ummah untuk menjadi saksi kebenaran Tauhidullah dan Islam kepada seluruh manusia. Inilah tugas dan tanggungjawab dan inilah objektif hidup kita. Marilah kita muhasabah diri kita. Sejauh manakah kita komited untuk mengajak manusia kepada berubudiyyah hanyasanya kepada Allah SWT dan untuk melaksanakan sistem Allah di muka bumi ini.

Bilakah kita menitiskan airmata memikirkan bahawa kita juga akan berdiri di hadapan Allah SWT, sebagaimana Rasulullah SAW akan berdiri di hadapan Allah SWT, sebagai saksi bagi manusia.

Adakah dengan memikirkan tanggungjawab ini kita akan menitiskan air mata? Kalau kita belum pernah menangis lagi ini bermakna potret Rasulullah yang menitiskan airmatanya belum terpahat dalam hati kita lagi. Hati kita masih tidak memiliki kelembutan dan kehalusan terhadap Allah dan Rasul-Nya. Tanpa kelembutan dan kehalusan hati ini kita tidak mungkin mencapai keindahan akhlak yang dihajati. Kita mungkin sibuk memberi ceramah, bermesyuarat, membaca dan menulis pelbagai buku, tetapi sekiranya kita tidak memiliki cinta dan kasih serta komitmen kepada mengajak manusia berubudiyyah kepada Allah SWT tidak mungkin berbuah hasil yang kita hajati.

Melihat potret ini sewajarnya menyebabkan kita bergetar dan menangis bila memikirkan bahawa kita akan ditanya tentang dakwah ini. Apakah yang akan kita jawab nanti? Kita terlalu sibuk atau apa jua alasan lain.

Saudara-saudari, putera-puteri yang sangat dicintai kerana Allah SWT, marilah kita merenung potret ini dengan hati kita dan marilah kita menangis bersama-sama kerana jauh lagi kita dari cinta kita yang sewajarnya kepada Allah, Rasul-Nya dan dakwah ini. Menangislah sebelum kita menangis di dalam kubur dan di Padang Mahsyar.


Catatan ini diolah dari ceramah almarhum Khurram Murad ‘The Images’. Akan bersambung dengan potret seterusnya, insyaAllah.


. . .


HATI YANG MANA YANG AKAN DIBAWA PULANG??

Seandainya saya ditakdirkan akan tamat kehidupan saya esok dan dalam perjalanan menuju Pencipta dan Penguasa seluruh alam ini, hati yang mana yang akan saya bawa pulang kepada Allah SWT? Hati yang kotor; hati yang rosak; hati yang keras membantu; hati yang mati atau hati yang sejahtera? Hanya saya dan Allah sahaja yang mengetahui keadaan sebenar hati saya
. Saya merasakan bahawa hati saya masih terbelenggu dan dipenjarakan oleh nafsu syahwah. Ilmu yang dimiliki belum mencukupi untuk memerdekakan diri.

Sebenarnya dalam realiti kehidupan mengetahui dengan ilmu sahaja tidak memadai walaupun berilmu itu satu permulaan yang penting. Yang dituntut adalah bermujahadah untuk melaksanakan tuntutan ilmu dan taufiq daripada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk mengamakan ilmu.

Anak-anak yang dikasihi, bermunajatlah kepada Allah sebagai hamba-Nya yang sangat lemah kepada Allah Yang Maha Kuat.

"‘Allahumma Aati Nafsi Taqwaha,
Wa Zakkiha Anta Khairu man Zakkaaha,
Anta waliyyuha wa Maulaha".

"O Allah give my heart its piety
And purify it, for You are the best who can purify it
You are its protector and guardian"


p/s : saya sangat merindukan bulatan gembira disana :) Allah, kuatkan ku untuk sisa-sisa berbaki di dataran syam ini !



05 October 2012

Life.



Team MHS 2012

Terbaik di bawah pimpinan Ust Hussin + Murni :)

[Allah izin kali ni, saya dapat ketua yang agak unik sikit, mungkin agak luar biasa. 
3ala kulli haal, saya senang bekerjasama dengan dia. mubarak ! bukan nak moja, tapi hakikat]


...


bulan september ni Allah uji dengan perkara-perkara di luar jangkaan,

kematian junior kusza
pindah rumah 

sekarang ni, Alhamdulillah saya dah  boleh terima hakikat, takde la stress macam dulu :)

sebab saya yakin dengan kata-kata ni, 


Tulislah perancanganmu dgn sebatang pensil, serahkan pula pemadamnya kpd Allah.
Dan izikanNya memadam bahagian yg tidak sempurna utk digantikan dgn perancangan yg lebih baik, hadiah istimewa dariNya untukmu.

Kehidupan kita selepas ni, sepenuhnya dlm tangan Allah. Dia tau yg terbaik, 
kene yakin Allah lah yg paling kenal kita melebihi ummi ayah kita dan diri kita sendiri. Dia takkan aniaya hambanya.


berlapang dada + berbaik sangka dengan Allah !


[pindah rumah ohh pindah rumah, hati-hati dengan kebaikan orang arab] ^^


17 September 2012

Adik-Adik.




achik : kak long nanti call achik pukul 11 malam tau. 

saya : cakap je la sekarang, nanti kene call pulak.

achik : alaaa, nanti la achik kabo.


saya hampir terlupa untuk call adik saya balik.

satu message di terima dari malaysia, "lain kali je ah tepon".

macam bunyi merajuk je tu, saya terus ambik hp dan kad weinak untuk call satu-satunya adik perempuan saya.


saya : kenapa achik? macam ada mende penting je tu. 

achik : kak long, achik nak tanya pendapat ni, kalau achik pindah sekolah macamne??

saya : what?? pindah sekolah??


...


runsing saya dibuatnya. pindah sekolah bukan satu perkara yang main-main. saya tanya nak pindah sekolah mana? kenapa? sebab apa? dan macam-macam lagi soalan saya. rupanya, banyak 'cerita' yang saya tak tahu sebelum ni.

dan saya memang dari awal-awal lagi tak menyokong seratus peratus untuk adik saya pindah sekolah. saya cuba untuk jernihkan balik fikiran adik saya, bagitau effect, nasihat dan sebagainya. saya faham situasi yang adik saya lalui. saya pun pernah merasa macamtu jugak.

ummi ayah, angah macamana? bagi pindah ke?

semua tak sokong !


...


saya ambik peluang petang tu, untuk sembang dengan semua adik-adik saya, tanya perkembangan mereka dan sebagainya. dua tahun bukan satu jangka masa yang pendek kan. kebetulan pula, time tu, ummi ayah ke kelantan ada kursus. apa lagi, bukan senang nak dapat peluang untuk 'brain wash' adik-adik ni. hehe :)

amat risau dengan kondisi adik-adik yang semakin meningkat dewasa, dengan sistem yang ada sekarang. jujur, saya amat takut. moga Allah pelihara kalian.


pesan adik saya Faiz, cukuplah untuk kita berbaik sangka dengan orang, jangan fikir yang bukan-bukan, nanti kita yang tertekan. baik, saya ambik dan pegang sungguh-sungguh nasihat adik saya tu.

part yang best, kami berdua dah besar, so ada la jugak bincang pasal tut tut, perbincangan rahsia la katakan :)

"tak pelah, kalau Allah izin tak jumpa calon kat dunia ni, moga Allah temukan kita dengan bidadara bidadari syurga". 

"tu pun kalau Allah izin dapat masuk syurga", jawab adik saya.

huh, betul jugak tu. hoho.


...


Ya Allah, kurniakan kepada kami usrah sakinah, mawaddah wa rahmah.

Ya Ilahi, moga kami sekeluarga dapat bertemu kembali di firdausi Mu.

Ya Rabbi, moga kami adik-beradik mampu menjadi penyejuk hati dan mata ummi ayah, menjadi anak yang soleh dan solehah buat mereka.

Ameen Ya Allah !



nota kaki :

- tanya adik saya, "kenapa rumah kita cat? kenapa cantik3? kenapa orang tanya kat achik, kak long nak kahwin dah ke?  achik tak faham la semua ni. abaikan je semua tu, jawab saya. hehe.
- saya sentiasa doakan untuk dia. moga Allah kasihkan dia.
- saya sangat berhajat dan teringin untuk menjejak kaki ke Haramain. permudahkanlah ya Allah.
- saya bakal 'meninggalkan' bumi barakah ini. sedih, sayu untuk hari-hari berbaki saya disini.
- untuk kali terakhirnya, saya terpilih lagi untuk menjadi anak murid Doktor Muhammad Hawa. Alhamdulillah.