Pages

07 April 2011

Hati itu


HATI YANG HIDUP

Hati yang mampu
menikmati manisnya IMAN,
indahnya TAQWA dan
luasnya pengampunan Allah swt.

Hati yang terasa lunaknya
peringatan dan nasihat,
lazatnya ilmu dan jernihnya kebenaran.

Hati yang gementar ketika disebutkan Pemiliknya
serta rindukan pertemuan denganNya.


peringatan buat diriku yang lemah ini,

semoga kita sama-sama dapat menjaga hati kita dengan sebaik yang mungkin inshaAllah!!


opsss, sebelum terlupa, minggu depan saya dah start imtihan thani bagi fasal thani,

ulum quran - 11/4/11

tarbiyyah riyadi - 19/4/11

fiqh mualamat - 21/4/11

aqidah 3 - 26/4/11

ahadis ahkam - belum diketahui


sungguh, hidup ini tak lari dari peperiksaan. kita diuji dan terusa diuji. moga Allah permudahkan segala urusan dunia & lebih-lebih lagi urusan Akhirat kita inshaAllah.

pray for me & need ur Dua' ^^




saya TERLALU RINDUKAN mereka. miss u all my mom & sis :)

06 April 2011

Tulaab 'ilm



* Sebelum Subuh ~ Tahajjud,Doa
* Selepas Subuh ~ Wirid
* Selepas Syuruk ~ Tuntut Ilmu,Bukan Tidur
* Selepas Dhuha-Sebelum Zohor ~ Ilmu & Pembelajaran
* Qailullah Walau Sekejap
* Lepas Asar ~ Berdakwah
* Lepas Maghrib ~ Di Masjid
* Lepas Isyak ~ Tuntut Ilmu
* Sebelum Tidur ~ Solat & Muhasabah
* Tidur Awal ~ 5 Jam paling kurang

[ Doktor Solah Al-Khalidi, Ulama' Jordan ]


lalu bagaimana jadual harian kita sebagai penuntut ilmu?

berapa lama masa kita peruntukkan untuk Allah, untuk sahabat-sahabat kita, untuk study kita dan untuk selainnya. berapa lama??

moga kita sama-sama menjadi muslim yang seimbang dari setiap sudut,

J - jasmani
E - emosi
R - rohani
I - intelektual

wallahua'lam.

30 March 2011

Medan Ini : KARISMA



Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sekalian Para Sahabat baginda dan Tabien. Semoga ALLAH taala mencucuri rahmat kepada mereka semua, amin.

Terdahulu, saya mengucapkan salam sejahtera kepada semua teman-teman mahasiswa di setiap mantiqah. Dengan harapan yang tinggi dan besar agar ukhwah kita sentiasa berkekalan.

Meminjam sepotong sabda Nabi saw yang bermaksud: ‘Akal yang cerdas bermula daripada tubuh badan yang cergas’

Sahabat-sahabat sekalian,

ISLAM adalah sebuah agama yang dasarnya melengkapi seluruh aspek kehidupan. Bermula daripada sudut kerohanian yang wajar diutamakan, aspek jasmani juga turut tidak diabaikan. Kalaulah kekuatan sebuah agama seperti ISLAM ini letaknya pada kekuatan rohani, maka begitu jualah pada manusia. Jasmaninya akan beroleh kekuatan melalui kesihatan tubuhnya. Maka, ISLAM tidak mahu penganut agamanya hanya mempunyai kelebihan dari sudut rohani semata-mata, tetapi juga jasmani yang kental. Bukankah untuk mempertahankan daripada serangan musuh, kita memerlukan tubuh yang sihat dan kekuatan yang tinggi?

Oleh itu, jalan terbaik bagi mengukuhkan kekuatan jasmani ini tidak lain tidak bukan melalui latihan jasmani samada bersukan atau sebagainya. Apabila fizikal manusia sudah sihat, ia bakal melahirkan kekuatan pemikiran dan minda yang cerdas. Ia berupaya mengatasi segala pencapaian diri. Maka, kita harus menyahut seruan Nabi saw ini sebagaimana hadis yang telah saya bacakan di atas.

Teman-teman yang budiman,

Apa yang kita mahukan bukan sekadar minda yang tajam tetapi sekaligus dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan tubuh badan. Tidak rugi jika amalan bersukan seperti ini dipraktikkan di sepanjang kehidupan kita, ia bukan sahaja dapat memberi kesihatan bahkan mampu menghindari diri daripada sebarang peyakit. Bukahkah pepatah arab ada menyebut: ‘Mencegah itu lebih baik daripada merubat’ . salah satu cara mencegah penyakit adalah dengan bersukan.

Menyahut seruan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sekali lagi pada tahun ini akan menganjurkan acara tradisi iaitu Karnival Sukan untuk anda semua. Saya selaku yang diamanahkan untuk menjadi pengemudi temasya besar ini dengan berbesar hati mengucapkan selamat datang ke tanah Irbid. Pada tahun ini, Irbid yang telah sepi dari beberapa program besar MPPMJ bakal menjadi tuan rumah anda. Saya tidak mahu lagi menjanjikan apa-apa kejutan, tetapi cukup saya hanya katakan bahawa temasya kali akan memberikan yang terbaik untuk anda semua. ‘Kecil tapak tangan, Padang Arafah saya tadahkan!’

Tidak cukup dengan itu, dengan bertemakan ‘KUALITI JUARA, INSPIRASI BERSAMA’ ini saya kira ia mampu menggerakkan seluruh kekuatan anda untuk melakukan yang terbaik untuk temasya ini. Saya tidak memandang bahawa sukan ini hanya untuk bersuka-ria semata-mata, jauh daripada maksud itu saya mahukan ia bakal menjadi medan yang dapat menyatukan seluruh ukhwah kita. Masih ingat lagikah tema KARISMA tahun-tahun yang lalu? Amat cantik maksudnya ‘Saya Datang Kerana Ukhwah’ dan ‘Minda Atasi Upaya’. Ia sudahpun menjadi realiti. Lalu, misi ukhwah mesti kita panjang-panjangkan melalui medan sukan ini sehingga ke saat ini.

Kepada seluruh kontinjen yang bakal menonjolkan bakat dan kekuatan dalam persaingan ini, jangan lupa bahawa sukan juga adalah ibadah kepada ALLAH. Jika kita tersimpang daripada tujuan ini, maka ia akan mengurangkan nilai kita di sisi ALLAH taala. Bersemangat itu perlu, tetapi apa yang lebih perlu kita menjaga batas-batasnya.

Teman-teman,

Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, acara yang dipertandingkan pada kali ini telah diberi nafas baru. Maka, pesan saya kepada semua kontinjen dan atlet yang bakal bertanding, pastikan anda mempunyai persiapan yang sepenuhnya. Kalaupun kita tidak mendapat yang terbaik, sekurang-kurangnya kita mampu melakukan yang terbaik. Mafraq, Irbid, Mu’tah dan Amman, semua ini nama-nama hebat yang mampu melakukan sesuatu kelainan dan kejayaan yang besar.

Akhir kata, selain mengharapkan komitmen yang besar daripada seluruh teman mahasiswa dalam temasya itu nanti, saya juga tidak jemu untuk berpesan agar di dalam temasya itu nanti kita mesti bersatu. Saya mahukan, bukan sekadar sukan sahaja yang maju, tetapi juga ukhwah yang bersatu. Sambutlah salam manis daripada saya dan seluruh ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan KARISMA IV ini.

Salam ukhwah, majulah sukan untuk Negara

‘KUALITI JUARA, INSPIRASI BERSAMA’

MOHD AFIQ MOHD SALEH
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)
Sesi 2010/2011


~ inshaAllah, esok dan lusa(hari jumaat dan sabtu)akan berlangsungnya KARISMA(karnival sukan malaysia jordan) yang bertempat di Irbid.

~ saya pun ambil bahagian tahun ni, sebagai olahraga, masuk acara lari 4x100. (macam tak percaya je kan, harap-harap lepas ni badan ni makin ringan la sikit :)

~ buat kontijen Mu'tah, Mafraq, Irbid & Amman, selamat maju jaya untuk semua!!

~ special 4 kontijen Mu'tah, mOga2 kita semua dapat lakukan yang terbaik & mOga2 kemenangan/juara milik kita inshaAllah. Go Go Go Team Mu'tah!!

Warkah



Wahai pemuda pemudi,
Imbaulah masa-masa yang telah berlalu pasti akan kau temui satu zaman yang didokong oleh pahlawan Islam, pimpinan-pimpinan Islam dan orang-orang yang soleh.

Namun, setelah beberapa generasi berlalu, umat Islam diselubungi kelekaan. Akibatnya umat Islam itu ditakluki dan ditindas oleh perancangan-perancangan Yahudi dan kerajaan-kerajaan kafir.

Kekayaan mereka dirampas,
Iman menjadi lemah,
neraca kehidupannya bertukar
dan hukum al Quran dihindari.

Mereka juga mendidik keturunan orang-orang Islam dengan ideologi yang bertentangan dengan Islam dengan berbagai nama dan pakaian yang mempesonakan.

Begitulah pewaris-pewaris Fir’aun telah memperdayakan umat kita;

“Mereka saling merancang dan merangka konspirasi untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam di dalam lumpur noda dan kejahatan. Masyarakat akan sentiasa disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih sehingga mereka tiada kesedaran untuk mendengar nasihat dan petunjuk mahupun kembali kepada Deen Allah SWT.”
Fi Zilaalul Quran

Demikianlah seni dan telitinya tipu daya yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
Ia menukar helang rajawali menjadi burung denak

Mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu
Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya

Sedarlah wahai pemuda pemudi,

Zaman kegemilangan Islam telah berlalu, Umat Islam kini beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari.

“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan dan kezaliman. Tetapi dengan berbagai-bagai situasi yang mengelilingi mereka, ditambah dengan berbagai peristiwa yang datang menyelubungi mereka dari semasa ke semasa, tanpa disedari mereka menerima penghinaan dan tunduk kepada keadaan. Secara beransur-ansur mereka merasa tenang dan terbiasa di dalam kehinaan ibarat singa yang telah dijinakkan.

Abdul Wahab Azam, As Shawarid

Lihatlah wahai pemuda pemudi,

Untuk melengkapkan konspirasi ‘penghinaan’ itu, toghut yang zalim telah menindas pendakwah Islam supaya sistem pendidikan, media massa dan wartawan dikuasai oleh ilmuan, sasterawan dan cendiakawan buatan. Mereka sadurkan rancangan mereka melalui berbagai-bagai pertubuhan yang pada zahirnya berbeza-beza. Mereka hiaskannya dengan solekan yang memperdayakan generasi baru, pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa supaya mereka berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam gejala seks dan kemewahan hidup.

Seterusnya mereka padamkan warisan umat Islam zaman gemilang yang bertamadun tinggi.

Mereka hapuskan kisah-kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu yang terang benderang untuk generasi baru muslim dan menunjukkan jalan kerja kepada mereka.

Zaman satu bangsa yang hina
Tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan ahli yang ‘arif bijaksana

Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
Tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana :

Mereka ajar anak singa menjadi kijang yang pengecut
Dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendiakawan

Inilah generasi baru kita wahai pemuda pemudi,
Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.
Sebenarnya mereka itu adalah putera puteri Muslim yang merdeka
Mereka diperhambakan, lalu mereka bergembira.

Insan-Insan Pejuang



1.TSABIT IBNU DAHDA
-pejuang syahid dalam perang uhud

2.AMRU IBN JAMUH
-si pincang yang gagah berani dalam perang uhud

3.AHMAD IBNU AR-RASYID
-putera khalifah hidup dalam keadaan miskin

4.SA’ID IBNU JUBAIR
-mati syahid dengan kepala mengadap ke langit

5.SAID IBNU AL MUSYYAD
-tidak pernah tinggal solat berjemaah selama 40 tahun

6.ABDULLAH IBNU KHUDZAIFAH
-insan yang ingin syahid berulang kali

7.ABDULLAH IBNU JAHSI
-Allah mengabulkan cita-citanya

8.SUFYAN IBNU SA’ID ATS-TSAURI
-ulama yang mewariskan ilmu dan berbagai pengetahuan

9.SIBRI IBNU AL-MUHLIS AL-SAQATHI
-kehidupan masa mudanya penuh berkah

10.IKRIMAH MAULA IBNU ABBAS
-ulama yang pandai dalam bidang tafsir al-quran

11.MAIMUN IBNU MAHRAN
-insan yang tidak suka melakukan maksiat

12.SURAQAH IBNU MALIK IBNU JUSY’AM
-insan yang menyaksikan mukjizat rasulullah

13.USAID IBN AL-HADHIR
-malaikat turun mendengar bacaan al-qurannya

14.ABDULLAH IBN JA’FAR IBN ABU THALIB
-insan tumbuh di bawah naungan ilahi

15.ZAID IBN ARQAM
-kejujurannya dibuktikan oleh al-quran

16.ABU UMAMAH AL-BAHILI
-memiliki karamah sehingga mengislamkan kaumnya

17.HATIB IBN ABU BALTA’AH
-kesalahannya dimaafkan rasulullah kerana ia prajurit badar

18.ABDULLAH IBN SALAM
-ia mengetahui sifat rasulullah dalam kitab taurat

19.SA’ID IBN AL-ASH
-insan dermawan penulis dan pengajar al-quran

20.URWAH IBN ZUBAIR IBN AWWAM
-insan yang kusyuk solatnya

21.ABU GHAYYATS AL-MAKKI
-insan miskin yang zuhud

22.ZAID IBN AL-KHATTHAB
-mati syahid ketika panji islam di tangannya

23.MALIK IBN DINAR
-penulis mushaf yang tidak meminta bayaran

24.ABDULLAH AL-‘IMARI
-insan yang takut kepada Allah ,disegani para pembesar dan penguasa

25.MUHAMMAD IBN WASI’
-insan yang menolak kedudukan dunia kerana khuatit melakukan kezaliman

26.ATHA’IBNU ABI RABAH
-ia melaksanakan haji 70 kali dan memberi fatwa selama setengah abad

27.YUNUS IBN UBAID
-insan yang meninggalkan perkara subhat dan diragui

28.SYURAH IBN AL-HARITHS AL-KINDI
-menjadi hakim selama 70 tahun


29.SHILAH IBNU ASYIM AL-ADAWI
-mati syahid bersama anaknya dalam satu peperangan

30.ABDULLAH IBNU AMIR
-insan yang pertama membangun telaga di arafah

31.IMRAN IBN AL-HUSAIN
-insan mukmin yang sabar

32.UTHBAH IBN GHAZWAN
-insan yang hidup dalam keterasingan demi islam

33.AL-ALA IBN AL-HADHRAMI
-pemimpin perang pertama dilautan

34.DZAR IBN HUBAYS AL-ASADI
-insan yang menuntut ilmu sejak kecil sampai tuanya

35.MUHAMMAD IBN MUSLIM IBN SYIHAB
-orang yang paling hafal al-quran,fara’idh dan sunah nabi pada zamannya

36.HAKIM IBN HIZAM AL-ASADI
-insan yang banyak beramal soleh dan sedekah

37.ABDULLAH IBN AL-MUBARAK
-insan yang mengorbankan harta dan jiwanya kerana Allah dan rasulNya

38.SARIYAH IBN ZAHIM
-insan yang mampu mendengar arahan umar dari jarak jauh.


mereka, para sahabat Rasulullah SAW, telah mewakafkan diri mereka untuk Allah, untuk ISLAM, lalu KITA BAGAIMANA sahabat-sahabatku?? kita masih bersenang lenang dengan dunia yang fana ini!!

29 March 2011

Rumah Usang



picture ni memberi seribu satu kenangan buat saya :)

inilah sekolah rendah ibn qayyim (SRIQ) pada awal penubuhan, sebuah rumah yang buruk, yang usang kan?? bagi orang-orang diluar sana, mesti tak percaya ni sekolah kan?

sebelum adanya SRIQ, tempat ni merupakan tempat perjumpaan umum kami pada pagi jumaat setiap minggu, sekitar tahun 1990 an. (time tu saya masih kecik lagi).


sebenarnya nak cerita about rumah usang ni,

- ingat lagi semasa kecik-kecik dulu, selalu ikut ayah ke sini, ade program aulad & banat. ayah dulu selalu condact program aulad (yang sekarang ni semua dah besar, antaranya ust abu ubaidah (syria), ust mus'ab (mesir) dan ramai lagi abang-abang lain.

- tempat kami bermain-main, saya dan mahmudah.

- paling best, time year 6, selepas habis waktu sekolah rendah di SKTB, naik basikal terus datang sini ada tuisyen bahasa arab (persediaan untuk masuk form 1 di ibn khaldun). tutornya ustazah hayati. rindu ustazah.

ingat lagi time buka puasa di sriq (darjah 6, tahun 2000) kemudian jalan kaki bersama2 ke rumah saya untuk solat terawih di masjid yang berdekatan dengan rumah saya.

- kelas tambahan UPSR pun disini. (paling tak boleh lupa, waktu kelas umaina selalu gaduh dengan AS. mungkin ada jodoh kot. hehe ^^

- dan sekarang ni rumah usang ni sudah pun bertukar wajah (cantik sangat)!!


- sebelum fly kesini, saya pun Allah izin diberi peluang untuk mengajar disini, di rumah usanga ini.

nak katanya, rumah usang ni memang banyak memberi kesan pada jiwa saya. sweet memory :)

always miss this place. yang baru takkan sama dengan yang lama kan~


team 88 (ukhuwah kami agak rapat walaupun kami dulu suka sangat bergaduh) ^^

- mahmudah ishak
- umaina hamizah
- nik fatiha
- asiah fadhillah
- fatehah muhammad
- afifah zaki
- wan aisyah
- dhabitah yaziz
- siddiq zahari
- salman ali
- ali salman
- syamil ghazali
- syahidan kamaruddin
- muadz fauzi

ada lagi ke yang tertinggal??

sebenarnya, saya sangat-sangat rindu dengan team ni. moga Allah pertemukan kita sedikit masa lg inshaAllah. doakan saya !!~

25 March 2011

Natijah

Bismillahirrahmanirrahim.

salam sayyidul ayyam buat semua, moga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa inshaAllah.


Alhamdulillah, dua hari yang lepas result SPM dah keluar,

walaupun saya bukan calon spm (of course la kan)
walaupun adik beradik saya tiada yang ambil spm tahun ni,

tapi saya mempunyai ramai adik-adik yang dari SMAKL, SMIK & MATRI yang ambik spm.

so, saya amat teruja untuk tahu result diorang.

result SMIK & MATRI i'm not sure~

result SMAKL,

Alhamdulillah 100 % lulus!!

‎11A 3 orang
10A sorang
9A 2 orang
8A 3 orang
7A 2 orang
6A 2 orang
5A 7 orang
4A 5 orang
3A 7 orang
1A 9 orang
tanpa A 5 orang

dan saya rasa sangat beryukur dan gembira atas keputusan yang Allah berikan.

untuk adik-adik yang dapat keputusan yang rendah, jangan berputus asa, usaha lagi di medan IPT inshaAllah. banyak lagi masa yang kalian ada.

untuk solehuddin shaatibi, hami & hana', alfu mubarak to all of u, straigt A :)

untuk aisyah ulya, aisyah humaira hasnan, atiqah zulkifli, azmir, ali ibrahim (teman yang agak rapat) & semua adik-adik, alfu mubarak juga untuk kalian. kalian memang terbaik!!

tak dilupakan juga, syakirah my cousin, tahniah juga atas result awak yang agak mantOp berbanding 'kitorang dulu' :)

dan untuk ex candidate spm 2011, TAHNIAH untuk kalian semua. semoga keputusan yang kita perolehi tak kira banyak atau sikit lebih mendekatakn kita kepada al-Khaliq inshaAllah.


lastly, selamat terjun & masuk ke medan IPT yang penuh mencabar~~

19 March 2011

Designer

ALHAMDULILLAH,

terima kasih tak terhingga kepada adik saya, Faiz a.k.a designer blog ni. sekarang ni blog saya dah 'bertukar wajah' kepada yang lebih ceria sikit kot berbanding blog sebelum ni. setelah berpenat lelah & bersengkang mata, akhirnya dia dapat menyiapkan assingment yang diberi. hehe.



my bro & my hero, mofaz qsaifullah.



barisan siswa siswi ktd-kuis (duduk 3 dari kanan)


sebagai balasan, tunggu la hadiah special dari jordan, mungkin lagi setahun setengah lagi inshaAllah. wait for the prezent my bro ^^

Ummi



just for you ummi habibaty, Fatimah Yusuff. thanks for everythings ummi. always miss u :)