Pages

17 October 2011

Rahmat Allah



"Tiada kesusahan di samping rahmat Allah. kesusahan itu hanya wujud apabila rahmat Allah ditahan daripada seseorang. rahmat Allah dapat ditemui oleh setiap orang yang mencari perlindungan kepadaNya setelah ia berputus asa dari segala pertolongan dan setelah ia terputus asa dari segala kekuatan dan harapan. ia akan menemui rahmat Allah apabila ia mengetuk pintu Allah sahaja, bukannya pintu-pintu yang lain".




* mas'uliyyah semakin bertambah. Allah, permudahkanlah !

15 October 2011

Komunikasi itu Penting.



kamu~
adakah susah untuk kamu menjadi lebih berani?
Berani untuk percaya kemampuan diri.
kerana saya berani meletakkan kepercayaan kepada kamu.

Sepanjang saya bekerja dan bergaul dengan masyarakat, saya belajar banyak perkara dari mereka. Terutama dari aspek komunikasi.

Apa yang tidak menyelesakan saya, saya akan perhati dan nilai untuk saya tolak ke tepi. Apa-apa yang membuatkan saya terhibur dan senang, akan saya aplikasikan agar komunikasi saya dengan manusia juga akan menyenangkan mereka.


Saya Tidak Suka Arahan.

Jujur. Saya tidak suka kepada sebuah arahan.

"Afifah, buat ini".
"Afifah, buat itu".
"Afifah, ambil itu".


Mengapa begitu susah untuk kita meletakkan diawalnya, 'BOLEH TOLONG'?.

"Afifah, boleh tolong buat ini?"
"Afifah, boleh tolong buatkan itu?".
atau "Afifah, ambilkan itu boleh?".


Bukankah dengan meletakkan 'boleh tolong', maka sesuatu ayat itu akan menjadi lebih cantik? Manusia juga tidak akan melihatnya sebagai satu suruhan seorang tuan yang perlu dipatuhi tetapi sebagai permintaan tolong dari seorang sahabat.

Dan apakah juga sesuatu yang menyukarkan untuk kita menghabiskan permintaan tersebut dengan ucapan 'TERIMA KASIH' atau lebih baik dengan doa-doa kebaikan?


Susahkah menamatkannya dengan tambahan,

"jazakillahukhairan katsira".
"Allah yujziki kheir".
"Allah yu3tiki 3afiah". dan sebagainya.

Sesuatu yang saya suka terikut-ikut dengan budaya arab di sini, ialah mereka suka mendoakan. Saling. Sehingga saya merasakan betapa budaya ini melimpahkan rahmat kebaikan.

Mengapa tidak kita mulakan dan amalkan juga?


Saya Percaya Awak.

Antara lain yang membuatkan saya bahagia ialah perkataan, "SAYA PERCAYA AWAK". Ringkas. Pendek. Mudah. Tapi natijahnya mententeramkan jiwa.

Setiap kali berurusan dengan sahabat-sahabat ajk, (bahagian akhawat), selepas berbincang berkongsi idea, saya senang menghiburkan mereka dengan ayat ini. Kerana saya juga akan terhibur jika ada manusia lain meletakkan kepercayaan dan keyakinan pada diri saya.

Jika kita perasan, masyarakat kita (especially Melayu) sangat susah untuk melihat mereka yang suka memberi penghargaan, tetapi sangat malah terlalu mudah untuk menghukum.

Bukankah lebih baik kita menghargai setiap apa yang telah dilakukan hatta bagi seorang anak kecil? Jika dia melakukan kesalahan, tidak salah untuk membetulkan tetapi pasti berbeza perasaan mereka jika di awalnya kita telah memberi komentar yang baik dengan menghargai usaha dan idea mereka.


Penutup: Skill Komunikasi Itu Penting.

Pada saya dan hakikat itu sendiri, skill komunikasi itu sangat penting dalam mu3amalah kita sesama manusia. Kerana manusia itu bukan robot atau kayu. Mereka punya perasaan dan jiwa yang mudah tersentuh dengan kekasaran mahupun kasih sayang.

Justeru, mengapa kita tidak mencuit hati mereka dengan rasa sayang itu?. Apatah lagi bagi mereka 3amiliin Islam yang akan atau sedang turun ke dalam masyarakat.

Dakwah dan Cinta itu mustahil dapat dipisahkan..


kredit to : lurv4Allah.


*
*
*

apa yang saya nak bawa disini, betul skill komunikasi itu sangat-sangatlah penting dalam muamalah kita sesama manusia lebih-lebih lagi yang terlibat secara langsung dalam persatuan.


saya tak tau nak mula dari mana. sekadar cetusan rasa hati kecil ini.

biiznillah, saya ditaklifkan untuk pegang satu unit kecil dalam SPB baru-baru ini. alhamdulillah, Allah izin saya dapat ketua yang sangat berkaliber dan baik hati bagi saya. (bukan nak moja, tapi hakikat).

kami bekerja sekali hingga ke hari ini (hari-hari yang berbaki). dan Allah izin juga satu hari, saya tergerak untuk menegur ketua saya tentang satu perkara. actually, dah lama nak tegur, tapi hari tu baru tergerak untuk tegur. alhamdulillah dia boleh terima dan lepas tu mood ketua saya terus berubah hingga ke hari ni.

mungkin silap saya, menegur tanpa skill yang betul. ntah. tapi apa yang saya tegur tu yang haq.


buat tuan ketua yang banyak berk0rban, UALHMS~

tiada kata yang mampu ana ucapkan melainkan lafaz kemaafan andaikata ana tersilap tegur, banyak hak-hak yang tak tertunai dan sebagainya. hanya Allah tempat kita sandarkan balasan. Allah yujzika kheir. aasif 3ala kulli haal !

m0ga Allah redha dan nilai dengan kerja-kerja kita inshaAllah.



Jujur. sangat3 rasa bersalah hingga ke hari ni.




kesimpulan yang dapat,

# sebelum cakap tu, kene fikir dulu masak-masak kan :)

# skill komunikasi itu amat-amatlah penting !

# hanya satu perkara, habis effect semuanya.

# maka, bersabar itu lebih baik wahai Afifah.

# maafkan saya tuan ketua yang budiman.




ok, now time to F.O.K.U.S ! exam berderet minggu depan =)

13 October 2011

Hadiah



tak mau cakap banyak. syukran kathira pada penaja yang baik hati a.k.a adik saya, mofaz. ingat jugak kat kak long yang jauh ni (",) Allahu yubarik fek !

sungguh, dirimu sangat3 banyak berkorban untukku disini. m0ga Allah permudahkan segala urusanmu disana dik, inshaAllah.


p/s : mungkin ini hikmah hp saya kene buang tahun lepas. kisah yang sungguh menyayat hati :)

home sick

agak berhabuk catatan perjalanan hidup saya. hampir dua bulan tak diupdate. maalish3 ! kekangan masa menyebabkan saya tak dapat untuk betul-betul fokus mencoretkan sesuatu di laman ini.



Rindu itu Anugerah, Sabar itu Indah :)


~eid mubarak 1432. missing someone~


setahun di dataran syam ini, bukan satu tempoh masa yang pendek bagi saya. walaupun kadang-kadang rasa macam sekejap je masa berlalu. tapi hakikatnya, hanya Allah saja yang tahu betapa rindunya pada kalian disana.

semalam Allah izin dapat call umi ayah di malaysia, sembang-sembang, share problem dan sebagainya. Alhamdulillah !

amat tersentuh dengan kalam ayah semalam, dOakan ayah, ummi, adik-adik sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah. ayah doakan kak long semakin istiqamah, kuat, dipermudahkan segala urusan disana, inshaAllah.

tiada ungkapan lain yang mampu ku ucapkan, terima kasih ya Allah atas segala nikmat dan kasih sayang Mu. inshaAllah nikmat berada dalam keluarga yang soleh =)



# ohhh, skill menulis saya, semakin lama semakin tumpul. kene asah balik ni. help me ya Rabb !

19 August 2011

medan ini : iftor

* catatan perjalanan -


Alhamdulillah,

19 Ramadhan - kami anak-anak perantau ni, berpeluang beriftor bersama-samam di bayt imtiyaz. bulan ramadhan ni, ada je rezeki melimpah ruah, kadang-kadang orang arab jemput iftor dan sebagainya - rezeki ramadhan, alhamdulillah.

al-muhim, malam tu Allah izin kami dapat pi solat terawih di Mazar (makam sahabat-sahabat ma'rakah mu'tah). jujur, sungguh tenang sekali suasana terawih malam tu. berimamkan syeikh yang suaranya agak nyaring sekali. masya-Allah. solat bersebelahan dengan sahabat-sahabat rasulullah yang syaheed, zaid harithah, jaa'far thayyar dan sang penyair, abdullah rawahah. agak damai sekali. sukar untuk gambarkan perasaan saya ketika itu. syukur pada mu ya Allah.

kan best, kalau hari-hari dapat solat di sini. tambang pun tak mahal sangat, dalam 10 qurusy je :)

disebabkan kekangan masa, lepas solat, kami terus pergi ziarah makam sahabat, zaid harithah (makam yang paling dekat). lagi dua makam, tak sempat. lain kali inshaAllah !

otw balik, sementara menunggu coaster, saya terfikir, saya termenung - subhanallah ! saya tak pernah terbayang pun dalam hidup saya yang Allah campakkan saya ke sini, menuntut ilmu di sini yang beribu-ribu batu jauhnya, berjiran dengan para sahabat ma'rakah mu'tah, sekelas dengan orang arab, berjauhan dengan umi ayah, adik-adik dan sebagainya. saya tak pernah terfikir pun segala-galanya tentang ini.

Allah Maha Baik, Maha Mengetahui kan. segala-galanya ada dalam genggaman Dia. moga-moga musafir saya ke sini diredhai-Nya dan bukan musafir yang sia-sia, inshaAllah.


* maalish, gambar tak dapat diupload disebabkan internet di sini agak laju :)

17 August 2011

Muttaqin !







* Ramadhan berbaki 12 hari lagi. misi memburu Lailatul Qadr !


اللهم بلغنا ليلة القدر. أمين يا رب

05 August 2011

شهر رمضان





~ Doktor Tholib Surairah, mengajar saya i'jaz & qosos quran~


رمضان شهر تغيير

رمضان شهر لقاء مع الله تعالى

رمضان شهر إقتصادي إيماني

رمضان شهر بناء شخصية الاءنسانية

رمضان شهر تغيير إيماني

رمضان شهر علم

رمضان شهر جهاد

رمضان شهر قوة

رمضان شهر الشباب

رمضان شهر بناء أخلاقي و عقلي وفكري و روحي


- الفاضل دكتور طالب صريره



* sebahagian dari kalam Doktor Tholib dalam slot ceramah ramadhan semalam.

* amat-amat rugi bagi mereka yang tak datang semalam (perasmian ihya' ramdhan di puskma.

* picture di sedut dari Mr Kasukira. tQvm :)

* afwan, templete my bl0g tak b0leh nak besarkan font arab. agak tak best !!




6 Ramadhan 1432 H,
berbaki lagi 24 hari !!

04 August 2011

Kematian


Hampir saban hari berita tentang kematian terpapar & terdengar, adakah dengan berita ini ia akan menyentuh hati kita?? atau hanya ditangisi apabila ia berlaku? atau diinsafi di ketika itu sahaja. Marilah kita menyakini bahawa kematian itu pasti akan berlaku walau dimana kita berada atau diwaktu mana sekalipun baik dalam (maksiat/ibadah) dan INGATLAH, Kematian akan menjemput tetamunya bila-bila masa sahaja. Bagaimana persiapan kita?? Renung-renungkan lah.

“Sesungguhnya ‘Arsy Ar-Rahman’ (singgahsana Tuhan yang Maha Pengasih) tergoncang atas kematian sa’ad bin Muadz.”

Begitu Rasulullah saw bersabda ketika Sa’ad bin Muadz akhirya meninggal sebagai syahid perang badar, setelah menunggu luka sekian lama dan dirawat di Masjid Nabawi. Lelaki Anshar itu telah syahid. Dan kesyahidanya entah dengan kekuatan apa hingga ia berhasil menggoncang singgahsana Allah swt yang disinggah oleh malaikat.

Sebuah pertanyaan singgah di permukaan ruang hati. Seperti apa ’suasana jiwa’ Rasulullah saw. Ketika beliau menyaksikan detik-detik terakhir sebelum Sa’ad Bin Mu’adz menghembuskan nafas terakhir? Seperti apa pula Muadz hingga kematiannya menggoncang singgahsana Allah, Begitu berertikah peristiwa kematian bagi dunia lain di luar dunia manusia hingga ’Arsy tergoncang atas kematian Sa’ad dan langit tiba-tiba memperlihatkan sejuta kesombongannya untuk tidak menangisi kematian dan kebinasaan orang-orang kafir? Fama bakat ’alaihimus sama’: Dan tiadalah langit menagisi atas kematian mereka.


Siapakah engkau wahai manusia? Wahai jiwa? Wahai raga?


Kenanglah sejenak, sahabat-sahabatku,

ketika Bilal bin Rabah mengumandangkan azan diatas ka’bah pada peristiwa Fathu Makkah. Saat jiwa sahabat dan manusia-manusia di situ, larut dalam nama dan kebesaran Allah. Kenanglah, saudara-saudaraku, berapakah harga yang harus dibayar para sahabat Rasulullah saw. Sejak awal beliau menyebarkan dakwah islam hingga akhirnya kembali ke tanah tumpah darah beliau sebagai sang pembebas? Kenanglah sahabat-sahabat yang terbaring sebagi syuhada di perkuburan Baqi’ itu. Kenanglah Sumayyah, Kenanglah Yasir, Kenanglah Mus’ab Bin ’Umair, kenanglah Hamzah bin Abdul Muthalib, dan kenanglah Muadz! Kenanglah semua mereka! Lalu, bayangkan, seperti apakah suasana jiwa mereka kalau saja mereka juga menyaksikan peristiwa Fathu Makkah.

Sekali lagi, kenanglah mereka semua! Sebab rumah islam yang kini kita diami, sesungguhnya dibangun dari tengkorak-tengkorak mereka dan dicat dengan darah-darah merekalah. Mereka adalah ’shuna’ul Hadharah’ (pencipta peradaban) Adalah sebuah keagungan yang tak terlukiskan, ketika Allah berkenan mengantar kepergian mereka dengan goncangan ’Arsy. Dan betapa layak bagi langit untuk menyombongkan diri dan tidak perlu menagisi kepergian orang-orang kafir, para perusak peradapan manusia.

Kematian ternyata bukan peristiwa yang biasa. Ia adalah ’peristiwa peradaban’ yang maha l, yang gaumangnya mengema di langit dan di Arsy. Ia boleh mengharubirukan langit dan membuatnya menagis. Sama seperti ia boleh memarahkan/mermukakan langit dan membuatnya senang.

Saudaraku, ’mahukah’ engkau mengizinkan langit menagisi kematianmu?


*cukuplah kematian itu sebagai satu pengajaran bagi kita !!



nota kaki :

~ minggu ni, sahabat diploma dulu, Ina & ayah kepada sahabat saya, Pak Cik Safir kembali ke rahmatullah. marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga roh mereka Allah tempatkan di kalangan orang berIman. Ameen ya Rabb.

~ salam takziah dari saya sekeluarga. m0ga lebih tabah & kuat Ima !!

02 August 2011

Intabeh



Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR)


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu TAQWA dan KEAMPUNAN. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )


Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


Sekian


www.zaharuddin.net