Pages

13 June 2012

Kami

m : mak saya pesan,
      kite orang yang ade fikrah ni
      persediaan untuk kahwin
      bukan macam orang biasa
      semata-mata buat persiapan fizikal
      gi facial la
      gi spa la
      tapi persiapan sebagai isteri dan pendidik zero
      persediaan untuk mendirikan baitul dakwah, baitul muslim ni
      bukan menjadi zaujah semata
      tapi juga bersedia untuk jadi
      murabbiyah untuk anak-anak


...


lagi satu, sebelum walimah ni, kena perbanyakkan solat taubat, solat hajat. agar dosa atau maksiat yang kita buat sebelum3 tu tak effect pada rumahtangga kita, tak effect pada anak-anak kita dan sebagainya.


...


dan yang paling penting - Redha Allah, ni yang paling utama !

   

.
.
.


Alhamdulillah semalam Allah telah tautkan hati-hati kami di alam maya. dari malaysia hingga jordan, jauh tu kan :)


nik dan umaina dah masuk alam kerjaya,
mahmudah pulak minggu depan dah nak walimah,
saya je yang still belajar lagi.


# saya amat terkesan apa yang mudah share tu. (banyak lagi, tapi yang lain rahsia la). awak mendahului kami mudah, mabrouk ! moga menjadi isteri cerdik yang solehah, inshaAllah :)



buat nik + umaina + afifah, 

Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang mengada, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu.


kalam jameel,
dont be the girl who needs a man. be the girl a man needs =D



p/s : masing-masing dah besar kan, so semua dah bersedia kot  ^___^



tiada dalam gambar : nik.


______________________
 * fikrah - kefahaman islam.



Helwah


 biarlah gambar yang berbicara :)

jalan-jalan cuti fasal thani,


01 : 00 Am
[ bbq di bahrul mayyit ]


macam-macam ragam Allah izin berlaku sebelum sampai ke laut mati ni kan. 

saya pun boleh analisis diri saya dan sahabat3 yang lain macamana bila berlaku perkara3
 di luar jangkaan, ada yang tenang, ada yang emo dan sebagainya. saya ??

3ala kulli haal, perancangan Allah itu semestinya yang terbaik kan !


jalan-jalan kali ni banyak Allah uji dengan masalah kereta ^^

bak kata si driver, korang tak ikhlas kot. cuba muhasabah diri balik.


[ Makan Nabi Luth A.S ]


[ ziarah makam di jordan ]




Jazakallah Mr Murakib yang baik hati. Allah yazidka kheyr !


11 June 2012

Alone




* ummi ayah, kak long keseorangan. kak long dah tak mampu, tak mampu !

kadang-kadang terlintas di benak fikiranku ...

' Allah dah tak sayang kat aku lagi '

HAKIKATNYA, 

Sesungguhnya Allah bersama sangkaan hambanya, 
Allah lah sebaik-baik murabbi,
Allah sentiasa bersama kita kan !




10 June 2012

Zekrayat


 

  [ Petra ]


 

  [ Wadi Rum ]



 [ Ashabul Kahf ]




[ Jerash ]



[ Ummu Qays ]




created by : afifahz :)



08 June 2012

Hiba.

hiba. jiwa kosong. iman. sedih.

semalam alhamdulillah Allah izin dapat iftor, qiam bersama-sama dengan adik beradik helwanis permata dan saya sangat terkesan dengan motto yang di bawa oleh penganjur kali ni, Qiam The Power of Spiritual. agree !

...


jiwa saya sangat kosong sekarang ni. wallahu a3lam.

seusai solat zohor tadi, termenung sorang-sorang depan laptop. berfikir, teringat umi ayah, teringat program3 di irbed, teringat hq saya disini. banyak lagi yang tak settle. saya dapat rasakan yang ada yang tak kene dengan 'hati' saya. serius !

tanpa membuang masa, jari jemari ini laju menekan keyboard dan terus search di google chrome - jiwa kosong.


 Apabila jiwa kosong,
maka kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan,
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam,
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.

Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.

Kemanakah perginya kelazatan,
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan,
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.

Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya,
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian,
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti kebahagiaan.

Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan,
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagiaan,
dalam rimbunan pepohon keimanan. 



# masalah, kegelisahan, keresahan dan sebagainya adalah sebahagian dari kehidupan. semuanya bergantung pada kekuatan jiwa dan hubungan hati kita kepada Allah SWT.

#  Kata Ibnu Jauzi 'Sesiapa yang memilih jalan keimanan, maka ia telah memilih jalan yang paling susah' kerana ganjarannya ialah syurga.

#  Kadang-kadang laluan kehidupan ini tidak seperti yang kita harapkan. Ada masa masanya kita terpaksa mendaki puncak yang tinggi dan sukar. Bahkan jiwa kita kadang-kadang kuat dan kadang lemah menjadikan perjalanan jiwa kita lebih memeritkan.

#  Belajarlah untuk bercakap dengan Allah. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama kita.

#  pesanan Ibnu Jauzi : kadang2 Allah uji kita diluar batasan kemampuan kita supaya kita merasa dekat dan merasa hanya Allah yang mampu membantu kita. Allah SWT sebenarnya sedang membentangkan anak-anak tangga untuk kita hampir kepadaNya”.

#  Perjalanan menuju Allah tidaklah semudah yang kita harapkan. Ujiannya terlalu banyak.




[ Abu Umar ]



18 May 2012

Imtihan lagi



Imtihan Nihaie around the c0rner ~


130512 - Tilawah 2 (settle)

210512 - Takhrij Hadis

270512 - Manahij Muhaddisin

280512 - Asalib Bahas (killer)

290512 - Ahkam Wakaf


sila tembakkan dOa banyak3 buat saya disini, nak bOm sekali pun musy mushkelah. amat berhajatkan dOa dari kalian :)

imtihan dunia yang dikejar-kejar. bagaimana dengan imtihan Akhirat?



doa saya untuk kalian, 

ya Allah, kau bantulah sahabat-sahabatku,
kurniakan kesungguhan pada kami,
kekuatan ingatan,
dan gerakkanlah ya Allah 
untuk kami membaca lebih pada bahagian yang menjadi soalan imtihan,
padaMu kami berharap.

ya Allah, kau muliakanlah kami dan orang-orang islam dengan ilmu.

 
Ameen ya Allah !



.......



by : LangitI Ilahi

Sahabat sejati. Ramai mencari sahabat sejati. Bertanyakan akan ciri-cirinya. Berhajat untuk mempunyainya.
Jika dilemparkan pertanyaan kepada saya: “Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?”
Saya akan menjawab dengan mudah: “Dia adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT.”
Yang kalau kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah. Yang kalau kita bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang. Yang kalau kita bergembira dengannya, kita tidak lalai. Yang kalau kita terlupa, dia akan mengingatkan.
Namun, mencari sahabat sejati, tidak ramai yang menjumpainya.


.......



mabrook muQaddam kak ain + hafizah baik :)



alf mubarak to khirrij & khirrijat

entum qodimun wa nahnu lahiqun, enshaAllah.





doakan, doakan, dOakan saya untuk imtihan dunia.

ummi + ayah + adik4, dOa special tau =)





nota kaki :

* baru sedar, lagi 9 bulan nak habis belajar, enshaAllah.

* so touching time majlis meraikan khirrijat, air mata saya mengalir laju. saya sedar, 'mereka' dah nak tinggalkan saya.









17 May 2012

KTD



syabab islami~

fikrah itu mahal kan.

mashaAllah kalam jameel, adinda mofaz qsaiffulah.

 



Aku bukan sapa2 untuk kalian kenali tapi aku ingin kenali diriku utk kalian menyulusuri hakikat ini.

Aku merupakan bekas mahasiswa yang menuntut di ktd / kuis dalam bidang diploma in islamic banking.

Aku menetapkan keputusan ini bersama sahabatku untuk meneruskan pengajian di ktd pada waktu itu tanpa sebarang paksaan daripada sesiapa mahupun ibu bapa.

Aku tekad ketika itu untuk menjadi manusia yang memahami erti kehidupan yg sebenar dalam erti kata kehidupan seorang islam yang mengikuti al-quran dan as- sunnah.

Ia aku menyesal atas tindakan sambil lewa semasa di bangku sekolah menengah agama di suatu ketika dahulu, atas kelalaianku yang kurang mengambil cakna erti peri pentingnyanya tarbiyah dan dakwah untuk membentuk rijal.

Aku bermuhasabah pada hari ini mengigatkan kembali keadaan itu suatu ketika dahulu.

Kini aku hampir pasti akan kejayaan yang aku sedang usahakan,.

Setelah 3 tahun aku di kolej teknologi darul naim, bermulanya episod baru untuk aku sebagai mahasiswa, aku tekad untuk berpaling kebelakang seketika sebagai satu pengalaman yang pahit yang tidak perlu diulangi, aku terus tekad ingin kehadapan dengan segala pontensi yang ada.

Aku juga manusia seperti kalian, yang bisa jatuh dan bangun, tapi aku lebih mengenali diriku untuk bertindak dalam waktu2 tertentu untuk membuat keputusan pada saat2 yang penting, begitu juga kalian.

Atas kesedaran atas kelemahanku yang masih tidak mampu untuk menjadi contoh tauladan kepada masyarakat, aku tekad untuk membina pontensi baru untuk berada pada tahap itu, atas kesedaran kelemahanku yang masih tidak mampu memberi kefahaman yang jelas pada diri sendiri dan masyarakat tentang kepentingan tarbiyah dan dakwah aku tekad untuk mencari satu peluang baru untuk aku hakiskan sedikit demi sedikit kelemahan ku menjadi satu kekuatan.

Oleh kerana itulah KTD menjadi pilihanku,aku tidak nyatakan di institusi & universiti lain tidak untuk itu, tapi aku merasakan atas faktor kelemahan yang aku ada untuk keluar pada waktu itu menjadi seorang manusia mengikut landasanNya tidak di tempat lain, KERANA aku lemah & tidak berdaya jika tiada sistem yang terjurus ke arah itu.

Pilihanku tepat, aku yakin dengan janji Allah " Jika kamu bantu Agama Allah, Allah akan menolongmu" 

Dan kini aku tidak menghiraukan kebanggaan orang tentang hal dimana mereka menuntut ILMU, kerana aku tahu di setiap tempat beda pontensinya.

Kalian juga punya pandangan dan solusi untuk capai matlamat kalian, tapi kalian harus fikir juga soal kekuatan & kelemahan kalian, setiap pilihan yang dilakukan harus ada jawapan untuk diberikan bukan untuk kebanggaan.

Nasihatku untuk kalian yg sedang dalam keputusan membuat pilihan dimana ingin menyambung pelajaran, jika pilihan kalian untuk capai matlamat kalian dimasa hadapan ada disediakan di KTD, sambunglah disana , Aku Yakin Kalian Tidak Akan Menyesal.

Tapi jika hajat kalian untuk mencapai matlamat kalian dimasa hadapan tiada Di KTD pastikan kalian mencari Institusi & universiti yang kalian rasakan kelemahan kalian dapat diatasi disana.

Semoga Allah memudahkan urusan Kalian.

p/s : AKU & KALIAN KITA MANUSIA

Mohd Faiz Bin Zaki ツ
Diploma in Islamic Banking
KTD/ KUIS

Penat



perjalanan menuju Allah sangat sukar kan, kerana Jannah itu mahal.


moga kita dapat bermain di taman syurga bersama3, enshaAllah.



sangat suka this picture (",)




Petra dalam kenangan :)

hanisah + sakinah + afifah + qatrunnada



jaulah sweet 24

210312 - 260312

amman
karak castle
Mazar (makam 3 sahabat)
laut mati 
petra
aqabah
wadi rum
jabal nebo
uyun musa
ashabul kahf
makam sahabat ( abu ubaidah + dhiror)
ummu qays
irbed


fursah saeedah :)

jaulah yang luar biasa,

sharing yang menyentuh jiwa~


jazakumullahu khayran jaza3 kalian ber4

ulhms I hanisah I sakinah I qatrunnada I afifah solehah



p/s : orang japan, datang la lagi. ahlen3 Ina ^^

15 March 2012

Berdamailah dengan taqdir



CP ~ Via blog Genta Rasa.


Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!


*
*
*

jika kita dah berusaha sungguh-sungguh kan, hubungan dengan Allah dan sahabat3 kita jaga, tiba-tiba Allah izin tak dapat jawab jugak exam. kef ye??

respon yang saya dapat,


sesungguhnya Allah bersama dengan sangkaan hambanya. Allah nak uji sangka baik kita dengan Allah bila-bila masa je. kalau kita dah taat dengan Allah, jaga ibadah kita, belajar pun rajin. tiba-tiba Allah tak bagi. takpa, kita teruskan usaha kita, apa makna kejayaan yang kita dapat kalau ia semakin jauhkan diri kita dengan Allah. ada orang berjaya lupa terus pada Allah. sebab tu Allah tak bagi sekarang. jadi itu bukan utama yang kita harap. yang kita harap Nilai dan Redha Allah. Allah bukan nak tengok natijah tapi usaha kita. mengapa harus kecewa selagimana kita kejar redha Allah, bukan redha yang lain.

cakap memang senangkan, tapi bila saya sendiri teruji, itulah hakikat sebenar keyakinan saya pada Allah !

[mashaAllah kalam jameel, Jazakallah adinda Muhammad]



kak fifah,

ujian Allah ni ada dua kemungkinan. samaada Allah nak uji sebab sayang atau murka. kalau kita dah tak buat maksiat, inshaAllah ujian ni tanda Allah sayang. mungkin tak cukup bersungguh lagi kita berusaha atau tak cukup bersungguh lagi kita berdoa.
btw, hanya Allah yang tahu bila masa yang paling sesuai kejayaan menjadi milik kita. kita hamba terus berusaha dan berdoa. Allahua3lam.


[Jazakillah adinda Waheedah]


Ayah pun selalu pesan,

Ayah yakin dengan anak-anak ayah ni. usaha sungguh-sungguh dulu, natijah kita serah pada Allah.

ayah tak marah pun kalau kak long dapat result rendah, yang penting kak long kene usaha sungguh-sungguh dulu. boleh??



p/s : mood sad coz kecundang dalam imtihan awal, asalib bahas n tilawah 2.


Husnuzhon billah ya Afifah Solehah !