Pages

03 October 2010

ujian itu tarbiyyah


semasa saya berada di jordan, umi ada kirimkan barang pada Dr luqman dengan Dr fadhli..masa tu diorang masih di malaysia lagi..


3 minggu lepas..

dan hampir 3 minggu barang tu ada pada diorang, di irbid.. tak sempat nak hantar pada saya lagi di mu'tah ni kerana kekangan masa..


hari khamis..

dan Allah izin minggu lepas, sahabat saya fatimah nak ke irbid untuk ambil barang kiriman dari mak dia.. dan saya mengambil peluang minta tolong luqman kirimkan barang pada fatimah.. alhamdulillah semalam barang saya dah ada di mu'tah..


hari sabtu..

fatimah tak sempat hantar barang tu pada saya semalam, dia berjanji untuk hantar barang tu di bayt imtiyaz pagi esok (ahad).. la ba's sebab saya bersyukur sangat2 barang tu dah ada di mu'tah..


hari ahad..

lepas balik dari karak tadi, dalam pukul 5 petang, saya terus ke bayt imtiyaz untuk ambil barang..

saya : kak aisyah, ada nampak tak barang fifah kat sini?

kak aisyah : tak nampak pulak, cuba tanya diorang dalam bilik tu..

saya : korang ada nampak tak barang dalam plastik purple kat luar?

atin, insyi, timah : tak de la pulak.. cuba try tnya bilik sebelah.

saya : ada tak kak fatimah bagi barang pagi tadi?

ijah : ada2, ada kat luar..

kami pun pi cari kat luar, cari2 tak jumpa.. pastu baru ijah teringat yang diorang baru je buang sampah tadi.. kebetulan barang2 saya tu sebelah dengan sampah2 tu, betul2 depan pintu.. ya Allah, sah dah barang saya kene buang..

tong sampah tu depan rumah tu je, saya pun terus cari barang2 tu dalam tong sampah.. hasilnya, tak ade, tak ade sampah pun dalam tu..lori dah angkut.. ya Allah..

sedih memang sedih, ada kawan yang simpati, 'Afifah ajak pi tempat longgokan sampah di belakang masjid syuhada'.. saya terus kata ok dan tak putus2 berdoa moga ditemukan dengan barang2 saya tu..

sampai di sana, kosong, semua sampah dah tak ada.. dah la kene cakap ammi dengan pak cik arab tu, terlalu sukar rasanya.. dipendekkan cerita, ammu tu kata sampah yang dekat kawasan tu tak buang dekat sini, buang on the way nak ke amman.. masyaAllah.. kak aisyah dengan ifah tenangkan saya, kata mereka mungkin Allah nak bagi lebih baik ni, ada hikmah, banyakkan berdoa, jangan sedih2.. jawab saya inshaAllah..

barang2 saya yang hilang tu 3 pasang kasut polo, hp sony, 7 pasang stokin plus dengan barang2 kawan saya, ada ubat, telekung, baju..

inshaAllah saya terima ujian Allah ni dengan sabar, sahabat2 Rasulullah lagi hebat Allah uji.. moga2 Allah gantikan dengan yang lebih baik.. doakan saya.. call umi, umi pesan sabar, banyakkan berdoa.. sedih memang sedih, tapi ujian Allah ini adalah tarbiyyah bagi saya :)


26 September 2010

ILIK


PROMOTE ILIK ^_^



hayati kulluha lillah






* masuk kelas hari ini, masih tak faham ape yang dr ajar.. ishal ala kulli haal ya Rabb

* inshaAllah pindah rumah hari ini, hari ni last di rumah transit.. jzkllh kher kepada ahli bet tasneem..barakallahu fikum..


- 26 sept 10 (hari ke 11)
- 5.05 pm
- bet tasneem


24 September 2010

tasjil madah


inshaAllah pada fasa ini (fasal awwal), madah2 yang saya ambil ialah :


1) ulum askariyyah

2) al-quds fi tarikh al arabi al islami

3) al-madkhal ila fiqh islami

4) manahij mufassirin

5) asalib tadris attarbiyyah al islamiyyah


.....

saya baru je tasjil madah ni hari khamis lepas, masa nak tasjil ni Allah izin banyak madah yang dah tutup, dah penuh.. sampai satu tahap, tak tau dah nak buat macamana.. kak aisyah cadangkan tasjil secara manual..

dan Allah izin juga, masa naik tingkat atas, jumpa dengan Dr. Ali Fawwaz, dia promot madah yang dia ajar untuk usuluddin, Duktur bersungguh2 nak tolong, dia ajak masuk bilik dia, siap tasjil madah asalib tadris attarbiyyah al islamiyyah guna komputer dalam bilik duktur.. kami pun ambik peluang untuk bercakap dengan duktur.. barakallahu fik ya duktur :)

inshaAllah fasal ni, saya tidak berhajat untuk ambik banyak madah, cukuplah sekadar 5 madah dulu, untuk score betul2 inshaAllah..dan 5 madah yang saya ambil kesemuanya 3 jam kredit.. doakan saya moga dipermudahkan segalanya inshaAllah..


* inshaAllah esok mula kuliah, confirm pening2 lalat belajar dalam bahasa arab ni ^_^



19 September 2010

hari ke 5

semalam..

alhamdulillah banyak input yang dapat semasa taklimat dari permata (persatuan mahasiswa mu'tah).. banyak perkara yang dapat, dari pagi sampai petang..


hari ni..

- plan nak g mustami' (pergi dengar duktur mngajar) kat jamiah

- nak ziarah makan sahabat (dah masuk hari ke 5 tapi still x pergi ziarah sahabat lagi)

- nak pergi kemas rumah baru


* inshaAllah ujian kafaah (madah bahasa arab, english n hasub) saya kalau x silap pada hari rabu ni, lepas tu baru boleh daftar masuk kelas.. amat berhajatkan doa dari kalian..



17 September 2010

T & D


Tarbiyyah...

bukan untuk orang yang malas

bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

bukan untuk orang yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan, tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

bukan untuk orang yang cepat mengalah

bukan untuk orang yang meletakkan qiamullail dan daurah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lain

bukan untuk orang yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong

bukan untuk orang yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini,

bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang
perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information



Dakwah...

bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri

bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu

bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute

bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah

bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh

bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh

bukan bagi orang yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami

bukan bagi orang yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot

bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

"Amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah daripadaNya"



* kredit to sis afeefah sza



16 September 2010

klia

my dad & lil sis


adik2 lelakiku yg sentiasa ceria :)


penguat semangatku dsini.. iA entum fi ruhi wa fuadi



sahabat2 seperjuanganku fillah.. jzkllh ala kulli haal


nampak sikit je kn, tapi bila timbang.. masyaAllah


me at queen alia airport, amman



* maaf sekarang ni masih dalam mood rindu, banyak post saya letak gambar..




14 September 2010

last post




eid fitri 1431


saya sayang umi ayah

saya sayang adik2 saya.. faiz, afiq, athirah & adi

saya sayang keluarga saya

saya sayang sahabat-sahabat saya

saya sayang semua

always miss u all inshaAllah :)



-post terakhir di malaysia,
-2.28 am,
-15/9/2010



09 September 2010

royal jordanian


tarikh : 15 september 2010 bersamaan 6 syawal 1431

masa : 10 malam di klia

lokasi yang dituju : mu'tah, karak, Jordan

universiti : Jamiah Mu'tah

syu'bah : ijazah sarjana muda Usuluddin

tempoh : 2 tahun inshaAllah


doakan saya teman-teman, moga2 musafir saya ke sana diredhai Allah..
jazakumullahu khairan kathira atas doa kalian selama ni
Barakallahu fikum :)


* lagi 6 hari di tanah air..