Pages

27 January 2011

عبارات ما أروعها


الصادقون في عواطفهم
لا يبالون بالمظاهر!!

Sebenar-benar sahabat pada perasaan mereka,
Ialah mereka yang tidak mementingkan luaran seseorang.


من السهل أن تحب الناس ..
ولكن من الصعب أن تجبر الناس على حبك !

Sangat mudah untuk kamu menyukai seseorang,
Tetapi amat susah untuk membuat seseorang menyukai kamu.


النفوس القوية ..
لا تعرف اليأس !

Jiwa yang kental,
tidak kenal erti kekecewaan!!


إذا أردت أن تعيش سعيداً ..
إنزع الحقد من قلبك !

Sekiranya kamu inginkan kehidupan yang bahagia,
Jauhilah perasaan dendam drpd jiwa kalbumu.


الصحة مثل المال ..
لا تعرف قيمتها إلا حين تفقدها !
Kesihatan itu umpama sebuah harta..
Kamu tidak akan mengetahui nilainya melainkan setelah kamu kehilangannya.



17 January 2011

praise to Allah

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

syukur pada Allah al-khaliq yang Maha Mengetahui segala-galannya.


alhamdulillah selesai sudah imtihan untuk fasal awal di dataran syuhada' jamiah mu'tah ni, sekarang ni fatrah brcuti selama 3 minggu.

dan alhamdulillah juga sepantas kilat Duktur2 jamiah ni tanda kertas, natijahnya result imtihan nihaie dah keluar.


untuk madah fasal awal ni Allah izin saya dapat,

1) ulum askari - masih belum diketahui

2) manahij mufassirin - M

3) asalib tadris tarbiyyah islamiyyah - J

4) madkhal fiq islami - JJ

5) al-quds - Mq


alhamdulillah, praise to Allah. untuk natijah ni saya sebenarnya tak sangka pun dapat keputusan macam ni, memang Allah banyak tolong plus dengan pemurahnya Duktur jamiah bagi markah. ala kulli haal, Barakallahu fekum.


p/s - untuk madah al-quds soalan nihaie diluar jangkaan, ingatkan soalan objektif, sekali kene syarah, kullu syarah. dh la imtihan awal & thani tak de, terus ke nihaie. dapat result pun sikit je, tp alhamdulillah Allah banyak bantu.

- perlu tingkatkan lagi usaha, kuatkan semangat, lajukan pecutan inshaAllah.

- masih tak dapat untuk apply YT. to be inshaAllah. kene usaha keras lagi ni!!

- jazakumullahu khairan kathira kepada semua esp umi ayah, my family, shbt2 atas doa kalian selama ni. hanya Allah yang mampu membalasnya.


terkesan dengan firman Allah swt :

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia baik buruk bagi kamu, dan ingatlah, Allah yang mengetahui semua itu dan kamu tidak mengetahui" 216:2



23 December 2010

final exam

ini hanya peperiksaan 'di dunia'.




salam sayyidul ayyam buat semua.


inshaAllah, tak lama lagi saya akan bertempur dengan final exam (imtihan nihaie) yang pertama kali di dataran syuhada' ini, di jamiah mu'tah. saya masih tak dapat nak imagine lagi macamana imtihan nihaie disini.


inshaAllah tarikh final untuk fasal awal ni (sem pertama) :


1) 30/12/2010 - Ulum Askari

2) 02/01/2011 - Manahij Mufassirin

3) 03/01/2011 - Asalib Tadris Tarbiyyah Islamiyyah

4) 06/01/2011 - Madkhal ila Fiqh Islami

5) 08/01/2011 - Al Quds fi Tarikh Al Arabi Al Islami




dedikasi untuk :

teman2, sahabat2 di jordan,
especially di mu'tah,
team unisza,
ahli bayt - adibah, athirah & solehah,
sahabat2 se 'hq',
&
semua sekali

bittaufiq wannajah fi imtihan,
kullu khair inshaAllah!!




teringat kata2 semangat dari kak dayah nawawi :

"Afifah, berjuanglah dengan tenang. hakikat ketenangan adalah bila hati kita sentiasa terikat denganNya, meyakini bantuanNya. hakikat kejayaan bukan pada natijah di kertas, tetapi pada usaha keranaNya & yakin pada rahmatNya. Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya dalam perjuangan ini".


kata2 dari sahabat saya, afeefah saalihah :

"kejayaan bukannya selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha kita semata-mata. soal utama dan pertama KEBERKATAN dariNya. bukan hendak menafikan titik peluh kita, tetapi kita harus sedar adanya Allah mengatur segala. biarpun sejuta ilmu kita dalami ia tak berharga andai tiada keberkatan dariNya kerana Dia pemilik segala ilmu yang ada, yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia di alam maya"


hajat doa dari teman2 sekalian agar Allah mudahkan segalanya dan Allah taqdirkan yang terbaik buat saya inshaAllah. hajat sangat2 doa dari kalian. Barakallahu fekum.



mode :


- alhamdulillah Allah izin dapat jugak buat 'hq' dsini.
- alfu mubarak buat adik saya, Afiq atas result yang bagus dalam pmr. tahniah afiq!!
- sedang plan projek 'besar' untuk adik saya. mg Allah permudahkan inshaAllah *_*
- tahniah pd k.ngah & akhi naem, ats walimah baru2 ni. Barakallahu lakuma.
- to k.qilah, mg dpermudahkan segalanya iA. hehe.
- Umi Ayah, hajatkan doa dari kalian selalu. faiz, afiq, athirah & adi, always miss u all :)



20 December 2010

حياة النبي

kehidupan Rasulullah saw yang berpada-pada.


suatu ketika Rasulullah saw menjauhi dirinya daripada isteri-isterinya selama sebulan disebabkan baginda tidak menyetujui sesuatu perkara mengenai mereka. selama sebulan baginda tinggal berasingan di sebuah bilik sebelah atas rumah. suatu khabar angin telah tersebar di kalangan sahabat bahawa Rasulullah saw telah menceraikan isteri-isterinya. berita ini telah sampai kepada umar lalu beliau pun bergegas ke masjid. di sana beliau dapati para sahabat duduk berkumpul dengan wajah sugul.

lantas beliau ke rumah anak perempuannya Hafsah yang menjadi isteri kepada Nabi dan mendapati hafsah sedang menangis di biliknya. Umar berkata kepadanya :

"sekarang mengapa pula kamu menangis? tidakkah pernah selama ini aku berpesan kepadamu agar jangan melakukan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan rasa tidak sukanya?"

kemudian beliau kembali ke masjid dan terlihat olehnya sebahagian para sahabat duduk berhampiran dengan mimbar sambil menangis. kerana perasaan yang sangat dukacita beliau tidak dapat berlama-lamaan di situ lalu terus menuju ke arah bilik yang sedang didiami oleh Rasulullah saw. beliau mendapati Rabah, seorang hamba duduk di atas tangga. umar memintanya pergi berjumpa Rasulullah dan memohon keizinan baginda untuk bertemu. Rabah masuk ke dalam dan keluar semula untuk memberitahunya bahawa Rasulullah saw duduk tenang tanpa berkata apa-apa. Umar kembali semula ke masjid lalu duduk berhampiran mimbar. landaan kegelisahannya tidak membenarkan beliau duduk lama di situ dan sekali lagi beliau meminta Rabah memohon keizinan Rasulullah saw untuk bertemu. kali kedua ini pun Rasulullah saw tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya.

setelah beberapa lama berada di mimbar, kerinduannya tidak tertahan lagi menyebabkan beliau meminta untuk bertemu dengan Rasulullah saw untuk kali ketiganya. barulah kali ini, permohonanya diterima.

setelah beliau dibawa masuk, beliau lihat Rasulullah saw sedang berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun tamar. jalur anyaman tikar tersebut jelas kelihatan pada badannya yang mulia. bantal baginda diperbuat daripada kulit yang disumbat dengan kulit batang tamar.

Umar berkata :
" daku memberi salam kepada baginda dan bertanya : adakah tuan telah menceraikan ister-isteri tuan?" baginda menidakkannya. dengan penuh kelegaan daku pun memberanikan diri untuk membuat sedikit ulasan secara berjenaka, "Ya Rasulullah! kita bangsa quraisy menguasai wanita-wanita kita, tetapi sebaliknya orang-orang ansar, mereka dikuasai oleh wanita-wanita mereka. wanita-wanita kita juga terpengaruh juga dengan wanita-wanita di sini. daku meneruskan lagi dengan kata-kata yang agak serupa yang membuatkan baginda tersenyum.

daku perhatikan benda-benda yang terdapat dibiliknya hanyalah terdiri daripada tiga keping kulit yang telah disamak dan segenggam barli terletak di suatu sudut. daku cuba perhatikan sekeliling bilik namun tidak sesuatu apa pun yang aku jumpa lagi.

lantas daku pun menangis. baginda bertanya, "mengapa kamu menangis? daku menjawab : "wahai Rasulullah saw, mengapakah daku tidak menangis? daku nampak bekas-bekas tikar jelas di badanmu dan daku telah lihat sekadar ini sahaja yang ada di bilikmu.

ya Rasulullah saw! berdoalah kepada Allah agar Dia mengurniakan kita rezeki yang mencukupi untuk kita. orang-orang parsi dan rom yang tidak beriman kepada Allah dan tidak menyembah Allah tetapi menyembah maharaja mereka pada ketika ini hidup dalam taman-taman yang mengalir air sungai di tengah-tengahnya, tetapi lihatlah seorang Nabi Allah yang terpilih dan hambaNya yang mulia hidup di dalam kancah kemiskinan.

mendengar kata-kataku yang demikian, Rasulullah saw yang sedang bersandar di bantalnya pada ketika itu serta-merta bingkas lantas bersabda : "wahai Umar! masihkah kamu di dalam keraguan mengenai perkara ini? keselesaan dan kesenangan di akhirat adalah terlebih baik daripada apa yang ada di dunia ini. orang-orang yang tidak beriman ini sedang mengecapi bahagia mereka yang baik di dunia ini, sedangkan bagi kita, perkara-perkara ini segala-galanya di simpan di akhirat.

daku tersedar dan menyesal lalu merayu Baginda, "Ya Rasulullah! mintalah ampun untukku. sebenarnya aku bersalah".

lihat kesan duniawi terhadap rumahtangga dan kesan akhirat kepada Nabi Allah yang tercinta. lihatlah bagaimana Nabi menegur Umar ketika beliau meminta dipohonkan sedikit kelapangan dan keselesaan untuk mereka.



moga-moga seerah, catatan kehidupan para sahabat ini menjadi ibrah buat kita semua inshaAllah.



rujukan : Kisah Kehidupan Para Sahabat, Syeikh Muhammad Zakaria



23 November 2010

Today is yours




Hari ini milik anda - Dr Aidh Al-Qarni :)




Sungguh Aneh



Sungguh aneh bagi seseorang yang merasakan dirinya sebagai Da'ie ilallah namun tidak dapat menikmati kemanisan solatnya! Bukankah jalan hidupnya terlalu sukar, bebannya tidak tertanggung dan simpang siurnya terlalu banyak dan mengelirukan?

Bukankah segala penat lelahnya, segala pengorbanannya, setiap titisan keringat dan air matanya untuk Dia, Pemilik jiwa dan kehidupan?


Bukankah segala rindu dan cinta, segala harap dan asa bahkan seluruh rasa tawakkal hanya padaNya?


Kenapa kini, ketika tubuh sedang mengadapNya, sedang jiwa dalam perhatianNya. kita tidak menemuiNya dalam hati kita? Bahkan kita tidak temui cinta dan rindu padaNya.


Benarkah segala yang kita korbankan selama ini untukNya? Benarkah yang kita cari selama ini adalah redhaNya?


Sungguh aneh bagi seseorang yang merasakan dirinya sebagai Murabbi ilallah namun umurnya tidak menambahkan keakrabannya dengan Al Quran! Bukankah hidayah itu milikNya, yang membolak balikkan hati itu adalah Ar Rahman bahkan yang memberi taufiq dan kekuatan itu juga adalah Dia yang Maha Agung.


Bukankah jiwa manusia itu terlalu liar dan rumit untuk difahami sedangkan jalan menundukkannya itu berada dalam KalamNya? Bukankah Kalimah-KalimahNya mampu memecahkan gunung apatah lagi menundukkan hati manusia?


Bukankah kehidupan itu sendiri sukar untuk dimengerti apatah lagi dikendali sedangkan segala PengajaranNya telah tersedia dan terpelihara dalam mushafNya namun kenapa jiwa kita masih mampu jauh dari panduanNya?


Benarkah kita sedang mengajak manusia kepadaNya? Benarkah langkah kita sedang mendekatkan diri kita padaNya?


Jadi...

Milik siapakah jiwa ini?

Untuk siapakah segala pengorbanan yang ku curahkan selama ini?

Dan kepada siapakah diri ini akan kembali?

Catatan ini untuk diriku yang sedang menangisi kegersangan hati, sengaja dikongsikan dengan sesiapa yang turut mengalaminya. Semoga Allah menjadikan kita sentiasa dalam RahmatNya. Ya, hanya RahmatNya yang akan menyelamatkan kita dari azab siksa Neraka dan mengantar kita ke Syurga.


by : Abu Umar



20 November 2010

Tetamu Di Dataran Syam




Tetamu Di Dataran Syam
Dewan Masrah, Jamiah Mu'tah
PERTAMA 09 / 10



19 November 2010

ana sudi menjadi isteri kedua enta




Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya – ”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan,” jawab Fikri.


***


“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”


sumber: Menjejaki Keredhaan



15 November 2010

'Idul Adha




PERMATA MU'TAH



~semoga takbir dan tahmid mengigatkan kita kepada suatu pengorbanan, pengorbanan suci sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan,
pengorbanan yang diwarnai kepasrahan,
tawakkal dan rendah hati,
pengorbanan yang suci sulaman kasih sayang
dan kenyakinan kepada janji-janji Allah
serta rindu kepadaNya~



Salam Eidul Adha 1431

kullu am wa entum taqarrub ila Allah


daripada :

Nur Afifah Zaki,
Medan Mu'tah, Jordan