Pages

02 June 2011

Ballighna ya Allah




jom kita sama-sama Doa :

" اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان "




hari ni dah masuk 1 rejab, then sya'ban & Ramadhan.

persiapan awal untuk masuk ke Madrasah Ramadhan !! apa persiapan kita??

01 June 2011

العريس والعروس





~ Alhamdulillah. congrats shareeza & husband :) ~


alhamdulillah. setinggi-tinggi rasa kesyukuran kita rafa'kan pada Allah SWT atas segala nikmat yang tak terhitung banyak nya.

dan sekarang bermulanya cuti sekolah, maka banyak lah kenduri kendara di sana sini kan.

"nikah itu adalah sunnahku, maka yang membenci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari golonganku" [riwayat ibnu majah]

maka bertitik tolak dari sunnah Rasulullah saw, Alhamdulillah !! cuti ni 2 orang sahabat saya aka my classmate di smik dulu walimah. sha dah lepas, inshaAllah ammar akan menyusul 11 jun ni di syria.


Doa saya untuk kalian,

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في الخير :)

moga-moga baitul muslim yang dibina ini mendapat keredhaan dari Allah Taala inshaAllah. moga Allah kurniakan sakinah, mawaddah wa rahmah buat entum. selamat melayari bahtera rumah tangga !!


next - TURN siapa? mungkinkah NSS, NAA, ASZA, MI, NAMT, NMMA?? just wait & see ^^



nota kaki :

~ hajat nak pergi jugak syria tu, tapi jalan darat tutup. if pergi naik flight, ongkosnya agak mahal sihh. jawapannya, jalan-jalan di mu'tah je la.

31 May 2011

Lil Bro



setiap kali call and skype, mesti Adi akan cakap,

kak long, "jangan lupa beli PSP tau !!

jawabku, mane la ade PSP kat jordan ni adi".



asyik fikir pasal mainan je ustaz adi sorang ni. nak PSP boleh, tapi kene dapatkan 5A dulu, amacam adi ?? :)


pesanan penaja dari jauh :

semoga Adi Fawwaz semakin meced disana ye. belajar rajin3, lepas ni boleh mai sambung belajar kat UK ke ^^


.........................


[300511]

Alhamdulillah, tamam imtihan nihaie bagi fasal thani di sini. moga Allah taqdirkan natijah yang terbaik inshaAllah. al muhim, moga result kali ni Allah redha dan Allah nilai.


Dr Ali Fawwaz, Dr Amin Butush, Dr Mustafa, Dr Azzam, Dr Syukri & Dr Imran - jazakumullahu khairan jaza' ala kulli haal.



nota kaki :

~ moga-moga muaddal tarkumi tak jatuh, inshaAllah !!

26 May 2011

Imtihan : Kunci Kejayaan



alhamdulillah, sekarang ni masih dalam fatrah imtihan lagi. inshaAllah lagi 2 paper berbaki, mOga Allah kuatkan saya dan teman-teman yang sama-sama berjihad di dataran syuhada' ini.

dan Allah izin 3 paper yang dah lepas, markah dah keluar. sekali lagi, Alhamdulillah. praise to Allah. walaupun result kali ni kurang memuaskan bagi saya. inshaAllah usaha dan hubungan dengan Allah perlu ditingkatkan lagi!! terima kasih ummi ayah atas d0a dan spirit yang tak putus-putus dari kalian.


setiap kali nak exam, mesti umi akan ingatkan saya,

ingat Allah selalu, inshaAllah Allah ingat kepada kita walau dimana dan keadaan mana pun kita.


pesan ayah pula,

buatlah yang terbaik untuk exam kali ni kak long. semoga sentiasa dalam barakah dan rahmat kasih sayang Allah. ayah sentiasa doakan puteri ayah yang jauh ni.


spirit dari adik, faiz,

pergi dengan penuh harapan, inshaAllah pulang membawa Kejayaan untuk Islam, All the best inshaAllah.


terima kasih, terima kasih dan terima kasih atas segala doa dan hamasah dari kalian.


suka untuk saya share sedikit mutiara sakinah,

'seorang yang hidup untuk dirinya, mungkin dapat hidup rehat, tetapi dia hidup kerdil dan mati kerdil, tapi bagi MANUSIA YANG BERJIWA BESAR yang memikul tugas yang agung ini, maka dia tidak lagi memperhitungkan persoalan-persoalan tidur, rehat, tilam yang hangat, kehidupan yang tenang dan kenikmatan yang selesa. Rasulullah saw telah pun menyedari hakikat tugas dakwah itu, kerana itu Baginda telah berkata kepada Siti Khadijah yang menyuruhnya bertenang dan tidur, "wahai Khadijah, masa tidur telah berlalu." Ya, masa bersenang-senang dengan tidur telah berlalu dan tidak akan kembali lagi mulai hari ini. masa kini ialah MASA BERJAGA MALAM DAN BERPENAT LELAH DAN MASA PERJUANGAN YANG SULIT DAN PANJANG'.


nota kaki :

~ 2 paper to go, fiqh muamalat & tarbiyyah wathoniah!!

~ selamat jalan tetamu Allah, Mc Aya, Mc Naziah, Kak Fi & Kak Qilah. semoga Allah permudahkan segala urusan entum disana :)

~ AGM PERMATA 2011 semakin hampir!!

~ rindu dengan 'besi baru'. m0ga 'besi' itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kerja-kerja Islam inshaAllah.

Death to Israel Now !!!



~Valley of The Wolves Palestin 2011~

14 May 2011

exam.imtihan.peperiksaan



jadual final exam saya bagi fasal thani 2011,

17/5/11 - Tarbiyyah Riyadi

18/5/11 - Tarbiyyah Watoniah

22/5/11 - Ahadis Ahkam (11-1 am) / Ulum Quran (4-6 pm)

23/5/11 - Aqidah 3 (8.30-1.30 am)

30/5/11 - Fiqh Muamalat (11-1 am)


best kan jadual final saya :)




bittaufeQ al-mutamayez untuk semua. Rabbuna Yusahhil inshaAllah~



nota kaki :

~ lagi 2 hari untuk paper 1. f0kus, f0kus & fokus Afifah!!

~ ummi, ayah, adik-adik & semua, need ur Dua'.

~ imtihan besar kali ke 2 di dataran syuhada'.

~ pesan kak qilah, All the best, buat yang terbaik kerana Allah.

~ pesan An, enti boleh, enti yang ajar ana boleh. s0, enti mesti lagi b0leh!! n0thing imp0sibble :)

13 May 2011

Malu


Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.

[Ustaz Fathi Yakan]


nasyeed yang ayah selalu nasyidkan untuk kami, puteri-puterinya,

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

[Puteriku Sayang by Hijjaz]



nota kaki :

~ jadilah kita pemudi yang mempunyai sifat malu, malu pada perkara yang sepatutnya kita malu ^^

~ malu itu sebahagian daripada Iman kan :)

just pray!!

~kredit to sarah hamizah~


pesan seorang adik yang sangat saya hormati,

wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana pemuda yang bijaksana itu, tak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinanyya bagi memimpin dirimu. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu.


doa seorang sahabat,

m0ga Allah hadiahkan nti pendamping hidup yang akan membimbing ke syurga. ameen ya Rabb.


sms dari ummi,

umi doakan antum semua jadi anak-anak yang soleh yang dapat berbakti pada orang tuanya dan dapat calon pasangan yang soleh/solehah yang dapat membina baitul muslim dan dapat merealisasikan D&T dalam kehidupan inshaAllah.


teringat saya pada pesanan ustaz faiz, sewaktu di kusza dulu,

kita hajatkan perkahwinan yang Barakah, jadi jalan-jalan yang dilalui, yang ditempuhi mestilah yang berlandaskan syara'. jika bertunang sekalipun, itu bukan tiket untuk kita buat sesuka hati kita. semuanya di tangan entum!! entum yang lakukan dan entum lah yang menilai.



nota kaki :

~ kata as syahid imam hassan al-banna, 'medan bercakap tidak sama dengan medan beramal'. nak cakap ni senang je, tapi untuk terjemahkan apa yang kita cakapkan itu agak sukar kan!! Kerana itu, pernah terfikir bahawa lebih baik kurangkan berkata-kata dan kotakan apa yang dikata!!

~ nasihat saya, bagi teman-teman yang Allah izin dah ada calon pasangan, kalian jagalah betul-betul hubungan itu mengikut apa yang syara' tetapkan.

~ dan untuk berkahwin ni, bukan perkara yang mudah dan bukan boleh main-main, masing-masing mesti ada persiapan ke arah itu!!

~ moga hati kita semua dalam pemeliharaan Allah & dijauhkan daripada fitnah inshaAllah.



wallahua'lam.

07 May 2011

Taujihat


Adikku,

terus bangkit dengan keimanan,
ikatan hati kita adalah ikatan Iman,
mana mungkin terasa jauh,
j0m sama-sama berjuang & berjihad!!

now, adakah kita sedaya upaya cuba untuk menjadi Alim Mujahid??


- kak sah,
- 07/05/11