Pages

23 December 2010

final exam

ini hanya peperiksaan 'di dunia'.




salam sayyidul ayyam buat semua.


inshaAllah, tak lama lagi saya akan bertempur dengan final exam (imtihan nihaie) yang pertama kali di dataran syuhada' ini, di jamiah mu'tah. saya masih tak dapat nak imagine lagi macamana imtihan nihaie disini.


inshaAllah tarikh final untuk fasal awal ni (sem pertama) :


1) 30/12/2010 - Ulum Askari

2) 02/01/2011 - Manahij Mufassirin

3) 03/01/2011 - Asalib Tadris Tarbiyyah Islamiyyah

4) 06/01/2011 - Madkhal ila Fiqh Islami

5) 08/01/2011 - Al Quds fi Tarikh Al Arabi Al Islami




dedikasi untuk :

teman2, sahabat2 di jordan,
especially di mu'tah,
team unisza,
ahli bayt - adibah, athirah & solehah,
sahabat2 se 'hq',
&
semua sekali

bittaufiq wannajah fi imtihan,
kullu khair inshaAllah!!




teringat kata2 semangat dari kak dayah nawawi :

"Afifah, berjuanglah dengan tenang. hakikat ketenangan adalah bila hati kita sentiasa terikat denganNya, meyakini bantuanNya. hakikat kejayaan bukan pada natijah di kertas, tetapi pada usaha keranaNya & yakin pada rahmatNya. Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya dalam perjuangan ini".


kata2 dari sahabat saya, afeefah saalihah :

"kejayaan bukannya selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha kita semata-mata. soal utama dan pertama KEBERKATAN dariNya. bukan hendak menafikan titik peluh kita, tetapi kita harus sedar adanya Allah mengatur segala. biarpun sejuta ilmu kita dalami ia tak berharga andai tiada keberkatan dariNya kerana Dia pemilik segala ilmu yang ada, yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia di alam maya"


hajat doa dari teman2 sekalian agar Allah mudahkan segalanya dan Allah taqdirkan yang terbaik buat saya inshaAllah. hajat sangat2 doa dari kalian. Barakallahu fekum.



mode :


- alhamdulillah Allah izin dapat jugak buat 'hq' dsini.
- alfu mubarak buat adik saya, Afiq atas result yang bagus dalam pmr. tahniah afiq!!
- sedang plan projek 'besar' untuk adik saya. mg Allah permudahkan inshaAllah *_*
- tahniah pd k.ngah & akhi naem, ats walimah baru2 ni. Barakallahu lakuma.
- to k.qilah, mg dpermudahkan segalanya iA. hehe.
- Umi Ayah, hajatkan doa dari kalian selalu. faiz, afiq, athirah & adi, always miss u all :)



20 December 2010

حياة النبي

kehidupan Rasulullah saw yang berpada-pada.


suatu ketika Rasulullah saw menjauhi dirinya daripada isteri-isterinya selama sebulan disebabkan baginda tidak menyetujui sesuatu perkara mengenai mereka. selama sebulan baginda tinggal berasingan di sebuah bilik sebelah atas rumah. suatu khabar angin telah tersebar di kalangan sahabat bahawa Rasulullah saw telah menceraikan isteri-isterinya. berita ini telah sampai kepada umar lalu beliau pun bergegas ke masjid. di sana beliau dapati para sahabat duduk berkumpul dengan wajah sugul.

lantas beliau ke rumah anak perempuannya Hafsah yang menjadi isteri kepada Nabi dan mendapati hafsah sedang menangis di biliknya. Umar berkata kepadanya :

"sekarang mengapa pula kamu menangis? tidakkah pernah selama ini aku berpesan kepadamu agar jangan melakukan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan rasa tidak sukanya?"

kemudian beliau kembali ke masjid dan terlihat olehnya sebahagian para sahabat duduk berhampiran dengan mimbar sambil menangis. kerana perasaan yang sangat dukacita beliau tidak dapat berlama-lamaan di situ lalu terus menuju ke arah bilik yang sedang didiami oleh Rasulullah saw. beliau mendapati Rabah, seorang hamba duduk di atas tangga. umar memintanya pergi berjumpa Rasulullah dan memohon keizinan baginda untuk bertemu. Rabah masuk ke dalam dan keluar semula untuk memberitahunya bahawa Rasulullah saw duduk tenang tanpa berkata apa-apa. Umar kembali semula ke masjid lalu duduk berhampiran mimbar. landaan kegelisahannya tidak membenarkan beliau duduk lama di situ dan sekali lagi beliau meminta Rabah memohon keizinan Rasulullah saw untuk bertemu. kali kedua ini pun Rasulullah saw tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya.

setelah beberapa lama berada di mimbar, kerinduannya tidak tertahan lagi menyebabkan beliau meminta untuk bertemu dengan Rasulullah saw untuk kali ketiganya. barulah kali ini, permohonanya diterima.

setelah beliau dibawa masuk, beliau lihat Rasulullah saw sedang berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun tamar. jalur anyaman tikar tersebut jelas kelihatan pada badannya yang mulia. bantal baginda diperbuat daripada kulit yang disumbat dengan kulit batang tamar.

Umar berkata :
" daku memberi salam kepada baginda dan bertanya : adakah tuan telah menceraikan ister-isteri tuan?" baginda menidakkannya. dengan penuh kelegaan daku pun memberanikan diri untuk membuat sedikit ulasan secara berjenaka, "Ya Rasulullah! kita bangsa quraisy menguasai wanita-wanita kita, tetapi sebaliknya orang-orang ansar, mereka dikuasai oleh wanita-wanita mereka. wanita-wanita kita juga terpengaruh juga dengan wanita-wanita di sini. daku meneruskan lagi dengan kata-kata yang agak serupa yang membuatkan baginda tersenyum.

daku perhatikan benda-benda yang terdapat dibiliknya hanyalah terdiri daripada tiga keping kulit yang telah disamak dan segenggam barli terletak di suatu sudut. daku cuba perhatikan sekeliling bilik namun tidak sesuatu apa pun yang aku jumpa lagi.

lantas daku pun menangis. baginda bertanya, "mengapa kamu menangis? daku menjawab : "wahai Rasulullah saw, mengapakah daku tidak menangis? daku nampak bekas-bekas tikar jelas di badanmu dan daku telah lihat sekadar ini sahaja yang ada di bilikmu.

ya Rasulullah saw! berdoalah kepada Allah agar Dia mengurniakan kita rezeki yang mencukupi untuk kita. orang-orang parsi dan rom yang tidak beriman kepada Allah dan tidak menyembah Allah tetapi menyembah maharaja mereka pada ketika ini hidup dalam taman-taman yang mengalir air sungai di tengah-tengahnya, tetapi lihatlah seorang Nabi Allah yang terpilih dan hambaNya yang mulia hidup di dalam kancah kemiskinan.

mendengar kata-kataku yang demikian, Rasulullah saw yang sedang bersandar di bantalnya pada ketika itu serta-merta bingkas lantas bersabda : "wahai Umar! masihkah kamu di dalam keraguan mengenai perkara ini? keselesaan dan kesenangan di akhirat adalah terlebih baik daripada apa yang ada di dunia ini. orang-orang yang tidak beriman ini sedang mengecapi bahagia mereka yang baik di dunia ini, sedangkan bagi kita, perkara-perkara ini segala-galanya di simpan di akhirat.

daku tersedar dan menyesal lalu merayu Baginda, "Ya Rasulullah! mintalah ampun untukku. sebenarnya aku bersalah".

lihat kesan duniawi terhadap rumahtangga dan kesan akhirat kepada Nabi Allah yang tercinta. lihatlah bagaimana Nabi menegur Umar ketika beliau meminta dipohonkan sedikit kelapangan dan keselesaan untuk mereka.



moga-moga seerah, catatan kehidupan para sahabat ini menjadi ibrah buat kita semua inshaAllah.



rujukan : Kisah Kehidupan Para Sahabat, Syeikh Muhammad Zakaria