Pages

31 December 2011

Final Exam










Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

lagi 2 paper berbaki untuk final exam fasal awal.


sebelum terlupa, fasal ni saya ambik 5 madah :

1) Tilawah 1
2) Wasoya wal Mirath
3) Asasiat Idarah (ikhtiari)
4) Tafsir Tahlili
5) Hadis Sohihain



jOm, kite bercerita sikit :)



Tilawah 1 ( 26/12)

belajar quran satu sem pun, still tak dapat nak ingat semua lagi. OMG ! agak teruk la saya ni. Alhamdulillah, madah ni saya ambik dengan Dr Jamal yang baik hati. sangat pemurah dengan markah, sangat menjaga pandangan, sangat syadid dengan hukum tajwid.

best belajar dengan Dr. first muhadoroh (kelas), agak terketar-ketar la jugak nak baca. lama-lama maintain dah la. paling tak best, tup-tup minggu ke 2 belajar, ada sorang syabab join kelas tu, kami akhawat tak bebas dah la. tapi, part paling best, kami still baca quran lepas syabab tu keluar. hehe. Dr amat3 menjaga suara akhawat. even pintu terbuka sikit pun, Dr suruh stop baca, pi tutup pintu dulu, baru sambung baca balik. macam-macam lagi kisah yang menarik =)


NIHAIE,

Allah izin isnin lepas (pagi exam), cuaca agak sejuk plus dengan hujan. huh, nak keluar dalam keadaan macam tu, sangat menguji hati. tapi exam kan, nak tak nak, kene pi la jugak. dengan berbekalkan dOa, kami ke jamiah seawal 8.30 pagi. jamiah sunyi sepi, yang ada kami je, orang-orang yang terpilih. tak sama kan orang yang pergi berjihad dengan orang yang duduk dalam hirom je :)

datang pukul 8.30, dapat masuk bilik Dr pukul 12. yallah, syabab mendahului akhawat, walaupun syabab datang sangat3 lambat. tapi tak pelah, bagi peluang pada syabab. mungkin disitu ada keberkatan, siapa tau kan.

kami (amalina, azzah, hanani, afifah) diantara akhawat terawal yang masuk bilik Dr tengahari tu. sembang-sembang dengan Dr dulu, walaupun perasaan masing2 semua dah terketaq-ketaq dah nak exam ni. kalau boleh simpan jantung kat luar, dah lama saya simpan. hehe. Dr tenangkan kami, kata Dr "jangan risau, inshaAllah kamu semua najah".

exam bermula dengan bacaan quran, sorang-sorang baca. Alhamdulillah, ada yang baca ok, ada juga yang baca kurang ok.

"Mumtaz ! Ahsanti ! bacaan kamu lebih baik dari imtihan thani". puji Dr Jamal pada si akhawat ni. sengih2 dia.(not me ok).


then, turn hafazan. ada yang kene ayat senang, ada yang kene ayat susah. rezeki masing-masing kan. ala kulli haal, Alhamdulillah ! walaupun time saya baca, ada juga yang tak berapa nak ingat. tapi, saya berpuas hati. terima kasih ya Allah.


natijah, wallahua'lam.




Wasoya wa Mirath ( 28/12)

satu-satunya madah yang killer bagi saya untuk fasal ni. nak menangis bila fikir madah ni. nak isqot (drop), tapi sampai sekarang tak isqot lagi, dah habis nihaie pun. madah ni tak susah pun, cuma mind set saya yang membuatkan madah ni susah. saya dah cuba sedaya upaya untuk madah ni. pi kelas tambahan, buat latihan. mOga Allah nilai disitu.

sebelum exam, saya dah bagitau ummi siap-siap, yang madah ni saya tak dapat nak skor. ummi faham je, "kak long ni memang takut sangat dengan nombor2 ni". gelak je la. saya bukan otak math, saya amat gerun dengan subjek2 yang bernombor !


hari imtihan, Alhamdulillah ada yang dapat jawab, ada yang tak dapat jawab. tapi still tak tinggal kosong, berusaha juga untuk jawab. sangat3 berharap ada keajaiban yang berlaku disitu.

ya Allah, lembutkan hati Dr Abdullah Fawwwaz !




Hadis Sohihain (31/12, akhir tahun)


madah ni belajar tentang hadis 40. sangat best belajar madah ni. time tak best, time nak exam. hehe.

first kelas, Dr Hawa dah pesan siap2,

imtihan awal, masuk hadis 16 - 30.
imtihan thani, hadis 31 - 42.
nihaie, hadis 1 - 15.

part yang lagi best, Dr akan ajar dalam kelas untuk imtihan nihaie saja, hadis ke 1 - 15. selebihnya baca sendiri ! huh ! sangat mencabar bagi kami. banyak tu kan.

Alhamdulillah, imtihan awal dan thani dah berlalu, result pun boleh la tahan. not bad.


malam final untuk madah ni, saya tak tau saya baca apa. baca baca tak masuk. nak menangis rasa. sedangkan esok exam. hati sangat-sangat tak tenang time tu. baru baca hadis ke 4, berbaki lagi 11 hadis. ya Rabb !

petang tu, pi ambik nota, taswir, bagi kat sahabat-sahabat sekelas dan sebagainya. dalam perjalanan tu, sembang2 dengan fatimah, "ishh, kak fifah tak ready lagi ni nak exam esok, baru baca hadis satu. macamane ni timah. debor rase". akak ingat akak je ke yang tak habis, saya ni mula pun tak lagi. tak pe, inshaAllah Allah akan bantu kita, mana tau Allah bagi keberkatan ke, balas fatimah. Keberkatan !

ilham dari Allah, lepas baca pun tak masuk, saya ke bilik kak ain. yati pun ada sekali tengah study, ohh, sangat struggle diorang study. saya je macam tak tau ape-ape. kami ambik keputusan untuk bincang soalan. Allah izin, soalan pulak ade sehelai tu je, tahun lepas punya. masing-masing berharap yang soalan tu akan keluar. kami bincang, study, hafal sama-sama. sangat sweet :)

Alhamdulillah, Allah izin nihaie semalam soalan tu yang keluar, walaupun tak semua soalan yang dibincang keluar. tapi majoriti banyak yang sama. hadis pun hadis yang sama. Segala puji bagi Allah !

terima kasih ya Allah, terima kasih Kalian !



2 paper yang berbaki, Asasiat Idarah (5/1) + Tafsir Tahlili (7/1). hajatkan dOa dari semua !


pesan seorang sahabat,

"Kejayaan bukannya selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha kita semata-mata. soal utama dan pertama adalah keberkatan dariNya. bukan hendak menafikan titik peluh kita, tapi kita harus sedar adanya Allah mengatur segalanya".



message yang membuatkan saya mengalirkan air mata,

inshaAllah, kuatkan diri kak long !
teruskan melangkah, kejayaan sedang menunggu, usah serik dengan cabaran dan ujian.
pergi dengan seribu harapan, pulang dengan kejayaan untuk Islam.

Allah sentiasa bersamamu :)

-adinda Faiz-




mOga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita. bittawfeeQ kalian :)


15 December 2011

My Hero !






my luvly Ayah + Faiz + Afiq + Fawwaz - mereka adalah herO-herO saya :)



munajat saya,

ya Allah, jangan pernah Engkau tinggalkan dosa, melainkan Engkau ampuni.

tidak ada kesusahan kecuali Engkau berikan jalan keluar.

tidak ada hutang kecuali Engkau penuhi penuhi.

dan tidak ada satu kebutuhan dunia dan akhirat kecuali Engkau penuhi, wahai Tuhan Semesta Alam.


Ameen ya Rabb !



*
*
*


jujur. saya tak terfikir kearah itu lagi.


sharing yang mendamaikan jiwa,

"Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja yang mengada, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu".


"Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah". waiyyazubillah.


"lalu apa yang telah aku lakukan selama ini ya Rabb, tolong ampuni aku untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab. ya Rabb, Engkau mengawasi kami tiap detik, kerana kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam".



p/s : akhir-akhir ni, saya kurang FOKUS. sedangkan imtihan nihaie akan bertandang tak lama lagi. ohh Allah, give me spirit !

[ habislah if ummi ayah baca. hohoho ]

10 December 2011

Bagaimana mendapat keberkatan?




sekarang masing-masing dalam mood exam, jadi ada baiknya saya kongsikan satu artikel yang dibaca dari iluvislam. semOga bermanfaat :)


Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.


TIPS BELAJAR yang berkesan ^^


1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.


2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.


3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat. Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.


4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.


5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.



Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.


*****


terkesan dengan sebuah syair Arab yang sangat indah,

Kalau musim panas, katamu, letih, lantas siang yg panjang diisi dgn tidur.
Tiba musim sejuk, malam yg panjang juga diisi dengan tidur. katamu, terlampau sejuk.
Musim bunga dan luruh pula, katamu, ini masa untuk berehat dan memandang keindahan alam.

Justeru, musim apa lagi kita mahu?




nota kaki :

1) agak lama saya tak update blog ni. 2 bulan lebih mungkin.

2) masih dalam mood exam exam. ahad, isnin, selasa exam. then, nihaie. esok exam tilawah kitabah, need ur Dua3.

3) kondisi semakin tidak stabil. gagal lagi, semakin tenat. help me ya Rabb !

4) musim syita' yang benar3 memerlukan pengorbanan =)

5) bittawfeeQ wannajah buat semua. do the best. put ur full trust to Allah.

17 October 2011

Rahmat Allah



"Tiada kesusahan di samping rahmat Allah. kesusahan itu hanya wujud apabila rahmat Allah ditahan daripada seseorang. rahmat Allah dapat ditemui oleh setiap orang yang mencari perlindungan kepadaNya setelah ia berputus asa dari segala pertolongan dan setelah ia terputus asa dari segala kekuatan dan harapan. ia akan menemui rahmat Allah apabila ia mengetuk pintu Allah sahaja, bukannya pintu-pintu yang lain".




* mas'uliyyah semakin bertambah. Allah, permudahkanlah !

15 October 2011

Komunikasi itu Penting.



kamu~
adakah susah untuk kamu menjadi lebih berani?
Berani untuk percaya kemampuan diri.
kerana saya berani meletakkan kepercayaan kepada kamu.

Sepanjang saya bekerja dan bergaul dengan masyarakat, saya belajar banyak perkara dari mereka. Terutama dari aspek komunikasi.

Apa yang tidak menyelesakan saya, saya akan perhati dan nilai untuk saya tolak ke tepi. Apa-apa yang membuatkan saya terhibur dan senang, akan saya aplikasikan agar komunikasi saya dengan manusia juga akan menyenangkan mereka.


Saya Tidak Suka Arahan.

Jujur. Saya tidak suka kepada sebuah arahan.

"Afifah, buat ini".
"Afifah, buat itu".
"Afifah, ambil itu".


Mengapa begitu susah untuk kita meletakkan diawalnya, 'BOLEH TOLONG'?.

"Afifah, boleh tolong buat ini?"
"Afifah, boleh tolong buatkan itu?".
atau "Afifah, ambilkan itu boleh?".


Bukankah dengan meletakkan 'boleh tolong', maka sesuatu ayat itu akan menjadi lebih cantik? Manusia juga tidak akan melihatnya sebagai satu suruhan seorang tuan yang perlu dipatuhi tetapi sebagai permintaan tolong dari seorang sahabat.

Dan apakah juga sesuatu yang menyukarkan untuk kita menghabiskan permintaan tersebut dengan ucapan 'TERIMA KASIH' atau lebih baik dengan doa-doa kebaikan?


Susahkah menamatkannya dengan tambahan,

"jazakillahukhairan katsira".
"Allah yujziki kheir".
"Allah yu3tiki 3afiah". dan sebagainya.

Sesuatu yang saya suka terikut-ikut dengan budaya arab di sini, ialah mereka suka mendoakan. Saling. Sehingga saya merasakan betapa budaya ini melimpahkan rahmat kebaikan.

Mengapa tidak kita mulakan dan amalkan juga?


Saya Percaya Awak.

Antara lain yang membuatkan saya bahagia ialah perkataan, "SAYA PERCAYA AWAK". Ringkas. Pendek. Mudah. Tapi natijahnya mententeramkan jiwa.

Setiap kali berurusan dengan sahabat-sahabat ajk, (bahagian akhawat), selepas berbincang berkongsi idea, saya senang menghiburkan mereka dengan ayat ini. Kerana saya juga akan terhibur jika ada manusia lain meletakkan kepercayaan dan keyakinan pada diri saya.

Jika kita perasan, masyarakat kita (especially Melayu) sangat susah untuk melihat mereka yang suka memberi penghargaan, tetapi sangat malah terlalu mudah untuk menghukum.

Bukankah lebih baik kita menghargai setiap apa yang telah dilakukan hatta bagi seorang anak kecil? Jika dia melakukan kesalahan, tidak salah untuk membetulkan tetapi pasti berbeza perasaan mereka jika di awalnya kita telah memberi komentar yang baik dengan menghargai usaha dan idea mereka.


Penutup: Skill Komunikasi Itu Penting.

Pada saya dan hakikat itu sendiri, skill komunikasi itu sangat penting dalam mu3amalah kita sesama manusia. Kerana manusia itu bukan robot atau kayu. Mereka punya perasaan dan jiwa yang mudah tersentuh dengan kekasaran mahupun kasih sayang.

Justeru, mengapa kita tidak mencuit hati mereka dengan rasa sayang itu?. Apatah lagi bagi mereka 3amiliin Islam yang akan atau sedang turun ke dalam masyarakat.

Dakwah dan Cinta itu mustahil dapat dipisahkan..


kredit to : lurv4Allah.


*
*
*

apa yang saya nak bawa disini, betul skill komunikasi itu sangat-sangatlah penting dalam muamalah kita sesama manusia lebih-lebih lagi yang terlibat secara langsung dalam persatuan.


saya tak tau nak mula dari mana. sekadar cetusan rasa hati kecil ini.

biiznillah, saya ditaklifkan untuk pegang satu unit kecil dalam SPB baru-baru ini. alhamdulillah, Allah izin saya dapat ketua yang sangat berkaliber dan baik hati bagi saya. (bukan nak moja, tapi hakikat).

kami bekerja sekali hingga ke hari ini (hari-hari yang berbaki). dan Allah izin juga satu hari, saya tergerak untuk menegur ketua saya tentang satu perkara. actually, dah lama nak tegur, tapi hari tu baru tergerak untuk tegur. alhamdulillah dia boleh terima dan lepas tu mood ketua saya terus berubah hingga ke hari ni.

mungkin silap saya, menegur tanpa skill yang betul. ntah. tapi apa yang saya tegur tu yang haq.


buat tuan ketua yang banyak berk0rban, UALHMS~

tiada kata yang mampu ana ucapkan melainkan lafaz kemaafan andaikata ana tersilap tegur, banyak hak-hak yang tak tertunai dan sebagainya. hanya Allah tempat kita sandarkan balasan. Allah yujzika kheir. aasif 3ala kulli haal !

m0ga Allah redha dan nilai dengan kerja-kerja kita inshaAllah.



Jujur. sangat3 rasa bersalah hingga ke hari ni.




kesimpulan yang dapat,

# sebelum cakap tu, kene fikir dulu masak-masak kan :)

# skill komunikasi itu amat-amatlah penting !

# hanya satu perkara, habis effect semuanya.

# maka, bersabar itu lebih baik wahai Afifah.

# maafkan saya tuan ketua yang budiman.




ok, now time to F.O.K.U.S ! exam berderet minggu depan =)

13 October 2011

Hadiah



tak mau cakap banyak. syukran kathira pada penaja yang baik hati a.k.a adik saya, mofaz. ingat jugak kat kak long yang jauh ni (",) Allahu yubarik fek !

sungguh, dirimu sangat3 banyak berkorban untukku disini. m0ga Allah permudahkan segala urusanmu disana dik, inshaAllah.


p/s : mungkin ini hikmah hp saya kene buang tahun lepas. kisah yang sungguh menyayat hati :)

home sick

agak berhabuk catatan perjalanan hidup saya. hampir dua bulan tak diupdate. maalish3 ! kekangan masa menyebabkan saya tak dapat untuk betul-betul fokus mencoretkan sesuatu di laman ini.



Rindu itu Anugerah, Sabar itu Indah :)


~eid mubarak 1432. missing someone~


setahun di dataran syam ini, bukan satu tempoh masa yang pendek bagi saya. walaupun kadang-kadang rasa macam sekejap je masa berlalu. tapi hakikatnya, hanya Allah saja yang tahu betapa rindunya pada kalian disana.

semalam Allah izin dapat call umi ayah di malaysia, sembang-sembang, share problem dan sebagainya. Alhamdulillah !

amat tersentuh dengan kalam ayah semalam, dOakan ayah, ummi, adik-adik sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah. ayah doakan kak long semakin istiqamah, kuat, dipermudahkan segala urusan disana, inshaAllah.

tiada ungkapan lain yang mampu ku ucapkan, terima kasih ya Allah atas segala nikmat dan kasih sayang Mu. inshaAllah nikmat berada dalam keluarga yang soleh =)



# ohhh, skill menulis saya, semakin lama semakin tumpul. kene asah balik ni. help me ya Rabb !

19 August 2011

medan ini : iftor

* catatan perjalanan -


Alhamdulillah,

19 Ramadhan - kami anak-anak perantau ni, berpeluang beriftor bersama-samam di bayt imtiyaz. bulan ramadhan ni, ada je rezeki melimpah ruah, kadang-kadang orang arab jemput iftor dan sebagainya - rezeki ramadhan, alhamdulillah.

al-muhim, malam tu Allah izin kami dapat pi solat terawih di Mazar (makam sahabat-sahabat ma'rakah mu'tah). jujur, sungguh tenang sekali suasana terawih malam tu. berimamkan syeikh yang suaranya agak nyaring sekali. masya-Allah. solat bersebelahan dengan sahabat-sahabat rasulullah yang syaheed, zaid harithah, jaa'far thayyar dan sang penyair, abdullah rawahah. agak damai sekali. sukar untuk gambarkan perasaan saya ketika itu. syukur pada mu ya Allah.

kan best, kalau hari-hari dapat solat di sini. tambang pun tak mahal sangat, dalam 10 qurusy je :)

disebabkan kekangan masa, lepas solat, kami terus pergi ziarah makam sahabat, zaid harithah (makam yang paling dekat). lagi dua makam, tak sempat. lain kali inshaAllah !

otw balik, sementara menunggu coaster, saya terfikir, saya termenung - subhanallah ! saya tak pernah terbayang pun dalam hidup saya yang Allah campakkan saya ke sini, menuntut ilmu di sini yang beribu-ribu batu jauhnya, berjiran dengan para sahabat ma'rakah mu'tah, sekelas dengan orang arab, berjauhan dengan umi ayah, adik-adik dan sebagainya. saya tak pernah terfikir pun segala-galanya tentang ini.

Allah Maha Baik, Maha Mengetahui kan. segala-galanya ada dalam genggaman Dia. moga-moga musafir saya ke sini diredhai-Nya dan bukan musafir yang sia-sia, inshaAllah.


* maalish, gambar tak dapat diupload disebabkan internet di sini agak laju :)

17 August 2011

Muttaqin !







* Ramadhan berbaki 12 hari lagi. misi memburu Lailatul Qadr !


اللهم بلغنا ليلة القدر. أمين يا رب

05 August 2011

شهر رمضان





~ Doktor Tholib Surairah, mengajar saya i'jaz & qosos quran~


رمضان شهر تغيير

رمضان شهر لقاء مع الله تعالى

رمضان شهر إقتصادي إيماني

رمضان شهر بناء شخصية الاءنسانية

رمضان شهر تغيير إيماني

رمضان شهر علم

رمضان شهر جهاد

رمضان شهر قوة

رمضان شهر الشباب

رمضان شهر بناء أخلاقي و عقلي وفكري و روحي


- الفاضل دكتور طالب صريره



* sebahagian dari kalam Doktor Tholib dalam slot ceramah ramadhan semalam.

* amat-amat rugi bagi mereka yang tak datang semalam (perasmian ihya' ramdhan di puskma.

* picture di sedut dari Mr Kasukira. tQvm :)

* afwan, templete my bl0g tak b0leh nak besarkan font arab. agak tak best !!




6 Ramadhan 1432 H,
berbaki lagi 24 hari !!

04 August 2011

Kematian


Hampir saban hari berita tentang kematian terpapar & terdengar, adakah dengan berita ini ia akan menyentuh hati kita?? atau hanya ditangisi apabila ia berlaku? atau diinsafi di ketika itu sahaja. Marilah kita menyakini bahawa kematian itu pasti akan berlaku walau dimana kita berada atau diwaktu mana sekalipun baik dalam (maksiat/ibadah) dan INGATLAH, Kematian akan menjemput tetamunya bila-bila masa sahaja. Bagaimana persiapan kita?? Renung-renungkan lah.

“Sesungguhnya ‘Arsy Ar-Rahman’ (singgahsana Tuhan yang Maha Pengasih) tergoncang atas kematian sa’ad bin Muadz.”

Begitu Rasulullah saw bersabda ketika Sa’ad bin Muadz akhirya meninggal sebagai syahid perang badar, setelah menunggu luka sekian lama dan dirawat di Masjid Nabawi. Lelaki Anshar itu telah syahid. Dan kesyahidanya entah dengan kekuatan apa hingga ia berhasil menggoncang singgahsana Allah swt yang disinggah oleh malaikat.

Sebuah pertanyaan singgah di permukaan ruang hati. Seperti apa ’suasana jiwa’ Rasulullah saw. Ketika beliau menyaksikan detik-detik terakhir sebelum Sa’ad Bin Mu’adz menghembuskan nafas terakhir? Seperti apa pula Muadz hingga kematiannya menggoncang singgahsana Allah, Begitu berertikah peristiwa kematian bagi dunia lain di luar dunia manusia hingga ’Arsy tergoncang atas kematian Sa’ad dan langit tiba-tiba memperlihatkan sejuta kesombongannya untuk tidak menangisi kematian dan kebinasaan orang-orang kafir? Fama bakat ’alaihimus sama’: Dan tiadalah langit menagisi atas kematian mereka.


Siapakah engkau wahai manusia? Wahai jiwa? Wahai raga?


Kenanglah sejenak, sahabat-sahabatku,

ketika Bilal bin Rabah mengumandangkan azan diatas ka’bah pada peristiwa Fathu Makkah. Saat jiwa sahabat dan manusia-manusia di situ, larut dalam nama dan kebesaran Allah. Kenanglah, saudara-saudaraku, berapakah harga yang harus dibayar para sahabat Rasulullah saw. Sejak awal beliau menyebarkan dakwah islam hingga akhirnya kembali ke tanah tumpah darah beliau sebagai sang pembebas? Kenanglah sahabat-sahabat yang terbaring sebagi syuhada di perkuburan Baqi’ itu. Kenanglah Sumayyah, Kenanglah Yasir, Kenanglah Mus’ab Bin ’Umair, kenanglah Hamzah bin Abdul Muthalib, dan kenanglah Muadz! Kenanglah semua mereka! Lalu, bayangkan, seperti apakah suasana jiwa mereka kalau saja mereka juga menyaksikan peristiwa Fathu Makkah.

Sekali lagi, kenanglah mereka semua! Sebab rumah islam yang kini kita diami, sesungguhnya dibangun dari tengkorak-tengkorak mereka dan dicat dengan darah-darah merekalah. Mereka adalah ’shuna’ul Hadharah’ (pencipta peradaban) Adalah sebuah keagungan yang tak terlukiskan, ketika Allah berkenan mengantar kepergian mereka dengan goncangan ’Arsy. Dan betapa layak bagi langit untuk menyombongkan diri dan tidak perlu menagisi kepergian orang-orang kafir, para perusak peradapan manusia.

Kematian ternyata bukan peristiwa yang biasa. Ia adalah ’peristiwa peradaban’ yang maha l, yang gaumangnya mengema di langit dan di Arsy. Ia boleh mengharubirukan langit dan membuatnya menagis. Sama seperti ia boleh memarahkan/mermukakan langit dan membuatnya senang.

Saudaraku, ’mahukah’ engkau mengizinkan langit menagisi kematianmu?


*cukuplah kematian itu sebagai satu pengajaran bagi kita !!



nota kaki :

~ minggu ni, sahabat diploma dulu, Ina & ayah kepada sahabat saya, Pak Cik Safir kembali ke rahmatullah. marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga roh mereka Allah tempatkan di kalangan orang berIman. Ameen ya Rabb.

~ salam takziah dari saya sekeluarga. m0ga lebih tabah & kuat Ima !!

02 August 2011

Intabeh



Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR)


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu TAQWA dan KEAMPUNAN. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )


Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


Sekian


www.zaharuddin.net

26 July 2011

Exam + Ramadhan

اللهم إنا نسألك إيمانا كاملا ونسألك قلبا خاشعا ونسألك علما نافعا ونسألك يقينا صادقا ونسألك دينا قيما ونسألك العافية من كل بلية ونسألك تمام الغنى عن الناس وهب لنا حقيقة الايمان بك حتى لا نخاف ولا نرجو غيرك ولا نعبد شيئا سواك.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah, kurniakanlah kami (deen) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain.

Berikanlah kami ya Allah iman yang sebenarnya, sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.

Allahumma Ameen !!



......


status saya sekarang ni di ambang final exam dan ramadhan. betul, berbaki lagi 3 hari untuk buat persediaan.

dan saya sekarang ni, masih tidak punya syu'ur/zuq untuk kedua-duanya !! baik exam mahupun ramadhan, i'm n0t ready.

saya agak risau, ruh ramadhan itu masih belum mengalir ke dalam diri saya. berbeza dengan zaman sahabat-sahabat rasulullah dulu yang mana mereka menyambut tetamu agung ini dengan persiapan yang rapi sejak bulan rejab dan sya'ban lagi. tapi saya???

kurniakanku syu'ur Ramadhan ya Allah !! hajatku m0ga ramadhan pertama di perantauan ini adalah ramadhan yang terbaik, inshaAllah.


Ramadhan hanyalah wasilah. Bagi memudahkan kita, hamba Allah SWT ini mencapai ketaqwaan, dan menjadi hambaNya yang terbaik. Wujudnya bulan Ramadhan yang penuh di dalamnya dengan ganjaran, dikurangkan pula aura kejahatan di dalamnya, semua itu untuk membuka jalan bagi kita melatih diri menjadi hamba Allah SWT yang terbaik.

[LangitIlahi.com]



terkesan dengan sharing dari UZAR,

Kita semua perlukan motivasi, motivasi yg unggul adalah motivasi utk mendapatkan REDHA dan SYURGA Allah.



lastly, amat berhajatkan doa dari kalian semua. inshaAllah final exam saya :

31/7/11 - Qosos Quran.

01/8/11 - I'jaz Quran. (1st Ramadhan, moga beroleh kekuatan & keberkatan)

04/8/11 - Nabatat.


......

semalam bezday kak ain, sanah helwah ya jameelah, kullu sanah wa enti t0yyibah :)



nota kaki :

~ sangat tersentuh dengan cara ummu husna mendidik putera puterinya !!


25 July 2011

Madrasah Ramadhan



Gambaran Seharusnya Seorang Muslim itu Menyambut Ramadhan.

Seorang Muslim yang akan memasuki arena Ramadhan hendaknya mempersiapkan segala sesuatu. Dalam dirinya sudah terbayang suasana indah Ramadhan tersebut. Suasana itu tergambar dalam hatinya dan terukir dalam benak fikirannya. Kehadirannya dirindui dan dinanti-nantikan. Ibarat orang di penjara yang selalu menghitung hari pembebasannya, maka setiap hati sangatlah bererti. Begitulah gambaran seorang Muslim, terutama para sahabat Nabi di masa yang lalu.

Saat-saat menanti Ramadhan, para sahabat tidak ada bezanya seperti calon pengantin yang merindui hari-hari pernikahannya. Sepanjang membilang hari sebelum hari pernikahannya, mereka sudah memikirkan hal-hal yang sekecil-kecilnya. Mereka berfikir, gaun apa yang akan dipakai pada saat yang penting itu, apa yang diucapkannya, sampai bagaimana cara jalannya dan menata senyumnya. Begitulah gambaran seorang Muslim yang merindui datangnya Ramadhan. Tiada seorangpun antara kaum Muslimin yang bersedih hati ketika menghadapi Ramadhan. Sebaliknya mereka bersuka cita dan bergembira, menyambutnya dengan penuh cerdas dan semangat yang menyala-nyala.

Merupakan tradisi di masa Rasulullah, pada saat akhir bulan Sya'ban para sahabat berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah sambutan Ramadhan. Saat itu dimanfaatkan oleh kaum Muslimin untuk saling bermaafan antara mereka. Seorang sahabat kepada sahabatnya, seorang anak kepada orang tuanya, seorang adik kepada kakaknya, dan seterusnya. Mereka ingin memasuki bulan Ramadhan dengan tanpa beban dosa. Mereka ingin berada dalam suasana Ramadhan yang disucikan itu dalam keadaan suci dan bersih.


Membiasakan Diri Dengan Amalan Ramadhan Semenjak Rejab.

Rasulullah s.a.w. menyuruh kita berlatih amalan-amalan dalam Ramadhan semenjak Rejab menerusi hadisnya yang bermaksud:

"Ya Allah berkatilah (apa yang yang kami buat) dalam Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah (umur) kami ke bulan Ramdhan".


Apakah hikmah tersebut?

Agar kebiasaan yang telah mula dilakukan dalam bulan Rejab dan Sya'ban diteruskan apabila sampai kepada Ramadhan dalam keadaan ringan dan gembira. Justeru, kita dalam melaksanakan segala ibadah tersebut dalam keadaan tertingkat dan dapat mengaut sebanyak-banyak pahala dan manfaat Ramadhan.

"Sesiapa yang berpuasa dalam Ramadhan dengan keimanan dan menghitung-hitung (pahala dan manfaatnya) akan diampunkan semua dosa-dosanya yang lampau". Sabda Rasulullah s.a.w. menggambarkan betapa pentingnya persediaan awal agar melahirkan kemanisan dalam beribadah dalam Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Jangan tergolong dalam golongan mereka yang rugi.

"Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati Allah. Telah difardhukan ke atas kamu berpuasa. Dalam bulan ini dibuka pintu-pintu
SYURGA, dan ditutup pintu-pintu NERAKA, dan SYAITAN-SYAITAN
dibelenggu. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada SERIBU BULAN, sesiapa yang diharamkan KEBAIKAN ke atasnya (dalam bulan ini), maka sesungguhnya dia tidak akan mendapat apa-apa kebaikan (di bulan lain)."

(hadis riwayat imam Ahmad, an-Nasai'e dan al-Baihaqi)

Ramadhan adalah peluang untuk kita menjadi hamba kepada Allah secara total tanpa gangguan syaitan. Lalu, mari mengambil peluang sebanyak-banyaknya agar madrasah Ramadhan yang bakal kita lalui berjaya melahirkan rasa taqwa dalam keperibadian-keperibadian kita, insya-Allah.


sumber ~ lurv4Allah.blogspot.com

24 July 2011

family day

~ FAMILY DAY PUTRA 2011 ~



* sangat best, sebab b0leh cakap ammi terengganu dengan jayanya + jumpa orang-orang sekampung :)

* paling tak percaya, my gr0up dapat naib johan main bowling, terer la tu kan. ^_^


22 Julai 2011,
Irbid, Jordan.

20 July 2011

رائع جدا



yeah, speechless !!

semalam, sebelum ke kelas, Allah izin saya sempat tengok video ni, agak teruja. dalam kelas pun, teringat-ingat kisah nabi yusuf ni.

dan time kelas qosos quran pun, doktor ajar kisah nabi yusuf, lagi excited la saya. ok, tamat untuk kali ini.

sorry, tak dapat nak buat kesimpulan lagi sebab baru tengok 1 episod, berbaki lagi 44 episod. hoho, agak banyak kan. inshaAllah, hajat nak tengok sampai habis :)

bagi yang ada kelapangan masa, bolehlah tengok, dijamin tak rugi. tambah pulak guna bahasa arab fushah, boleh faham inshaAllah.


actually, jazakillah t0 my dear twin, afeefah saalihah coz promote this video =)




nota kaki :

~ result imtihan awal & thani untuk madah i'jaz quran dan qosos quran, dah keluar, praise t0 Allah Ar-Rahman.

~ esok (jumaat), akan ke Irbid, ada family day and diner PUTRA.

~ inshaAllah, imtihan nihaie akan berlangsung tak lama lagi. dah bersedia ke Afifah??

17 July 2011

kenangan itu



15 september 2010, sehari sebelum saya fly ke sini, malam tu, sepupu sepapat datang ziarah. part yang paling terkesan, sepupu saya, nana & dhirah bagi kertas tu. hoho. hampir mengalirkan air mata. diorang pun dapat kesan yang saya nak pergi belajar jauh sangat-sangat yang belum pasti bila boleh balik kan?

mana taknya, kami agak rapat. rapat sangat-sangat. setiap petang saya akan pergi rumah nenda dan terus ke rumah pok cu depan rumah nenda. kami bermain bersama. kami akan berjumpa setiap hari, setiap hari !!

dan sekarang, saya dan mereka masih menghitung tahun :)

benarlah kata 0rang, belajar jauh-jauh ni, satu je yang tak tertahan, RINDU !! bab makanan boleh tahan lagi, tapi rindu ni memang tak boleh tahan melainkan kita jumpa dengan dia. kami hanya berjumpa di alam fb, ym dan skype saja. dia alam realiti lambat lagi sihh.

akhir-akhir ni banyak terkenangkan memori-memori lalu. kenangan demi kenangan menghantui saya. kisah silam demi kisah silam berlegar-legar dalam giga memori saya.

hampir setahun saya tak balik. kalau di Ibn Khaldun dulu, paling kurang setahun balik terengganu 4 kali. tapi di sini, 2 tahun pun tak mungkin dapat balik lagi. ni la keistimewaan anak rantau kan :)

ala kulli haal, inilah taqdir Allah buat saya. terima kasih atas segala-galanya ya Allah !


~entum daaiman fi Fuadi. pok teh, pok cu, kak long diya, cek su, adik auni, cek teh, adik afrina, nadhirah, amrina & aleeya~



salam rindu dari kejauhan,
Kak Long.




* post ini ditulis di sepertiga malam bertemankan linangan air mata. nasib baik ahli bayt dah 'syaheed' =)

* Umi Ayah, tak terkesan ke baca post ni? (",)

RK



Bahang Ramadhan kian terasa
saat sha'ban menampil diri
dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa kita perlu menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan.

Ramadhan bakal datang
menjengah dalam diri
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh pada yang Maha Khaliq

Ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah Ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra' dan zikir
tanpa tasbih dan takbir


Syukur pada Ilahi kerana Ramadhan
masih sempat di tempuhi.




masih adakah ruang dan peluang untuk aku bertemu Ramadhan kali ini?

Allahumma balighna Ramadhan ya Allah !!




- 2 pagi, waktu Mu'tah.

15 July 2011

Mereka & Kita




i like this nasheed, nasheed yang banyak menyentuh jiwa saya !

dOa dan harapanku, m0ga-moga Ramadhan kali ni ramadhan yang terbaik for me, inshaAllah.




nota kaki :

~ hari ni nisfu sha'ban, bermakna lagi 15 hari kita akan bertemu dengan 'Bulan Mulia' itu. apa persiapan saya? sudahkah saya bersedia??

~ memories Ramadhan yang sebelum ni sudah menghantui saya. maka, air mata sebagai ganti je la ^_^

~ sekarang sedang berlangsung akad nikad my kazen a.k.a Abang De di KB. m0ga Allah permudahkan segalanya inshaAllah.

~ esok exam lagi, i'jaz quran & nabatat. hidup ini tak lari dari peperiksaan kan? moga Allah kurniakan saya dhobit 'aqli, inshaAllah.




15 Sha'ban 1432,
Bayt Lu'lu' Manthurah.

09 July 2011

Siapa Aku


Siapa aku ?
Aku bertanya,
mempersoalkan identiti
ingin mengetahui, cuba untuk mengerti
siapa sebenarnya diri ini ?

Siapa aku ??
Aku bertanya,
bertanya, tanya, tanya,
tanya dan tanya lagi
bertalu-talu..bergema..
‘...siaapaaa aakuuu...’

Siapa Aku ???!!!
Menjerit pula, jiwa meronta
bertanyakan pada siapa ??
tiada jawapan
dunia menyahut sepi..
penuh kesombongan,
enggan beri laluan,
tiada jawapan..

Siapa aku ?
Bertanya lagi,
merintih mohon pertolongan
tetap sepi,
SUNYI
megeluh sendiri..

....

penat bertanya,
duduk diam, senyap sahaja.
Jemu, muak, letih,
menanti jawapan dari dunia yang keangkuhan.

Biarlah,
biarlah tidak berjawab,
biarlah dunia enggan.
Nanti-nanti, bila tenaga pulih kembali,
bila sekam menyala berapi,
akan ku tanyakan lagi…
hingga kali dunia tunduk,
akur memberi laluan, menjawab untukku..


..SIAPA AKU.. ???




nota kaki :

~ ayuh kita sama-sama berusaha untuk menjadi hamba Allah yang Rabbani !!

~ jOm bersihkan hati kita (sempena Bersih 2.0)

~ es0k inshaAllah dah kene pi sekolah balik :)

07 July 2011

Rumah Baru

Alhamdulillah !!

moga penghijrahan ini lebih baik, lebih membuka minda saya, lebih mematangkan saya, lebih membuatkan saya bersemangat dalam segala aspek, dan yang paling penting sekali lebih membuatkan saya aQrab denganNya, inshaAllah.


~tempat study yang 'berwajah baru'. i like it. moga semakin rajin Afifah~


to mantan ahli bayt Asrar - solehah, athirah & adibah, maaf dipinta sepanjang keberadaan kak fifah disana andai kata ada hak-hak yang tak tertunai dan sebagainya. terima kasih atas segala-galanya korang !!

pada ahli bayt yang baru - kak ain & murni, syukran kerana sudi menerimaku sebagai ahli bayt kalian. moga-moga penghijrahanku disini sebagai satu permulaan yang baik inshaAllah.


FURSAH SAEEDAH =)



Bayt Lu'lu Manthurah, bandar Mu'tah :)
240611 [ tarikh hijrah ]

Tadhiyah

afwan ya diary, sudah lama tak diupdate :)



hidup ini benar-benar memerlukan pengorbanan,

pengorbanan air mata, keselesaan, kesenangan, masa, tenaga, harta benda dan sebagainya !!

lebih-lebih lagi waqi' saya sekarang sebagai pelajar, lagi banyak perkara yang saya perlu korbankan.

untuk menjadi hamba Allah yang muslim mukmin mujahid pun banyak yang perlu kita korbankan.


nampak gayannya, memang saya kena khatamkan bab Tadhiyah dulu ni ^_^



nota kaki :

~ Alhamdulillah, tadi selesai 2 exam awwal untuk soifi ni. minggu depan dan seterusnya mungkin ada exam lagi.

~ penghargaan bagi yang banyak menolong saya, pinjamkan nota dan sebagainya. alfu syukr kalian.

~ mOga-moga doktor Tolib tanda kertas jawapan saya dengan penuh 'ketenangan'. ameen ya Rabb. agak risau exam 2 madah sehari !!

03 July 2011

Ribath Ukhuwah



Wadi Ibn Hammad, Al-Karak, Jordan
Rehlah Students IPS
010711

selanjutnya disini : lurv4allahthealmighty.blogspot.com


semOga Allah eratkan lagi rabithah hati antara kita inshaAllah !!


=)

24 June 2011

Haramain

~my mom & my dad (belakang) - Hajj 2008~


hari ni, sayyidul ayyam, tiba-tiba teringatkan Haramain.

berbahagialah bagi kalian yang sudah terpilih untuk kesana. moga kalian beroleh haji / umrah yang mabrur inshaAllah. peluang yang amat berharga kan :)


doaku ~ semoga suatu hari nanti daku terpilih juga untuk menjadi Tetamu Allah. Ameen ya Rabb !!


Mahram oh Mahram, agak sukar sekali !!




Hamasah Soifi !!





nota kaki :

~ lupa nak bagitau. soifi ni, saya ambik madah - i'jaz quran, qosos quran & nabatat. doakan moga Allah permudahkan segalanya. moga ilmu ni senang sikit nak masuk =)

21 June 2011

La Tas'aluni




Jangan tanyakan aku tentang hidupku,

Ia adalah sebuah rahsia kehidupan,

Ia adalah anugerah,

Ia adalah ujian,

Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita,

Aku telah menjualnya kepada Allah,

Kemudian aku berjalan dalam barisan pembawa petunjuk,

Jalan hidupku adalah al-quran, pedang dan ujian,

Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya,

Para syuhada' telah menyirami jalan ini dengan darah mereka,

Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya !!


20 June 2011

Ayah, bukan Pensyarah !!

~hadiah dari ayah sebelum musafir saya ke sini~



AYAH, BUKAN PENSYARAH

'kamu semua dengar sini. aku mengajar kamu bukan kerana mencari duit. aku bukan berdiri sini sebagai pensyarah. aku adalah bapa, dan kamu anak-anakku. aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah syariah !! jika kamu melaporkan kepada raja sekalipun dan aku dihukum bunuh, ketahuilah bahawa syahidnya aku adalah kebanggaan isteri dan anak-anakku !' Dr Mustafa Abu Zaid bersyarah.

wajah dan janggutnya basah dengan air mata.

saya juga menahan sebak. puas mengelap air mata, kerana saya tahu Dr Mustafa memaksudkan apa yang diperkatakannya.

'kelas tamat untuk hari ini. kamu semua jangan datang ke kelas ini lusa, kecuali setelah kamu tahu apa maksud surah al-Dzaariyat ayat 56 !' beliau terus melangkah keluar dan memberikan salam kepada kami.

Ubudiyyah kepada Allah... itulah butir hikmah yang Syeikh Mustafa Abu Zaid semaikan ke jiwa kami.


[Rindu Bau Pohon Tin - Abu Saif]



Alhamdulillah, fasal lepas saya Allah izin dapat belajar dengan Dr Mustafa, madah hadis ahkam.

kelas first, time Dr masuk, terdetik dalam hati : ooo, ni lah Dr Mustafa yang namanya disebut oleh Ustaza Hasrizal dalam buku tu. boleh tahan jugak ye. pakaian Dr kot dan serban.

masuk kelas terus tanya soalan, agak gerun la jugak. patut lah senior-senior kata depa takut dengan Dr Mustafa sebab Dr suka tanya. nasib baik la, saya pelajar tahun 1, masih sanfurah. kebanyakan Dr masih boleh consider dengan pelajar tahun 1. Alhamdulillah.

part yang lain, time exam thani, saya tersilap faham soalan yang Dr tanya. soalan Dr pasal, كيف يحوي الرجل إلى السجود؟. saya ingatkan tentang سجود السهو إلى الصلاة. perkataan يحوي dan سهو membuatakn saya keliru !!

saya amat yakin dengan jawapan saya tentang sujud sahwi. time dapat result, agak terkedu. rupa-rupanya saya silap faham soalan. akibatnya, saya dapat markah rendah. sungguh tak sangka !! agak sedih.

saya mula tak dapat beri tumpuan sepenuhnya time Dr ajar. fikiran masih melayang-layang pada soalan tadi. alangkah ruginya diri ini !! soalan yang patut dapat skor, jadi tak dapat skor akibat salah faham. tapi ada hikmah jugak, lepas pada peristiwa tu, saya amat berhati-hati baca soalan :)

lepas pada kelas, saya dan kak ain, pergi jumpa Dr. mintak maaf pada Dr, bagitau yang saya silap faham soalan Dr. Dr tanya 'sanah kam?'. 'uula, jawab saya'. Dr mintak kertas, tengok dan simpan. dan Dr suruh buat yang terbaik untuk imtihan nihaie. sebelum tu, Dr tulis di bahagian atas kertas saya, 'sanah uula'. Alhamdulillah, lega sikit dengan pangkat 'tahun pertama'. hehe.

dan untuk final exam, Alhamdulillah saya dapat skor. soalan Dr, bagi saya, tak susah sangat. tapi still risau dengan markah exam 1 & 2 yang dapat rendah. tawakkaltu ala Allah.

dan akhirnya, natijah nihaie alhamdulillah. Allah bantu.

minggu lepas, kebetulan lalu depan bilik Dr dan time tu Dr ada dalam bilik. saya ambik peluang masuk. bagi salam dan cakap, 'syukran Dr ala natijah imtihan'. sambil tersenyum Dr balas, 'mabrukk alaik'. 'kam?' dengan malu-malu, saya jawab pangkat saya dapat berapa. Barakallahu fek ya Dr !! saya bagi salam dan keluar. lega rasa dapat ucap terima kasih dan dapat cakap dengan Dr :)

sebenarnya result saya tak delah tinggi mana, tapi ala kulli haal Alhamdulillah, i'll try the best !!


kesimpulannya : best sangat belajar di Jamiah Mu'tah !! [tak de kene mengena kot]


Subhanallah, peribadi Doktor-Doktor disini amat mengagumkan saya. mereka ibarat ayah-ayah saya !!


lihat saja nasihat Dr Mustafa di atas yang dinukilkan oleh Ustaz Hasrizal, pengalaman beliau belajar disini sekitar tahun 1990 an. dan sekarang tahun 2011, masih tidak berubah figur-figur mereka.

pengalaman yang cukup berharga buat saya, terpilih untuk belajar disini. medan Mu'tah menjadi saksi ya Rabb !!

terima kasih ya Allah atas segala nikmat dan kurniaan dariMu yang tak putus-putus.

19 June 2011

الساعة والساعة

Hanzalah bimbang dirinya menjadi munafiq.


Hanzalah r.a bercerita :

suatu ketika kami berada di dalam satu majlis khutbah Rasulullah saw. hati kami menjadi begitu lembut sehingga mengalirlah air mata meluruti pipi kami menyebabkan kami sedar akan hakikat diri kami. daku meninggalkan Rasulullah saw lalu pulang ke rumah. aku duduk bersama-sama isteri dan anak-anakku sehingga kesan khutnah itu hilang sama sekali daripada ingatanku.

kemudian aku tersentak dan menyedari bahawa aku tidak sebagaimana yang patut aku dalam keadaan yang sebenarnya. lalu aku pun berkata pada diriku, 'wahai hanzalah ! kamu adalah seorang munafik.' daku diterpa dengan rasa dukacita yang amat sangat lantas meninggalkan rumahku sambil mengulangi kata-kata ini dengan rasa dukacita,' hanzalah telah bertukar menjadi munafiq.'

daku kelihatan abu bakar r.a menuju kearahku dan daku pun berkata kepadanya, 'hanzalah telah menjadi munafiq.'

abu bakar r.a pun berkata, subhanallah. apa yang kamu kata? hanzalah tidak akan jadi munafiq. daku pun menjelaskan kepadanya. 'tatkala kita berada bersama-sama Rasulullah, mendengar khutbah-khutbahnya mengenai syurga dan neraka, kita dapat bayangkan bagaimana kedua-duanya benar-benar terlihat dengan mata kepala kita, tetapi setelah kita kembali ke rumah, suasana rumahtangga dan hal ehwal keluarga, kitpun dilupakan daripada Akhirat.

abu bakar r.a pun berkata : 'hal keadaanku pun sama seperti kamu.' kedua-dua dari kami pun pergi berjumpa Rasulullah saw dan daku pun berkata, 'saya telah menjadi munafiq ya Rasulullah saw ! baginda bertanyakan sebabnya, maka daku pun memberitahu baginda apa yang telah daku katakan kepada abu bakar r.a. maka Rasulullah saw pun bersabda : demi zhat yang menguasai jiwaku, jikalau kamu dapat memelihara keghairahan ini setiap waktu sebagaimana ketika kamu bersama denganku, nescayalah para malaikat akan memberi salam ketika kamu berjalan dan ketika kamu tidur. tetapi, wahai hanzalah ! keadaan ini jarang-jarang berlaku !!

kita terpaksa menyempurnakan hal-hal duniawi secara peribadi dan secara umum, dengan hal ini kita tidaklah dapat memikirkan hal-hal Akhirat selama dua puluh empat jam sehari. menurut sabda Rasulullah saw bahawa memikirkan sepenuhnya akan suasana Akhirat adalah suatu yang jarang-jarang dapat diwujudkan. hanyalah malaikat-malaikat yang dapat suasana tersebut. bagi manusia, suasana fikiran Akhirat ini akan berubah-rubah mengikut keadaan dan sekitarnya.

tetapi melalui kisah ini, kita dapat melihat betapa resah dan bimbangnya para sahabat terhadap keadaan iman mereka. hanzalah mengesyaki ciri-ciri nifaq yang mungkin bersemi dihatinya apabila beliau menyedari keadaan fikiran yang berlainan ketika berada di rumah dengan keadaan semasa bersama-sama Rasulullah saw.


lihatlah Iman para sahabat, bimbangnya diri mereka menjadi munafiq. lalu, kita bagaimana??

16 June 2011

16-6-11



Alhamdulillah !! Allah Maha Mendengar, Allah Maha Baik, Allah Maha Pemurah, Allah Maha Pengasih. selayaknya semua sifat-sifat itu bagi Allah, tuhan sekalian alam.

hari ini, 16-6-11, Allah izin genaplah 9 bulan saya bermusafir di Dataran Syam ini. 9 bulan bagi saya, satu tempoh yang cukup lama, tempoh yang matang. memilih untuk berjauhan dengan keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat seperjuangan semata-mata untuk mengutip mutiara dari para ulama' di sini.

ingat dulu, sebelum fly, saya dah plan ape target saya datang mengembara jauh-jauh ni, salah satunya NAK KUASAI BAHASA ARAB.

tapi setelah 9 bulan berlalu, adakah target itu TERCAPAI??

for me, masih belum tercapai !! banyak lagi yang perlu dikuasai.


saya sangat takut dan khuatir, jika peluang yang Allah bagi ni, saya tak dapat gunakan dengan sebaik yang mungkin. saya tak nak musafir saya ke sini sia-sia. peluang untuk saya menimba ilmu di sini inshaAllah berbaki lagi setahun satu fasal.


HELP ME YA RABB !! KUATKAN AKU YA ALLAH !!


اللهم فقهنا في الدين وعلمنا التأويا وهدنا إلى صراط المستقيم. اللهم أمين.



penghargaan buat insan tersayang, Ummi & Ayah,

terima kasih atas segalanya, atas segala pengorbanan kalian mendidik ku mengenal Rabb, memberi didikan Tarbiyyah Islamiyyah, memberi sepenuh kepercayaan untuk kak long belajar di sini, melayani kerenah-kerenah ku dan banyak lagi. selayaknya hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan budi baik kalian.

ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapa ku dan kasihinilah mereka sebagaimana mereka mengasihi ku sejak dari kecil lagi. Ameen ya Rabb.

untuk adik-adik, Faiz, Afiq, Acik & Adi - terima kasih kerana memahami, memberi peluang & sanggup berkorban untuk kak long. always miss u all guys !!

15 June 2011

mereka di sana



ALF MABRUKK PADA TEAM PROCAST !!












TAHNIAH PADA TEAM KAHFI~~













LASTLY,,


~hasil dari main masak-masak semalam. terliur tak orang malaysia?? menu : karipap, burger malaysia, kepok lekor & donut. serba boleh kan. amacam Edah??




nota kaki :

~ inshaAllah, 16/9 bersamaan hari ahad, akan ada satu lagi final exam yang tertangguh, special untuk tullab malizi. madah tarbiyyah watoniah. do pray 4 me.

~ inshaAllah jumaat & sabtu, off to Irbid [TI]. then ahad, final exam. Intansurullaha yansurkum !!

الدنيا



ya Allah, letaklah dunia di tanganku, bukan di hatiku !!

09 June 2011

Fursah Saeedah

[hari ini di terengganu. buat warga terengganu, jangan lepaskan peluang keemasan ni]


[Sheikh bersama Ustaz Abu Ubaidah, student Syria]


[sesi temu bual bersama wakil ulama' palestina]



sharing dari Akh Afdholul Rahman yang sama-sama mendengar perkongsian dari Sheikh Abu Bakar Al-Awwidah di Majid Al-Falah, Penang.


MUQADDIMAH

Nama beliau adalah Syeikh Abu Bakar Al-Awawidah. Beliau adalah Penasihat Kanan Ulama' Palestin. Mempunyai 8 orang anak - 5 lelaki 3 perempuan. Matanya buta kerana ditembak dengan laser oleh Yahudi laknatullah. Raut wajahnya seolah-olah menampakkan umurnya begitu tua, tetapi umurnya sekitar 40 hingga 50 tahun baru. Dihukum penjara selama 500 tahun oleh Yahudi laknatullah.

Beliau datang ke Malaysia kali ini ditemani anaknya, Uwais, untuk menjalani rawatan bagi menyembuhkan penglihatan beliau dengan izin Allah.

Beliau singgah memberi perkongsian di Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang, Pulau Pinang pada 8 Jun 2011 selepas Maghrib.


KALAM BELIAU YANG MENYUNTIK SEMANGAT DI JIWA

Syeikh memulakan ucapannya dengan penuh kasih dan mahabbah mengatakan bahawa "Aku mencintai kalian keranaAllah. Bagaimana mungkin aku tidak mencintai kalian sedang kalian adalah orang-orang yang solat, orang yang rukuk, orang yang sujud, orang yang memilih untuk menyembah Allah Taala?"

Syeikh memuji Malaysia kerana Malaysia antara negara Islam yang maju. Sekarang, seluruh dunia memandang kepada Malaysia. Rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan Islam. Dan amal menuju Allah terletak di atas pundak kalian, wahai rakyat Malaysia.

Palestin bukanlah semata-mata untuk rakyat Palestin, tetapi untuk seluruh ummah.


INTRODUKSI : MASJID AQSA YANG DIMULIAKAN

Merupakan qiblat awal daripada dua qiblat ummat Islam.

Masjid Al-Aqsa merupakan salah satu daripada tiga masjid yang agung dalam Islam. Merupakan masjid yang ketiga. Jika sekiranya kita mempertahankan Masjid Al-Haram di Makkah dan Masjid An-Nabawi di Madinah dengan darah kita, dengan harta kita, maka kita wajib juga mempertahankan Masjid Al-Aqsa dengan darah dan harta kita.

Syeikh membacakan hadith Nabi s.a.w.

لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، ومسجد الرسول صلى الله عليه وسلم، ومسجد الأقصى."."

"Janganlah kamu bersusah-susah untuk bermusafir kecuali pada 3 masjid : Masjid Al-Haram, Masjid Rasul s.a.w. dan Masjid Al-Aqsa."

Sambung syeikh:

Palestin adalah bumi yang dimuliakan dengan darah para Nabi seperti Nabi Zakaria a.s. dan di sana terdapat banyak maqam para Nabi. Palestin juga adalah bumi yang dimuliakan dengan para sahabat sebagai contoh Saidina Umar Al-Khattab. Palestin juga adalah bumi yang dimuliakan dengan para pejuang Islam seperti Solahuddin Al-Ayyubi.

Solahuddin Al-Ayubi telah berpesan bahawa Palestin adalah amanah untuk ummat Islam.


APA KEWAJIPAN KITA SEBAGAI MUSLIM TERHADAP BUMI PALESTIN?

Syeikh berkata : Jihad di jalan Allah.

Syeikh membacakan ayat Al-Quran daripada surah Al-Imran ayat 142 yang bermaksud:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."

Syeikh membacakan hadis:

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ
“Barang siapa yang mati dan belum berperang dan tidak terlintas dalam dirinya untuk berperang, maka dia mati dalam prilaku orang munafik”.(H.R. Muslim)

Jika sekiranya kita tidak mampu berjihad dengan diri dan nyawa kita, maka berjihadlah dengan harta benda kita.

Sesungguhnya setiap Muslim memiliki senjata yang ampuh. Doa adalah senjata yang tidak dimiliki oleh orang lain kecuali Muslim.


PESANAN WANITA PALESTIN KEPADA WANITA MALAYSIA

Syeikh membawakan pesanan nisa' (wanita) dari Palestin untuk wanita di Malaysia. Pesan mereka:

"Kami telah korbankan diri kami, suami-suami kami dan anak-anak kami, maka apa yang telah kalian korbankan?"

Syeikh membawa contoh seorang wanita yang bernam Fatimah An-Najar yang telah mengebom dirinya bersama tentera Israel.


BEBERAPA BERITA GEMBIRA

1) Revolusi rakyat yang telah berlaku di Mesir, Libya, Tunisia dan beberapa negara Arab lain mempunyai kebaikannya. Pintu Rafah telah dibuka.

2) Pada 15/5/ 2011, penduduk Palestin yang berada di negara jiran seperti Syria, Jordan dan sebagainya mendekati sempadan Palestin untuk memberi tekanan kepada Israel. Jumlah mereka yang asalnya ribuan bertambah menjadi puluh ribuan. Berkumpul setiap hari di sempadan untuk memberi tekanan kepada Israel.

3) Juga setiap hari, ribuan penduduk Palestin akan bergerak dengan bas menuju Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat jemaah di sana sebagai satu usaha untuk mempertahankan masjid Al-Aqsa. Mereka menuju ke sana dengan bas yang bernama 'Al-Bayarik'.

4) HAMAS dan FATAH telah bergabung dan bersatu dalam usaha mempersiapkan Palestin untuk dibebaskan dari cengkaman Israel. Mereka bekerjasama membangunkan sekolah-sekolah, pusat tahfiz, hospital-hospital.


PENUTUP : PEMBINAAN GENERASI PEMUDA SEPERTI MEREKA

Beberapa soalan telah dilontarkan kepada syeikh. Soalan yang terakhir ditanya adalah tentang rahsia pembinaan generasi pemuda seperti pemuda di Palestin yang tidak takutkan Zionis Israel.

Syeikh berkongsi tentang kaedah melahirkan generasi pemuda seperti pemuda-pemuda Palestin.


Kata syeikh: Mereka perlulah ditanam dengan didikan untuk TAKUT semata-mata kepada Allah, bukan kepada yang lain. Diajak untuk menghidupkan masjid. Dididik dengan Al-Quran dan as-sunnah. Dididik untuk beramal seperti qiamullail dan sebagainya. Dididik supaya terbentuk akidah, akhlak dan rasa takut kepada Allah.

Akhirnya akan terbentuklah dalam hati mereka tenaga IMAN !


Wallahu a'lam.

Catatan ringkas.
8 JUN 2011.
Selepas Maghrib.
Masjid Al-Falah, Pengkalan Tambang.





nota kaki :

~ rindu untuk bersama kalian disana join program ni !!

~ Alhamdulillah muaddal saya makin ..... terima kasih atas taqdirmu ya Allah.

~ cuti berbaki 2 hari lagi before masuk fasal soifi. Do pray 4 me teman-teman.