Pages

23 December 2010

final exam

ini hanya peperiksaan 'di dunia'.




salam sayyidul ayyam buat semua.


inshaAllah, tak lama lagi saya akan bertempur dengan final exam (imtihan nihaie) yang pertama kali di dataran syuhada' ini, di jamiah mu'tah. saya masih tak dapat nak imagine lagi macamana imtihan nihaie disini.


inshaAllah tarikh final untuk fasal awal ni (sem pertama) :


1) 30/12/2010 - Ulum Askari

2) 02/01/2011 - Manahij Mufassirin

3) 03/01/2011 - Asalib Tadris Tarbiyyah Islamiyyah

4) 06/01/2011 - Madkhal ila Fiqh Islami

5) 08/01/2011 - Al Quds fi Tarikh Al Arabi Al Islami




dedikasi untuk :

teman2, sahabat2 di jordan,
especially di mu'tah,
team unisza,
ahli bayt - adibah, athirah & solehah,
sahabat2 se 'hq',
&
semua sekali

bittaufiq wannajah fi imtihan,
kullu khair inshaAllah!!




teringat kata2 semangat dari kak dayah nawawi :

"Afifah, berjuanglah dengan tenang. hakikat ketenangan adalah bila hati kita sentiasa terikat denganNya, meyakini bantuanNya. hakikat kejayaan bukan pada natijah di kertas, tetapi pada usaha keranaNya & yakin pada rahmatNya. Allah tidak pernah zalim kepada hambaNya dalam perjuangan ini".


kata2 dari sahabat saya, afeefah saalihah :

"kejayaan bukannya selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha kita semata-mata. soal utama dan pertama KEBERKATAN dariNya. bukan hendak menafikan titik peluh kita, tetapi kita harus sedar adanya Allah mengatur segala. biarpun sejuta ilmu kita dalami ia tak berharga andai tiada keberkatan dariNya kerana Dia pemilik segala ilmu yang ada, yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia di alam maya"


hajat doa dari teman2 sekalian agar Allah mudahkan segalanya dan Allah taqdirkan yang terbaik buat saya inshaAllah. hajat sangat2 doa dari kalian. Barakallahu fekum.



mode :


- alhamdulillah Allah izin dapat jugak buat 'hq' dsini.
- alfu mubarak buat adik saya, Afiq atas result yang bagus dalam pmr. tahniah afiq!!
- sedang plan projek 'besar' untuk adik saya. mg Allah permudahkan inshaAllah *_*
- tahniah pd k.ngah & akhi naem, ats walimah baru2 ni. Barakallahu lakuma.
- to k.qilah, mg dpermudahkan segalanya iA. hehe.
- Umi Ayah, hajatkan doa dari kalian selalu. faiz, afiq, athirah & adi, always miss u all :)



20 December 2010

حياة النبي

kehidupan Rasulullah saw yang berpada-pada.


suatu ketika Rasulullah saw menjauhi dirinya daripada isteri-isterinya selama sebulan disebabkan baginda tidak menyetujui sesuatu perkara mengenai mereka. selama sebulan baginda tinggal berasingan di sebuah bilik sebelah atas rumah. suatu khabar angin telah tersebar di kalangan sahabat bahawa Rasulullah saw telah menceraikan isteri-isterinya. berita ini telah sampai kepada umar lalu beliau pun bergegas ke masjid. di sana beliau dapati para sahabat duduk berkumpul dengan wajah sugul.

lantas beliau ke rumah anak perempuannya Hafsah yang menjadi isteri kepada Nabi dan mendapati hafsah sedang menangis di biliknya. Umar berkata kepadanya :

"sekarang mengapa pula kamu menangis? tidakkah pernah selama ini aku berpesan kepadamu agar jangan melakukan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan rasa tidak sukanya?"

kemudian beliau kembali ke masjid dan terlihat olehnya sebahagian para sahabat duduk berhampiran dengan mimbar sambil menangis. kerana perasaan yang sangat dukacita beliau tidak dapat berlama-lamaan di situ lalu terus menuju ke arah bilik yang sedang didiami oleh Rasulullah saw. beliau mendapati Rabah, seorang hamba duduk di atas tangga. umar memintanya pergi berjumpa Rasulullah dan memohon keizinan baginda untuk bertemu. Rabah masuk ke dalam dan keluar semula untuk memberitahunya bahawa Rasulullah saw duduk tenang tanpa berkata apa-apa. Umar kembali semula ke masjid lalu duduk berhampiran mimbar. landaan kegelisahannya tidak membenarkan beliau duduk lama di situ dan sekali lagi beliau meminta Rabah memohon keizinan Rasulullah saw untuk bertemu. kali kedua ini pun Rasulullah saw tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya.

setelah beberapa lama berada di mimbar, kerinduannya tidak tertahan lagi menyebabkan beliau meminta untuk bertemu dengan Rasulullah saw untuk kali ketiganya. barulah kali ini, permohonanya diterima.

setelah beliau dibawa masuk, beliau lihat Rasulullah saw sedang berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun tamar. jalur anyaman tikar tersebut jelas kelihatan pada badannya yang mulia. bantal baginda diperbuat daripada kulit yang disumbat dengan kulit batang tamar.

Umar berkata :
" daku memberi salam kepada baginda dan bertanya : adakah tuan telah menceraikan ister-isteri tuan?" baginda menidakkannya. dengan penuh kelegaan daku pun memberanikan diri untuk membuat sedikit ulasan secara berjenaka, "Ya Rasulullah! kita bangsa quraisy menguasai wanita-wanita kita, tetapi sebaliknya orang-orang ansar, mereka dikuasai oleh wanita-wanita mereka. wanita-wanita kita juga terpengaruh juga dengan wanita-wanita di sini. daku meneruskan lagi dengan kata-kata yang agak serupa yang membuatkan baginda tersenyum.

daku perhatikan benda-benda yang terdapat dibiliknya hanyalah terdiri daripada tiga keping kulit yang telah disamak dan segenggam barli terletak di suatu sudut. daku cuba perhatikan sekeliling bilik namun tidak sesuatu apa pun yang aku jumpa lagi.

lantas daku pun menangis. baginda bertanya, "mengapa kamu menangis? daku menjawab : "wahai Rasulullah saw, mengapakah daku tidak menangis? daku nampak bekas-bekas tikar jelas di badanmu dan daku telah lihat sekadar ini sahaja yang ada di bilikmu.

ya Rasulullah saw! berdoalah kepada Allah agar Dia mengurniakan kita rezeki yang mencukupi untuk kita. orang-orang parsi dan rom yang tidak beriman kepada Allah dan tidak menyembah Allah tetapi menyembah maharaja mereka pada ketika ini hidup dalam taman-taman yang mengalir air sungai di tengah-tengahnya, tetapi lihatlah seorang Nabi Allah yang terpilih dan hambaNya yang mulia hidup di dalam kancah kemiskinan.

mendengar kata-kataku yang demikian, Rasulullah saw yang sedang bersandar di bantalnya pada ketika itu serta-merta bingkas lantas bersabda : "wahai Umar! masihkah kamu di dalam keraguan mengenai perkara ini? keselesaan dan kesenangan di akhirat adalah terlebih baik daripada apa yang ada di dunia ini. orang-orang yang tidak beriman ini sedang mengecapi bahagia mereka yang baik di dunia ini, sedangkan bagi kita, perkara-perkara ini segala-galanya di simpan di akhirat.

daku tersedar dan menyesal lalu merayu Baginda, "Ya Rasulullah! mintalah ampun untukku. sebenarnya aku bersalah".

lihat kesan duniawi terhadap rumahtangga dan kesan akhirat kepada Nabi Allah yang tercinta. lihatlah bagaimana Nabi menegur Umar ketika beliau meminta dipohonkan sedikit kelapangan dan keselesaan untuk mereka.



moga-moga seerah, catatan kehidupan para sahabat ini menjadi ibrah buat kita semua inshaAllah.



rujukan : Kisah Kehidupan Para Sahabat, Syeikh Muhammad Zakaria



23 November 2010

Today is yours




Hari ini milik anda - Dr Aidh Al-Qarni :)




Sungguh Aneh



Sungguh aneh bagi seseorang yang merasakan dirinya sebagai Da'ie ilallah namun tidak dapat menikmati kemanisan solatnya! Bukankah jalan hidupnya terlalu sukar, bebannya tidak tertanggung dan simpang siurnya terlalu banyak dan mengelirukan?

Bukankah segala penat lelahnya, segala pengorbanannya, setiap titisan keringat dan air matanya untuk Dia, Pemilik jiwa dan kehidupan?


Bukankah segala rindu dan cinta, segala harap dan asa bahkan seluruh rasa tawakkal hanya padaNya?


Kenapa kini, ketika tubuh sedang mengadapNya, sedang jiwa dalam perhatianNya. kita tidak menemuiNya dalam hati kita? Bahkan kita tidak temui cinta dan rindu padaNya.


Benarkah segala yang kita korbankan selama ini untukNya? Benarkah yang kita cari selama ini adalah redhaNya?


Sungguh aneh bagi seseorang yang merasakan dirinya sebagai Murabbi ilallah namun umurnya tidak menambahkan keakrabannya dengan Al Quran! Bukankah hidayah itu milikNya, yang membolak balikkan hati itu adalah Ar Rahman bahkan yang memberi taufiq dan kekuatan itu juga adalah Dia yang Maha Agung.


Bukankah jiwa manusia itu terlalu liar dan rumit untuk difahami sedangkan jalan menundukkannya itu berada dalam KalamNya? Bukankah Kalimah-KalimahNya mampu memecahkan gunung apatah lagi menundukkan hati manusia?


Bukankah kehidupan itu sendiri sukar untuk dimengerti apatah lagi dikendali sedangkan segala PengajaranNya telah tersedia dan terpelihara dalam mushafNya namun kenapa jiwa kita masih mampu jauh dari panduanNya?


Benarkah kita sedang mengajak manusia kepadaNya? Benarkah langkah kita sedang mendekatkan diri kita padaNya?


Jadi...

Milik siapakah jiwa ini?

Untuk siapakah segala pengorbanan yang ku curahkan selama ini?

Dan kepada siapakah diri ini akan kembali?

Catatan ini untuk diriku yang sedang menangisi kegersangan hati, sengaja dikongsikan dengan sesiapa yang turut mengalaminya. Semoga Allah menjadikan kita sentiasa dalam RahmatNya. Ya, hanya RahmatNya yang akan menyelamatkan kita dari azab siksa Neraka dan mengantar kita ke Syurga.


by : Abu Umar



20 November 2010

Tetamu Di Dataran Syam




Tetamu Di Dataran Syam
Dewan Masrah, Jamiah Mu'tah
PERTAMA 09 / 10



19 November 2010

ana sudi menjadi isteri kedua enta




Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya – ”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan,” jawab Fikri.


***


“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”


sumber: Menjejaki Keredhaan



15 November 2010

'Idul Adha




PERMATA MU'TAH



~semoga takbir dan tahmid mengigatkan kita kepada suatu pengorbanan, pengorbanan suci sebagai bukti keimanan dan ketaqwaan,
pengorbanan yang diwarnai kepasrahan,
tawakkal dan rendah hati,
pengorbanan yang suci sulaman kasih sayang
dan kenyakinan kepada janji-janji Allah
serta rindu kepadaNya~



Salam Eidul Adha 1431

kullu am wa entum taqarrub ila Allah


daripada :

Nur Afifah Zaki,
Medan Mu'tah, Jordan



09 November 2010

'Aisyah r.a


" sahabat-sahabatku itu adalah seumpama bintang-bintang di langit. barangsiapa mengikuti mereka maka mereka akan dapat petunjuk"
-hadis-


siapakah yang tidak tahu betapa cintanya Rasulullah saw kepada isterinta 'Aisyah r.a? apabila ditanya siapakah yang paling dicintainya, lalu dijawabnya, 'Aisyah". beliau adalah ahli di dalam fiqah islam dan ramai para sahabat akan datang kepadanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bidang ini. jibrail a.s pernah memberi salam kepadanya.

Rasulullah saw, memberitahunya bahawa beliau akan menjadi isterinya di syurga. apabila beliau difitnahkan oleh orang-orang munafiq, Allah membebaskannya daripada tuduhan tersebut dan mengesahkan kesuciannya dengan turunnya wahyu al-quran.

menurut ibnu sa'ad, 'Aisyah r.a pernah membilang sebanyan sepuluh kelebihan yang khas yang telah dikurniakan oleh Allah lepadanya dibandingkan dengan lain-lain isteri baginda Rasulullah saw. sifatnya yang suka membelanjakannya hartanya di jalan Allah.

walaupun terdapat keistimewaan-keistimewaan yang begini, beliau sangat takut kepada Allah sehingga selalu kedengaran beliau berkata :

" daku harap menjadi sepohon kayu, agar daku sentiasa bertasbih kepada Allah dan bebas daripada perkiraan pada hari kiamat."

" daku harap menjadi sebagai sebiji batu atau seketul tanah"

" daku harap menjadi sehelai daun atau sehelai rumput "

" daku harap langsung tidak dilahirkan"


inilah kisah-kisah ketaqwaan dan ketakutan para sahabat kepada Allah swt.. semoga kisah ini menjadi qudwah bagi kita inshaAllah..



08 November 2010

fatwa


alhamdulillah, minggu lepas saya berpeluang menghadiri diskusi kitab ilmiah anjuran biro akedemik PERMATA.. banyak perkara yang saya tahu selepas mendapat pencerahan daripada ahli2 panel yang hebat2 belaka..


inshaAllah saya akan share sedikit sebanyak di sini..


1) Di antara orang kaya dan miskin (Dr Wahbah az Zuhaili)

soalan : adakah orang kaya yg bersyukur itu lebih baik daripada orang orang miskin yg penyabar?

jawapan : yang rajih di sisi syara' orang kaya yg bersyukur yg melaksanakan hak-hak Allah swt pada hartanya dan tidak lalai di dalam menginfakkannya di jalan Allah dan umat islam, adalah lebih baik daripada orang miskin yang penyabar di atas kemiskinanya. kerana dia melakukannya daripada ibadat dan bertambah kefakiran dengan mengekuarkan zakat dan sedekah. dan ini memberi manfaat pada kaum muslimin di atas apa yang dilakukannya.



2) Ahli Fatrah (Syeikh A'tiah Saqar)

soalan : adakah orang-orang yang mati sebelum datangnya islam itu dihisab? adakah mereka masuk syurga atau masuk neraka?

jawapan : ahlul fatrah adalah mereka yg tidak sempat melihat nabi yg terdahulu dan juga nabi yg terkemudian. mereka hidup dan mati di dalam satu fatrah yg tidak ada nabi. dikalangan mereka adalah bangsa arab yg mati sebelum kebangkitan nabi Muhammad saw yg tidak datang kpd mereka Nabi selepas Nabi ismail.

maka di kalangan mereka yg beriman dgn rasul-rasul yg diutuskan adalah di dalam syurga dan yg tidak beriman di dalam neraka. di sana terdapat satu jamaah atau kumpulan manusia yang tidak sampai kepada meraka dakwah para nabi. para ulama' berbeza pendapat tentang masalah ini. sebahagian mereka mengatakan, wajib keatas mereka mengenali tuhan mereka dengan akal mereka dengan mengkaji pada makhluk2nya supaya mereka beriman denganNya. maka sesiapa yg sampai di kalangan mereka kpd ma'rifah dan beriman dgnNya, dia selamat dan yg tidak melakukan demikian adalah di dalam neraka.

sebahagian yg lain mengatakan, mereka tidak dipertanggungjawabkan utk beriman kerana rasul tidak datang kepada mereka..

walaubagaimanapun perkara ini bukanlah suatu kefardhuan kpd kita dan bukanlah suatu akidah yg diminta untuk kita pegang. maka Allah swt yg lebih mengetahui tentang kedudukan mereka, wallahua'lam.


3) Syiah (Dr Abd Halim Mahmood)

soalan : siapak syiah? apakah perbezaan mereka dengan kita sebagai ahli sunnah?

jawapan : majoriti syiah pada hari ini berada di iraq, iran, dan yaman. dinamakan mereka sebagai syiah kerana sokongan mereka pada saidina ali pada khilafan bersama muawiyah dan para sahabat yang lain. terdapat banyak perbezaan dari segi akidah dan fiqh di antara syiah dan ahli sunnah.

di antara perbezaan yang paling nyata di dalam fiqh itu 2 perkara :

1- kahwin muta'h, iaitu seseorang lelaki dan perempuan yg bersetuju untuk berkahwin dengan tempoh masa dan bayaran tertentu, syiah menganggapnya halal sedangkan ahli sunnah menganggapnya haram (dianggap sebagai zina)

2- solat jama', samaada jama' zohor dan asar atau pun maghrib dan isya', syiah menjama'kan solat-solat berikut sedangkan ahli sunnah tidak menjama'kannya melainkan pada waktu-waktu tertentu.

di antara perbezaan yg paling nyata di dalam akidah pula ialah :

1- syiah beri'tiqad imam-imam mereka ma'sum (terpelihara daripada dosa), sedangkan ahli sunnah beri'tiqad hanya para anbiya sahaja yg terpelihara daripada dosa.

2- syiah beri'tiqad bahawasanya saidina ali sahajalah sebaik-baik sahabat di kalangan sahabat nabi saw dan yang paling layak memegang khilafah berbanding sahabat lain. sedangkan ahli sunnah juga beri'tiqad dengan memuliakan saidina ali mengikut susunan khalifah, abu bakar, umar, usman dan ali. semua mereka di sisi asli sunnah adalah sebaik-baik sahabat nabi saw.


to be continue...


sumber,
himpunan 50 fatwa ulama' tentang aqidah




Bayt Asrar

inshaAllah post kali ni saya berhajat untuk cerita serba sedikit berkaitan bayt kami..


depan bayt



bawah tanah - syabab patani
tingkat 1 - bayt asrar
atas sekali - bayt mama & baba


pemandangan dari atas sutuh



rumah sebelah, berkotak-kotak



bersama mewujudkan biah solehah ^_^



penghibur kami,

ibrahim, ismail & amal




3 beradik yg fasih bercakap arab :)



si cute ismail yg byk cakap :)




ahli bayt : syahadah, afifah, solehah, adibah & athirah



bersama sahabat2 dari mafraq



* alhamdulillah Allah izin dapat tuan rumah, mama baba, 3 si kecil yg sangat2 baik hati.. Barakallahu fekum :)

* hari ni adik beradik mu'tah berangkat ke tanah suci makkah, selamat menjadi tetamu haramain.. moga2 kalian beroleh haji mabrur inshaAllah..



keputusan


alhamdulillah, selesai sudah imtihan awwal bagi keempat2 madah.. lagi satu madah alhamdulilah x de imtihan, cuma kena buat khulasoh (ringkasan) ..

dan natijah pun alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.. alfu syukr ya Duktur :)

*****

1) Manahij Mufassirin (20 markah) - Dr Amin Butush

soalan Dr amat2 best sekali,
khulasohkan (ringkaskan) apa yg kamu belajar sepanjang 6 minggu pengajian..
masa tengok soalan ni, senyum jugak la, Dr kata, soalan ni sebenarnya untuk membantu kamu, jawab lah dgn betul2..


2) Madkhal ila Fiqh Islami (20 markah) - Dr Syuwaisy

Dr Syuwaisy bagi kertas soalan, excited nak jawab ni.. sekali baca sepintas lalu, soalan diluar jangkaan.. x de langsung apa yang saya baca dan hafal.. kebanyakan soalan kefahaman.. tengok kawan sebelah, semua geleng kepala.. saya jawab apa yang saya ingat dan tahu, akhir sekali semestinya tawakkal ala Allah..

dapat natijah (result), alhamdulillah x de la teruk sangat :)


3) Asalib Tadris Tarbiyyah Islamiyyah (20 markah) - Dr Ali Fawwaz

madah ni, banyak jugak kene baca n hafal, dari muka surat 25-90.. banyak fakta yg kene ingat..
sehari sebelum imtihan, g jumpa Dr, ade la dpt soalan spot sikit2..

soalan Dr x de la susah sangat dan x de la senang sangat.. baina2.. alhamdulillah Allah izin boleh jawab, cuma lupa 4 jawapan.. hantar kertas soalan, Dr terus cek n terus dapat markah.. senang kan :)


4) Ulum Askariy (20 markah) - lupa nama Dr

mungkin ni subjek kegemaran student2 malizi..hehe.. subjek ni belajar tentang ketenteraan di jordan.. lagi best, Dr ajar dalam bahasa ammi (pasar).. tak faham langsung apa yang Dr ajar.. alhamdulillah madah ni resultnye najah ataupun rasib je.. x de imtihan nihaie.. inshaAllah kullu malizi najah sofi :)

keputusan untuk imtihan awwal, masih tak dapat lagi.. moga2 najah inshaAllah..


5) Al-Quds fi Tarikh Al Arabi Al Islami - Dr Musa

alhamdulillah, madah ni Dr ihtiram student malizi..

kata Dr "entum tak de imtihan, cuma kene cari buku berkaitan dengan al-quds dan buat khulasoh pasal buku tu, hantar pada hari imtihan.."

alhamdulillah, syukur tak terkata kami student malizi ni.. Barakallahu fek ya Duktur..
lagi satu, madah ni pun, Dr syarah dalam lughah ammiyah, musy fahimm..


terkesan dgn satu kata2 :


kullu kher inshaAllah :)



26 October 2010

exam dan exam


jom sama-sama baca dan ambik ibrah..

by : hilal asyraf


Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.

Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal (peperiksaan pertama) bagi maddah (pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.

Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.

Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!”

Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?

Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.

Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.

“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”

Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”

Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.

Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.

Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”

Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”

Pelajar itu diam.

Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Dan tiada siapa lagi yang bersuara.

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh.

Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau studi pun tidak sungguh-sungguh.

Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal studi sungguh-sungguh bukan? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh-sungguh?

Fahamkah kamu maksud ayat ini:

“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159.


Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’?

Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini?

Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu (dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal? Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak. Tidak dan tidak.

Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga.


p/s : sekarang saya pun dalam mood imtihan.. inshaAllah minggu ni ada 2 exam, manahij mufassirin dan madkhal..doakan saya moga dipermudahkan segalanya inshaAllah.


perantau


Aku seorang perantau,
Merantau di tanah gersang,
Merantau demi mencari diriku,
Yang masih belum muncul,
Merantau demi mengenali diriku,
Yang belum ku kenali,
Merantau demi menimba ilmu,
Yang menjadi pedoman buat ku
di dunia & akhirat
Merantau demi mengoleksi pengalaman
Yang amat berharga

Aku kini merantau,
Nun jauh di seberang lautan,
Meninggalkan tanah air tercinta,
Meninggalkan keluarga tersayang,
Meninggalkan rakan taulan,
Meninggalkan jejak-jejak zulmat,
Meninggalkan titik-titik hitam,
Entah bila kan ku pulang,
Kepulanganku jangan ditunggu,

Aku seorang perantau,
Keindahan tanah air masih terbayang,
Kebahagian keluarga masih terkenang,
Keriangan gelak tawa rakan taulan masih teringat,

Aku di perantauan,
Kerinduan pada tanah air terpendam,
Selangkah demi selangkah kerinduan membesar,
Hatiku sayu, resah & gelisah
Berada dirantau ini,
Namun, apakan daya,
Taqdir telah menentukan,
Ku terima dengan redho,
Ada hikmah di sebalik kejadian,

Aku kini merantau,
Ku masih mencari-cari erti kehidupan,
Siapakah diriku ini???
Untuk apa aku hidup???
Sedikit demi sedikit jawapannya muncul,
Muncul dari ilmu,
Muncul dari pengalaman,
Pengalaman yang amat berharga,
Tidak ternilai oleh harta dunia,
Banyak ilmu & pengalaman telah ku dapati,
Pelbagai ragam manusia,
Pelbagai rupa ciptaan-Nya,
Telah ku temui,
Subhanallah,
Maha suci Tuhan yang maha kuasa,

Aku seorang perantau,
Aku berada diperantauan,
Wahai Tuhanku,
Selamatkanlah hidupku di sini,
Wahai ummiku,
Maafkanlah kesilapanku,
Doakanlah anakmu ini,
Wahai ayahku,
Halalkan pemberian hasil keringatmu,
Doakanlah anakmu ini,
Wahai pendidik-pendidikku,
Halalkan ilmu yang kau curahkan,
Doakanlah anak didikmu ini,
Wahai saudara-saudariku,
Janganlah lupakanku,
Doakanlah saudaramu ini,
Wahai rakan taulanku,
Maafkan segala salah silap ku,
Doakan taulanmu ini,

Aku Seorang Perantau…..


by : Ibn Omar Al-Talbi, Sana'a, Yaman


25 October 2010

ziarah sahabat

alhamdulillah Allah izin tercapai juga hajat untuk ziarah 3 sahabat Rasulullah di Mazar minggu lepas..


galeri ziarah para sahabat


makam sahabat di mazar


kami berlapan




seerah jaafar thayyar / jaafar zul al-janahain



di makam jaafar abi thalib





makam zaid harithah







ke makam abdullah rawahah


abdullah rawahah, penyair Rasulullah saw


antara syair beliau


peristiwa ma'rakah mu'tah :

Jamadilawal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu’tah disebuah lembah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8 hijriah disebabkan oleh pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada Raja Busra.

Maka tentera Muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu’tah yang mana Rasulullah SAW tidak turut serta dalam peperangan ini.

Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam, tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja’far bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan al-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah.

Peperangan diteruskan. Dua sahabat utama telah syahid. Perjuangan terletak di tangan Abdullah bin Rawahah. Tetapi beliau juga gugur syahid, di medan Mu’tah yang penuh sejarah.

Kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain.


wallahua'lam..