Pages

26 October 2010

perantau


Aku seorang perantau,
Merantau di tanah gersang,
Merantau demi mencari diriku,
Yang masih belum muncul,
Merantau demi mengenali diriku,
Yang belum ku kenali,
Merantau demi menimba ilmu,
Yang menjadi pedoman buat ku
di dunia & akhirat
Merantau demi mengoleksi pengalaman
Yang amat berharga

Aku kini merantau,
Nun jauh di seberang lautan,
Meninggalkan tanah air tercinta,
Meninggalkan keluarga tersayang,
Meninggalkan rakan taulan,
Meninggalkan jejak-jejak zulmat,
Meninggalkan titik-titik hitam,
Entah bila kan ku pulang,
Kepulanganku jangan ditunggu,

Aku seorang perantau,
Keindahan tanah air masih terbayang,
Kebahagian keluarga masih terkenang,
Keriangan gelak tawa rakan taulan masih teringat,

Aku di perantauan,
Kerinduan pada tanah air terpendam,
Selangkah demi selangkah kerinduan membesar,
Hatiku sayu, resah & gelisah
Berada dirantau ini,
Namun, apakan daya,
Taqdir telah menentukan,
Ku terima dengan redho,
Ada hikmah di sebalik kejadian,

Aku kini merantau,
Ku masih mencari-cari erti kehidupan,
Siapakah diriku ini???
Untuk apa aku hidup???
Sedikit demi sedikit jawapannya muncul,
Muncul dari ilmu,
Muncul dari pengalaman,
Pengalaman yang amat berharga,
Tidak ternilai oleh harta dunia,
Banyak ilmu & pengalaman telah ku dapati,
Pelbagai ragam manusia,
Pelbagai rupa ciptaan-Nya,
Telah ku temui,
Subhanallah,
Maha suci Tuhan yang maha kuasa,

Aku seorang perantau,
Aku berada diperantauan,
Wahai Tuhanku,
Selamatkanlah hidupku di sini,
Wahai ummiku,
Maafkanlah kesilapanku,
Doakanlah anakmu ini,
Wahai ayahku,
Halalkan pemberian hasil keringatmu,
Doakanlah anakmu ini,
Wahai pendidik-pendidikku,
Halalkan ilmu yang kau curahkan,
Doakanlah anak didikmu ini,
Wahai saudara-saudariku,
Janganlah lupakanku,
Doakanlah saudaramu ini,
Wahai rakan taulanku,
Maafkan segala salah silap ku,
Doakan taulanmu ini,

Aku Seorang Perantau…..


by : Ibn Omar Al-Talbi, Sana'a, Yaman


2 comments:

  1. Terima kasih kpd Sdri Afifah sbb siarkan sajak Ana dlm blog nti...ni sajak asal yg ana buat sebelum diedit untuk rekod suara & buku sajak ana...
    http://addirani.blogspot.com/2008/08/aku-seorang-perantau.html

    semoga kita tabah berada di perantauan ini...

    ReplyDelete
  2. ajmain..ana ingtkn kene sound sbb sebarkan tanpa izin..ala kulli haal,jzkllh kher..

    inshaAllah,pray 4 me..

    ReplyDelete