Pages

28 August 2010

hari ini

alhamdulillah, hari ini Allah izin dapat sampai juga di bumi kusza ni.. mugkin ni kali terakhir ke sini sebelum fly inshaAllah..

alhamdulillah, Allah permudahkan segala-galanya tadi.. boleh jumpa dengan ketua jabatan, jazakallah kher ustaz saiful.. dapat terus cop dekan, p akedemik pun terus dia terima surat penagguhan tu.. alhamdulillah ala kulli haal..



jom sama2 baca doa ni :


رب يسر ولا تعسر رب أتميم بالخير




doakan saya teman-teman :)


- 29 ogos 2010
- blok kindi, kusza



21 August 2010

niqob : ibadah atau trend?






sumber : lukman87.wordpress.com

penulis : Aishah Binti Harun, pelajar universiti Mu'tah, Jordan


Khususnya dalam kalangan pelajar wanita di jamiah mu’tah, Jordan


Wanita ibarat bunga. Cantik dan indahnya pada pandangan mata hanya sementara.Yang kekal menjadi pujaan manusia , hanyalah wanita yang mulia akhlaknya, kerana akhlak itu umpama bunga diri.Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu.

Wanita ibarat bunga bila dipandang tetapi, baunya busuk. Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan. Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar, tetapi bila dilihat dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa, kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak ditangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka , walaupun berat mata dipandangan mata si jahil dan engkar tetapi ia adalah kemanisan yang dicicip wanita solehah.

Bersyukur pada Allah taala kerana kita dianugerahkan dua nikmat yang terbesar, iaitu nikmat iman dan islam,dengan nikmat tersebut dapat memberi kepada kita kehidupan yang harmoni dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah swt.

Manusia adalah makhluk Allah taala yang ditaklifkan untuk mengabdikan diri kepadanya, sebagaimana yang terdapat dalam firmanya: “Tidak ku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepada Allah taala”, apabila ditaklifkan sedemikian , sebagai hambanya wajib kita mentaati segala larangan dan suruhanya sebagaimana yang telah diterangkan dalam Al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W , yang mempunyai pelbagai hukum hakam yang wajib dipatuhi oleh semua manusia.

Segala peraturan yang ditetapkan adalah amat sempurna , meskipun demikian terdapat pelbagai pendapat dalam sesuatu hukum, ia merupakan usaha-usaha para ulama’ untuk mentafsirkan ayat-ayat Al-quran dan hadis Rasulullah S.A.W sebagai panduan seluruh umat manusia. Disini ingin saya mengetengahkan hukum yang telah menjadi khilaf para ulama’ iaitu mengenai aurat wanita islam. Diantara yang dibincangkan adalah mengenai purdah atau lebih dikenali sebagai niqob.

Terdapat pelbagai pendapat ulama’ tentang adakah niqob wajib pakai atau tidak, diantara pendapat ulama’ yang mengatakan ianya wajib berdalilkan pada riwayat oleh iman Al-Bukhari dari Aisyah radhiyallahuanha: dalam bab pakaian yang dipakai oleh seorang yang berihram, kata aisyah “mana-mana perempuan tidak boleh menutup muka atau memakai purdah dan tidak boleh memakai pakaian yang bercelup merah dan kuning” (sila rujuk dalam kitab fiqh sirah dr. Sa’id Ramadhan Al-buthi) dan beberapa dalil lagi yang menunjukkan bahawa purdah adalah wajib untuk wanita islam. Pada zaman ini, di kalangan ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya Al-Syeikh Ibn Baz r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya إلى كل فتاة تؤمن باللهdan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab.

Sementara yang menyatakan niqob tidak wajib dipakai adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.

Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:

a) Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنّ

Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara:

Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا (maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang menginginkan keterangan lanjut boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. memperincikan lagi perbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabat yang memegang pendapat ini.

Kedua: ayat di atas menyatakan:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

(maksudnya) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepalamereka”.
Allah hanya memerintahkan agar ditutup جيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga.

Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu”

b) Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52

لا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ

(maksudnya) “Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengawasi tiap-tiap sesuatu”.

Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat.

c) Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah alAnmari, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا فِي أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلانَةُ فَوَقَعَ فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلالِ

(Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط . Kata al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan إن شاء الله) .

Walaupun perawi hadith tidak menyebut nama wanita berkenaan, tetapi perkataan fulanah dalam bahasa arab bermaksud wanita tertentu yang dikenali. Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengenalinya. Sebagai Rasul yang bersifat dengan keinsanan maka timbulnya perasaan dalam hati baginda seperti mana ianya timbul dalam jiwa seorang insan lelaki yang normal. Maka untuk melepasi perasaan tersebut baginda mendatangi seorang daripada isteri-isteri baginda, iaitu Zainab seperti yang dinyatakan dalam riwayat yang lain. Juga hadith ini adalah tunjuk ajar Nabi s.a.w. secara praktikal kepada para sahabat.

Dalam riwayat-riwayat yang lain disebut:

فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَاكَ يَرُدُّ مِمَّا فِي نَفْسِه

“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangilah isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad).

Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berniqob?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka.

d) Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:

عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ

Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.


Jumhur ulama’ telah berpendapat:

Imam Hanafi: boleh buka tapak tangan dan muka tapi wajib ditutup sekiranya boleh datangkan fitnah.

Imam Maliki: mempunyai perbezaan diantara wanita cantik dan kurang cantik,wajib kepada yang cantik dan sunat kepada yang kurang cantik.

Imam Hanbali: wajib tutup seluruh tubuh termasuk keduanya kecuali ketika darurat.

Imam Shafie: tidak wajib menutup keduanya dengan syarat selamat daripada fitnah.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam pertemuaannya bersama para peserta kursus “Ulama Masa Hadapan” yang diadakan oleh Kesatuan Ulama di Kaherah, pada hari Selasa, 7/4/09 menyatakan: “niqab” (tutup muka bagi wanita) bukanlah suatu yang wajib, bahkan beliau berpendapat wanita muslimah hari ini lebih utama untuk tidak memakai niqab(berdakwah, medekati dan bercampur dengan wanita yang tidak menutup aurat).

Ketika menjawab soalan yang diajukan, beliau berkata:

النقاب أمر أوجبه بعض العلماء وأجازه بعض العلماء.. وأنا لا أرى أنه واجب.. وإنما من أرادت أن تنتقب فلها حريتها في هذا.. وإن كنت أنا في عصرنا هذا أرى أن الأولى بالمسلمة ألا تنتقب حتى تستطيع أن تختلط بالمتكشفات وأن تقترب منهن”.


Maksudnya: “Niqab (tutup muka bagi wanita) adalah perkara yang diwajibkan oleh sebahagian ulama, dan sebahagian yang lain pula mengharuskannya… sedangkan saya tidak berpandangan ianya sebagai satu perkara yang wajib, sebaliknya wanita yang hendak memakai niqab, maka dia ada kebebasan melakukannya… cuma pada masa sekarang saya berpendangan, yang lebih utama seorang muslimah tidak perlu memakai niqab agar dia dapat mendekati dan bercampur dengan wanita yang tidak menutup aurat (utk berdakwah kepada mereka).

Dilihat pada fatwa terbaru yang dikeluarkan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi , niqob adalah sesuatu yang fleksibel digunakan dimana sahaja dan dan disesuatu tempat yang adakalanya harus bagi kita membukanya bila keadaan darurat atau mempunyai kepentingan yang tersendiri contoh ketika berdakwah atau sebagainya, pernah kita mendengar desas-desus mengatakan kita mestilah istiqomah memakai niqob walau dimana sahaja kita berada dan apapun situasi walau keadaan darurat sekalipun, oleh itu mari kita imbas kembali jika ada semua yang berniqob terlalu berpegang dengan perinsip yang tidak kena pada tempatnya contoh ketika ingin berdakwah, dia memakai niqob dan pastinya orang yang ingin didakwah susah untuk didekati, dan ini telah menyebabkan ruginya peluang untuk menarik orang kepada kebaikan dan melarang orang dari berbuat keburukan sebagaimana dalam quran ada menyatakan dalam firmanya: “ orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling bantu-membantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar” dan lagi firmanya: “kamu adalan sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu dapat menegakkan yang ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran dan beriman kepada Allah swt.”

Sebagaimana yang kita fahami dari ayat tersebut, kita semua adalah dipertanggungjawabkan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran , dan ini membuktikan, kita kurang bijak untuk mengatur strategi untuk berdakwah jka sekiranya kita berpegang dengan prinsip yang tidak kena pada tempatnya dan ini juga akan mengundang kemudaratan yang lebih besar dan tidak dapat member manfaat yang baik untuk islam.Oleh itu, kepada yang berniqob haruslah berfikir dengan sebaik-baiknya tentang kegunaan niqob mengikut keadaan tetentu kerana ia mempunyai dua pendapat yang berbeza diwajibkan atau tidak, dan jika sekiranya membuka niqob memberi kebaikan atau manfaat untuk islam, diharuskan membukanya ketika itu dan jika keadaan bukan didalam suasana yang tidak memerlukan kita membukanya, haruslah bagi kita menjaga kehormatan niqob tersebut.

Demikian telah saya bentangkan hujah-hujah para ulama’ yang mengatakan wajah wanita islam aurat atau tidak, ini membuktikan bahawasanya niqob merupakan perkara yang patut diberi perhatian dan tidak boleh dipandang remeh oleh semua golongan khususnya wanita islam.

Kembali kepada tajuk perbincangan yang hangat diperkatakan oleh sesetengah pihak tentang niqob yang dipakai oleh mahasiswi Jamiah Mu’tah adakah ia merupakan ibadah atau trend semata-mata. Setelah dibuat pemerhatian yang teliti , ramai dikalangan pelajar yang memakai niqob tidak memahami apakah matlamat memakai niqob, adakah memakainya kerana semata-mata untuk menutup wajah? (suka-suka, takut hitam terkena matahari, malu pada syabab, tutup kat syabab melayu sahaja, tutup kat syabab arab sahaja) atau kerana ia merupakan ibadah yang terdapat padanya dalil yang telah dibentangkan diatas kerana ia memilih diantara dua pendapat,wajahnya aurat atau tidak? Ada juga yang memberi alasan memakai niqob mengikut ‘uruf semasa atau tempat,(dibandingkan Malaysia dan Jordan).

Apapun alasan yang diberikan oleh puteri-puteri yang memakai niqob ia berbalik kepada niat tersendiri seseorang itu dan mestilah seiring dengan adab-adab pemakaian niqob .Jika memakainya kerana Allah taala,ia merupakan ibadah, dan jika memakainya kerana adat atau trend ,ianya hanyalah sia-sia disisi Allah taala, sepertimana dalam hadis telah menerangkan mengenai niat dalam berbuat sesuatu perkara,jika niat kerana Allah ,disana ada ganjaran sebagaimana yang diniatkanya.

Apabila dilihat kepada adanya dalil-dalil yang mengatakn niqob itu wajib atau tidak memakainya, maka semestinya ia mempunyai ganjaran tersendiri oleh Allah taala mengenai purdah. Diimbas kembali satu kisah bermulanya kejahatan yahudi terhadap orang-orang islam mengenai seorang wanita islam yang telah ditarik niqobnya oleh yahudi tersebut dan kerana itu telah berlaku perbunuhan antara yahudi dan orang islam, ini membuktikan niqob bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh, kerana memakainya memerlukam kesabaran,ketahanan dan keberanian.

Sebagaimana yang kita tahu, aurat wanita islam ialah seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tangan, termasuk wajah yang menjadi khilaf para ulama’, semuanya terpulang kepada kita ingin memilih mana-mana pendapat, yang pastinya kita sebagai hamba Allah Taala yang dipertanggungjwbkan dengan pelbagai tuntutan wajib bagi kita mematuhinya. Oleh itu, kita sebagai wanita islam haruslah meneliti dalam setiap pergerakan perbuatan kita supaya tidak terjatuh dalam perkara yang tidak diredhoi Allah taala, khususnya pada puteri-puteri yang memakai niqob, janganlah memandang niqob tersebut hanya sehelai kain yang dapat menutup muka dari dilihat orang, jadikanlah niqob itu sehelai kain yang dapat menghijab kita dari perkara –perkara haram atau perkara yang tidak diredhoi Allah Taala, kerana bila diperhatikan ramai dikalangan yang berniqob tidak menganggap niqob itu sebagai ibadah, jika sekiranya seseorang itu niatnya ibadah pasti niqob itu dapat membentengi kita dari perkara maksiat, ketahuilah terdapat beberapa hikmah disyariatkan memakai niqob, antaranya dengan memakai niqob dapat mentarbiyah diri kita kerana akan timbul rasa malu pada sehelai kain yang menutup muka, kerana malu yang terbit dari purdah itu adalah malu yang luar biasa kerana timbulnya malu kepada pencipta yang menundukkan lagi pandangan dan merasakan lagi kehinaan kepada Allah taala sekaligus malu pada perkara yang dimurkainya.

Bila diteliti kenapa isu niqob digembar-gemburkan dalam kalangan pelajar Mu’tah kerana adanya segelintir yang memakai niqob tidak memakainya dengan penuh ketaqwaan sebaliknya telah menimbulkan fitnah kepada niqob, kerana ada yang berpurdah membukanya mengikut kemahuan( tanpa ada kemudaratan dan kepentingan tersendiri), tidak menjaga dari sudut ikhtilat contoh bercouple, berchatting, bermesej tanpa ada urusan yang sepatutnya, ada yang menunjukkan sikap yang kurang sopan, tidak menutup aurat dengan sempurna dan sebagainya, oleh itu ia dapat menimbulkan fitnah kepada niqob, yang pada asalnya merupakan satu kebanggaan kepada wanita islam, sehinggakan ada yang menyarankan supaya membatalkan hasrat memakai niqob dibumi Mu’tah ini, sedangkan memakainya adalah suatu jihad, berbeza daripada puteri yang tidak memakai purdah, kerana memakai niqob menahan sedikit kesukaran( menahan panas ,sesak nafas@sebagainya), sebelum ini ia menjadi kegerunan bagi para lelaki tetapi sekarang menjadi satu ejekan,satu tohmahan dan memberi sangkaan buruk kepada si pemakai…mahukah kita, niqob yang menjadi suatu kegerunan pada suatu masa dulu berterusan menjadi suatu tohmahan akibat perbuatan dikalangan puteri-puteri Mu’tah yang memakainya tanpa menjaga akhlak? .

Disini tidak akan timbul trend atau apa-apa istilah lain yang diberikan kepada pelajar berniqob jika sekiranya si pemakai memakai dengan niat kerana Allah Taala dengan penuh ketaqwaan .Wahai sahabat-sahabatku sekalian , ukurlah setiap inci perbuatanmu adakah sudah menepati garis panduan seorang wanita islam? Cuba sahabat-sahabatku renungi ayat-ayat Allah Taala.

Firman Allah dalam surah An-nisa’, ayat 124,bermaksud:

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh bagi lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke syurga dan mereka tidak dianiyai walau sedikitpun

Ayat ini menerangkan bahawa islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang sama ada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah taala.

Daripada Abdullah bin Amru, sesungguhnya rasulullah bersabda : “ dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”

Maka kitalah wanita yang disebutkan dalam hadis, merupakan perhiasan dunia ,tetapi adakah kita menghargai anugerah pangkat keindahan yang Allah beri ini?, Sesungguhnya wanita adalah sebaik-baik perhiasan lebih dari perhiasan batu permata ,betapa bersinarnya ia , akhirnya sinar itu pasti pudar ..tetapi wanita solehah sinarnya tidak akan luput dari dunia ini dan diberikan darjat disisi Allah Taala..oleh itu..janganlah kita menjatuhkan martabat kita sebagai seorang wanita solehah sama seperti pudarnya batu permata….sesungguhnya wanita solehah jauh lebih tinggi darjat yang telah diangkat oleh Allah Taala .

Firman Allah Taala, surah Al-isra’:ayat 32:

“Dan janganlah kau menghampiri zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji.dan suatu jalan yang buruk”

Ayat diatas menerangkan tentang akibat perzinaan, Sesungguhnya zina itu keji dan suatu jalan yang buruk, cuba sahabat-sahabat renung kembali pada ayat tersebut dengan lebih ditil lagi dari sudut maksudnya yang ingin diketengahkan…bahawasanya segala wasilah yang boleh membawa kepada perzinaan juga adalah haram disisi Allah Taala..contoh:bermesseg, berchatting (tanpa ada keperluan) tidak menjaga pandangan mata,friendster ( jika x menggunakan dgn baik), tagged, blog-blog yang melabelkan dengan label islamik tetapi tidak selari dengan syara’, talifon(bergayut dengan seseorang yang bukan muhrim tanpa ada keperluan) dan sebagainya yang boleh membawa kepada kancah maksiat…disana menpunyai perkara-perkara yang syubhah disisi islam kerana terlampau banyak percampuran yang negatif dan positif, jika diimbas kembali, jalan-jalan ke arah tersebut amat luas rangkaianya, ia merupakan salah satu agenda individu atau persatuan yang ingin menghancurkan umat islam tanpa disedari.

Bahaya pandang-memandang: firman Allah Taala dalam surah An-nur:ayat 31:

“Dan katakanlah olehmu(Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang beriman:hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada mata mereka……..”

Buraidah r.a berkata:bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a:

“Ya Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan dengan pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja(terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua” (riwayat Imam Ahmad,Abu Dawud,Tirmizi dan Al-hakim)

Ayat tersebut menjelaskan kepada kita tentang bahaya pandang-memandang ini dapat mengundang ke arah yang tidak baik , kerana sebagaimana Rasulullah S.A.W menegaskan “sesungguhnya pandangan itu panah yang berbisa daripada syaitan(iblis) dan pepatah melayu “dari pandangan mata akan jatuh ke hati” jadi dilihat di sini pandang-memandang amat bahaya kesanya, walau hanya jeling-menjeling dihujung mata. Oleh itu awaslah kita pada janji syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah Taala..mahukah kita tewas dengan musush utama kita?

Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di suatu tempat dengan wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya ,kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan”(riwayat Imam Ahmad dari Jabir r.a)

Firman Allah Taala dlm surah An-nur:ayat 31:

“ Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah nampak daripadanya ,dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka”

Firman Allah Taala dalam firmanya dalam surah An-nur ayat:31:

“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka,agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasan –perhiasan mereka”

Hadis nabi S.A.W: “setiap pagi menjelang,dua malaikat akan berseru “celakalah lelaki yang menggoda wanita dan celakalah wanita yang menggoda lelaki”(riwayat Ibnu Majah dan Al-hakim)

Firman Allah Taala dalam surah An-nur ayat:31 dan hadis Rasulullah telah mengajar kita tentang aurat wanita dan menceritakan akibat perangai wanita yang suka menggoda dengan pelbagai cara, antaranya tidak menutup aurat, bertabarruj dan sebagainya. Berhati-hatilah kepada sahabat-sahabatku, janganlah kita menjadi celaka sepertimana yang diceritakan didalam hadith rasulullah dan sentiasalah perbetulkan niat apabila kita ingin melangkah keluar dari rumah supaya tidak tergolong dalam golongan orang yang dicelakakan oleh para malaikat.

Seruan Ali –thontowi kepada muslimah:

“disini aku tujukan semua kata-kataku ini kepadamu wahai puteriku yang beriman dan sentiasa berpegang dengan agama.wahai puteriku yang mulia lgi suci.sesungguhnya tidak ada pengobanan melainkan dari kalian wahai puteriku.

Janganlah kamu biarkan dirimu menjadi korban kepada penyembelihan iblis laknatullah, janganlah kamu mendengar kata-kata mereka yang akan menghiasi diri kalian dengan pencampuran bebas diatas nama kebebasan, kemodenan, pembangunan dan kehidupan social bermasyarakat.

Adapun aku merupakan seorang bapa kepada 4 orang anak perempuan dan ketika mana aku mempertahankan kalian(sebenarnya) mempertahankan anak-anak perempuanku.aku juga inginkan kebaikan keatas kalian seperti mana aku inginkan kebaikan keatas anak-anak perempuanku.

Inilah nasihatku kepadamu wahai puteriku, dan inilah kebenaran, maka tak perlulah engkau mendengarnya tapi ketahuilah sesungguhnya hanya di tangan kamu wahai puteriku, bukan pada tangan sekalian kami ini.

Pada tangan-tangan kamulah kunci segala kebaikan.sekiranya kamu benar-benar berkehendak maka akan baiklah dirimu dan akan baiklah masyarakat keseluruhanya dengan sebab perubahan yang kamu mulakan ini..”

Apa yang telah ana coretkan kepada puteri-puteri Mu’tah Jordan khususnya kepada puteri-puteri yang berniqob, adalah demi kebangkitan muslimah, merupakan harapan agama, bangsa dan negara.jika tidak dimulakan dari kita, maka siapa lagi?tepuk dada, tanya iman.

Kepada muslimah yang berniqob, sedarlah bahawa orang ramai memberi pandangan positif tentang kredibiliti kepada muslimah memakai niqob, dikatakan mempunyai akhlak dan kuat pegangan dalam agamanya, jadi mahukah kita menjadi hipokrit terhadap niqob itu? pakailah ia selari dengan tuntutannya semestinya kerana Allah Taala. sesungguhnya memakainya adalah ibadah bukan trend .

Ukhuwwah fillah abadan, sedetik bersama, seabad terasa…jaga diri, jaga hati, jaga iman dan muhasabah diri.

Wassalam.


19 August 2010

izzah

izzahnya kita dengan Islam



* hari ni dah masuk 10 ramadhan - fatrah 1 (rahmah) hampir melabuhkan tirainya.

* hari jumaat - (sayyidul ayyam) ayuh perbayakkan selawat keatas nabi muhammad saw!!


video

cinta Rasulullah



17 August 2010

my grand ma

salam ramadhan buat semua..

alhamdulillah Allah izin minggu lepas baru balik dari BTN di kelantan, alhmdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun agak boring la sedikit kerana masa yang agak lama..

dapat fc yang sporting, kak su and ahli2 group yang best, alhamdulillah..moga tercapai impian kalian untuk ke misr dalam bidang masing2 inshaAllah..

dan kesyukuran tak terhingga dapat jumpa dengan teman2 yang sama2 nak ke jordan jugak, dapat share banyak benda, alhamdulillah ala kulli haal..


komuniti unisza @ jordan inshaAllah


* result exam btn x keluar lagi, moga mendapat natijah yang terbaik inshaAllah..


.....


Allah izin juga bulan ramadhan kali ni my grand ma (cek) tak berapa sihat, so menjadi kewajipan bagi saya selaku cucu yang paling dekat untuk menjaganya..

cek demam, sakit tangan, sakit lutut sampai jalan pun pakai tongkat.. syafakillah.. saya tidur, buka puasa, sahur bersama dengannya..

pesan umi, masa ni lah kita nak berbakti, nanti kalau dah tak de baru nak menyesal.. inshaAllah dengan kesempatan masa yang ada ni, i do the best.. doakan saya teman2..

masa kecik2 dulu cek yang selalu jaga saya, masa umi ayah gi haji pun cek yang ulang alik tidur kat rumah kami.. memang amat besar pengorbananmu.. sekarang ni time kami adik beradik untuk balas jasa cek.. jazakillah ala kulli haal.. Allahu yubarek feek..


bersama cek, eid 09



* dalam fatrah menunggu surat tawaran dari kpt, dpt lagi cepat lagi bagus, boleh berhenti terus.. betul tak kak ain? :)

* baru lepas dengar masalah kak syaf tadi, la tahzan kak, fasobrun jameel.. moga Allah berikan yang terbaik buat akk inshaAllah..

16 August 2010

ramadhan mereka & kita



Ramadhan dua zaman

by : The Zikir


Ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijahnya berbeza


Ramadhan mereka gemilang cemerlang
mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa diakhir zaman


mereka gembira kerana kedatanganmu
kami gembira dengan pemergianmu
malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
tapi malam kami muram bertemu dengkur


mereka berlumba mengejar makrufat
tapi kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap taqwa
jiwa kami gelap didera dosa


takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga


hari ni dah masuk 6 ramadhan, masih berbaki 4 hari untuk fatrah pertama, Rahmah..
mg kita semua mndapat rahmat dari Allah inshaAllah..