Pages

11 May 2010

permohonan

PUTRAJAYA: Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Morocco perlu menghantar permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

KPT berkata, tarikh tutup permohonan bagi pengajian di Jordan ialah 15 Mei ini, Mesir (31 Mei) dan Morocco pada 15 Jun ini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, KPT berkata borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke negara Timur Tengah itu boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Pengajian Tinggi di http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php.

Permohonan ke negara Timur Tengah itu mula dibuka pada 11 Mac lalu bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan diploma.

Bagi pengajian bidang perubatan, universiti yang terlibat di Mesir ialah Universiti Ain Shams, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Al-Azhar, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq manakala di Jordan pula ialah Jordan University dan Jordan University of Science and Technology.

Bagi pengajian bidang pergigian di Mesir pula melibatkan Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain Shams, Universiti Al-Azhar dan Universiti Tanta manakala di Jordan pula ialah Jordan University dan Jordan University of Science and Technology.

Pengajian Islam pula adalah di Universiti Al-Azhar di Mesir, Universiti Mu'tah, Universiti Al-Bayt, Universiti Yarmouk dan Jordan University di Jordan.

Manakala bidang pengajian sama ditawarkan di Universiti Al-Khadi Ayyad, Universiti El-Hassan Sani, Universiti Muhammad Abdillah, Universiti Muhammad Al-Awwal, Universiti Muhammad El-Khamis/Muhammad V dan Universiti Qurayiwiyen di Morocco. - BERNAMA


sumber : mStar online


p/s : rabbuna yusahhil inshaAllah




No comments:

Post a Comment