Pages

02 September 2010

kristal

Petang tadi saya mendapat message dari Afifah, adik junior merangkap sahibah yang agak rapat sepanjang pengajian. Afifah jemput berbuka puasa di rumahnya..selepas berbalas sms dengan Amalina, dapatkan nombor Zuraida, kami akhirnya bersetuju untuk naik van di Blok Kindi..Alhamdulillah, perjalanan petang tadi semuanya smooth aja..Sempat beli buah tangan dekat sekolah Khairiah..Kami semua 12 orang dalam van, semuanya classmate Fifah dan saya (Amalina dan Syidah tak dapat join)..Mula tu senyap juga..Setakat tanya nama dan perkara2 basic macam asal, nak balik kampung bila, sebab semua classmate saya sudah pun balik semalam (batch kami memang terkenal dengan balik awal bila mula cuti dan pulang lewat bila kuliah dah mula start, perkara tu seolah-olah dah binding, semuanya unanimously agree beli tiket 30hb, test pun semuanya dilambakkan ke depan, lecturer juga tak berani nak kata apa)..Cuma tinggal saya, orang dekat, kena settle kan beberapa perkara..Alhamdulillah, lepas balik, kami ber11 (sorang dah naik bas tadi) dah boleh banyak sembang, gelak2 (merasa akrab walaupun hanya kenal kerana pergi rumah Fifah)..

Sampai di rumah Fifah, kelihatan kelibat orang 'lama', Nik, Wani dan Kak Za (warden SMAKL merangkap guru etc) mereka ni boleh jadi ape sahaja..multitasking girls..Tak lama lepas tu kelibat Umaina dan Nasibah turut sama-sama dalam group kecil kami (bila bertemu mesti banyak aja benda-benda nak bercerita, macam2 info dapat even perkara tu dah lama berlaku) hehe.. Sungguh terasa ikatan keserasian antara kami..Umaina siap ajak buat biskut raya kat rumah Mak Long hari Isnin ni tapi saya lebih selesa balik rumah sbb this fasting month, belum sempat berbuka di rumah..

Selepas berbuka dengan kurma dan air sunquick, kami solah Maghrib dulu, then baru makan makanan berat..Then, kami decide nak solah terawih di Masjid Kristal, teruja dengan iklan Imam dari Mesir di samping nak cari kelainan..Dengan tiga kereta kami bergegas ke sana sebab dah lambat time tu, 8.30 mlm baru gerak..Sampai aje, jemaah dah siap solah Isyak, cuma Imam Masjid Kristal bagi sedikit peringatan dan solah sunat, jadi sempat kami solah Isyak sementara mereka menanti untuk solah terawih..

Bacaan Imam Mesir boleh katakan satu atau satu setengah muka al-Quran..Ada kalanya bila sampai di sesetengah ayat, suara Imam seolah-olah sedang menangis..MasyaAllah, bila kita faham maksud ayat Quran, lagi rasa bila baca kan..Suaranya agak tersekat-sekat..Usai solat, sempat lagi bergambar kenang-kenangan sambil menjamu moreh yang disediakan bersama bakal pelajar Jordan, Afifah..

Actually, Afifah will fly to Jordan this upcoming Raya..Raya ke-5 if 'm not mistaken..Cuma yang sedihnya, maybe Fifah naik terus di KLIA, if naik kat sini, sempatla jumpa last day..Tapi, my parents dah cakap sebelum ni nak beraya rumah Fifah hari raya ke-3/4 then attend kenduri Aisyah sekali..

Saya masih ingat sebelum ni saya selalu cakap kat Fifah "K.sue sentiasa doakan Fifah dapat sambung belajar kat Jordan"..Tapi bila Fifah dah nak fly, perasaan tu rasa lain..Rasa dah hilang sorang sahabat untuk di usik-usik, berkongsi cerita, kenangan pergi program sekali..Ya, banyak benda sangat dalam kotak fikiran..Tapi itulah namanya jihad menimba ilmu...Jordan tempat bukan calang-calang, ia bumi berakah..Makcik Lina juga sudah fly mengerjakan umrah semalam dan akan beraya di Makkah..Sungguh indah perasaan di Tanah Suci Makkah..


* copy paste dari blog sis syaheed awwal :)


me & kak syaheed

jazakillah kak su coz selalu doa, bagi nasihat, dorongan kat fifah ni..
Barakallahu feek..


No comments:

Post a Comment