Pages

25 October 2010

ziarah sahabat

alhamdulillah Allah izin tercapai juga hajat untuk ziarah 3 sahabat Rasulullah di Mazar minggu lepas..


galeri ziarah para sahabat


makam sahabat di mazar


kami berlapan




seerah jaafar thayyar / jaafar zul al-janahain



di makam jaafar abi thalib





makam zaid harithah







ke makam abdullah rawahah


abdullah rawahah, penyair Rasulullah saw


antara syair beliau


peristiwa ma'rakah mu'tah :

Jamadilawal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu’tah disebuah lembah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8 hijriah disebabkan oleh pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada Raja Busra.

Maka tentera Muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu’tah yang mana Rasulullah SAW tidak turut serta dalam peperangan ini.

Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam, tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja’far bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan al-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah.

Peperangan diteruskan. Dua sahabat utama telah syahid. Perjuangan terletak di tangan Abdullah bin Rawahah. Tetapi beliau juga gugur syahid, di medan Mu’tah yang penuh sejarah.

Kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain.


wallahua'lam..



2 comments:

  1. wah,bestnya kak pah :)

    yang makam2 para sahabat tu sebenarnya nampak tak makam dia yang sebenar?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, biiznillah :)

    nampak, ade kt dalam tu..semerbak harum bau makam sahabat2 ni..

    ReplyDelete