Pages

12 April 2010

ghuzwah mu'tah

Jamadilawal pernah memahatkan peristiwa bersejarah yang mana menyaksikan berlakunya peperangan Mu’tah disebuah lembah yang terletak berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ia berlaku pada tahun 8 hijriah disebabkan oleh pembunuhan Harith bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada Raja Busra.

Maka tentera Muslimin seramai tiga ribu orang telah dikumpul dalam masa yang singkat untuk keluar berperang di Mu’tah yang mana Rasulullah SAW tidak turut serta dalam peperangan ini.

Sesungguhnya Islam bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana peperangan adalah langkah yang terakhir. Selepas utusan yang diutuskan untuk menjalankan kerja-kerja Dakwah tidak diterima malah dikhianati maka barulah tindakan yang lebih kasar iaitu peperangan boleh dilakukan.

Sebelum para tentera Muslimin memulakan perjalanan mereka, Rasulullah SAW telah member arahan dari segi kepimpinan ketika berlakunya peperangan yang mana dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti oleh Ja’far bin Abi Thalib jika Zaid gugur. Kemudian diganti oleh Abdullah bin Rawahah apabila Ja’far telah syahid. Jika ketiga-tiganya telah gugur maka para tentera diminta memilih salah seorang yang thiqah dari kalangan mereka untuk memimpin. Rasulullah juga mengigatkan mereka agar tidak terus melancarkan serangan, sebaliknya menyeru kepada penduduk Mu’tah agar beriman dan apabila seruan itu ditolak maka barulah mereka boleh melancarkan serangan.

Sebaik sahaja mereka tiba di Mu’tah, tentera musuh telah mendengar kemaraan tentera Islam yang mana dengan segera panglima perang musuh, Hercules mengumpul bala tentera lebih seratus ribu orang disamping Syurabbil pula mengumpul seramai seratus ribu bala tentera yang lain hasil gabungan qabilah Lakham, juzam, qain dan bahar.

Apabila mereka mendengar berita mengenai jumlah tentera musuh yang begitu ramai, maka tentera Muslimin telah berbincang langkah mereka yang seterusnya di Ma’an selama dua malam.

Ramai di kalangan mereka yang mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah SAW mengenai perkara ini andai ada rukhsah untuk tidak berperang. Tetapi Abdullah bin Rawahah terus bangun menyatakan kepada mereka bahawa keluarnya Muslimin ke Mu’tah untuk memburu kemenangan ataupun Syahid dengan menjaga agama dan bukannya berperang kerana bilangan atau beradu kekuatan.

Hebatnya penyair Rasulullah SAW ini memotivasikan pasukannya.

Peperangan meletus sebelum masuk ke kawasan Mu’tah lagi yang mana kedua-dua pihak bermati-matian di dalam mencari kemenangan.

Pada mulanya Zaid bin Harithah yang memegang bendera panji Islam, tetapi beliau telah gugur syahid yang mana panji tersebut seterusnya dipegang oleh Ja’far bin Abi Thalib. Beliau turut gugur yang mana kedua-dua tangan al-syahid dipotong oleh musuh manakala 50 kesan panahan musuh terdapat pada badan beliau. Kemudian panji itu berpindah ke tangan Abdullah bin Rawahah.

Peperangan diteruskan. Dua sahabat utama telah syahid. Perjuangan terletak di tangan Abdullah bin Rawahah. Tetapi beliau juga gugur syahid, di medan Mu’tah yang penuh sejarah.

Kepimpinan selepas itu diterajui oleh panglima perang yang agung iaitu Khalid bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera Islam yang lain.


dipetik dari kitab Ar Raheq Al Makhtum (The Sealed Nectar)



No comments:

Post a Comment