Pages

09 April 2010

sakinah imaniyyah

salam alaik..

setelah berfikir-fikir nama yang paling sesuai untuk blog ini, maka saya memilih sakinah imaniyyah yang bermaksud ketenangan dalam beriman..

saya mula mendengar istilah ini pada tahun 2005 sewaktu kem kepimpinan yang dihadiri oleh pelajar form 5 matri dan smik di kem wang mu, perlis..dan kami dibahagikan kepada kumpulan2 yang kecil, ada kumpulan yang namanya sakinah imaniyyah..lalu saya mula berfikir apakah yang dimaksudkan dengan SI..sungguh mempunyai ta'rifan yang mendalam sekali..

sakinah imaniyyah..

bayangkan kehidupan kita tanpa keluh kesah. apabila ujian melanda, ianya diterima dengan penuh kesabaran..maka ia menjadi medan ubudiyyah dan medan membuktikan kecintaan dan kepasrahan kepada segala keputusan Allah.

apabila nikmat melimpah ruah maka segalanya mengigatkan diri kepada kemurahan dan sifat kasih sayang Allah swt. maka hati tidak putus-putus mengucapkan syukur di samping memanfaatkan segala kebaikan untuk Islam tanpa berlebih-lebih.

inilah keajaiban hidup beriman. sebagaimana sabda Rasulullah saw " ajaib sungguh segala urusan orang yang beriman (mukmin). setiap urusannya baginya baik. jika diberikan kebaikan maka ia bersyukur, maka ianya menjadi baik baginya. apabila ditimpakan musibah padanya maka ia bersabar, maka itupun menjadi baik baginya.."

inilah Sakinah Imaniyyah iaitu ketenangan yang lahir dari keimanan, keyakinan pada janji-janji Allah dan segala hikmah yang terkandung dalam setiap urusan Allah swt.

hati menjadi tenang kerananya, tidak ada keluh kesah apatah lagi kekecewaan dalam kehidupannya. hari-hari yang dilaluinya adalah ruang dan peluang untuk membuktikan keimanan. fajar baru menjanjikan kebaikan dan kebahagiaan.

inilah yang dihajati oleh setiap insan sekiranya mereka mengetahuinya..terutamanya dalam kehidupan hari ini yang mengenepikan kemanusiaan apatah lagi kasih sayang dan rasa persaudaraan.

"hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. maka bersabarlah wahai saudaraku kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan Allah disamping menyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah swt"

- pok su& su send kata2 ni serentak masa kene pindah dari marhalah khassah ke kusza..atas perintah umi n ayah :) Barakallahu lakum

min blog http://my.opera.com/azmibhr/blog/

No comments:

Post a Comment