Pages

21 April 2011

Catatan Perjalanan

وعسى أن تكرهوا شيئا وهو خير لكم وعسى أن تحبوا شيئا وهو شر لكم والله يعلم وأنتم لا تعلمون

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah. Al Baqarah : 216)

teringat suatu ketika dahulu saat liqo' bersama kak sah dan sahabat2 se hQ di musolla farabi,

kita ni kene redha dengan segala keputusan yang datang dari Allah. inshaAllah semua akan ada hikmahnya.

tiba-tiba kak sah tanya saya,

"Afifah, ingat tak peringatan Allah dalam surah al-baqarah, ayat 216 tu?"

"hmm, ayat وعسى tu ke? teka saya"

"ya, betul la tu"

berbalik kepada ayat 216 tu, saya sematkan betul-betul dalam minda saya. saya yakin, Allah lebih mengetahuinya tentang segala-segalanya. yang haqq, yang bathil, yang sirr, yang jahr, semuanya dalam genggaman Allah SWT.


tahun akhir diploma di kusza, saya ada memasang angan-angan untuk belajar di timur tengah. saya pun tak tahu kenapa saya amat berminat untuk mengembara jauh di tanah arab ni.

ingat dulu,

"fa, ape-ape pun nanti kita pergi sama-sama ye belajar di mesir. akak memang nak pergi sangat belajar kat mesir tu, kata kak ain shaa'rani, roomate saya"

"inshaAllah, jika ada rezeki tak ke mana kak ain, jawab saya"


dulu pun jika orang tanya pada saya,

"Afifah nak sambung mana lepas ni?"

"ummi saya terus kata, inshaAllah nak hantar dia ke mesir, biar jadi ustazah"

"ustazah, jadi ustazah ke aku ni. monolog saya"


akhir tahun 2008 kalau tak silap saya, dapat berita yang MOU (perjanjian) antara kusza dan universiti di mesir di batalkan atas sebab-sebab yang tertentu.

saya dan kak ain, "tak ade harapan dah kita ni nak pergi belajar seberang laut."

sebenarnya, hajat saya dari dulu lagi, nak sangat pergi ke syria, tak tau la sebab apa, mungkin terkesan dengan novel 'syabab musafir kasih karangan fatimah syarha' kot.

planinng saya dari dulu,
1) mesir (dah tak dapat)
2) syria (agak susah untuk masuk dan kebanyakan jamiah disana tak diiktiraf, hanya jamiah dimasyq je, tu pun susah nak masuk dan atas nasihat-nasihat ust abu ubaidah al jarrah, saya pun terpaksa membatalkan plan saya untuk ke syria)
3) dan yang terakhir di jordan (agak mustahil untuk saya sampai ke sini sebab kos sara hidup di jordan agak mahal)


saya mula berfikir dan berfikir...


sem akhir diploma, (pertengahan 2009) - semua kawan-kawan yang berhajat untuk apply di jordan semua dah serahkan borang pada ust sofy untuk diproses di kpt.

pada mulanya, saya yang paling bersemangat untuk isi borang tu, dan setelah mendapat tahu bahawa saya tak dapat pinjaman dari yayasan terengganu, maka hancur luluh la perasaan saya ketika itu sebab antara syarat ummi ayah benarkan saya ke jordan salah satunya setelah mendapat pinjaman YT.

maka, saya tak hantar borang saya pada ust sofy.

[dalam fatrah ni, saya banyak mengkaji berapa kos untuk kesana dan etc. dan dalam fatrah ni juga, saya banyak berdiam diri, merajuk mungkin sebab tak dapat kesana]


akhir 2009 - saya diterima untuk futher degree di kusza dalam kos yang sama setelah membuat permohonan untuk second intake. alhamdulillah.

saya belajar dan belajar dan pada masa yang sama masih terfikir apakah masih ada peluang lagi untuk sambung di jordan ni??

dan Allah izin borang kawan-kawan saya yang dihantar untuk diproses ada sedikit masalah yang menyebabkan pihak KPT tidak menerima mereka untuk kemasukan september 2009 di jordan. alhamdulillah juga buat saya yang tak hantar borang lagi.

satu sem degree sudah berlalu, masuk sem yang ke dua, saya mula tidak dapat fokus dengan baik kerana teringatkan dataran syuhada' mungkin :)

akhirnya, setelah berbincang baik-baik dengan umi ayah, dapat 2 conclusion :

1) teruskan pengajian di kusza.
2) pergi jordan


sebelum tu, saya pergi jumpa dengan ust sofy (ust yang uruskan pasal ni)

ust terkejut sebab saya tak hantar lagi borang, sedangkan kawan-kawan yang lain semua dah hantar.

"kata ust, awak ni main-main ke nak pergi jordan? borang tu semua dah ada kt KL, tinggal nak hantar kat KPT je"

"tak pe la ust, saya akan cuba untuk hantar borang tu sendiri, kalau ade rezeki dapat lah saya kesana, jawab saya dengan yakin dan beraninya"

"fikir saya, tiada yang mustahil bagi Allah"


saya isi borang, buat pasport, ulang alik pergi jumpa ust ali mintak ust transletkan transkrip diploma ke dalam bahasa arab dan etc. agak letih dan mencabar!! (semua ini terpahat dalam giga memori saya)

dan dalam fatrah ni ketua jabatan saya, Ust Saiful Bahri banyak membantu dan memberi semangat. (KJ paling baik). jazakallah kher ust. dan tak lupa juga kepada ust naja kerana menolong saya untuk menghantar borang ke kpt. syukran jazilan.

dan selepas tu, saya mengambil keputusan untuk tangguh sem selama 9 bulan bagi menuggu keputusan dari KPT untuk kesana.

dan dalam fatrah tu, saya amat-amat bahagia,
-diberi peluang untuk mengajar di SRIQ tercinta.
-masa banyak dihabiskan dengan family.
-dapat berbakti pada my grandma.


dan pada masa yang sama saya tak lekang dari meminta pada al-khaliq,

antara d0a kegemaran dalam solat hajat saya,
"jika jordan lah yang terbaik untukku, untuk agamaku, untuk dakwah dan tarbiyyahku, maka Engkau permudahkanlah jalan untuk aku kesana ya Allah"

saya tak mintak untuk ke jordan, tapi saya mintak yang terbaik dari Allah. sebelum terlupa, before isi borang tu, saya dah istikharah, dan alhamdulillah Allah bagi petunjuk. saya amat yakin dengan istikharah saya. alhamdulillah.

dipendekkan cerita, akhirnya Allah izin selepas menunggu sekian lama berita dari KPT sendiri, samada dapat pergi ke tak, nama naik ke tak dan sebagainya.


suatu hari di bulan ramadhan al mubarak via ym (akhir 2010),

akhi firdaus : alhamdulillah, semua students kusza yang aply untuk kesini, nama dah naik. so, boleh la buat persiapan untuk kesini.

ukhti afifah azam : akak, bagi nama penuh dan no ic, saya nak cek.

me : ********

ukhti afifah azam : alhamdulillah, nama akak dah naik. kos usuluddin.



alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah. Allah Maha Mendengar!!

keputusan tu saya dapat tau seminggu sebelum saya nak fly.


*******

dan sekarang Allah izin, saya disini, di bumi urdun, di dataran syuhada', di ma'rakah mu'tah, berjiran dengan para sahabat ghuzwah mu'tah, zaid harithah, jaafar thayyar dan abdullah rawahah.


peringatan yang menyuntik atma saya,

ya, memang anak rantau punya kesulitan tu tak sama dengan di tanah air, sekarang ni Allah uji akak dengan kepayahan di sini. Allah dah tunaikan hajat kak pah nak datang sangat jordan. then akak la pulak kena tolong Dia. ini lah yang kita selalu sebut dalam surah Muhammad ayat 7 tu kan? [intansurullaha yansurkum...]

[Doctor Syamila Rosman, Mesir]


memang betul, Allah dah tunaikan hajat saya untuk kesini setelah berbagai-bagai ujian dan cabaran yang hadir silih berganti, akhirnya Allah campakkan saya di dataran syuhada' ini.

lalu, apakah balasan saya kepada DIA yang Maha Baik???

m0ga saya dapat laksanakan mas'uliyyah kabeerah ini dengan sebaik yang mungkin inshaAllah.


akhir kalam,

yakinlah dengan sebenar-benarnya pada Allah. put ur full trust to Allah. ingatlah, tiada yang mustahil bagi Allah SWT!!


ayat-ayat hamasah saya dari Rindu bau pohon tin,

Sesungguhnya saya tidak pernah mengizinkan diri untuk menjadi biasa-biasa. saya ciptaan Allah. Dia yang Maha Bijaksana lagi Sempurna. mustahil Allah menciptakan saya biasa-biasa untuk saja- saja bagi tujuan yang ala kadar semata. saya yakin saya makhluk Allah yang ISTIMEWA, dan kembara ke bumi Anbiya', ke dataran Syam ini adalah untuk mencari keistimewaan itu inshaAllah.


MEDAN INI MEDAN YANG SUSAH DAN PAYAH
SESUSAH MEDAN MU'TAH DI PUNCAK SANA
DAN PENGHUNINYA JUGA HARUS GAGAH
SEGAGAH KOTA KARAK PERAKAM SEJARAH

TETAMU DATARAN SYAM ENGKAULAH HARAPAN
UNTUK UMMAH MELIHAT MASA DEPAN
SEBAGAI ULAMA' SEBAGAI PEJUANG
ISLAM PASTI AKAN KAU MERDEKAKAN


berjiran dengan zaid harithah, jaafar thayyar dan si penyair abdullah rawahah, m0ga-m0ga hamasah mereka sedikit sebanyak mengalir pada saya sebagai tulaab 'ilm dataran syuhada' ini inshaAllah.

ma'rakah mu'tah (hari-hari lalu, pergi dan balik dari jamiah)


Afifah Zaki,
Tetamu Dataran Syuhada',
11.27 am waktu jordan.

5 comments:

  1. Waaaaaa

    Rindu bau pohon tin!

    Mahu ke lembah urdun lagi~

    ReplyDelete
  2. hehe

    Rindu Tanta itu!!

    ahlen3, ana menerima dengan tangan yang terbuka & senyuman yang paling lebar~

    meh la, nanti nak mai lembah urdun ni r0ger ana ye :)

    ReplyDelete
  3. saya pun tunggu kata2 hikmah daripada akak jugak..
    huhu, doakan kami ye di sini..
    nak pegi urdun jugaaaaaaak!

    ReplyDelete
  4. jazakillah syumul.

    inshaAllah, sama-sama doakan. rabbuna yusahhil~

    ahlen3 ila urdun :)

    nak pergi mesir jugaaaak!!

    ReplyDelete
  5. Geng2 bumi anbiyaa' berbicara..

    Bilalah agaknya ALLAH izinkan ke sana...

    ReplyDelete