Pages

17 April 2011

medan ini : nasihat


Matlamat Tarbiyah Kita.

melahirkan muslim yang betul aqidahnya, sahih ibdahnya, baik akhlaknya, terdidik aqal fikiranya, kuat tubuh badanya, mampu bekerja, memberi faedah kepada orang lain, bermujahadah diri, menjaga masa, teratur dalam semua urusan dan sifat-sifat mulia lain yang menggambarkan kesempurnaan syahsiah.

kualiti muslim sebeginilah yang akan sanggup membangunkan masyarakat islam yang dicita-citakan. kualiti inilah yang mampu untuk merelisasikan syariat Allah swt.


keperluan asas untuk menjayakannya :

1-Manhaj yang sahih.

murabbi perlu membawa mad'u akan kepada kitab Al-Quran As sunah Rasulullah saw dan ajaran Islam yang sejati murni dan bersih daripada tokok tambah, sehingga mereka tekun mempelajari dan mengamalkannya. Sesungguhnya manhaj Islam adalah mudah,luas dan lengkap. melalui sirah Rasulullah saw dan para sahabt baginda, murabbi dan Mad'u akan mengetahui cara yang betul untuk mengamalkan Al-Quran dan as-sunnah dalam pelbagai realiti, selok belok dan cabaran.

a)Tarbiyah roh

Dalam pendidikan ruh dan jiwa, IHAB menyarankan agar kita membaca al-quran, mengamalkan wirid harian, melakukan ibadah sunat, berpuasa sunat, berzikir dengan lidah dan hati, mendirikan solah pada waktunya secara berjemaah, terus menerus berbiah untuk berjihad dan memperbaharui taubat.

i)menghidupkan hakikat keimanan kepada Allah SWT.

Beriman kepada Allah SWT adalah keyakinanNya yang bertunjang di hati dan mengarahkan seluruh aqal serta jasad untuk beramal mentaatinya. Iman ini melahirkan ketenangan dan kekutan jiwa yang menggerakkan seseorang untuk menunaikan amanah Allah swt. Dengan iman seseorang hamba akan menumpukan seluruh hidupnya kepada Allah swt, Ia akan menumpu kepada Allah dalam apa jua suasana. Ia merasai kaya disisi Allah SWT meskipun tiada harta, tiada kaum kerbat dan tiada pengaruh duniawi.

b) menghidupkan hakikat keimanan kepada hari Akhirat

Menghidupkan hakikat keimanan kepada Hari Akhirat yang pasti datang, tiada keraguan padanya dan sentiasa berwaspada. Dengan Iman seseorang hamba akan menjadikan persiapan untuk menghidupkannya. ia menjadikan perjalanan hidup didunianya sesuai degan matlamat akhirat. Ia bijaksana di dalam menentukan keutamaan amalnya demi mementingkan akhirat.

ii)Memelihara bersungguh-sungguh perintah-perintah Allah SWT.

Segala perintah Allah SWT dilaksakan dengan sempurna dan segala larangannya dijauhi sepenuhnya tanpa meringan-ringan dan tanpa melampui batas-batas kemudahan yang diizinkannya.


lots of love,

UMMI
160411
10.05 PM


Alhamdulillah, Allah izin dapat 'surat cinta' dari ummi tersayang. peringatan yang sangat berguna buat diri ini yang selalu alpa dan leka. alhamdulillah. jazakumullahu khairan jaza' ummi & ayah :)

No comments:

Post a Comment