Pages

17 July 2011

kenangan itu



15 september 2010, sehari sebelum saya fly ke sini, malam tu, sepupu sepapat datang ziarah. part yang paling terkesan, sepupu saya, nana & dhirah bagi kertas tu. hoho. hampir mengalirkan air mata. diorang pun dapat kesan yang saya nak pergi belajar jauh sangat-sangat yang belum pasti bila boleh balik kan?

mana taknya, kami agak rapat. rapat sangat-sangat. setiap petang saya akan pergi rumah nenda dan terus ke rumah pok cu depan rumah nenda. kami bermain bersama. kami akan berjumpa setiap hari, setiap hari !!

dan sekarang, saya dan mereka masih menghitung tahun :)

benarlah kata 0rang, belajar jauh-jauh ni, satu je yang tak tertahan, RINDU !! bab makanan boleh tahan lagi, tapi rindu ni memang tak boleh tahan melainkan kita jumpa dengan dia. kami hanya berjumpa di alam fb, ym dan skype saja. dia alam realiti lambat lagi sihh.

akhir-akhir ni banyak terkenangkan memori-memori lalu. kenangan demi kenangan menghantui saya. kisah silam demi kisah silam berlegar-legar dalam giga memori saya.

hampir setahun saya tak balik. kalau di Ibn Khaldun dulu, paling kurang setahun balik terengganu 4 kali. tapi di sini, 2 tahun pun tak mungkin dapat balik lagi. ni la keistimewaan anak rantau kan :)

ala kulli haal, inilah taqdir Allah buat saya. terima kasih atas segala-galanya ya Allah !


~entum daaiman fi Fuadi. pok teh, pok cu, kak long diya, cek su, adik auni, cek teh, adik afrina, nadhirah, amrina & aleeya~



salam rindu dari kejauhan,
Kak Long.




* post ini ditulis di sepertiga malam bertemankan linangan air mata. nasib baik ahli bayt dah 'syaheed' =)

* Umi Ayah, tak terkesan ke baca post ni? (",)

4 comments:

  1. As-Salam kak long , kami semua mendoa kan kejayaan anda di Jordan , Insyallah , Jihad Fisabilillah! Allah akan bagi kemudahan , Semoga bersama Rentak tari Allah dalam diri kita , Dan sesungguhnya selepas kesukaran dan kepayahan akan ada kesenangan dan Kejayaan , Tabah hadapi Dugaan Allah! Selamat Ramadan dan Syawal yg tak lama lagi ....

    ReplyDelete
  2. ukhti fifah nangis bila kami semua syaheed ye...apa2 pon..semoga tabah ye ukhti..ujian dlm perjuangan..korban tenaga..korban sglanay..lagi2 berjauhan dgn fmly...kdg2 airmata mgirngi perjuangan ini..pe2 pon..smga sglanya dpermudhkan olehNy...:)

    ReplyDelete
  3. to RO Manager a.k.a pok teh :

    inshaAllah. terima kasih atas segalanya.
    inna ma'al 'usri yusra !!

    part ni paling sedih, Ramadhan & Syawal di perantauan =(

    ok, pray for me !

    ReplyDelete
  4. to kak ain a.k.a ahli bayt :

    hoho, pecah rahsia =)

    biiznillah, perjuangan ini menuntut pengorbanan kan.

    selamat pulang ke malaysia tak lama lagi ^_^

    ReplyDelete