03 May 2011
المرأة الصالحة
المرأة الصالحة خير من الدنيا وما فيها
Wanita acuan Al-Quran,
Ialah seorang wanita yang beriman,
Yang hatinya di saluti rasa taqwa kepada Allah,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahagakan dengan pahala,
Yang solat adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gementar untuk melawan nafsu.
Wanita acuan Al-Quran,
Ialah yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang di milikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang di carinya,
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan
Tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Wanita acuan Al-Quran,
Ialah wanita yang menghormati ibunya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua
Dan keluarga,
Yang bakal menjaga kehormatan rumahtangganya.
Yang akan mendidik anak-anak mendalami
Agama Islam.
Yang mengamalkan hidup dengan penuh
Kesederhanaan kerana dunia baginya adalah
Rumah sementara menanti Akhirat.
Wanita acuan Al-Quran,
Sentiasa bersedia kepada Agamanya,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan
Mencontohi sifat Fatimah Az-Zahraa,
Yang boleh di ajak berbincang dan berbicara,
Yang sujudnya penuh kehambaan dan penuh
Kesyukuran dengan rahmat Allah SWT keatasnya.
Wanita acuan Al-Quran,
Tidak pernah membazirkan masa,
Matanya penuh kepenatan kerana kuat membaca,
Yang suaranya lesu kerana penat mengalunkan
Ayat-ayat suci Al-Quran dan berzikir,
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuhnya dengan penuh keredhaan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.
Wanita acuan Al-Quran,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya dunia adalah ladang Akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu
Perlu di jaga,di baja dan di siram
Agar hasil tuaian nanti dapat dituai dengan
Gemilang dan melimpah,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Wanita Acuan Al-Quran,
Ialah wanita yang tidak terpesona dengan
Buaian dunia kerana ia mengimpikan JANNATUL FIRDAUS.
Disitulah rumah impiannya,
DIALAH WANITA ACUAN AL-QURAN,
أمين يا رب
nota kaki :
اللهم اجعلني عفيفية الصالحة. أمين :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment