Pages

26 May 2011

Imtihan : Kunci Kejayaan



alhamdulillah, sekarang ni masih dalam fatrah imtihan lagi. inshaAllah lagi 2 paper berbaki, mOga Allah kuatkan saya dan teman-teman yang sama-sama berjihad di dataran syuhada' ini.

dan Allah izin 3 paper yang dah lepas, markah dah keluar. sekali lagi, Alhamdulillah. praise to Allah. walaupun result kali ni kurang memuaskan bagi saya. inshaAllah usaha dan hubungan dengan Allah perlu ditingkatkan lagi!! terima kasih ummi ayah atas d0a dan spirit yang tak putus-putus dari kalian.


setiap kali nak exam, mesti umi akan ingatkan saya,

ingat Allah selalu, inshaAllah Allah ingat kepada kita walau dimana dan keadaan mana pun kita.


pesan ayah pula,

buatlah yang terbaik untuk exam kali ni kak long. semoga sentiasa dalam barakah dan rahmat kasih sayang Allah. ayah sentiasa doakan puteri ayah yang jauh ni.


spirit dari adik, faiz,

pergi dengan penuh harapan, inshaAllah pulang membawa Kejayaan untuk Islam, All the best inshaAllah.


terima kasih, terima kasih dan terima kasih atas segala doa dan hamasah dari kalian.


suka untuk saya share sedikit mutiara sakinah,

'seorang yang hidup untuk dirinya, mungkin dapat hidup rehat, tetapi dia hidup kerdil dan mati kerdil, tapi bagi MANUSIA YANG BERJIWA BESAR yang memikul tugas yang agung ini, maka dia tidak lagi memperhitungkan persoalan-persoalan tidur, rehat, tilam yang hangat, kehidupan yang tenang dan kenikmatan yang selesa. Rasulullah saw telah pun menyedari hakikat tugas dakwah itu, kerana itu Baginda telah berkata kepada Siti Khadijah yang menyuruhnya bertenang dan tidur, "wahai Khadijah, masa tidur telah berlalu." Ya, masa bersenang-senang dengan tidur telah berlalu dan tidak akan kembali lagi mulai hari ini. masa kini ialah MASA BERJAGA MALAM DAN BERPENAT LELAH DAN MASA PERJUANGAN YANG SULIT DAN PANJANG'.


nota kaki :

~ 2 paper to go, fiqh muamalat & tarbiyyah wathoniah!!

~ selamat jalan tetamu Allah, Mc Aya, Mc Naziah, Kak Fi & Kak Qilah. semoga Allah permudahkan segala urusan entum disana :)

~ AGM PERMATA 2011 semakin hampir!!

~ rindu dengan 'besi baru'. m0ga 'besi' itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kerja-kerja Islam inshaAllah.

No comments:

Post a Comment