Pages

13 May 2011

just pray!!

~kredit to sarah hamizah~


pesan seorang adik yang sangat saya hormati,

wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana pemuda yang bijaksana itu, tak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinanyya bagi memimpin dirimu. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu.


doa seorang sahabat,

m0ga Allah hadiahkan nti pendamping hidup yang akan membimbing ke syurga. ameen ya Rabb.


sms dari ummi,

umi doakan antum semua jadi anak-anak yang soleh yang dapat berbakti pada orang tuanya dan dapat calon pasangan yang soleh/solehah yang dapat membina baitul muslim dan dapat merealisasikan D&T dalam kehidupan inshaAllah.


teringat saya pada pesanan ustaz faiz, sewaktu di kusza dulu,

kita hajatkan perkahwinan yang Barakah, jadi jalan-jalan yang dilalui, yang ditempuhi mestilah yang berlandaskan syara'. jika bertunang sekalipun, itu bukan tiket untuk kita buat sesuka hati kita. semuanya di tangan entum!! entum yang lakukan dan entum lah yang menilai.



nota kaki :

~ kata as syahid imam hassan al-banna, 'medan bercakap tidak sama dengan medan beramal'. nak cakap ni senang je, tapi untuk terjemahkan apa yang kita cakapkan itu agak sukar kan!! Kerana itu, pernah terfikir bahawa lebih baik kurangkan berkata-kata dan kotakan apa yang dikata!!

~ nasihat saya, bagi teman-teman yang Allah izin dah ada calon pasangan, kalian jagalah betul-betul hubungan itu mengikut apa yang syara' tetapkan.

~ dan untuk berkahwin ni, bukan perkara yang mudah dan bukan boleh main-main, masing-masing mesti ada persiapan ke arah itu!!

~ moga hati kita semua dalam pemeliharaan Allah & dijauhkan daripada fitnah inshaAllah.



wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment