Pages

31 May 2011

Lil Bro



setiap kali call and skype, mesti Adi akan cakap,

kak long, "jangan lupa beli PSP tau !!

jawabku, mane la ade PSP kat jordan ni adi".



asyik fikir pasal mainan je ustaz adi sorang ni. nak PSP boleh, tapi kene dapatkan 5A dulu, amacam adi ?? :)


pesanan penaja dari jauh :

semoga Adi Fawwaz semakin meced disana ye. belajar rajin3, lepas ni boleh mai sambung belajar kat UK ke ^^


.........................


[300511]

Alhamdulillah, tamam imtihan nihaie bagi fasal thani di sini. moga Allah taqdirkan natijah yang terbaik inshaAllah. al muhim, moga result kali ni Allah redha dan Allah nilai.


Dr Ali Fawwaz, Dr Amin Butush, Dr Mustafa, Dr Azzam, Dr Syukri & Dr Imran - jazakumullahu khairan jaza' ala kulli haal.



nota kaki :

~ moga-moga muaddal tarkumi tak jatuh, inshaAllah !!

26 May 2011

Imtihan : Kunci Kejayaan



alhamdulillah, sekarang ni masih dalam fatrah imtihan lagi. inshaAllah lagi 2 paper berbaki, mOga Allah kuatkan saya dan teman-teman yang sama-sama berjihad di dataran syuhada' ini.

dan Allah izin 3 paper yang dah lepas, markah dah keluar. sekali lagi, Alhamdulillah. praise to Allah. walaupun result kali ni kurang memuaskan bagi saya. inshaAllah usaha dan hubungan dengan Allah perlu ditingkatkan lagi!! terima kasih ummi ayah atas d0a dan spirit yang tak putus-putus dari kalian.


setiap kali nak exam, mesti umi akan ingatkan saya,

ingat Allah selalu, inshaAllah Allah ingat kepada kita walau dimana dan keadaan mana pun kita.


pesan ayah pula,

buatlah yang terbaik untuk exam kali ni kak long. semoga sentiasa dalam barakah dan rahmat kasih sayang Allah. ayah sentiasa doakan puteri ayah yang jauh ni.


spirit dari adik, faiz,

pergi dengan penuh harapan, inshaAllah pulang membawa Kejayaan untuk Islam, All the best inshaAllah.


terima kasih, terima kasih dan terima kasih atas segala doa dan hamasah dari kalian.


suka untuk saya share sedikit mutiara sakinah,

'seorang yang hidup untuk dirinya, mungkin dapat hidup rehat, tetapi dia hidup kerdil dan mati kerdil, tapi bagi MANUSIA YANG BERJIWA BESAR yang memikul tugas yang agung ini, maka dia tidak lagi memperhitungkan persoalan-persoalan tidur, rehat, tilam yang hangat, kehidupan yang tenang dan kenikmatan yang selesa. Rasulullah saw telah pun menyedari hakikat tugas dakwah itu, kerana itu Baginda telah berkata kepada Siti Khadijah yang menyuruhnya bertenang dan tidur, "wahai Khadijah, masa tidur telah berlalu." Ya, masa bersenang-senang dengan tidur telah berlalu dan tidak akan kembali lagi mulai hari ini. masa kini ialah MASA BERJAGA MALAM DAN BERPENAT LELAH DAN MASA PERJUANGAN YANG SULIT DAN PANJANG'.


nota kaki :

~ 2 paper to go, fiqh muamalat & tarbiyyah wathoniah!!

~ selamat jalan tetamu Allah, Mc Aya, Mc Naziah, Kak Fi & Kak Qilah. semoga Allah permudahkan segala urusan entum disana :)

~ AGM PERMATA 2011 semakin hampir!!

~ rindu dengan 'besi baru'. m0ga 'besi' itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kerja-kerja Islam inshaAllah.

Death to Israel Now !!!



~Valley of The Wolves Palestin 2011~

14 May 2011

exam.imtihan.peperiksaan



jadual final exam saya bagi fasal thani 2011,

17/5/11 - Tarbiyyah Riyadi

18/5/11 - Tarbiyyah Watoniah

22/5/11 - Ahadis Ahkam (11-1 am) / Ulum Quran (4-6 pm)

23/5/11 - Aqidah 3 (8.30-1.30 am)

30/5/11 - Fiqh Muamalat (11-1 am)


best kan jadual final saya :)




bittaufeQ al-mutamayez untuk semua. Rabbuna Yusahhil inshaAllah~



nota kaki :

~ lagi 2 hari untuk paper 1. f0kus, f0kus & fokus Afifah!!

~ ummi, ayah, adik-adik & semua, need ur Dua'.

~ imtihan besar kali ke 2 di dataran syuhada'.

~ pesan kak qilah, All the best, buat yang terbaik kerana Allah.

~ pesan An, enti boleh, enti yang ajar ana boleh. s0, enti mesti lagi b0leh!! n0thing imp0sibble :)

13 May 2011

Malu


Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.

[Ustaz Fathi Yakan]


nasyeed yang ayah selalu nasyidkan untuk kami, puteri-puterinya,

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

[Puteriku Sayang by Hijjaz]



nota kaki :

~ jadilah kita pemudi yang mempunyai sifat malu, malu pada perkara yang sepatutnya kita malu ^^

~ malu itu sebahagian daripada Iman kan :)

just pray!!

~kredit to sarah hamizah~


pesan seorang adik yang sangat saya hormati,

wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana pemuda yang bijaksana itu, tak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinanyya bagi memimpin dirimu. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan dan adam yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu.


doa seorang sahabat,

m0ga Allah hadiahkan nti pendamping hidup yang akan membimbing ke syurga. ameen ya Rabb.


sms dari ummi,

umi doakan antum semua jadi anak-anak yang soleh yang dapat berbakti pada orang tuanya dan dapat calon pasangan yang soleh/solehah yang dapat membina baitul muslim dan dapat merealisasikan D&T dalam kehidupan inshaAllah.


teringat saya pada pesanan ustaz faiz, sewaktu di kusza dulu,

kita hajatkan perkahwinan yang Barakah, jadi jalan-jalan yang dilalui, yang ditempuhi mestilah yang berlandaskan syara'. jika bertunang sekalipun, itu bukan tiket untuk kita buat sesuka hati kita. semuanya di tangan entum!! entum yang lakukan dan entum lah yang menilai.



nota kaki :

~ kata as syahid imam hassan al-banna, 'medan bercakap tidak sama dengan medan beramal'. nak cakap ni senang je, tapi untuk terjemahkan apa yang kita cakapkan itu agak sukar kan!! Kerana itu, pernah terfikir bahawa lebih baik kurangkan berkata-kata dan kotakan apa yang dikata!!

~ nasihat saya, bagi teman-teman yang Allah izin dah ada calon pasangan, kalian jagalah betul-betul hubungan itu mengikut apa yang syara' tetapkan.

~ dan untuk berkahwin ni, bukan perkara yang mudah dan bukan boleh main-main, masing-masing mesti ada persiapan ke arah itu!!

~ moga hati kita semua dalam pemeliharaan Allah & dijauhkan daripada fitnah inshaAllah.



wallahua'lam.

07 May 2011

Taujihat


Adikku,

terus bangkit dengan keimanan,
ikatan hati kita adalah ikatan Iman,
mana mungkin terasa jauh,
j0m sama-sama berjuang & berjihad!!

now, adakah kita sedaya upaya cuba untuk menjadi Alim Mujahid??


- kak sah,
- 07/05/11

06 May 2011

medan ini : Mazar

tempat ini menjadi saksi~


alhamdulillah, setelah sekian lamanya saya berhajat untuk ke Mazar, dan alhamdulillah semalam Allah izin saya dapat pergi sana. walaupun mazar dengan mu'tah jaraknya tak jauh pun. hari-hari boleh pergi :)

dengan berbekalkan sedikit duit, sedikit semangat, buku peringatan, dan ditemani oleh adik kesayangan saya, aiisyah muhammad (asalnya plan nak pergi sorang je, tapi at last dia nak ikut), ma fi musykilah.

sebenarnya hajat saya untuk kesana, untuk ziarah sahabat-sahabat rasulullah, untuk mencari semngat, semangat yang kian pudar, kian lesu dalam diri saya sejak akhir-akhir ni. saya pun tak tahu kenapa, something wrong with me!!

sampai disana, terus ke masjid solat dhuha dan sebagainya.

kemudian, kami berjalan ke makam si penyair, abdullah rawahah, sahabat ke 3 yang syahid dalam ghuzwah mu'tah sebelum panji islam diambil alih oleh panglima khalid al-walid. di makam itu, alhamdulillah Allah hadirkan perasaan sedih, sebak, sayu dan sebagainya dan akhirnya air mata yang kering ini tumpah jua. alhamdulillah!!




then, kami pergi ziarah sahabat zaid harithah dan jaafar thayyar.

saya cuba untuk hayati kembali seerah ghazwah mu'tah ni, bagaimana terbagunnya jiwa-jiwa yang inginkan syahid, jiwa-jiwa yang rela berkorban demi tertegaknya khilafah islam, jiwa-jiwa yang yakin dengan kebenaran dan janji-janji Allah swt. semua ini tak lain dan tak bukan, hasil daripada tarbiyyah dari madrasah rasulullah saw. masya-Allah, sangat luar biasa peribadi-peribadi mereka.




dan alhamdulillah, dengan ziarah ini, sedikit sebanyak memberi saya kekuatan, semangat untuk saya meneruskan pengajian di dataran syuhada' ini. sungguh, saya amat yakin, Allah hantar saya ke sini bukan sia-sia!!

dan masa first menjejak kaki ke sini, time taklimat untuk students baru, ustaz awis al-qarny ada menyebut, alhamdulillah, Allah pilih entum untuk datang ke sini, daripada beratus-ratus orang, entum terpilih!! terpilih untuk berjiran dengan para sahabat. jadi, peluang yang ada ni, entum guna kan dengan sebaik yang mungkin.


di sana, saya dan aiisyah sempat share something sebagai bekalan kami, kami bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.

kami berbincang dari buku anak-anakku bangunlah,

Dzun Nun ditanya, "dengan jalan apakah hamba Allah itu dapat masuk syurga?" Dzun Nun menjawab: "dengan lima perkara,

1) hati yang tidak disertai penyelewengan.
2) amalan yang tidak disertai kelalaian.
3) pengawasan terhadap perhatian Allah pada waktu bersendirian mahupun di hadapan manusia.
4) membuat persiapan untuk menghadapi kematian.
5) menghitung amal perbuatan sendiri sebelum datang hari perhitungan."


Alhamdulillah, fursah as-saeedah!! terima kasih ya Allah.



nota kaki :

~ menghitung hari untuk imtihan nihaie!!

~ untuk adik saya, faiz, bank islam masih tak replay lagi =)

Ikhtilat


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesunguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti ym, sms, email dan facebook. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat sampai perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk meneman kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya..

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak ( berdosa ).

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. saya bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian.


Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim :

1- Elakkan berhubung dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' ( bagi nisa' ) dan rijal ( bagi rijal ), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2- Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu,hehe,hihi,haha. Seolah-olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang faedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran : " Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik. " Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3- Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4- Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran kaedah komunikasi yang kita belajar " make eye contact with the person you are talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhuwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep " dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukkan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5- Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu email yang saya dapat mengenai luahan rijal. Jom kita berkongsi bersama. insyaAllah ada manfaatnya.

" lalu apa yang telah aku lakukan selama ini. ya Rabb, tolong ampuni aku. untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab. ya Rabb. Engkau mengawasi kami tiap detik, kerana kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dari sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.


Sumber : www.pewaris.com


~ selayak-layaknya ini peringatan tegas buat diri saya sendiri!! moga kita sama-sama lebih intabih tentang masalah ikhtilat ni.

~ moga Allah pelihara hati saya & hati kalian dan moga kita semua dijauhkan daripada fitnah-fitnah inshaAllah.

03 May 2011

المرأة الصالحة


المرأة الصالحة خير من الدنيا وما فيها


Wanita acuan Al-Quran,
Ialah seorang wanita yang beriman,
Yang hatinya di saluti rasa taqwa kepada Allah,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahagakan dengan pahala,
Yang solat adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gementar untuk melawan nafsu.

Wanita acuan Al-Quran,
Ialah yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang di milikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang di carinya,
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan
Tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Wanita acuan Al-Quran,
Ialah wanita yang menghormati ibunya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua
Dan keluarga,
Yang bakal menjaga kehormatan rumahtangganya.
Yang akan mendidik anak-anak mendalami
Agama Islam.
Yang mengamalkan hidup dengan penuh
Kesederhanaan kerana dunia baginya adalah
Rumah sementara menanti Akhirat.

Wanita acuan Al-Quran,
Sentiasa bersedia kepada Agamanya,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan
Mencontohi sifat Fatimah Az-Zahraa,
Yang boleh di ajak berbincang dan berbicara,
Yang sujudnya penuh kehambaan dan penuh
Kesyukuran dengan rahmat Allah SWT keatasnya.

Wanita acuan Al-Quran,
Tidak pernah membazirkan masa,
Matanya penuh kepenatan kerana kuat membaca,
Yang suaranya lesu kerana penat mengalunkan
Ayat-ayat suci Al-Quran dan berzikir,
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuhnya dengan penuh keredhaan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.

Wanita acuan Al-Quran,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya dunia adalah ladang Akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu
Perlu di jaga,di baja dan di siram
Agar hasil tuaian nanti dapat dituai dengan
Gemilang dan melimpah,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Wanita Acuan Al-Quran,
Ialah wanita yang tidak terpesona dengan
Buaian dunia kerana ia mengimpikan JANNATUL FIRDAUS.
Disitulah rumah impiannya,
DIALAH WANITA ACUAN AL-QURAN,

أمين يا رب


nota kaki :

اللهم اجعلني عفيفية الصالحة. أمين :)

02 May 2011

medan ini : penghargaan



Committee Hari Keluarga Permata (HKP 11). kredit to cameraman, ust saifullah.


Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah.

bersyukur pada al-khaliq, akhirnya hari keluarga permata yang dirancang selama ni sudahpun melabuhkan tirai.

terima kasih ya Allah atas segala rahmat dan kasih sayangMu, atas segala bantuan yang tak putus-putus dariMu.

dan disini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan pada penasihat kami, kak nawwar, pengarah program, ustaz syafiq dan timbalannya, masyitah. dan tidak dilupakan buat semua team HKP 11, AMT/ALT & adik beradik permata yang disayangi sekalian. kalian memang terbaik!!

buat Ketua BP, ustaz ali & timbalannya, insyirah. terima kasih atas segala komitmen dan kepercayaan kalian kepada kami.

tidak dilupakan juga buat mas'ul saya, ustaz mohd syahidi a.k.a senior kusza, atas segala pertolongan, tunjuk ajar dan segala-galanya. ketua yang baik mybe. jazakallah ustaz.

sahabat-sahabat yang banyak berkorban dan bersabar, wan nur hanisah, qatrunnada', fathiyah, aiisyah muhammad dan kak am. hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian. Allahu yubarek fekum!!

sem0ga kerja-kerja kita ini dinilai oleh Allah dan mendapat 'saham' disana inshaAllah.

akhir kalam, jazakumullahu khairan jaza'.



nota kaki :

~ tadi exam ahadis ahkam, sangat menguji minda (sebab study last minute). tQ kak ain atas nota yang amat berharga!!

~ alhamdulillah, selesai sudah semua imtihan thani. next, nihaie. perlukan peCutan!!

~ masih berfikir untuk madah fiqh muamalat. moga Allah taqdirkan yang terbaik :)

~ ummi, ayah, adik-adik yang jauh dimata, sungguh, ku sangat rindukan kalian!! terima kasih atas segala peng0rbanan kalian. d0 pray for me!!