Pages

23 July 2012

Anak Rantau


I 5 Ramadhan 1433 I


Harakah pun Harakah la kan :)






sedar tak sedar, berbaki lagi 25 hari kan. sangat pantas masa berlalu. moga ruh Ramadhan kali ini benar-benar mengalir dalam hati dan diri kita, inshaAllah.




jadual nihaie pun dah keluar,


06/08/12 - bahasa arab
09/08/12 - da3wah khitobah
11/08/12 - fiqh qodo'


so, study la dari sekarang, nanti akhir-akhir baru nak menyesal. go go go afifah !



21 July 2012

Ramadhan : Mazar


 [ picture tahun lepas, di depan masjid ]
semalam tak ingat nak snap gambar. maalish3.



3 Ramadhan 1433.

Alhamdulillah, Allah izin tahun ni saya masih bergelar 'graduan ramadhan', graduan yang amat berhajatkan sijil taqwa inshaAllah.

Sayu. sedih. syahdu. gembira.

antara perasaan saya pada malam tadi. Alhamdulillah Allah izin juga untuk saya solat terawikh di Masjid Jaafar ibn Abu Thalib, Mazar pada ramadhan kali ni. masjid yang satu-satunya menempatkan makam 3 sahabat yang mulia di Mu'tah ni. masjid ini sangat 'special' di hati saya.

malam tadi, saya berterawih 'bersama' sahabat-sahabat Rasulullah ! Subhanallah.


.....


Catatan Abu Saif dalam Rindu Bau Pohon Tin.

malam itu kami bertarawih di masjid Jaafar Ibn Abi Thalib. sayu-sayu sahaja bacaan imam tua yang memimpin solat kami. sesekali saya menoleh ke belakang. kelihatan makam Jaafar Thayyar jauh di sana.

ganjil sungguh perasaan saya malam itu. bercampur baur antara sedih dan bangga. sedih sebagai naluri biasa saya terkenangkan keluarga di kampung.

tetapi ada juga terselit rasa bangga kerana malama ini, saya menyambut ramadhan di sisi para sahabat yang pernah bertarawih bersama Baginda saw. di belakang saya ada Jaafar Abi Thalib. di kiri masjid pula ada Zaid Harithah dan jauh di seberang jalan, Abdulullah Rawahah bersemadi. ramadhan kali ini saya terasa bagai dekat benar dengan Rasulullah saw. segali puji buat Mu, ya Allah.


.....


otw balik, saya senyap je. berfikir dan berfikir. rasa macam tak percaya Allah campakkan saya di sini.


" awat kak fifah ni,  syahdu je wani tengok "


" ntah la wani. mesti la syahdu. ramadhan terakhir di dataran syam, kita solat tarawih tadi dengan para sahabat tau ".


" kak fifah ni, janganlah buat wani sedih. kak fifah lambat lagi nak balik kan "


" kak fifah tak lama dah nak balik wani, nanti mesti rindu suasana macamni, lebih-lebih lagi solat tarawih di Mazar ni ".


ada jugak orang perasan perubahan saya kan. terbaikk adinda wani :)


saya bakal merindui segala kenangan-kenangan indah, pahit, manis, masam di sini nanti. dataran ini banyak mendidik dan mengajar saya tentang segala-galanya.

ada orang kata, hidup saya penuh dengan kenangan. hoho.


~ opss, saya tak akan lupa jasa orang yang sanggup murakib kami malam tadi. Jazakallah Mr Murakib. Allah yazidka kheyr !


Tetamu Dataran Syam - syukur padaMu ya Allah.


p/s : esok imtihan thani, bahasa arab Dr Thoriq + fiqh qodo' Dr Abdullah Fawwaz. dOakan plezz !



3 Ramadhan,
berbaki lagi 27 hari.


20 July 2012

tarbiyyah ramadhan




Via : Pak Cik Rosdi Baharom.

Secara jujur kita mengaku bahawa majoriti kita memiliki hati yang sudah 'sakit' dan semakin kehilangan fungsinya.  Kita melalui hidup kita seharian tanpa hati.  Jika adapun hati kita kering, keras dan kesat.  Perasaan-perasaan 'besar' yang Allah SWT sediakan dalam hati kita untuk diutuskan agar dapat membawa kita untuk menikmati kebahagiaan telah di'rampas' dan dibawa untuk menikmati tuntutan syahwah dan menikmati dunia.  Perasaan seperti cinta yang dikurniakan sebagai jalan meraih kebahagiaan telah banyak membawa kita kepada penderitaan.

Bagi kita yang masih melakukan aktiviti-aktiviti ubudiyyah, kita sujud tanpa kusyu'. Kita bertasbih tapi kita tidak merasai sedang berdepan dengan Allah.  Kita memuji Allah dengan tasbih, tahmid tetapi rasa kagum dan hina di depan Allah tidak ada lagi kalaupun perasaan ini mungkin pernah wujud.  Bila mana kita membaca Al-Qur'an hati kita langsung tidak tersentuh kerana kita membacanya tanpa hati.  Hanya lidah bergerak-gerak dan suara kita yang dapat kita dengari, tetapi fikiran dan perasaan kita tidak hadir bersama.   

Hati kita lumpuh tanpa rasa akibat dosa yang bertompok-tompok setiap hari. Taubat yang kita lakukan juga hanya dengan kata-kata tanpa dimulai dengan penyesalan yang mendalam dan kebencian kepada maksiat yang telah kita lakukan.  

Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang amat mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya yang sedang menderita kehilangan fungsi hati dan iman yang semakin melemah.  Tiba-tiba bantuan Allah SWT kelihatan sudah dekat.  Hati yang kering kontang, gersang kerana terlalu kurang disirami dengan air iman sudah mula merasai tanda-tanda bantuan pemulihan dan penyegaran.  Hati yang sangat memerlukan nutrisi iman sudah dapat mengesani 'hidangan' yang akan membawa hati menuju kesihatan.  Ya! Hidangan Ramadhan sudah dirasai aromanya.  Mungkinkah kita akan dipilih untuk menghadiri 'pesta ibadah' yang disebut oleh Abul Hasan Ali An-Nadwi?

Ya Allah, izinkan kami bertemu dengan Ramadhan yang akan tiba hanya beberapa hari lagi.  Janganlah Engkau matikan kami lagi sehingga kami dapat melalui tamrin Ramadhan yang paling istimewa ini.  Engkau kirimkan Ramadhan kepada kami untuk menghidupkan semula hati-hati kami, maka Ya Allah, izinkanlah kami menikmati pakej yang Engkau sediakan.

Ya Allah, hati-hati kami memerlukan tazkiyah yang intensif untuk memulihkannya dan memberikan kehidupan yang sebenar kepada hati-hati kami.  Tidak ada yang lebih baik dari proses tazkiyah yang disediakan oleh-Mu di sepanjang Ramadhan.  Kami telah diajari bahawa proses tazkiyah, sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah, adalah berpusat kepada shalat yang intensif, puasa di hari yang terik, sajian ayat-ayat Al-Qur'an untuk mengetuk-ngetuk hati dan infaq yang meringankan hati dari kuat terpaut kepada harta.  

Dalam  Ramadhanlah semua ini Engkau bekalkan dan Engkau berjanji akan mengganjari sesiapa yang bersungguh-sungguh dan ikhlas melalui proses ini dengan ganjaran berlipat ganda.  Engkau janjikan pelbagai kebaikan dan kenikmatan.  Ya Allah, tidak ada yang lebih baik kurniakan selain dari hidup semula hati-hati kami, meningkatnya iman kami dan semakin eratkan hati kami berpaut kepada-Mu.

Ya Allah, kami sangat-sangat berhajat kepada Ramadhan kerana segala keberkatannya dan proses tarbiyah dan tazkiyah yang Engkau sediakan dalam Ramadhan ini. 

Ya Allah, bekalkanlah kami dengan kekuatan untuk terus melalui proses ini setelah berlalunya Ramadhan kerana kami tidak ingin menjadi insan Ramadhani tetapi kami sangat berhajat untuk menjadi insan Rabbani.

Ya Allah, tingkatkan kemampuan kami untuk menyambut Ramadhan ini semaksimum mungkin.  Janganlah kelemahan kami mengakibatkan terbatasnya kesan tarbiyah Ramadhan ini kepada hati kami.  

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan sucikanlah hati-hati kami.  Janganlah Engkau biarkan kami memasuki Ramadhan ini sedangkan hati-hati masih kotor dan tercemar.  Perkenankanlah hajat dan do'a kami Ya Allah.

.....

hari ni di Jordan dah masuk 1 Ramadhan. Semoga kita dapat menikmati Ramadhan ini sebagai bulan untuk kita meningkatkan taqwa kita kepada Allah dan semoga bulan barakah ini dapat mendidik jiwa kita untuk menjadi hamba yang rabbani, inshaAllah.


salam 1 ramadhan,
kullu 3am wa entum taqarrub ila Allah.



14 July 2012

single



bukan senang nak memilih ketua untuk musafir kehidupan yang panjang.
juga tidak mudah untuk menjadi pembantu yang tetap tenang. [ SH ]

Ayuh, persiapkan diri !

"ya Allah, singkir lah dia dari ku".


Ramadhan Mubarak semua. only 5 days.


13 July 2012

kronogi imtihan


salam jum3ah mubarakah, salam sayyidul ayyam. moga ceria selalu ye :)

diantara sifat individu musleem itu adalah sangat menjaga masa dan tersusun urusannya kan.


inshaAllah, kali ni saya nak main cerita-cerita sikit. (baca dengan nada yang santai ye) ^^




[ 210612 - Jamiah Yarmouk ]
mustami3 kelas fiqh ibadat, Dr Ibrahim Jawarneh.

(teringin nak mustami3 kelas Dr 'Ala Hilat, figure yang hebat) 



kronologi imtihan..

minggu lepas saya ada 3 exam, bahasa arab 99, fiqh qodo' dan da3wah khitobah. isnin 2 madah (bahasa arab dan fiqh qodo') dan rabu (dakwah khitobah).

saya tak ready lagi nak exam, jadi saya amat takut. (sampai bila pun takkan ready kan).

bermula dengan hujung minggu,

Jumaat - bangun awal. subuh di jordan ni masuk pukul 4 pagi. ohh, sangat awal kan, nak tunggu betul-betul pagi dalam pukul 8. so jarak dalam 4 jam, tak dapat tidak time tu la nak 'sambung balik perjuangan'. (saya sedaya upaya berusaha untuk tak tidur selepas subuh, pandai-pandai la cari kerja lain kan). pastu, study sikit (tak bersungguh-sungguh). selepas solat jumaat, main masak-masak pulak (buat kuih pulut picit dan popia), ada tetamu nak datang. then saya sorang-sorang pi rumah hanisah, ziarah dia sakit. (Allah izin terlekat di bayt dafinah sampai pagi sabtu).

Sabtu - tengahari tu pi kenduri aqiqah iman, malam study (masih tak bersungguh lagi).

Ahad - ke jamiah (kelas saya untuk soifi ni, pukul 9.15 pagi - 2 petang), setiap hari macam tu. pagi tu, selepas kelas da3wah khitobah, terus ke kelas bahasa arab di mujamma' jadid. lepas tu ada gap dalam sejam setengah, rutin harian saya adalah ke maktabah. (hari-hari macam tu lah). study sikit apa-apa yang patut dan saya baru tersedar dengan jayanya bahawa esok saya exam 2 paper. hoho. sedar sambil fikir apa yang patut saya lakukan.


saya mula study madah fiqh qodo' memandangkan madah tu muqarrarnya sangat banyak (alhamdulillah, ada translation bm). pastu sambung pergi kelas fiqh qodo' (dengan harapan doktor abdullah fawwaz nak batalkan exam esok). dalam kelas doktor tanya kami, "imtihan yaum sulasa' sah?". "naam", masing-masing nak ta'jil imtihan. doktor gelak, "la', la', imtihan bukrah sah?" "kholas, imtihan yaum isnin". (tak de harapan nak tunda T_T). saya tekad, macamana pun, kene habis jugak baca fiqh qodo' sebelum exam.

lepas kelas, saya ke maktabah sampai bunyi loceng (dalam pukul 4.15 petang). btw, saya tukar turn masak dengan tasneem memandangkan tak sempat dah nak fikir, esok 2 exam ni. hehe.

lepas asar, hajat di hati, nak rehat kejap. lepas solat dan baca mathurat, kami dikejutkan dengan berita dari kak ain, mak dia di malaysia tak sihat, semua adik beradik berkumpul, dengan terketar-ketar kak ain mintakkan kami baca yasin. saya dah tak keruan, kak ain sedih, saya turut sama sedih. time tu tak ingat mana dah esok exam 2 paper. fikir tentang apa yang berlaku depan mata. saya call, hantar message pada orang-orang yang terdekat mintak tolong doakan mak kak ain dan sebagainya. dalam hati, tak berhenti-henti munajat moga Allah kurniakan kesihatan, kesembuhan untuk keluarga di malaysia dan mak kak ain khususnya. 'ya Allah, jangan Kau uji kami dengan apa yang kami tak mampu untuk menerimanya'. saya buntu. keadaan masih terkawal dengan kehadiran ydpah mppmj dengan lawaknya yang membuatkan kami semua tersenyum bahagia :)

selepas maghrib, saya sedar yang esok saya exam 2 paper, dan saya masih tak ready lagi. fiqh qodo' tak habis baca lagi. bahasa arab sah sah lah tak baca lagi. ya Allah, bantulah aku ! saya mula study dan study.

lepas isya' (dalam pukul, 9.30 malam), sambung balik study dengan jayanya. nak tak nak memang kena study, kalau tak, nak jawab apa esok. sebelum terlupa, saya ada simptom tidur awal, saya pun tak tau macamana nak rawat dah. ghalibnya, lepas isya', dalam pukul 10, saya akan tidur. memang saya orang yang tidur awal. bila time exam, perkara ni agak jadi masalah buat saya. OMG ! so, malam tu nak tak nak saya kena bertahan mata, agak sukar sekali. dan lagi satu, sebelum nak baca buku, nak study, saya tenangkan fikiran saya dulu, saya setkan dalam mind saya, inshaAllah Allah akan bantu, yakin dengan Allah. tugas kita berusaha bersungguh-sungguh dan belajar, natijah terserah pada Dia. saya akan baca dulu kata-kata semangat yang ada di atas meja study saya. antaranya,

" markah yang didapati hasil imtihan,,,
" kadangkala kita begitu bersungguh berusaha,,,
" umat islam harus cemerlang,,,
" sebelum belajar, niat bahawa,,,
" study untuk Allah,,,
" teruskan melangkah, kejayaan sedang menunggu,,,
" kegagalan adalah memeritkan,,,
" berjuanglah dengan tenang,,,
" untuk imtihan aku belajar juga, tapi bagaimana kamu,,,
" formula study S & H,,,
" dan banyak lagi...

dan hamasah yang lain, saya akan dengar nasheed 'menuju wawasan' dan 'sanakhudu', paling kurang saya akan dengar sekali. semua ni akan membangkitakan semangat saya untuk study. (sekadar perkongsian).

teruskan study, dalam pukul 11.30, cannot go dah. saya terpaksa la 'syaheed awwal'. dan part yang paling best, bila time exam kan, boleh pulak set bangun awal, seawal 2 pagi boleh bangun. hebat sungguh penangan exam kan :) Alhamdulillah, Allah gerakkan saya untuk bangun awal pagi tu. buat apa-apa yang patut dan sambung study sampai subuh.


fiqh qodo' masih tak habis lagi saya baca, saya baca dan fahamkan betul-betul, tu yang agak memakan masa, sebab takut tak sempat dah untuk ulang balik. dalam pukul 6.30 pagi, Alhamdulillah habis study untuk fiqh qodo'. time tu, saya dah tak keruan dah, bahasa arab tak baca lagi ni. ya Allah ! breakfast ditemani dengan buku bahasa arab, Alhamdulillah lah bahasa arab ni senang je untuk hafal dan faham, sebab belajar bab yang basic je :)


Isnin - persiapan kendiri. ke jamiah. kelas da3wah khitobah tak de (alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk ulangkaji lagi. dengar cerita doc abdul raud dapat cucu. mabrouk doc. hehe). saya gunakan masa sebaiknya untuk study bahasa arab, pukul 10.30 pagi exam. sebelum kaki melangkah ke mujamma' jadid, saya sempat call ummi, bagitau nak exam, mintak tolong doakan dan sebagainya. amat berhajat pada rahmat dan kasih sayang Allah.

sebelum masuk kelas, sempat lagi tengok nota Aayat (kawan arab sekelas) sekali imbas. dia kata exam abc je, senang je inshaAllah. "Allah yusahhil 3alayk ya Afifah", " inshaAllah, wa iyyaki kaman ya Aayat", balas saya.

saya sangat risau dengan i'rab sebenarnya. dan soalan abc membuatkan saya keliru yang mana satu jawapan yang paling rajih. dengan lafaz bismillah saya pangkah di kertas jawapan. amat berharap agar rahmat Allah selalu bersama saya. dan tak lupa juga, setiap kali imtihan, saya akan tulis diatas kertas jawapan saya kalimah bismillahirrahmanirrahim dan wallahu waliyyu taufiq, wallahu taala a3lam bissawab dan sebagainya. (moja lebih-lebih tak pernah lagi la setakat ni, bagi peluang kat orang nak khirrij dulu. hoho). kalimah-kalimah tu membuatkan saya tenang, kebergantungan kita pada yang satu, hanya pada Allah. mungkin dengan kalimah tu, ada keberkatan kan.

dengan lafaz tawakkaltu 3ala Allah, saya orang ke dua last hantar kertas. semoga Allah taqdirkan yang terbaik.

dan tak lupa petang tu, dalam pukul satu, saya ada lagi 1 paper, fiqh qodo'. amat gerun. habis exam, terus ke maktabah. tak pandang orang dah, terus naik ke tingkat 3, cari port yang sesuai dan sambung study. Alhamdulillah Allah izin sempat habis baca sekali sebelum berperang. ok la tu kan :) time study tu, kat luar ada berlaku kekecohan, arab gaduh lagi. sabar je la. saya pun tak tahu boleh keluar ke tak dari maktabah tu, takut kena sekat dengan haris je. keadaan semakin terkawal, saya dan Arina boleh keluar dari maktabah menuju ke kulliyah syariah.

di musolla, dengar cerita kelas petang tu dibatalkan sebab berlaku pergaduhan. saya mengharap ada keajaiban yang berlaku. tak de kelas, bermakna tak de exam. i'm not ready, kalau tangguh hari selasa pun saya masih sanggup sebab ada masa lagi nak baca malam tu. lepas solat, terus ke kelas, dalam 15 minit tunggu doc tak masuk, macam tak de exam je ni, yahoo. syabab pun bagitau tak de kelas. sukalah lah saya, tapi still ragu-ragu. elok keluar nak turun tangga, tiba-tiba semua naik balik, nampak doc abdullah fawwaz, "masuk kelas semua, kita ada exam ni, cepat2". adoii, keajaiban tak berlaku mana la ni. ada teman sekelas yang dah balik, ingat tak de exam. nasib lah.

tengok soalan, boleh tahan la, soalan 1 dan 2 ok. soalan 3 saya jadi blurr, debar kejap. arab pun bising tanya soalan no 3 tu. doc pun bagitau, jawab 2 soalan je, pilih la yang mana-mana pun. ohh, Alhamdulillah selamat. of course la saya pilih no 1 dan 2. walaupun boleh jawab, tapi ada je point-point yang saya lupa, tak tamam la jawapan saya tu. tawakkaltu 3ala Allah, hantar. saya orang ke dua last yang hantar (simptom jugak ni). 

otw balik rumah, dah set malam ni kene study untuk exam rabu ni, da3wah. muqarrar da3wah pun boleh tahan, sangat banyak. tapi malam tu Allah izin tak study mana pun, bersembang je banyak (macam tak pernah jumpa dengan ahli bayt setahun je. hehe).


Selasa - doc raud ajar sampai bab " ثمات الخوف " dalam madah da3wah. ok, exam esok masuk sampai muhadharah hari ni. what, sangat banyak ok. apa yang doc ajar dalam kelas tu, saya ambik endah tak endah je sebab fokus study yang lain. menyesal.

dalam kelas bahasa arab, doc thoriq bagi result yang exam semalam, Alhamdulillah, Allah tolong. not bad. teruja jugak sebab arab sebelah saya markahnya lebih rendah dari saya. dia arab kan, sepatutnya dia lagi-lagi kena skor. saya melayu je :)

Aayat dapat 19/21. mabrouk ! lepas tu saya ke maktabah macam biasa. esok exam lagi. pernah terlintas di fikiran, tak larat dah nak exam. tapi perjuangan harus diteruskan. sedar tak sedar, kehidupan kita seharian ni pun merupan exam kan, dan natijahnya dapat bila kita balik pulang pada Allah.

di maktabah, saya baru nak study dengan serius untuk exam esok. helaian demi helaian ditatap, banyaknya ya Allah. sempat ke ni. (nak pengsan rasa). ta'rif pun dah banyak kena hafal (sah sah tak boleh goreng, fakta kan). saya khali kan dulu untuk ta'rif, study yang lain dulu. selepas habis kelas fiqh qodo', saya transit di maktabah lagi sampai pukul 4.15 petang, study dan study.

otw balik rumah, baru ingat, petang tu ada perjumpaan batch akhawat M.U, ada jamuan makan-makan sikit. teragak-agak nak pergi sebenarnya, last minute saya buat keputusan untuk pergi dengan ahli bayt, muni. kak ain tak pi sebab ada study group nizom hukum kat rumah kami. ok, pukul 7 petang habis makan-makan, sampai rumah dah maghrib. memang sangat penat dan letih. saya tak tahu lah macamana saya nak hadapi malam nanti untuk study. lepas maghrib saya paksa diri untuk 'syaheed' kejap. lepas solat isya', mula balik struggle, macam biasa hamasah saya, nasheed dan kata-kata yang tertampal di meja study.


Rabu - Alhamdulillah, Allah gerakkan awal, buat apa-apa yang patut dan sambung balik study. saya kira tak sempat untuk saya habiskan pembacaan saya. ta'rif pun saya tak hafal lagi, masih banyak lagi. ohh, alangkah bahagianya jika dapat putar balik masa. saya study je la setakat mana yang termampu. nak dekat pukul 7 pagi, baru saya mula hafal ta'rif, dalam 21 ta'rif yang saya kena hafal, bukan 1, 2. dalam masa yang sama, amat berharap agar soalan tentang ta'rif ni tak keluar dalam exam nanti. (tapi ta'rif ni soalan famous). tawakkal 3ala Allah. saya hafal ta'rif yang senang dan yang saya tergerak nak hafal, tu je. memang cari nahas la kan. (salah siapa yang study last minute) ^^

bersiap ke jamiah awal dari biasa, berdebar nak exam punya pasal. sebelum ke jamiah, ambik masa kejap untuk call ayah, bagitau nak exam, mintak tolong doakan dan sebagainya. ayah pun tiup semangat sikit kat puteri kesayangan dia ni. kata ayah, "kak long ni kan exam sokmo, hari tu rasa baru lepas exam, ni nak exam pulak doh". hehe. biasa la ayah, "fasal pendek kan, kejap je belajar. jangan lupa doakan tau".

dengan lafaz bismillah, melangkah kaki ke jamiah sambil diiringi oleh nota da3wah. tak tengok orang dah time tu. fokus afifah, awak ada berapa minit lagi untuk exam ! nak sampai ke kuliyyah syariah tu, saya banyak ulang ta'rif dan ayat quran, sangat berharap agar yang tu masuk exam.



soalam imtihan awal da3wah khitobah. best kan.



kawan-kawan sekelas majoriti spot soalan lain, wajib baca dan hafal yang ni, yang tu, masuk exam ni, masuk yang tu. saya pulak spot yang lain. bila dapat kertas soalan, masing-masing cuak, soalan tak terjangka. soalan ta'rif hanya keluar 4. Alhamdulillah saya sempat hafal yang tu. dan yang paling best, soalan nombor 3, baru doc raud ajar dalam kelas semalam. rasa macam nak bukak buku kejap, nak tengok. ruginya ! saya baca je yang tu, tapi tak ambik berat sangat. banyak fokus tajuk lain. keluar je exam, saya terus cari jawapan untuk soalan no 3 tu. mashaAllah, jawapan yang agak senang. saya tak puas hati, terus hafal time tu jugak. (belajar bukan untuk exam kan). hehe.


3ala kulli haal, Alhamdulillah. Allah banyak tolong. moga natijah yang dapat nanti yang terbaik.



moral of the story :

- study lah last minute lagi Afifah.
- gunakan masa yang ada dengan sebaik yang mungkin.
- jangan pandai-pandai spot soalan.
- sentiasa jaga HDA & AKA.
- cuba jaga hak3 Allah, manusia, lebih-lebih lagi hak ahli bayt.
- pastikan diri kita dapat memberi manfaat untuk orang lain.
- bangun awal bukan time exam je.


anaylisis :

- macamana nak rawat penyakit tidur awal? (tafaqquh ke, meeting ke, jalan-jalan ke, kalau lebih dari pukul 10, confirm saya mengantuk).
- macamana tak nak bagi kita antara orang last yang hantar kertas time exam?
- ada tak formula yang paling mudah untuk hafal ta'rif?


.....

formula study smart + hard :


# wudhu' before study (berkat dan tenang).
# niat kerana Allah Taala / ikhlas.
# suasana yang ideal dan tenang.
# tempoh study yang tidak lama (30/45 minit).
# tumpuan 101 % (kualiti).
# akhirnya ... ucapkan Alhamdulillah.


formula kejayaan :


Usaha sungguh-sungguh + Tawakkal + Doa = Natijah kita terima dengan Redha =)



p/s : 
* saya dapat perkataan baru tadi, runcut dan tenyu. hehe. kelakar lah awak ni fai :)
* what happend to my blog? kenapa ada background colour putih kat tempat-tempat tertentu tu?



12 July 2012

مشاجرة


[ 110712 - 10.40 Am ] - dalam kelas bahasa arab, tengah semangat belajar pasal bab 'Musanna', tiba-tiba bunyi tembakan pistol. mula-mula ingatkan bunyi bunga api ke. budak-budak arab dalam kelas tak keruan dah, masing-masing kecoh. Doktor Thoriq still mengajar lagi dengan tenang, buat-buat macam tak berlaku apa-apa. saya senyum je. Doktor terus syarah, budak-budak arab semakin bising nak keluar, nak tengok apa yang berlaku. kelakar rasa. hehe. Doktor ajar dalam 5 minit lagi, kemudian,"ruh, ruh". hampir semua berlari, melompat, macam-macam ragam budak arab ni.

Aayat (arab sekelas) pun macam biasa tunggu saya, kami berdua ke tempat kejadian :)



picture yang sempat snap semalam. 


Aayat pun takut, tak habis-habis suruh saya balik. saya cool je :)



                                                          

semangat nak tengok, tak pasal-pasal kene lari jugak, Alhamdulillah kami sempat masuk ke kuliyyah ulum. tak tahan, kami berdua je akhawat, syabab arab dan ammu-ammu tu pelik je tengok, "yallah, ruh ya banat", "pi balik rumah la, keadaan tak selamat untuk kamu".

dalam suasana yang kelam kabut tu, saya sempat sembang dengan Aayat, 

" kenapa la syabab kamu (arab) ni kan, suka sangat bergaduh "
" musy kuwaiyyis la syabab sini "

" tu la, saya pun pelik dengan diorang ni "

"syabab kami (malizi) ok je, sangat bagus. kami tak de la keterlaluan macam ni "

" betul, betul. syabab kamu baik-baik je "

" tapi syabab arab pun musy kullu yang macam tu, juz'i je kan "

" aiwah "


syabab pulak yang jadi isu. maalish. hoho.



3ala kulli hal, kami kat sini kheyr je inshaAllah, fi ri'ayatillah.


_______________________________________
- مشاجرة : pergaduhan
- musanna : dua
- syarah : terang
- ruh : keluar
- akhawat : girl
- syabab : boy
- ammu : pak cik 
- ruh ya banat : keluar / balik la wahai remaja perempuan
- musy kuwaiyyis : tak elok / tak ok
- musy kullu : bukan semua
- juz'i : sebahagian je
- aiwah : betul 
- 3ala kulli haal : apa - apa pun
- kheyr : baik
- inshaAllah : dengan izin Allah
- fi ri'ayatillah : di bawah penjagaan Allah


.....


Doa Saidina Abu Bakr RA, 

" ya Allah, Kau lebih mengetahui tentang diriku dariku sendiri. Dan aku mengetahui akan diriku lebih dari apa yang manusia tahu. ya Rabbku, jadilah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka. Ampunilah aku dalam hal yang mereka tidak tahu. Jangan Kau hukum aku dengan apa yang mereka kata ". 

Ameen ya Rabb !



mindsetting ramadhan


dalam kenangan - ihya' ramadhan 1432.


[ Via Sis Amnaani Abdullah Akhili ]


Ogos 2011 tahun lepas, alhamdulillah, Allah izin saya berpeluang menemubual seorang pensyarah di Kolej Teknologi Darul Naim tentang Ramadhan. Beliau adalah Al-Fadhil Ustaz Mohd Noor Bin Awang Kecik.


Q: Bagaimana seharusnya sikap seorang mukmin sebelum dan selepas Ramadhan?

Ramadhan begitu istimewa di hati setiap mukmin dengan segala fadilatnya. Bukan saja dalam Ramadhan tapi sebelum dan selepasnya. Umpamanya, di ambang Ramadhan lagi kita perlu rasa gembira dan dan positif terhadap kedatangannya Apabila menemuinya kita perlu rasa berjaya. Tetapi siapa yang fikir negative akan rasa letih dari awal lagi. 

Sebelum Ramadhan lagi kita perlu RANCANG bagaimana mengisinya dengan segala bentuk ketaatan kerana pada bulan ini amalan sunnah akan memperoleh pahala fardhu.

Jadi selepas Ramadhan sepatutnya kita menjadi hamba yang jujur, ikhlas, dan amanah.
Ini kerana Ramadhan berbeza dengan ibadah lain yang kita boleh lihat secara zahir pelaksanaannya. Tetapi ibadah puasa, kita tidak boleh membezakan sama ada seseorang itu berpuasa atau tidak. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. 

Jadi hasil tarbiyyah Ramadhan melatih ikhlas, jujur dan amanah. Terutama dengan Allah, ibubapa, dan juga diri sendiri. Sepatutnya latihan intensif 30 hari sepanjang Ramadhan memberi impak. Lahir remaja berwajah baru, bersikap baru kesan Madrasah Ramadhaniyyah yang sepatutnya memberi perubahan dalam hidup. Hala tuju, survival dan matlamat hidup semuanya menjadi jelas. Alangkah malangnya jika kita tergolong dalam yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Betapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapatkan apa-apa baginya kecuali rasa lapar.” (HR An-Nasaie dan Ibnu Majah) 


Q: Bagaimana pula ketika Ramadhan? Apakah bekalan yang boleh kita perolehi sepanjang Ramadhan?

Pelbagai bekalan yang boleh kita dapati daripada Ramadhan, antaranya bekalan Al-Quran. Di dalam Ramadhan remaja seharusnya semakin dekat dengan Al-Quran dan mereka perlu melazimi tabiat hebat ini di bulan-bulan lain. Mereka perlu benar-benar merasai hakikat Quran sebagai hudan linnas (petunjuk bagi manusia).

Bekalan kedua ialah Siyaam (Puasa). Puasa adalah bekal yang hebat. Rasulullah saw menggalakkan puasa 6 Syawal. Selain itu baginda menganjurkan puasa Isnin khamis dan puasa hari-hari cerah (Yaum bayadh) agar kita sentiasa cintakan amalan berpuasa dan bukan semata-mata di bulan Ramadhan.

Bekalan seterusnya ialah Qiyamullail. Remaja harus dilatih cintakan Qiyam. Bukan apabila ada program qiyam jama’ie saja baru buat. Jika telah biasa dilatih, akan jadi darah daging yang sebati dalam hidup. Kita harus jaga qiyam ini kerana saat yang paling rapat antara kita dengan Allah adalah ketika sujud.

Bekalan keempat adalah Infaq. Jangan menunggu masa tua atau beralasan tidak kaya untuk tidak berinfak. Ini kerana Rasulullah tidak mensyaratkan kaya itu sebagai syarat yang membolehkan berinfak. Rasulullah menggalakkan semua orang walaupun tidak kaya. Sebab itu baginda menganjurkan infaq juga walaupun dengan sebiji tamar, segelas air atau susu. 

Di bulan Ramadhan, remaja harus berlumba-lumba menjadi jutawan pahala dengan melakukan amalan-amalan ini sebanyaknya. Jika dari segi infaq pula, tak semestinya infaq yang berbentuk material, malah sepanjang Ramadhan juga kita telah dilatih gemar mendermakan masa dan tenaga. Tidak lokek membantu orang dan sebagainya. Selain itu remaja harus menjadikan dirinya seorang yang sentiasa bermanfaat kepada Islam dan ummah kerana Rasulullah bersabda Khayrunnaas anfa’ahunm linnaas. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat kepada orang lain. Tidak guna jika seseorang itu menjadi seorang Perdana Menteri sekalipun, jika kita tidak dapat memberi manfaat kepada Islam.

Remaja perlu anggap pahala seperti duit. Dengan duit kita boleh mendapatkan apa saja yang kita kehendaki. Begitu juga fungsi pahala. Di Akhirat kita boleh dapat apa saja yang kita hajati. Justeru kita perlu transfer segala yang kita miliki agar menjadi pahala. Contohnya laptop, motor, telefon bimbit, semua itu boleh menjadi sumber pahala jika kita gunakan dengan sebaiknya.

Janganlah kita menggunakan segala yang dipunyai itu sebagai alat membantu kita memaksiati Allah kerana itu bermakna kita sedang transfer hal milik kita menjadi dosa. 


Q: Sebagaimana yang kita sering dengar, Ramadhan adalah bulan perubahan. Tapi perubahan yang bagaimana yang kita harapkan?

Perubahan yang paling besar dan utama ialah mengikis kerosakan. Sebagaimana kaedah yang digariskan para ulama’ ; Dar’ul Mafasid Awla Min Jalbil Masolih. Membuang kerosakan itu lebih baik daripada menjana kebaikan. Bererti kita wajar melakukan perubahan dengan mengikis buang segala yang tidak baik dalam diri kita dari segi aqidah, akhlaq dan pemikiran. 

Malangnya masyarakat kita hari ini sibuk beramal tapi dalam masa yang sama tidak mahu menanggalkan maksiat daripada kehidupan mereka. Padahal target kita selepas Ramadhan semua dosa terampun dan kita dapat kembali kepada fitrah. Rugilah kita Allah beri kita sebulan jika kita tidak merebut betul-betul peluang itu.

Sepatutnya proses tarbiyyah dan tazkiyyah sepanjang Ramadhan dapat melahirkan kita semula sebagai seorang yang suci bersih sebagaimana baru dilahirkan dalam keadaan fitrah. Beringatlah terhadap sabda Rasulullah SAW : "Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. " (Diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari)



Q: Bagaimanakah kita ingin memastikan kesinambungan madrasah Ramadhan apabila Ramadhan telah meninggalkan kita nanti? Bagaimana untuk istiqomah kesungguhan beramal seperti di bulan Ramadhan? 


Allah jadikan manusia dengan matlamat ubudiyyah yakni perhambaan diri setiap ketika pada Allah. Itulah yang dikatakan hamba rabbani. Jika kita hanya suka beribadah di bulan ramadhan saja, jadilah kita hamba ramadhan. Janganlah bersungguh di bulan ramadhan saja kerana taklif ubudiah itu seharusnya berjalan setiap masa. Cuma dalam bulan Ramadhan Allah tawarkan latihan yang lebih intensif yang disertai tawaran-tawaran hebat. Kita wajib beramal kerana Allah sahaja bukan kerana Ramadhan.Jadi momentum untuk beramal harus sentiasa meningkat dari semasa ke semasa tidak kira di bulan mana sekalipun.

Q: Pesanan Ustaz kepada buat golongan remaja?

Golongan remaja sangat istimewa dan dapat perhatian serius Rasulullah. Dalam banyak hadith Rasulullah khususkan dengan panggilan Ya Ma’syaral Syabab. Ini merupakan satu panggilan penghormatan yang menggambarkan baginda mengambil berat terhadap golongan muda kerana mereka memiliki banyak potensi. Baginda pernah bersabda: “Aku didokong oleh pemuda sedangkan orang tua menolak dakwahku.” Begitu juga dalam Quran Allah memuji generasi muda. “Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka. (Al-Kahfi :13) 

Remaja dan Ramadhan- harus ada pertalian rapat bukan semasa tua baru ingin menghargai Ramadhan. Pada bulan Ramadhan seharusnya remaja dibimbing dan diberi persediaan secukupnya untuk menghadapi survival 11 bulan lagi dengan bekalan Ramadhan. Remaja cemerlang adalah remaja bertaqwa. Yakni mereka yang takut pada Allah sejak masih muda remaja.

Dalam hal mengumpul bekalan akhirat tiada istilah tunggu masa tua. Tanggapan sebegitu harus dibuang jauh-jauh. Persoalan taqwa dan melakukan kerja-kerja Islam bukan untuk org tua, sebaliknya tugas org muda kerana tenaga dan idea mereka masih banyak. Malah sebenarnya persediaan awal itu mustahak. Persiapan di waktu muda itu penting untuk kegunaan sehingga ke hari tua. Sebaik-baik bekalan di masa muda ialah Al-Quran, bekalan iman dan bekalan Ramadhan kerana tujuan terakhir Ramadhan itu ialah taqwa (La’allakum Tattaqun- Mudah-mudahan kamu bertaqwa).

Perjalanan masih jauh, justeru kita perlu menyiapkan bekal sebanyaknya. Di pertengahan jalan terdapat banyak simpang siur. Sesiapa yang tidak mempunyai bekalan tarbiyah dan jihad yang secukupnya pasti akan gugur di tengah perjalanan. Menurut Syeikh Mustafa Masyhur- Al-Mutasaqitun ‘Ala Toriq Ad-Dakwah (Golongan Yang Gugur Di Sepanjang Jalan Dakwah), antara bekal terbesar itu adalah Ramadhan. 

"Kedatangan Ramadhan seumpama pengembara yang musafir jauh di padang pasir, tiba-tiba terjumpa taman yang redup, indah dan terdapat bekalan air yang banyak. Jadi alangkah ruginya jika tidak ambil peluang masuk ke taman itu dan melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan yang terbentang luas".



Afifah


salam 3alayk,


p/s : papan tanda otw ke Amman pun ada nama saya ^^




 : عف - عفيف  ج أعفاء وأعفة 

yang menjauhkan diri daripada haram.


: عفيفة ج عفيفات و عفائف

yang menjauhkan diri daripada haram.

yang terpelihara kehormatannya.


.....


bila belajar bahasa arab dan duduk di negara arab ni, baru rasa 'izzah dengan nama kita sendiri. sebab kita boleh faham maksud nama kita kan. 

thanks ummi ayah bagi nama yang best :) semoga akhlak pun seiring sejalan dengan tuan punya nama, inshaAllah.

time belajar nahu sorf di Kusza dulu, saya pernah tanya ustazah shekarma, apa beza  عفيفة dan عفاف ??    (saya pun dah lupa jawapannya. hoho.)



al muheem sekarang, saya sangat suka dengan nama Afifah, dan saya suka juga bila orang panggil saya Afifah Solehah (moga-moga jadi solehah betul la kan) :)
  


اللهم اجعلني عفيفة صالحة وتقية وفقيهة

وجعلني خطيبي صالحا وتقيا وفقيها


 !! امين يا الله 



p/s : saya sangat teruja bila Doktor3 di jamiah dan kawan3 arab panggil nama saya. si kecil Bilal dan Mustafa (jiran arab) pun boleh panggil, Afifah, Afifah. so cute :)

tahun lepas, time imtihan asalib tadris, Doc Ali Fawwaz boleh panggil "ta3al ya Afifah". (bukan senang doc nak ingat nama kita tau, teruja kejap).


Afifah dulu dah tak sama dengan Afifah sekarang ok.



05 July 2012

hanya hari ini





harimu adalah hari ini,


aku hanya akan hidup hari ini,


Hari ini milik Kita !


=)

04 July 2012

Kita & Mereka


i luv this nasheed. tidak dinafikan, nasheed ni sangat memberi inpak dalam diri saya.

countdown to Ramadhan Mubarak, only 15 days. are u ready Afifah ??







.....


pernah tak kita terfikir, apa perkara yang kita sangat takut jika hilang di dunia ni ?

" amat takut sangat hilangnya kasih sayang Allah". mashaAllah, hebat perasaan dia kan.
" takut kehilangan nikmat iman dan islam".
" hilangnya quran dari hati".
" takut hilang suami / isteri tercinta "
" hilang harta benda "
" hilang kawan / teman / sahabat "
" .................. "
" .................. "


hakikatnya, tak semua orang dapat merasa Iman dan Islam paling berharga kan..




03 July 2012

Rabithah

010711
Wadi Hammad, Karak.


220612 - 230612
Dibbin Forest, Irbed.


Afifah,

moga terus atas jalan yang fifah yakin,
dengan redha Allah selalu bersama.
usah putus asa walau kadang penat, 
tapi ingatlah jalan ini jalan yang payah,
tapi balasanya indah enshaAllah.

believe, have faith, be strong !

[ Dr Haninahz - 300612 ]


.....


* Jazakumullahu khayran jaza' team irbed. nice summer gathering :P
* Alhamdulillah, my bestpreng telah selamat membina masjid. mabrouk Mudah :)
* Praise be to Allah, my sahabat dapat baby boy. cOngrats Aisyah :)
* Tahniah Smakl, sedar tak sedar dah 2 dekad kan.
* Jzkk kheyr atas respon yang diberikan. sangat3 hargai. swot anylisis dah boleh buat =)
* saya seorang diri (pelajar malizi) dalam kelas bahasa arab, dapat pulak duduk sebelah syabab thailand. OMG !
* isnin depan (090712), exam bahasa arab + fiqh qodo', rabu (110712), exam da3wah khitobah ^^
* al muheem, Ramadhan around the corner. balighna ya Allah !