Pages

04 March 2011

Berkelana itu Indah


saya dedikasikan kepada sahabat2 saya yang berada di oversea. Dan semua anak2 perantauan yang berkelana di bumi asing menimba ilmu pengetahuan . Semoga antum menikmati syair ini!


بسم الله الرحمن الرحيم
من ديوان الامام الشافعي رحمه الله


ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ
Menetap di satu tempat bagi orang cerdik dan bertamadun itu tidaklah


مِنْ رَاحَة ٍ فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ
Dianggap sebagai suatu kerehatan /sesuatu yang menyenangkannya.
Justeru tinggalkanlah tanah airmu dan mengembaralah!


سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ
pergilah musafir, engkau pasti dapat pengganti
sesiapa yang kau tinggalkan



وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
Dan berusahalah, kerana kelazatan hidup itu adalah apabila bersusah-payah
Aku melihat bahawa air yang berhenti mengalir/ bertakung itu akan merosakkannya (jadi tidak bersih)


إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
Jika terus mengalir eloklah ia, sekiranya tidak mengalir, itu tidak baik baginya
(akan tercemar)


والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan
mendapat mangsanya


والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
Dan anak panah, kalau tidak berpisah daripada busurnya,
nescaya tidak akan mengenai sasarannya


والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة
Matahari sekiranya terhenti, tidak berganjak daripada orbitnya selama-lamanya
(sentiasa siang kerana matahari tidak terbenam)


لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
Nescaya akan bosanlah seluruh manusia, tidak kira Arab mahupun ‘Ajam (non-arab)


والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِهِ
Emas hitam (dalam tanah lombong) adalah sama seperti ketulan tanah biasa,
sekiranya dibiarkan di tempatnya (tidak dikeluarkan)


والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa

فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ
Jika (kayu ‘aud) ini dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya


وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ
Dan jika (emas hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia sebagai emas





p/s : kredit to kak amnani akhili!~



No comments:

Post a Comment