30 March 2011
Medan Ini : KARISMA
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sekalian Para Sahabat baginda dan Tabien. Semoga ALLAH taala mencucuri rahmat kepada mereka semua, amin.
Terdahulu, saya mengucapkan salam sejahtera kepada semua teman-teman mahasiswa di setiap mantiqah. Dengan harapan yang tinggi dan besar agar ukhwah kita sentiasa berkekalan.
Meminjam sepotong sabda Nabi saw yang bermaksud: ‘Akal yang cerdas bermula daripada tubuh badan yang cergas’
Sahabat-sahabat sekalian,
ISLAM adalah sebuah agama yang dasarnya melengkapi seluruh aspek kehidupan. Bermula daripada sudut kerohanian yang wajar diutamakan, aspek jasmani juga turut tidak diabaikan. Kalaulah kekuatan sebuah agama seperti ISLAM ini letaknya pada kekuatan rohani, maka begitu jualah pada manusia. Jasmaninya akan beroleh kekuatan melalui kesihatan tubuhnya. Maka, ISLAM tidak mahu penganut agamanya hanya mempunyai kelebihan dari sudut rohani semata-mata, tetapi juga jasmani yang kental. Bukankah untuk mempertahankan daripada serangan musuh, kita memerlukan tubuh yang sihat dan kekuatan yang tinggi?
Oleh itu, jalan terbaik bagi mengukuhkan kekuatan jasmani ini tidak lain tidak bukan melalui latihan jasmani samada bersukan atau sebagainya. Apabila fizikal manusia sudah sihat, ia bakal melahirkan kekuatan pemikiran dan minda yang cerdas. Ia berupaya mengatasi segala pencapaian diri. Maka, kita harus menyahut seruan Nabi saw ini sebagaimana hadis yang telah saya bacakan di atas.
Teman-teman yang budiman,
Apa yang kita mahukan bukan sekadar minda yang tajam tetapi sekaligus dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan tubuh badan. Tidak rugi jika amalan bersukan seperti ini dipraktikkan di sepanjang kehidupan kita, ia bukan sahaja dapat memberi kesihatan bahkan mampu menghindari diri daripada sebarang peyakit. Bukahkah pepatah arab ada menyebut: ‘Mencegah itu lebih baik daripada merubat’ . salah satu cara mencegah penyakit adalah dengan bersukan.
Menyahut seruan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) sekali lagi pada tahun ini akan menganjurkan acara tradisi iaitu Karnival Sukan untuk anda semua. Saya selaku yang diamanahkan untuk menjadi pengemudi temasya besar ini dengan berbesar hati mengucapkan selamat datang ke tanah Irbid. Pada tahun ini, Irbid yang telah sepi dari beberapa program besar MPPMJ bakal menjadi tuan rumah anda. Saya tidak mahu lagi menjanjikan apa-apa kejutan, tetapi cukup saya hanya katakan bahawa temasya kali akan memberikan yang terbaik untuk anda semua. ‘Kecil tapak tangan, Padang Arafah saya tadahkan!’
Tidak cukup dengan itu, dengan bertemakan ‘KUALITI JUARA, INSPIRASI BERSAMA’ ini saya kira ia mampu menggerakkan seluruh kekuatan anda untuk melakukan yang terbaik untuk temasya ini. Saya tidak memandang bahawa sukan ini hanya untuk bersuka-ria semata-mata, jauh daripada maksud itu saya mahukan ia bakal menjadi medan yang dapat menyatukan seluruh ukhwah kita. Masih ingat lagikah tema KARISMA tahun-tahun yang lalu? Amat cantik maksudnya ‘Saya Datang Kerana Ukhwah’ dan ‘Minda Atasi Upaya’. Ia sudahpun menjadi realiti. Lalu, misi ukhwah mesti kita panjang-panjangkan melalui medan sukan ini sehingga ke saat ini.
Kepada seluruh kontinjen yang bakal menonjolkan bakat dan kekuatan dalam persaingan ini, jangan lupa bahawa sukan juga adalah ibadah kepada ALLAH. Jika kita tersimpang daripada tujuan ini, maka ia akan mengurangkan nilai kita di sisi ALLAH taala. Bersemangat itu perlu, tetapi apa yang lebih perlu kita menjaga batas-batasnya.
Teman-teman,
Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, acara yang dipertandingkan pada kali ini telah diberi nafas baru. Maka, pesan saya kepada semua kontinjen dan atlet yang bakal bertanding, pastikan anda mempunyai persiapan yang sepenuhnya. Kalaupun kita tidak mendapat yang terbaik, sekurang-kurangnya kita mampu melakukan yang terbaik. Mafraq, Irbid, Mu’tah dan Amman, semua ini nama-nama hebat yang mampu melakukan sesuatu kelainan dan kejayaan yang besar.
Akhir kata, selain mengharapkan komitmen yang besar daripada seluruh teman mahasiswa dalam temasya itu nanti, saya juga tidak jemu untuk berpesan agar di dalam temasya itu nanti kita mesti bersatu. Saya mahukan, bukan sekadar sukan sahaja yang maju, tetapi juga ukhwah yang bersatu. Sambutlah salam manis daripada saya dan seluruh ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan KARISMA IV ini.
Salam ukhwah, majulah sukan untuk Negara
‘KUALITI JUARA, INSPIRASI BERSAMA’
MOHD AFIQ MOHD SALEH
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)
Sesi 2010/2011
~ inshaAllah, esok dan lusa(hari jumaat dan sabtu)akan berlangsungnya KARISMA(karnival sukan malaysia jordan) yang bertempat di Irbid.
~ saya pun ambil bahagian tahun ni, sebagai olahraga, masuk acara lari 4x100. (macam tak percaya je kan, harap-harap lepas ni badan ni makin ringan la sikit :)
~ buat kontijen Mu'tah, Mafraq, Irbid & Amman, selamat maju jaya untuk semua!!
~ special 4 kontijen Mu'tah, mOga2 kita semua dapat lakukan yang terbaik & mOga2 kemenangan/juara milik kita inshaAllah. Go Go Go Team Mu'tah!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Go go team mu'tah.. opss :P
ReplyDeleteTerkilan xdpt jumpa nt n saybah lain masa ke Jordan dlu...
Jemput dtg Mesir ya~
Syiddi hilik!
dah kalah, menang gangsa je :)
ReplyDeleteaik, bile nti mai jordan ni?? x bagitau pun =p
inshaAllah, hajat nk jelajah semua tanah arab ni. ade rezeki inshaAllah sampi la ana ke sana :)
syu ma'na syiddi hilik??