Pages

08 March 2011

Muhasabah



Risalah muhasabah ini dinukilkan dari kitab Al-Wabil Ash-Shoyyib oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah, semoga ianya memberi kebaikan kepada kita dalam merefleksi kehidupan kita selama ini.


36 kehidupan seharian sebagai muslim :

1. Apakah Anda selalu solat subuh berjama'ah di masjid setiap hari ?

2. Apakah Anda selalu menjaga Solat yang lima waktu di masjid ?

3. Apakah Anda hari ini membaca Al-Qur'an ?

4. Apakah Anda rutin membaca zikir setelah selesai melaksanakan Solat wajib ?

5. Apakah Anda selalu menjaga Solat sunnah Rawatib sebelum dan sesudah Solat wajib ?

6. Apakah Anda (hari ini) Khusyu dalam Solat, menghayati apa yang Anda baca ?

7. Apakah Anda (hari ini) mengingat Mati dan Kubur ?

8. Apakah Anda (hari ini) mengingat hari Kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya ?

9. Apakah Anda telah memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebanyak tiga kali, agar memasukkan Anda ke dalam Syurga ? Maka sesungguhnya barang siapa yang memohon demikian, Syurga berkata : "Wahai Allah SWT. masukkanlah ia ke dalam Syurga".

10. Apakah Anda telah meminta perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali ? Maka sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian, neraka berkata : "Wahai Allah peliharalah dia dari api neraka". (Berdasarkan hadits Rasulullah SAW yang artinya : "Barangsiapa yang memohon Syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, Syurga berkata : "Wahai Allah masukkanlah ia ke dalam Syurga. Dan barangsiapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata : "Wahai Allah selamatkanlah ia dari neraka". (Hadits Riwayat Tirmidzi dan di sahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami No. 911. Jilid 6).

11. Apakah Anda (hari ini) membaca hadith Rasulullah SAW?

12. Apakah Anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik ?

13. Apakah Anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau ?

14. Apakah Anda (hari ini) menangis kerana takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala ?

15. Apakah Anda selalu membaca Dzikir pagi dan petang hari ?

16. Apakah Anda (hari ini) telah memohon ampunan kepada Allah SAW atas dosa-dosa (yang engkau telah perbuat) ?

17. Apakah Anda telah memohon kepada Allah SWT dengan benar untuk mati Syahid ? Kerana sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda yang ertinya : "Barangsiapa yang memohon kepada Allah SWT dengan benar untuk mati syahid, maka Allah SWT akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidur". (Hadits Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam shahihnya, Al-Hakim dan ia mensahihkannya).

18. Apakah Anda telah berdo'a kepada Allah SWT agar ia menetapkan hati Anda atas agama-Nya ?

19. Apakah Anda telah mengambil kesempatan untuk berdo'a kepada Allah SWT di waktu-waktu yang mustajab?

20. Apakah Anda telah membeli buku-buku agama Islam untuk memahami agama ? (Tentu dengan memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang difahami oleh para Sahabat Nabi SAW, kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran justru merosakan kefahaman Islam yang benar).

21. Apakah Anda telah memintakan ampunan kepada Allah SWT untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah ? Kerana setiap mendo'akan mereka Anda akan mendapat kebajikan pula.

22. Apakah Anda telah memuji Allah SWT (dan bersyukur kepada-Nya) atas nikmat Islam ?

23. Apakah Anda telah memuji Allah SWT atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya ?

24. Apakah Anda hari ini telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukannya ?

25. Apakah Anda dapat menahan marah yang disebabkan urusan peribadi, dan berusaha untuk marah kerana Allah SWT saja ?

26. Apakah Anda telah menjauhi sikap sombong dan membanggakan diri sendiri ?

27. Apakah Anda telah mengunjungi saudara seagama, ikhlas krn Allah SWT ?

28. Apakah Anda telah menda'wahi keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang ada hubungannya dengan diri Anda ?

29. Apakah Anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua ?

30. Apakah Anda mengucapkan "Innaa Lillahi wa innaa ilaihi raji'uun" jika mendapatkan musibah ?

31. Apakah Anda hari ini mengucapkan do'a ini : "Allahumma inii a'uudubika an usyrika bika wa anaa a'lamu wastagfiruka limaa la'alamu = Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan Engkau sedangkan aku mengetahui, dan aku memohon ampun kepada-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui". Barangsiapa yang mengucapkan yang demikian, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan menghilangkan darinya syirik besar dan syirik kecil. (Lihat Shahih Al-Jami' No. 3625).

32. Apakah Anda berbuat baik kepada tetangga ?

33. Apakah Anda telah membersihkan hati dari sombong, riya, hasad, dan dengki ?

34. Apakah Anda telah membersihkan lisan dari dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat dan berbuat serta berkata-kata yang tidak ada manfaatnya ?

35. Apakah Anda takut kepada Allah SWT dalam hal rezeki, makanan dan minuman, serta pakaian ?

36. Apakah Anda selalu bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan ?


Tundukkanlah pandanganmu, pandanglah wajah hatimu, tariklah nafasmu sedalam-dalamnya, apakah 36 senarai di atas mendepani hidupmu. Ya Allah! Ternyata kami telah menzalimi diri kami sendiri, maka ampunilah kami!


Selama ini kita banyak bersukaria dengan kehidupan dan jarang melakukan intropreksi diri dengan ikhlas. Kita banyak tidur dan bermain.


Salah seorang ahli ibadah berkata: Aku mendatangi Ibrahim bin Adham lalu aku mendapatinya telah menunaikan solat isyak, kemudian aku duduk memerhatikannya, lalu dia menyelimuti dirinya dengan sehelai jaket kemudian berbaring tanpa bergerak sama sekali semalam suntuk hingga terbit fajar dan dikumandangkan azan untuk solat subuh tetapi dia tidak berwuduk. Hal ini mengusik dadaku lalu aku berkata kepadanya. “Semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu, engkau telah tidur semalam suntuk dengan berbaring tetapi engkau tidak berwuduk lagi.” Ibrahim bin Adham menjawab “Selama semalam suntuk tadi kadang-kadang aku berkeliling di taman-taman syurga dan kadang-kadang di lembah-lembah neraka. Apakah keadaan seperti itu tidur?

Begitulah kehidupan seorang ulama yang zuhud, hidupnya berfikir dan merenung antara nikmat syurga dan azab neraka.


Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga diri ini kembali kepada fitrahnya iaitu membersihkan hati dari segala karat-karat “jahiliyah”, kehidupan yang merosakan keimanan kita kepada Allah SWT.

(sumber : Abu Ridhwan Ktd)


~peringatan buat diri yang selalu alpa dan leka. ayuh, kita koreksi diri!!



No comments:

Post a Comment