Pages

30 March 2011

Warkah



Wahai pemuda pemudi,
Imbaulah masa-masa yang telah berlalu pasti akan kau temui satu zaman yang didokong oleh pahlawan Islam, pimpinan-pimpinan Islam dan orang-orang yang soleh.

Namun, setelah beberapa generasi berlalu, umat Islam diselubungi kelekaan. Akibatnya umat Islam itu ditakluki dan ditindas oleh perancangan-perancangan Yahudi dan kerajaan-kerajaan kafir.

Kekayaan mereka dirampas,
Iman menjadi lemah,
neraca kehidupannya bertukar
dan hukum al Quran dihindari.

Mereka juga mendidik keturunan orang-orang Islam dengan ideologi yang bertentangan dengan Islam dengan berbagai nama dan pakaian yang mempesonakan.

Begitulah pewaris-pewaris Fir’aun telah memperdayakan umat kita;

“Mereka saling merancang dan merangka konspirasi untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam di dalam lumpur noda dan kejahatan. Masyarakat akan sentiasa disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih sehingga mereka tiada kesedaran untuk mendengar nasihat dan petunjuk mahupun kembali kepada Deen Allah SWT.”
Fi Zilaalul Quran

Demikianlah seni dan telitinya tipu daya yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa
Ia menukar helang rajawali menjadi burung denak

Mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu
Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya

Sedarlah wahai pemuda pemudi,

Zaman kegemilangan Islam telah berlalu, Umat Islam kini beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari.

“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan dan kezaliman. Tetapi dengan berbagai-bagai situasi yang mengelilingi mereka, ditambah dengan berbagai peristiwa yang datang menyelubungi mereka dari semasa ke semasa, tanpa disedari mereka menerima penghinaan dan tunduk kepada keadaan. Secara beransur-ansur mereka merasa tenang dan terbiasa di dalam kehinaan ibarat singa yang telah dijinakkan.

Abdul Wahab Azam, As Shawarid

Lihatlah wahai pemuda pemudi,

Untuk melengkapkan konspirasi ‘penghinaan’ itu, toghut yang zalim telah menindas pendakwah Islam supaya sistem pendidikan, media massa dan wartawan dikuasai oleh ilmuan, sasterawan dan cendiakawan buatan. Mereka sadurkan rancangan mereka melalui berbagai-bagai pertubuhan yang pada zahirnya berbeza-beza. Mereka hiaskannya dengan solekan yang memperdayakan generasi baru, pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa supaya mereka berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam gejala seks dan kemewahan hidup.

Seterusnya mereka padamkan warisan umat Islam zaman gemilang yang bertamadun tinggi.

Mereka hapuskan kisah-kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu yang terang benderang untuk generasi baru muslim dan menunjukkan jalan kerja kepada mereka.

Zaman satu bangsa yang hina
Tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan ahli yang ‘arif bijaksana

Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi
Tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana :

Mereka ajar anak singa menjadi kijang yang pengecut
Dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendiakawan

Inilah generasi baru kita wahai pemuda pemudi,
Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.
Sebenarnya mereka itu adalah putera puteri Muslim yang merdeka
Mereka diperhambakan, lalu mereka bergembira.

No comments:

Post a Comment